Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, November 30, 2008

Malang tak berbau.

Kata pepatah malang tak berbau.
Itulah yang berlaku kepada anak salah seorang daripada AJK PAS Kawasan Pendang , Mohd Saad bin ismail , anak kepada Saudara Ismail Ahmad dan Ahli Majlis Pendang Puan Rosmida, yang sekarang ini sedang dirawat didalam wad Kenanga 6 C Hospital Sultanah Bahiyah kerana kemalangan 18 hari lalu antara motosikal yang dinaiki beliau dengan sebuah lagi otosikal rakan beliau ketika pulang dari sekolah di Madrasah Al Islah, Pendang.

Beliau mengalami patah tulang peha kiri dan tulang bahu dikiri ( clavicle).
Oleh kerana beliau sedang mengambil peperiksaan SPM, maka pembedahan tidak dapat dilakukan lagi untuk membolehkan beliau menjalani peperiksaan dahulu sehingga habis. Khabarnya hari Selasa, 2 Disember ini barulah pembedahan memsukkan besi kedalam tulang tersebut dapat dilakukan, iaitu setelah selesai peperiksaan SPM belaiu.
Kita doakan semoga beliau selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh.




Didalam perbahasan ana dalam peringkat JK Kementerian Kesihatan ana sentuh pasal simen yang sering digunakan dalam kes patah ni, ana kata POP yang selalu digunakan didalam merawat kes patah sekarang ini adalah terlalu berat, dan patut ditukar kepada yang lebih ringan , iaitu fiber glass. Ini berdasrkan kepada kes anak ana yang pernah patah tulang peha dan tangan semasa kecil dulu, dipasang full length POP ini, memang berat, kita nak dukong dia pun susah, tambah pula kalau dia kena berjalan sendiri.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.