Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, July 13, 2010

RUU Perlindungan haiwan 12/7/2010

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Pendang.
12.13 tgh.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang ini. Saya tidak
berhasrat untuk memperkatakan tentang keseluruhan rang undang-undang ini tetapi
beberapa permasalahan yang berlaku di kawasan pertanian di tempat saya yang akhirakhir
ini sering mengganggu petani-petani kita terutamanya petani-petani buah-buahan
tempatan. Saya rasa ini merupakan salah satu daripada masalah yang perlu diberi
perhatian oleh pihak kementerian, bahawa sejak akhir-akhir ini terdapat gangguan
daripada kera ataupun monyet-monyet yang berkeliaran di kawasan pertanian yang
telah pun disuarakan sebelum ini di Parlimen ini, tetapi masalah ini tidak juga
diselesaikan.
Apa yang memusykilkan petani-petani adalah monyet-monyet ini merupakan
monyet-monyet yang cukup jinak Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang mereka
masuk ke dalam rumah, membuka periuk dan makan nasi seperti mana kita makan
tetapi tidaklah bersama dengan kita kerana mereka itu monyetlah. Apa yang menjadi
masalah adalah gangguan terhadap hasil-hasil pertanian. Jika seperti musim sekarang
buah durian, buah rambutan, dan buah cempedak habis dimakan oleh monyet-monyet
tersebut dahulu. Mereka mengatakan bahawa monyet-monyet ini telah didatangkan
daripada Pulau Pinang. Saya tidak tahulah kena tanya Menteri KPI sama ada betul
ataupun tidak. Disebabkan oleh kejinakan monyet tersebut kalau kita pergi ke Pulau
Pinang memang kita dapat bermain dengan monyet tersebut, memberikan kacang
kepada mereka dan datang kepada kita. Begitulah perangai mereka apabila berada di
tempat saya ini. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian sungguhsungguhlah.
Kedua, baru-baru ini kita dapat berita berhubung dengan penduduk membunuh
harimau kerana harimau ini mengganggu keselamatan penduduk. Akan tetapi, apabila
DR.12.7.2010 46
harimau itu dibunuh, pihak kementerian akan mencari ataupun mengambil tindakan
terhadap siapakah yang membunuh harimau tersebut kerana mereka telah melakukan
kesalahan. Apakah ini juga termasuk dalam rang undang-undang yang dibentangkan
pada hari ini untuk dikenakan tindakan kepada mereka yang membunuh musuh yang
mungkin akan membunuh ataupun mengancam nyawa penduduk di kawasan
persekitaran?
Ketiga, berhubung dengan ancaman tempat-tempat hidupan liar ini. Aduan
minggu lepas saya telah menyentuh tentang kawasan tapak hospital di kawasan saya
yang tidak dibersihkan sehingga menjadi tempat ataupun kawasan pembiakan babi
hutan dan juga binatang-bintang buas seperti ular sawa yang mengganggu
keselamatan penduduk. Apakah ini juga termasuk di dalam rang undang-undang ini
apabila kita membersihkan kawasan tersebut ia akan mengganggu hidupan liar dan
mereka yang membersihkan kawasan hutan tersebut akan dikenakan tindakan penalti
yang disebutkan oleh Menteri tadi? Oleh sebab banyak kawasan bukit dan juga hutanhutan
yang telah dibersihkan untuk dibuat kawasan pembangunan misalnya membuat
double tracking di kawasan tempat saya hutan dibersihkan, kawasan yang menjadi
kediaman babi hutan dan juga musang telah dimusnahkan dan haiwan-haiwan ini telah
masuk ke kampung penduduk dan mengganggu penduduk, kalau sekiranya mereka
bunuh, mereka akan dikenakan tindakan penalti di bawah rang undang-undang ini?
Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian, kalau sekiranya perkara begini berlaku
apakah mereka ini akan dikenakan tindakan?
Seterusnya berhubung dengan proses kembiri haiwan-haiwan tersebut untuk
mengurangkan jumlah populasi mereka. Apakah proses kembiri ini kita nampak boleh
misalnya saya sebut tadi monyet banyak di kawasan saya, kita tangkap bapanya,
tangkap dua tiga ekor dan kita mengembirinya supaya ia tidak terus membiak? Apakah
ini suatu yang lunak ataupun yang kita kata bermoral untuk kita jadikan sebagai alasan
untuk kita mengurangkan populasi haiwan-haiwan tersebut. Oleh sebab, kalaulah
kepada manusia mungkin kita tidak boleh melakukan perkara tersebut, tetapi kepada
haiwan, adakah ini bermoral untuk kita lakukan?
Tuan Yang di-Pertua, kemudiannya tentang apa yang disebutkan oleh Menteri
iaitu haiwan hibrid. Saya ingin bertanya setakat ini, apakah haiwan-haiwan hibrid yang
ada di negara kita. Apakah sebelum ini kita pernah mendengar selembu, seladang dan
juga lembu? Apakah populasi selembu ini menjadi satu populasi yang dilindungi oleh
rang undang-undang ini, kerana kita tidak mahu apabila petani kita dapat membuat atau
DR.12.7.2010 47
menghibridkan haiwan selembu ini menjadi banyak, adakah ia menjadi kesusahan
ataupun ia akan menjadi kesusahan kepada petani, mungkin akan menyembelih
selembu tersebut kerana ia termasuk di dalam haiwan-haiwan hibrid yang terdapat
dalam rang undang-undang ini? Saya rasa itulah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
kerana memberi peluang ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.