Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 7, 2010

Makan durian dan kambing.


Oleh kerana lambakan buah-buahan tempatan yang berlambak dipasaran dan hal ini berlaku setiap tahun maka buat kesekian kalinya hari ini di Parlimen diadakan majlis makan durian dan daging kambing untuk semua yang hadir dianjurkan oleh Kem Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beginilah berlaku setiap kali bila musim buah-buahan berlambak buah-buahan tempatan sehingga petani yang menanam dan mengusahakan kebun sampai tak larat dah nak kata apa kerana tak tahu nak buat apa lagi dengan lambakan tersebut.

Nak jual dah tak laku lagi orang nak beli, nak eksport keluar negara tak pandai , nak buat berbagai bahan makanan yang tahan lama tak ada teknologi dan modal, maka begitulah jadinya kepada mereka.
Apa yang ana tertarik dan kesilapan pemahaman kita selama ini adalah yang menyatakan daging kambing itu tak sesuai dimakan kerana tinggi cholesterilnya adalah meleset semata-mata , saperti yang ana selalu tegaskan kepada kawan-kawan bahawa daging kambing adalah yang kurang sekali kandungan cholesterolnya kalau dibandingkan dengan ayam, lembu, kerbau dan biri-biri.
Kandungan kolesterol untuk kambing 63.8 mg, ayam 76 mg, lembu 73.1 mg, biri-biri 78.2 mg. Sumber jabatan Veterina.Lemak kambing 2.6 gm, ayam 6.3 gm, lembu 7.9 gm, biri-biri 8.1 gm. Protein kambing 23 gm, ayam 25 gm, lembu 25 gm dan biri-biri 78.2 gm.
Oleh itu ikutlah sunnah nabi, dari nabi adam hinggalah kepada sejarah Nabi Muhammad saw semuanya ada mempunyai sejarah menternak dan menyembelih serta memakan daging kambing. Nabi Adam ada sejarah kambing, anak baginda juga , Qabil dan Habil ada sejarah kambing, nabi Musa dan Harun juga ada sejarah dengan kambing, sehinggalah kepada nabi akhir zaman Muhammad saw juga menternak kambing dan makan kambing. Disamping mendapat fadilat sunnah nabi, dapat makan daging yang rendah cholesterol, cuma harganya mahal sikit. Tapi kena sembelih masa ia tidak mengawan, atau naik syeikh, kerana hormon menyawan itulah yang selalunya menyebabkan baunya hamis sikit, dan kebiasaannya terjadi kepada kambing jantan kerana hormon ini ada pada kambing tersebut. Kalau disembelih muda, masa ia belum lagi ada banyak hormon mengawan ini, maka jarang habis dagingnya, sebab itu kalau aqiqah biasanya yang dipilih 2 tahun keatas, maka kalau tengah ia naik sheikh , maka kena asingkan dulu antara jantan dengan betina dalam 4-5 hari sebelum disembelih supaya hormon tersebut turun dan berkurangan, insyaallah tak hamis.

Akhirnya buah tu akan sampai ke tong sampah dan terus masuk longkang lah pula.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.