Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 5, 2008

Janji retorik MOF baru.

Terkejut dan tersentak kebanyakan Ahli Parlimen tadi bila dewan terpaksa ditangguhkan kerana atas desakan dari ramai YB Pembangkang yang menyatakan bahawa bajet yang dibawa oleh Menteri Kewangan baru tidak ikut peraturan mesyuarat. Bajet yang dibahas adalah bajet pada masa Pak Lah jadi menteri kewangan, bila datang untuk menggulung MOF yang baru memberikan beberapa ransangan baru dan unjuran yang baru dan bila tiba diperingkat jawatankuasa , kami tidak tahu angka dan jumlah wang yang mana nak dibahaskan kerana buku bajet yang diberi untuk perbahasan adalah lain dari apa yang disebut oleh MOF semalam.
Sebab itu pagi tadi dewan ditangguh dan lepas masuk semula pada 2.30 petang, Speaker dewan mengumumkan bahawa perbahasan yang akan dibuat dalam peringkat jawatankuasa ini adalah menggunakan buku bajet yang dibentang pada 29 Ogos dulu, bukan yang dibuat pindaan oleh MOF yang baru.
Jadi selama ini apa yang kita dengar unjjjuran dan ransangan yang dibuat oleh MOF bari DS Najib ini adalah hanya omongan kosong dan retorik semata-mata yang tidak boleh digunakan kerana tidak boleh dibahas untuk diluluskan kerana ia tidak ikut peraturan mesyuarat yang ada dalam buku peraturan mesyuarat.



Kini jelas kepada rakyat akan bentuk dan jenis bakal PM yang akan datang. Semalam kami bertindak keluar dewan kerana sikap bongkak beliau yang tak benarkan penjelasan dari pihak pembangkang, tetapi rupanya apa yang beliau buat semalam adalah melanggar peraturan mesyuarat. Apa yang akan dibahas dan diluluskan diperingkat JK ini adalah bajet pak Lah dan bajet DS Najib tidak boleh dibahas untuk kelulusan kerana ia memerlukan notis 2 hari sebelum boleh dibahas, jadi MOF yang tak ikut peraturan ni hanya membuat janji yang retorik dan tak boleh nak laksanakan kerana tak boleh diluluskan.
Itulah masa perbahasan hari tak mahu mari dengar, dan tak mahu buat unjuran baru, tiba-tiba mai buat janji itu dan ini, tiba-tiba tak boleh bahas pasal tak ikut peraturan. Kalau kami bahas juga maka ianya akan memberi implikasi undang-undang yang akan menjadi bahan ketawa masyarakat akan datang.

Aduhai bakal PM baru, terserlah apa yang terlindung selama ini. Nasib la UMNO, mendapat presiden yang macam ni.

Belum pernah berlaku menteri Kewangan bentang bajet tetapi tak boleh nak laksanakan bajet tersebut pasal tak boleh bahas kerana tak ikut peraturan mesyuarat. Dalam bajet setiap sen yang kita nak guna dan agihan yang kita nak buat mesti mendapat kelulusan parlimen. Kalau pembangkang tak ramai , sudah tentu bajet yang tak ikut peraturan ini akan diluluskan oleh ahli parlimen BN ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.