Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, March 24, 2010

Petua nak kaya cepat.

Soalan ana hari ini kepada Menteri yang jaga SUBUR dan Pertanian serta industri asas tani.
DR. 24.3.2010
8
2. Dato’ Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani menyatakan berapakah jumlah hutang TEKUN yang belum dijelaskan
dan usaha untuk mengambil balik hutang tersebut serta kategori peminjam, jenis
perniagaan atau usahawan serta kesan daripada ‘surat menangis’ yang dilaksanakan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Seri Noh bin Haji Omar]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. TEKUN Nasional adalah sebuah institusi yang
menyediakan peluang perniagaan serta peluang menjana pendapatan pembiayaan
modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. Di
antara sektor perniagaan yang diceburi oleh usahawan TEKUN adalah seperti sektor
perkhidmatan, pemborongan, pembuatan, peruncitan, pertanian dan juga industri asas
tani.
Sehingga 28 Februari 2010 sebanyak 198,739 pembiayaan yang bernilai
RM1.47 bilion telah dikeluarkan kepada 159,587 usahawan di seluruh negara. Daripada
jumlah tersebut sebanyak 17% iaitu 33,149 pinjaman dengan nilai tunggakan sebanyak
RM133.27 juta yang masih belum dijelaskan oleh peminjam TEKUN. Kaedah
pembiayaan yang dikeluarkan oleh TEKUN adalah mudah, tanpa penjamin dan cagaran
menyebabkan sebilangan usahawan gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.
Untuk meningkatkan kutipan bayaran balik TEKUN Nasional telah mengambil
beberapa langkah. Di antaranya dengan mengeluarkan surat rayuan yang juga dikenali
sebagai ‘surat menangis’ kepada peminjam tegar yang mempunyai tunggakan yang
tinggi. ‘Surat menangis’ yang dikeluarkan mulai Disember 2009 telah dikeluarkan
kepada 3,206 orang peminjam. Daripada jumlah tersebut hanya 2,303 ataupun 72%
membayar balik pinjaman TEKUN apabila menerima surat menangis dan 28% lagi tidak
mengendahkan surat tersebut.
Langkah yang kedua apabila ‘surat menangis’ ini tidak diendahkan TEKUN akan
mengeluarkan pula surat peringatan melalui Jabatan Undang-undang daripada TEKUN
kepada peminjam-peminjam yang masih lagi tidak mahu membayar hutang. Sekiranya
gagal surat dakwaan, surat notis ke mahkamah pula akan dikeluarkan oleh TEKUN
melalui syarikat guaman yang dilantik oleh pihak TEKUN. TEKUN juga telah
mengadakan perbincangan dengan Bank Negara untuk menyenaraihitamkan peminjampeminjam
TEKUN yang masih lagi degil untuk membayar hutang mereka. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu banyak cara orang hendak
DR. 24.3.2010
9
jadi kaya sekarang ini. Antaranya masuk MLM, Skim Cepat Kaya dan ada yang lompat
parti ataupun ugut hendak lompat. Ini boleh cepat kaya.
Beberapa Ahli: [Menyampuk][Ketawa]
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Janganlah buat fitnah.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya hendak tanya
kepada Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau tuduhan itu betul you
lompatlah. You jadi kaya.
Seorang Ahli: Yang Berhormat Kalabakan sudah sebut semalam!
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Menteri,
saya ingin bertanya. Saya sudah jadi wakil rakyat dua penggal. Banyak borang yang
telah saya tandatangani untuk permohonan TEKUN ini. Akan tetapi apabila saya
bertanya kepada mereka yang memohon kebanyakannya tidak dapat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat bila hendak
lompat?
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Apabila tidak dapat saya
tanya kenapa tidak mohon semula? Setiap jawapan yang saya dapat daripada
pemohon-pemohon ini mereka mengatakan hendak ambil borang pun kena pergi
pejabat TEKUN yang berada di Kompleks UMNO. Hendak tandatangan borang pun
kena wakil rakyat daripada UMNO. Hendak serah borang pun kena serah borang di
pejabat TEKUN yang ada di pejabat UMNO. Di Pendang, alhamdulillah, telah tiga kali
dalam sesi yang lepas saya kemukakan soalan ini dan sudah dipindahkan keluar
daripada Pejabat UMNO Pendang. Akan tetapi di Selayang saya nampak ada masih
lagi di Darul Kifayah di Kompleks UMNO. Jadi soalan saya bilakah...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hendak pindah itu silap itu.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Bilakah kementerian
akan mengeluarkan TEKUN ini daripada kepompong bahawasanya hanya merekamereka
yang berada di kelompok tertentu sahaja yang layak untuk memohon pinjaman
TEKUN. Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan ini
berbau soalan politik ini. Hendak jawab secara politik ke secara fakta? Yang Berhormat
saya sudah nyatakan tadi pinjaman yang telah kita keluarkan kepada 159,587
usahawan. Bolehkah Yang Berhormat buktikan kepada saya bahawa daripada 159,587
ini tidak ada seorang pun orang PAS dapat pinjam?
DR. 24.3.2010
10
Kedua, isu duduk di bangunan UMNO ialah kerana TEKUN pada mulanya
diberikan pembiayaan tanpa ada wang pengurusan. Mula-mula wang TEKUN ini
diberikan lebih kurang RM982 juta sahaja Yang Berhormat, tanpa duit pengurusan.
Kemudian daripada wang perkhidmatan yang kita buat daripada RM982 juta ini TEKUN
telah mampu untuk mengadakan wang pusingan sebanyak RM1.4 bilion.
1030
Oleh kerana bangunan UMNO ini, kerana UMNO ini parti yang menolong rakyat.
Berjuang untuk rakyat dan setiap UMNO kalau ada bangunan, ada bangunan sendiri.
Saya tidak tahulah kalau setiap kawasan PAS pula ada bangunan seperti mana UMNO
ada bangunan sendiri.
Jadi oleh itu kita menggunakan bangunan UMNO ini dengan understanding kita
bahawa ada UMNO memberi percuma. Percuma. Tidak ada sewa. Kadang-kadang kita
bagi percuma sahaja. Kita bagi. Jadi oleh itu kita hendak membantu rakyat. Jadi oleh
kerana sewa daripada UMNO ini ada yang bagi percuma ada pun ada, ada yang bagi
sewa yang cukup rendah.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk][Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sri Gading percuma. Sri
Gading percuma kerana hendak membantu rakyat.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya pun tidak faham macam mana Naib
Presiden boleh menang macam ini perangai. [Ketawa] Dengarlah saya cakap. Saya kata
ini orang PAS ini salah pilih Naib Presiden ini. [Disampuk]
Tengok, Yang Berhormat Naib Presiden UMNO. Rileks sahaja jawab sebagai
Menteri. Itu baru betul.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya setuju.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Dia dulu bergaduh dengan polis
dulu ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu warga pengundi PAS salah
pilih.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Dengar, Yang Berhormat. Saya kata ada
bangunan UMNO yang bagi percuma. Ada juga UMNO yang memberi sewa yang
minimum.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Oh, UMNO makan sewa jugalah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat.
DR. 24.3.2010
11
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Oh, tengok itu Timbalan
Presiden PAS. [Disampuk]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Oleh itu Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
saya minta jangan mengganggu. Yang Berhormat Menteri sedang menjawab Yang
Berhormat ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Soal Yang Berhormat kata kalau kata
Pendang. Keluar daripada UMNO Pendang, itu bukan kerana desakan daripada Yang
Berhormat. Tidak ada kena mengena. Kalau dia pindah kepada Pendang pun, bahawa
TEKUN di Pendang sudah mampu untuk berdikari dan boleh menyewa bangunan dia
sendiri dan mungkin juga UMNO Pendang sudah tidak ada tempat untuk beri ruang
kepada TEKUN kerana mungkin bangunan-bangunan di Pendang begitu padat untuk
kita gunakan. Jadi kerana itu Yang Berhormat, kalau tuduhan mengatakan bahawa
TEKUN ini hanya untuk orang UMNO sahaja, itu adalah tuduhan yang tidak betul.
Saya juga tadi, Yang Berhormat nyatakan bahawa apa tadi kata lompat parti
Yang Berhormat itu salah tuduh. Yang sebelum 16 September, siapa punya idea lompat
parti ini? Bukan daripada Barisan Nasional. Ini pembangkang punya idea. Sekarang ini
bila idea pembangkang tidak jadi lompat parti...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Kalabakan kata
umpan yang diberi kepada Yang Berhormat Bayan Baru itu besar.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ...pun hendak tuduh kita juga. Jadi Yang
Berhormat. [Ketawa]
Seorang Ahli: Ini sudah meleret ini.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ini bukan meleret, saya jawab sebab saya
kata tadi soalan yang ditanya soalan politik, saya jawab secara politik. Kalau soalan
ditanya secara profesional, saya jawab secara profesional...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Kalabakan, Yang
Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ... Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Kalabakan kata
umpan dibagi besar. Sebab itu dia lompat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Setiu.
Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya ingin mengucapkan terima
DR. 24.3.2010
12
kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana TEKUN
yang ada ini dapat membantu banyak orang miskin terutama di kawasan luar bandar.
Cuma saya hendak minta soalan tambahan saya untuk menambahkan soalan kepada
soalan yang telah dibuat. Apakah Yang Berhormat Menteri melihat bahawa peminjam
Amanah Ikhtiar Malaysia dengan peminjam TEKUN ini, adakah diselaraskan sama ada
kalau sudah dapat pinjaman TEKUN, maknanya pinjaman Amanah Ikhtiar itu tidak dapat
ataupun kedua-duanya dapat ataupun digabungkan bersama? Boleh atau tidak Amanah
Ikhtiar Malaysia pun dapat, TEKUN pun dapat. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau
seseorang peminjam sudah mendapat Amanah Ikhtiar tetapi Amanah Ikhtiar ini
jumlahnya sedikit. Namun kalau dia hendak membesarkan lagi perniagaannya, maka
sudah tentu TEKUN tidak ada halangan untuk kita memberikan pinjaman untuk
membesarkan lagi modal perniagaannya.
Bila Yang Berhormat kata TEKUN, kita sedar bahawa TEKUN – Bila Yang
Berhormat sebut Amanah Ikhtiar, kita sedar bahawa Amanah Ikhtiar merupakan satu
kelompok pinjaman yang bayaran yang cukup baik kerana ada sistem pier-pressure.
Oleh itu TEKUN juga akan menubuhkan Kelab Komuniti TEKUN di tiap-tiap kawasan
Parlimen di mana kelab ini nanti akan dianggotai oleh peminjam-peminjam TEKUN dan
juga ahli-ahli kelab ini nanti akan diberi bimbingan usahawan dan juga kita akan beri
peluang kepada kelab ini untuk membantu pegawai-pegawai TEKUN untuk mengutip
hutang di kalangan mereka.
Insya-Allah saya yakin apabila Kelab Komuniti TEKUN ini ditubuhkan di setiap
kawasan Parlimen, maka lebih mudah untuk kita memastikan peminjam-peminjam
TEKUN ini menggunakan duit mereka untuk perkara-perkara yang benar dan juga
masalah kutipan hutang ini dapat kita atasi. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Soalan tambahan, Yang
Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang
Berhormat. Cukuplah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Soalan ini penting, Yang
Berhormat. Melibatkan rakyat di luar bandar termasuk kawasan Tuan Yang di-Pertua
juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang
Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.