Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, July 5, 2010

Teercapaikah kita akhirnya?.

Kenapa kita tidak setanding negara jiran didalam menarik para pelabur kedalam negara?
Adakah kita berjaya untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi saperti yang dirancang oleh pemimpin negara?
Adakah kita layak untuk mendabik dada kerana mempunyai petugas mahir dan kompeten?
Itu antara persoalan yang ana timbulkan semalam semasa mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian antarabangsa dan industri, Mp Jerlun menjawab.
Masalah yang kita ada adalah 25 % sahaja pekerja negara kita yang berkelayakan tinggi , yakni berijazah dan yang selebihnya hanya berkelayakan SPM kebawah. Jadi oleh itu usahawan yang menggunakan sektor pekerja yang majoritynya berkelayakan SPM kebawah sahajalah yang akhirnya akan masuk dan sudah pasti ini hanya akan terus mengekalakn negara didalam sektor berpendapatan sederhana dan bukan tinggi.
Usaha yang berlaku sekarang iaitu untuk memberi ruang dan peluang kepada sektor pendidikan tinggi memang patut dialu-alukan, tetapi bagaimana dengan harga yang terpaksa dibayar dalam suasana ekonomi emak dan ayah yang sempit serta dalam suasana kerajaan berhasrat untuk mengurangkan atau menafikan peruntukan biasiswa untuk anak bangsa meneruskan pendidikan tinggi , bahkan diperingkat ijazah pertama pun sudah hendak dikurangkan atas alasan tiada banyak wang.
Apa yang ana pelik bila Menteri DS Nazri umumkan baru-baru ini bahawa kerajaan akan berikan kepada setiap kawasan parlimen 500 ribu untuk dibuat pembangunan kerana ada lebihan wang, dan bila kita minta diberi dikawasan pembangkang (pusat) sama, dia kata itu peruntukan dibawah PM, dia yang boleh berikan dan dikawasan yang diwakili bukan BN diberikan kepada ketua bahagian untuk pembangunan dikawasan tersebut.
Bayangkan nanti akan berlaku kecelaruan didalam pengagihan peruntukan yang hendak dibuat pembangunan kecil dikawasan ana misalnya, kalau tak melalui penghulu yang ada, maka sudah pasti akan berebut tanah dan ruang nak buat dan macam biasa berlaku perebutan akan terjadi diantara kontraktor yang dapat dan tak merasa bahkan akan berlaku dendam dan irihati berterusan diantara kroni dan bukan kroni nanti.
Inilah nampaknya yang akan menimbulkan semula bibit perpecahan diantara puak mereka dan inilah juga yang akan terus meranapkan mereka hasil kerja buat pecah dan perintah yang dilagang oleh PM sekarang , meneruskan legasi PM yang terdahulu sehinggalah UMNO BN akan terus lenyap dibumi Allah ini.
Berbalik kepada persoalan pekerja mahir dan tak mahir tadi, maka kata menteri negara akan terus menerima pelaburan yang berintensifkan buruh berpendidikan sederhana , kalau macam tu lambat lagilah nampaknya kita hendak mencapai ekonomi tinggi saperti yang dihasratkan oleh PM dalam RMK 10 ini.
Rakyat dibawah akan sentiasa menerima penindasan ini, nak belajar tak ada duit, kena pinjam, kena bayar balik, tempat di IPTA tak cukup, nak masuk ke IPTS duit tak ada, kena buat pinjaman juga, jadi sampai matilah mereka ini akan terus meminjam dan membayar hutang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.