Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, July 6, 2010

Banyaknya rakyat terlebih bayar kepada kerajaan?

2. Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kewangan
menyatakan berapakah jumlah wang lebih bayar pembayar cukai di dalam LHDN dan
jumlah pembayar cukai yang masih belum dipulangkan mengikut tahun sejak 5 tahun
lepas.
Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Pendang. Jumlah
bayaran balik Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai mengikut tahun
adalah seperti berikut:-
Tahun Jumlah Bayaran Balik
(RM bilion)
Pembayar Cukai
2006 . 4.3 B 291,315 pembayar cukai
2007 . 5.4 B 654,606 "
2008 . 8.6 B 838,644 "
2009 . 10 B 870,630 "
Sehingga Mei 2010 2.2 B
Mengenai soalan bahagian kedua, jumlah pembayar cukai yang masih belum
dipulangkan cukainya dan dibawa ke tahun berikutnya. Umpamanya pada akhir tahun
2007 jumlah pembayar cukai yang masih belum dipulangkan lebihan bayaran adalah
58,633 orang.
Ini merupakan 8.2% yang dibawa ke hadapan iaitu ke tahun 2008.
Pada akhir tahun 2008, 76,990 kes telah dibawa ke tahun 2009 dan ini melibatkan 8.4% yang belum lagi dibayar lebihan bayaran. Pada akhir tahun 2009 jumlah yang dibawa ke
tahun berikutnya adalah 150,757 kes yang melibatkan peratusan 14.8%. Terima kasih.

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Timbalan
Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat moto LHDN adalah
‘Bersama Membangun Negara’. Saya dapati sekarang kerajaan telah mengadakan e-
Filing. Saya ada dua persoalan dalam soalan tambahan ini. Berhubung hendak
mendapatkan nombor pin untuk e-Filing itu kita terpaksa menghantar maklumat nombor
rujukan cukai, alamat terkini, salinan MyKad, pasport dan juga nombor telefon dan
LHDN akan memberikan nombor pin ataupun kita terpaksa pergi ke pejabat LHDN untuk
mendapatkan nombor pin tersebut. Itu masalah bagi pembayar cukai.
Kedua, soalan berhubung dengan bayar lebih ini, saya hendak tanya berkenaan
dengan akaun gantung. Mereka yang telah lama akaun mereka berada dalam LHDN
dan disebut sebagai ‘akaun gantung’ inilah. Adakah wang pembayaran balik ini
disimpan di dalam akaun tertentu yang mendapat OPR (Overnight Policy Rate) yang
menguntungkan LHDN yang faedahnya akhirnya akan diberikan balik kepada pembayar
cukai tersebut? Adakah OPR yang digunakan oleh LHDN ini syariah compliance sesuai
dengan hasrat kita untuk menjadi Halal Hub dalam negara ini? Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Mengenai e-Filing saya cuma ingin menyatakan bahawa setakat ini lebih kurang 1.5 juta
pembayar cukai yang telah menggunakan kemudahan e-Filing. Ini berbanding dengan
pembayar cukai individu adalah seramai 3.5 juta. Ini sudah merupakan satu jumlah
yang hampir 50%. Jadi tentang masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu
barangkali tidaklah menjadi satu masalah yang besar. Ini kerana jumlahnya begitu
tinggi yang telah menggunakan e-Filing. Apa pun barangkali pegawai LHDN yang ada
pada hari ini mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat ini untuk mencari
jalan bagaimana memudahkan lagi penggunaan e-Filing.
Dari segi jumlah wang yang perlu dibayar balik kepada pembayar yang
membayar lebih. Semua bayaran wang yang dikutip oleh LHDN ini dimasukkan dalam
Kumpulan Wang Yang Disatukan dimasukkan ke situ semuanya. Jadi setiap tahun
LHDN akan membuat satu anggaran berapa banyakkah yang boleh dimasukkan dalam
satu tabung yang diuruskan oleh LHDN, supaya dapat digunakan untuk membayar balik
apabila tuntutan ini dibuat. Jadi inilah cara pengurusan supaya kutipan hasil ini pada
permulaannya diserahkan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Ini diuruskan mengikut
pengurusan Wang Disatukan. Hanya satu-satu peruntukan untuk satu-satu tahun untuk
membayar balik ini dibuat oleh LHDN dengan kebenaran Kementerian Kewangan. Jadi
tentang perincian lain dari segi...

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ‘Akaun gantung’.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: ‘Akaun gantung’ saya hanya ada maklumat di
sini dari segi jumlah individu yang dianggarkan pembayar cukai adalah 3.5 juta yang
aktif. Ini maknanya yang membayar cukai dua juta, maknanya ramai jugalah yang
digantung dari segi barangkali tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk
membuat pembayaran cukai pada satu masa didaftarkan. Akan tetapi tidak semestinya
mempunyai pendapatan yang berterusan untuk membayar cukai.
Tentang jumlah terperinci, selain daripada itu saya tidak ada, Yang Berhormat.
Terima kasih.

Besar jumlah tu nampaknya, RM 30.5 billion untuk 5 tahun lepas , dan jumlah yang banyak ni sudah pasti kalau masuk kedalam OPR sudah berapa puluh juta yang akan masuk didalam akaun kerajaan dan berapa pulak hasil yang rakyat boleh dapat hanya kerana terlebih bayar cukai kepada kerajaan , kalau rakyat lewat bayar cukai, kita dikenakan penalti atau denda tetapi kalau macam ni , bagaimana pula kalau kerajaan bayar balik lewat kepada rakyat pula, itulah nasib rakyat yang jadi mentimun terkena golek dengan durian.
Bayangkan kalau jumlah ni yang rakyat lebih bayar ni, rakyat pulak minta denda atas kelewatan pembayaran balik, agaknya berapa faedah yang rakyat dapat agaknya.
Itu yang terlebih bayar saja, kalau yang rakyat bayar ikut jumlah yang kena cukai, rasanya jumlah bilion tu jadi ratusan lah nampaknya. Maknanya kerajaan memang perlukan wangrakyat untuk membangunkan negara, dan sebab itulah kami selalu kata dalam parlimen, setiap kawasan tak kira sapa yang menang kena beri sama rata untuk pembangunan kawasan melalui pegawai yang mentadbir dikawasan tersebut.
Ini tidak, kalau kawasan Bn menang dia beri jepada DO untuk pembangunan kawasan parlimen 500 ribu setahun kalau kawasan bukan BN menang, dia beri kepada pegawai pembangunan daeran bukan DO yang sudah sekian lama dok menjalankan tugas membangunkan daerah. Macam mana kita nak kata depa adil macam ni, puas lah nanti depa berebut duit tu dan nanti tengok lah pulak kalau yang jadi ketua bahagian bukan wakil rakyat, maka akan begaduh sakanlah nanti depa tuh .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.