Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, July 5, 2010

Ziarah di hujung minggu.

Hujung minggu ini, balik kekawasan dan menziarahi dua orang orang kuat dicawangan yang sedang uzur.
Ust Ibrahim yang tinggal di Titi Kera Tobiar, mengalami canser prostate stage 4 dalam keadaan uzur dan tidak berupaya untuk makan dan sedikit dapat meneguk air . Sel canser yang berasal dari prostate sudah merebak ke lymph node di inguinal region dan ini menyebabkan beliau tidak dapat bergerak bebas kerana sakit yang amat sangat. Walaupun begitu, beliau masih bersemangat bila menyebut pasal perjualan untuk mendaulatkan Islam di tanah air kita ini. Beliau sudahpun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan juga menjalani rawatan radiotheraphy di Hospital Mount Marian, Penang. Kita doakan semoga Allah memberikan apa yang terbaik untuk beliau.

Sebelah petang berita mengenai ribaut yang melanda Kpg Bukit Jambul, ana bergegas meninjau rumah yang ditimpa pokok kelapa yang putus ditengah ditiup ribut petang sebelumnya sehingga menyebabkan bumbung runtuh dubahagian dapor dan bilek air, nasib baik tiada siapa yang tercedera akibat ribut tersebut.

Hari Ahad sekali lagi menziarahi MKK Pokok Asam yang kemalangan lebih sebulan yang lalu yang mengakibatkan isteri beliau meninggal dunia ditempat kejabian dan beliau berada lebih sebulan didalam ICU Hospital Sultanah Bahiyah. Sekarang beliau dalam keadaan separa hilang ingatan tetapi sedar dan stabil. Cuma keadaan badan agak susut sedikit kerana tidak makan dengan sempurna. En Abdullah Man juga kita doakan moga cepat sembuh dan dapat meneruskan kerja beliau sebagai MKK dikampong beliau.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.