Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 15, 2010

Bahas 14/7/2010 RUU sewa beli

4.04 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Hanya untuk menyambung sedikit sebanyak apa yang tidak disentuh oleh
sahabat-sahabat tadi. Pertama sekali saya mahu menekankan tentang kereta yang
ditarik ini. Banyak disentuh tentang kereta yang ditarik. Apabila ditarik didapati barangbarang
sudah hilang. Jadi, saya rasa di dalam rang undang-undang ini tidak disebut
tentang inventori barang-barang yang ada dalam kereta yang ditarik. Saya harap kita
perlu menambah, pindaan atau apa-apakah peraturan supaya setiap kereta yang ditarik
hendaklah mengadakan satu inventori?
Menyentuh tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bakri tadi, apabila
suatu barang tulen yang ada dalam kereta tetapi diganti dengan barang tiruan. Ini juga
perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian berhubung dengan penukaran barangbarang
daripada yang tulen kepada yang tiruan dalam jenama yang sama. Mungkin
sekarang kita dapat lihat banyak barang-barang tiruan yang mempunyai jenama yang
DR.14.7.2010 92
bagus-bagus. Asalnya daripada Jerman tetapi ditiru dengan barangan yang diperbuat
daripada negara China.
Keduanya, tentang trade-in. Trade-in ini juga merupakan satu masalah kepada
mereka-mereka yang menjual kereta kepada second hand dealer. Apabila kita trade-in
suatu kereta seperti yang disentuh oleh kawan-kawan tadi, nama kita tidak ditukar
kepada syarikat yang membeli kereta tersebut. Maknanya apabila berlaku sesuatu
terhadap kereta tersebut misalnya yang berlaku di Alor Setar baru-baru ini. Apabila dia
trade-in suatu kereta tiba-tiba dia mahu pergi lihat kereta itu semula, kereta itu telah
terlibat dengan perlanggaran dan kerosakan banyak berlaku pada kereta tersebut.
Walhal masih lagi menggunakan nama dia dan pihak bank mengejar dia supaya
membayar bulanan tetapi kereta sudah tidak boleh dipakai lagi. Jadi, saya berharap
pihak kementerian dapat mengadakan suatu peraturan supaya mengehadkan sesuatu
masa tertentu mungkin sampai dua minggu atau pun satu bulan. Apabila pembeli kereta
yang kita jual ini tidak menukar nama, kita hendaklah membuat laporan polis ataupun
ada surat menyurat untuk menyokong bahawasanya kereta ini sudah tidak menjadi milik
kita lagi, itu kedua.
Ketiganya, berhubung dengan masalah kereta Proton. Proton ini, apabila kita
mahu membeli suatu kereta Proton. Sekarang ini ia masuk dalam satu konsortium
kereta baru yang disebut sebagai Konsortium Logistik Sendirian Berhad. Konsortium
Logistik Sendirian Berhad ini, ia membeli banyak kereta Proton dan kereta ini akan
diedarkan kepada pengedar-pengedar. Kadang-kadang kunci dan geran dapat tetapi
kereta ini masih belum lagi kita dapat, walau pun duit sudah dibayar. Ini makna ada
sesuatu, mereka yang mendapat keuntungan di atas angin untuk hanya menjadi
pengedar kepada kereta ini melalui satu konsortium. Jadi, saya harap pihak kementerian
dapat menghuraikan ataupun memberi penjelasan terhadap Konsortium Logistik ini.
Seterusnya, tentang mengubah nama kepada pemilik berhubung dengan tradein
tadi ini. Saya bimbang apabila nama kita masih lagi ada dalam kereta yang kita tradein
tersebut, mungkin kereta ini digunakan untuk kerja-kerja yang tidak baik ataupun
digunakan untuk kerja-kerja yang mempunyai risiko. Misalnya dibawa terlalu laju
semasa dia mahu membawa semula kereta itu ke kedai dan apabila terkena dengan
saman ekor, kita terpaksa bertanggungjawab di atas saman ekor tersebut.
Sekarang pun kita sudah hadapi. Ada 2.5 juta, polis sedang mengejar merekamereka
yang tidak membayar saman ekor ini. Saya harap perkara ini perlu diberi
perhatian kerana ini akan membebankan kepada pengguna padahal dia telah pun
DR.14.7.2010 93
menjual atau pun men trade-in kereta tersebut. Jadi, saya harap pihak kementerian
dapat memberi penjelasan dan juga menghuraikan perkara ini. Sekian, Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.