Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, February 1, 2010

Kesempatan menziarah kawasan!.

Semalam agak sibuk ana, kebetulan hari cuti bagi keluarga dan masa yang ada diambil kesempatan untuk menziarahi pesakit didalam kawasan . Ana ambil kesempatan untuk menziarahi Kampong Alor Besar kerana sudah beberapa bulan ana tidak kesitu dan juga di Guar Kepayang menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada pesakit lumpuh.
Bermula dari awal pagi , menziarahi pesakit barah usus En Fauzi yang sudah berada pada stage 4 , telah memasuki hati dan beliau sudahpun selesai menjalani rawatan chemotherapy di Pulau Pinang. Keadaaan beliau agak keletihan dan mengalami lemah disebelah kiri badan pada power grade 4. Beliau ketika itu sedang bersiap untuk membuat rawatan follow up dihospital.


Kemudian menziarahi Mak Tam Che Embun yang menghadapi masalah vascular disease di kaki kiri beliau sehingga terpaksa dipotong kerana gangrene dan tidak tahan sakit yang amat sangat. Below knee operatiaon telah dilakukan dan sekarang nampak sudah semakin pulih. Beliau tidak menghidapi kencing manis saperti yang biasa kita lihat dimana terpaksa dipotong kaki kerana gangrene. Vascular disease jenis ini selalunya didapati pada penyakit Berger's disease dimana saluran darah tersumbat dan menyebabkan tisu kaki tidak mendapat pengaliran darah yang sempurna sehingga terjadi gangrene. Biasanya masalah ini berlaku pada mereka yang menghisap rokok, tetapi mak Tam Embun tidak merokok. Ana telah menghubungi pihak JKM kerana ia telah membuat permohonan untuk mendapatkan sebuah kerusi roda, ana mendoakan semoga beliau akan diberikan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau.

Kemudian kami menziarahi Pak Su Chin( Husin) yang menghadapi masalah penat( lelah) COAD yang menghadapi kesukaran untuk bernafas . Beliau sedang dalam rawatan mengambil inhaler ventolin dan ubatan bronchodialater, namun nampak masih dalam keadaan kesukaran bernafas ( respiratory distress). Beliau hanya dapat bertahan dengan memakan ubat dan inhaler, namun tidak dapat melakukan sebarang kerja sekarang ini.

Kesempatan juga digunakan untuk melawat sebuah rumah ibu tunggal dua anak yang masih dalam pembinaan tetapi terbantut kerana tidak mempunyai wang untuk meneruskan pembinaan. Ana menasihatkan beliau supaya berusaha mencari dana melalui JKM dan Pejabat Zakat dan insyaallah kami juga akan turut membantu melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat.


Seterusnya menziarahi En Sharif yang menghadapi masalah renal abscess yang terpaksa membawa renal tube kesana kemari dipinggang beliau kerana masih terdapat nanah disekeliling buah pinggang beliau.

Pak Cik Din yang sudah lumpuh empat tahun, juga diziarahi dan berdoa supaya beliau tabah menghadapi ujian dan terus dengan rawatan physio dan memakan ubat darah tinggi beliau.

Akhir sekali ana dibawa malawat bangunan PASTI yang sedang didalam pemulihan kerana bangunan lama yang terpaksa dirobohkan kerana dimakan anai-anai. Mereka memerlukan sumbangan atap untuk menyiapkan banguanan tersebut untuk pengajian anak-anak disitu . Kepada mereka yang ingin membeli saham akhirat ini , diharap bolehlah membuat sumbangan melalui PAS Kawasan Pendang , ( PASTI Alor Besar dibelakang cek).Hantarkan kepada Pejabat PAS Kawasan Pendang, Km 3 Gajah Mati, Pendang Kedah. Poskod 06700.

Kemudian ana ke Guar Kepayang menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada pesakit lumpuh , tetapi sudah agak hampir pulih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.