Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, April 10, 2010

Liga bolasepak Piala Ahli Parlimen Pendang.


Petang tadi ana dijemput untuk menyampaikan hadiah kejohanan Liga Bolasepak anjuran Dewan Pemuda PAS Cawangan Sungai Tiang untuk Piala Ahli Parlimen Pendang yang telah berlangsung selama 3 bulan. Perlawan hanya dijalankan pada hujung minggu , Jumaat dan Sabtu sahaja, itulah sebabnya jadi panjang tu..

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian pada mulanya, tetapi akhirnya hanya 14 pasukan yang bertarung hinggalah pada hari ini iaitu 10 April 2010 perlawanan untuk menentukan tempat ketiga , keempat , naib johan dan johan di Padang Awam Sungai Tiang.
Perlawanan tempat ketiga dan keempat adalah diantara pasukan Naka FC dan Titi Akar dimana ianya dimenangi oleh Naka FC dan keempat oleh Titi Akar. Kemenangan ditentukan dengan tendangan penalti.
Pertandingan untuk johan dan naib johan dilangsungkan selepas itu dimana perlawanan diantara Guar Cempedak FC dan Kuala Ruman. Guar Cempedak ternyata mempersembahkan permainan yang hebat dengan kemenangan 5 berbalas 2 Permainan dilangsungkan dalam suasana cuaca yang baik pada petang ini walaupun pada hari-hari sebelum ini huja turun hampir setiap petang.

Diakhir perlawanan ana dijemput untuk menyampaikan hadiah dan piala kepada para pemenang.

Johan iaitu Guar Chempedak FC mendapat hadiah piala, medal dan wang tunai RM 1500.00

Naib johan pula Kuala Ruman menerima medal, piala dan wang tunai RM 1000.00.

Tempat ketiga juga menerima medal dan wang tunai RM 500.00 dan keempat menerima medal dan wang tunai RM 300.00.
Kepada semua pemenang diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya diucapkan bersabar dan ditahun akan datang berusaha lagi.
Apa yang menarik ana diberitahu terdapat lebih kurang 15 orang bakat terpendam dalam bidang bolasepak dapat dicungkil daripada perlawanan yang diadakan ini , diharap selepas ini mereka akan mengambil bahagian pula didalam Pertandingan merebut piala Menteri Besar Kedah pula.
Tahniah diucapkan kepada Pemuda PAS Sungai Tiang terutama En Mokhlas kerana kejayaan mereka menganjurkan perlawanan yang dapat menghimpunkan pemuda disekitar Pendang dan moga ianya akan bertambah meriah ditahun akan datang, InsyaAllah.
Bersedialah kita untuk memberi sokongan kepada pasukan Kedah untuk memenangi Piala FA malam ini.
Pulun Kedah pulun, moga akan membawa balik kemenangan berganda lagi tahun ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.