Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, December 4, 2008

Bagilah can MB kami berucap dalam RTM

10.40 mlm.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi,
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Butiran 02100 – Mengisi Liputan Radio FM Fasa
II. Saya tengok dalam JAKIM tengok radio IKIM.fm tidak nampak. Jadi saya rasa mungkin di
dalam RTM lah. Saya hendak tanya tentang radio digital IKIM.fm ini kerana banyak kawasankawasan
yang tidak diliputi dan kalau ada liputan pun dia terputus-putus. Kadang-kadang
setengah jam dia putus selepas itu sambung balik. Jadi saya harap pihak RTM kalaulah ada di
bawah RTM ini, kementerian ini tolong beri perhatian kepada IKIM.fm ini. Kemudian pembelian
kenderaan, Butiran 080300. Saya harap pihak kementerian ataupun menteri tolong tengoktengok
kenderaan di Pejabat Penerangan di Pendang itu banyak yang telah uzur dan telah
diletak tepi. Saya ingat dua ataupun tiga buah telah tidak boleh digunakan lagi.
Mereka sekarang menggunakan sebuah kenderaan yang cukup uzur saya rasa untuk
mereka membuat liputan kepada program-program pun ada masalah bagi pihak pegawai
penerangan di situ. Kemudian Butiran 020000 – Khidmat Penyiaran, Butiran 030000 – Khidmat
Penerangan. Saya juga ingin menyentuh yang disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi
tentang iklan-iklan. Iklan-iklan kita dapati sekarang ini banyak menggambarkan pelakon-pelakon
iklan itu bukan lagi macam rakyat Malaysia. Kalau dahulu kita lihat masa Datuk Mat Rahmat dulu
dia ada unit tatatertib dia, mereka yang rambut panjang tidak boleh, yang pakai tidak senonoh
tidak boleh. Akan tetapi sekarang ini nampak macam sudah tidak ada tatatertib lagi dalam
mereka-mereka yang hendak disiarkan.
Kita tengok rupa-rupa pengiklan-pengiklan itu pun tidak menggambarkan orang-orang
Malaysia. Nampak macam rupa ‘mat salleh’, ada rupa lain daripada rakyat Malaysia. Jadi saya
rasa pihak kementerian perlulah memberi perhatian semula ke atas tatatertib.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kena cari rupa Yang Berhormat Kuala
Krau, ada campuran sedikit.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kadang-kadang yang rambut panjang pun
kita nampak sudah tidak macam lelaki lagi, rambut kadang-kadang sampai ke bahu sampai ke
memang sudah teruklah, sudah tidak ada tatatertib di dalam sistem penyiaran lagi. Kemudian
juga filem-filem yang ditunjukkan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau kalau
tidak silap saya. Filem-filem tahyul banyak, kalau kita lihat Bawang Putih Bawang Merah itu ada
pari-parilah, maknanya benda ini semua tidak masuk dek akal kita kalau kita tengok filem
tersebut, masih ditayangkan.
Kalau sebuah filem baru ini Kementerian Pelajaran telah haramkan daripada tunjukkan di
sekolah-sekolah kerana ada unsur tahyul ataupun mereka kata benda-benda ghaib tetapi filemfilem
ini ditunjukkan oleh RTM, anak-anak duduk depan TV tengok dia kata, ai ni mai mana pula,
sekejap ada sekejap tidak ada macam biskut Chipsmore ini. Perkara-perkara ini saya rasa perlu
DR. 3.12.2008
183
diberi perhatian oleh kementerian. Begitu juga dengan rancangan Bicara Mufti. Saya hendak
sentuh Bicara Mufti. Biarlah mufti orang yang paling tinggi kita kata dalam sesebuah negeri
dalam ilmu agama mereka. Berilah peluang kepada setiap mufti di setiap negeri memberi ruang
kepada mereka untuk mereka muncul di dalam rancangan TV yang dikhususkan untuk mereka
dan membicarakan perkara-perkara yang kita kata tinggi ilmunya sedikit daripada hanya sama
dengan ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau.
Kemudian tentang Klasik Nasional, Yang Berhormat Sri Gading. Saya pun memang
sering juga mendengar Klasik Nasional iaitu tentang drama yang dikarang oleh penulis-penulis
skrip yang menghantar skrip mereka, mereka mengatakan disiarkan di tengah-tengah malam.
Jadi siapalah yang hendak dengar kalau disiarkan di tengah malam? Jadi mereka pun bila sudah
terdengar skrip di tengah malam rancangan yang mereka hantar drama ini mereka kata tidak ada
mood lagi hendak buat drama-drama ataupun menulis skrip drama tersebut. Akhir sekali Tuan
Pengerusi tentang di negeri-negeri kami inilah negeri-negeri Pakatan Rakyat ini berilah ruang
kepada Menteri Besar untuk muncul sekali sekala di dalam RTM ini, TV kah, radio kah kerana
saya dapati ada satu rancangan hari itu bila Duli Yang Maha Mulia Sultan bertitah ada tetapi bila
Menteri Besar berucap sebelum itu tidak ada. Jadi sekian, terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.