Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 7, 2010

Zaman KPI lah katakan!!

KPI punya pasai , hak lain aku tak peduli. Yang penting statistik aku memuaskan pihak atasan.
La ni heboh pulak pasai mahkamah kita yang mahu menyelesaikan kes yang berlonggok supaya cepat habis. Ada satu yang dikejar oleh semua pihak sekarang ini, iaitu KPI. Sebut saja apa juga bidang tugas, maka KPI akan dijadikan ukuran hendak jadi baik atau tidak sesuatu jabatan kerajaan itu.
Ana tak nak bangkang bab KPI ini, tetapi kalau sampai kes dalam mahkamah pun depa nak selesaikan cepat pasai nak kejar KPI, macam orang kata la, justice hurried is justice burried.
Ramai loyer yang bangun bahas mempertikai apa yang sedang mereka hadapi la ni , kerana nak pospon kes dah tak diterima, kadang-kadang ada hakim yang suruh serah dulu soalan apa nak tanya kepada saksi, macam soalan parlimen pula agaknya lah, habis apa makna cross examination kalau macam tu, soalan dah bocor, baik lah buat keputusan terus, sebab kata peguam masa cross exam ni lah kita boleh tengok macam mana reaksi saksi, nak berpeloh ke, nak pengsan ke, nak kejip mata ke, nak terkencing ke dan berbagai lagi body language yang dapat dilihat semasa disoal balas oleh peguam masing-masing.
Oleh kerana nak kejar KPI, nampaknya apa yang diputuskan mungkin tidak dapat menjadikan keputusan yang dibuat itu adil .
Ya lah, kes akan selesai cepat, tetapi kesannya masyarakat akan tidak mendapat keadilan hasil dari keputusan hakim tersebut.
Kalau ikut KPI ini, walaupun kes yang dihadapi peguam banyak, maka ia terpaksa juga hadir untuk bicara , kalau tidak kes akan terus dibicarakan tanpa kehadiran peguam, jadi apakah ini akan terus memberi keadilan kepada rakyat yang hendak mempertahankan diri atau kepada kerajaan juga kalau hendak membela diri.
Apa yang dikhuatiri adalah ada campurtangan pihak eksekutif didalam sesuatu penghakiman , bahkan didalam membuat sesuatu pertuduhan sekalipun.
Inilah yang sangat dirisaukan oleh rakyat terbanyak sebenarnya.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.