Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 5, 2008

Soal OKU dan kerja.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang
pendaftaran OKU. Saya ingin bertanya, apakah pendaftaran OKU ini telah dimatching dengan
pekerjaan? Misalnya saya pernah sentuh tentang orang kurang pendengaran. Mereka ini patut
diberi kerja-kerja yang tidak memerlukan pendengaran tetapi hanya sesuai dengan pekerjaan
mereka menggantikan mereka-mereka yang cukup sempurna sifatnya tetapi mereka boleh
memberi pekerjaan kepada orang yang kurang upaya. Apakah pendaftaran di KSM ini mengikut
kategori kecacatan ataupun kurang upaya yang mereka ada di dalam negara kita ini? Terima
kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Ini memang satu perkara
yang telah dilakukan oleh kementerian dan isu tentang kebolehan dan kekurangan mereka
diambil kira di dalam menetapkan pekerja-pekerja yang sesuai untuk mereka. Contohnya,
adalah satu factory di Raub, Pahang yang menawarkan pekerjaan untuk pihak OKU.
Kebanyakan daripada golongan yang mendengar ini kerana factory ini adalah satu factory di
mana ada mengeluarkan bunyi yang bising sangat.
So, suasana semacam itu kebanyakan pekerja yang ada di situ adalah pekerja-pekerja
yang kurang mendengar dan factory itu menawarkan pekerjaan kepada mereka. Oleh itu perkara
ini memang diambil kira oleh kementerian dan tiap-tiap kebolehan dan kekurangan seseorang
adalah diambil kira semasa menawarkan pekerjaan kepada mereka. Untuk isu yang selanjutnya
adalah berkenaan dengan gaji minimum yang dibangkitkan oleh...

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.