Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, November 15, 2009

Bertekak pasal beras SUBUR dalam parlimen.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Pendang dulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi
Pendang dulu.
1530
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan terima kasih Menteri. Saya ada lihat temu ramah Menteri di Malaysia Hari
Ini di TV3 hari itu mengatakan selain daripada pergi JKKP, rakyat juga boleh mendaftar
melalui MADA, melalui LPP dan juga melalui Agrobank dan agensi-agensi yang lain di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi kemusykilan yang timbul
pada pagi tersebut, saya ada menerima panggilan daripada penduduk di kawasan saya
mengatakan apabila dibawa pergi ke JKKP, dia kata hanya untuk orang-orang UMNO
sahaja. Ini saya rasa sedihlah, saya hendak minta kepastian daripada Menteri, apakah
ini terdapat di dalam borang tersebut seperti mana yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Taiping pagi tadi.
DR. 12.11.2009
94
Jika sekiranya ini tidak berlaku ataupun tidak benar, saya rasa borang itu
mungkin diselewengkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, itu sahaja Tuan
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat nanti, beri semua sebab semua cerita hampir sama, sila Yang Berhormat
Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, isu tentang
pemberian kupon ini, pada saya ada yang tersiar di dalam surat khabar ini, borang
dinyatakan mesti mendapat pengesahan Ketua Bahagian UMNO. Saya hendak tanya,
pertamanya adakah pemberian wang ini wang UMNO atau wang kerajaan? Keduanya,
kenapa pula diminta untuk mengisi borang agama, asal rakyat miskin dia layak,
mananya 1Malaysia? Apa yang pentingnya kita mesti memastikan tidak ada
penyelewengan, ini wang rakyat, wang kerajaan tidak boleh diagihkan melalui Ketua
Bahagian UMNO.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Okey Tuan Yang di-Pertua, supaya lebih
adil, boleh beri saya satu copy biar saya tengok. Tolong ambil, saya hendak tengok,
beri saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Beri
kepada Bentara. Beri kepada Bentara. Tidak boleh hantar sendiri.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak tengok copy, bagi saya
tengok, sebelum saya hendak baca saya hendak tengok. Saya hendak beritahu Yang
Berhormat, saya hendak tengok copy, beri saya tengok. Sebelum saya jawab saya
hendak tengok sebab kalau - saya hendak beritahu maklumat yang lebih tepat, pergilah
download di laman web kementerian, tidak ada sebut Ketua UMNO...
Beberapa Ahli: [Menyampuk tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ya saya tengoklah, saya tengok macam
mana surat khabar Cina keluar surat khabar Melayu tidak keluar, kita hendak tengok.
Beberapa Ahli: [Menyampuk tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya boleh tunjuk, kita ada iklan borang
kita di dalam beberapa surat khabar berbahasa Melayu yang kita sudah keluarkan. Ini
surat khabar Cina saya perlu tengok, mana dia dapat, mungkin DAP sabotaj ini, kita pun
tidak tahu. Jadi masalahnya ialah saya akan jawab dan saya hendak beritahu bahawa
Yang Berhormat kalau tidak puas hati pergi buka laman web kementerian, itu yang
DR. 12.11.2009
95
betul-betul original. Selain itu juga Yang Berhormat, bukan itu sahaja, saya juga dapat
maklumat borang ini dijual.
Borang ini dijual RM1 pun ada mereka jual satu borang. Ada juga yang beri
borang dia pula guarantee, ada kata bagi RM1 gerenti dapat bantuan. Jadi saya hendak
tengok surat khabar itu. [Meneliti surat khabar yang baru didapati]
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Datuk... Surat khabar Cina.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya tidak nampak ini. Saya tengok
borang ini bukannya borang yang dikeluarkan oleh kementerian [Tepuk][Riuh] Oleh itu
saya hendak surat khabar ini, saya janji dengan Yang Berhormat kementerian akan
saman, kita akan saman, kita akan dakwa surat khabar yang tidak bertanggungjawab
kerana borang ini bukan...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Menyampuk] Saman dia!
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ... Kerana borang ini bukan borang yang
dikeluarkan oleh kementerian. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Maran tunggu dulu...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Menteri,
Saya ada borangnya...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Maran tunggu dulu.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya boleh baca di sini dan
tidak ada pun UMNO bahagian, ini satu penyelewengan. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Keluar-keluar.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Tidak apalah Yang Berhormat, inilah
masalahnya pembangkang, selalu memperbesar-besarkan perkara yang tidak betul,
semestinya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Bawa
sini borang Yang Berhormat, bawa sini saya tengok borang juga...[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang berhormat Menteri, beri
saya laluan. [Dewan riuh]
DR. 12.11.2009
96
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Suruh
Bentara hantar. [Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ya, sila. Saya beri laluan kepada Yang
Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, Beruas
ini kaki DAP, orang kuat DAP... [Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Itu tidak betul, Tuan Yang di-Pertua kerana
penyelewengan..
Datuk Raime Unggi [Tenom]: [Menyampuk] Memang kaki kacau ini [Dewan
riuh] Kes berat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dalam zaman sekarang...
[Disampuk] [Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kita mahu Menteri memberi arahan, ini laporan
tidak betul... [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Ini memesongkan Dewan ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ... sebab itu di kawasan Taiping dan lain-lain
tempat [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: [Menyampuk] tindakan, tindakan
[Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ada orang mengatakan hanya Ahli UMNO
yang boleh memohon. Sebab itu kita mahukan penjelasan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kerja-kerja ini...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Penjelasan. Niat baik Tuan Yang di-
Pertua.
[Dewan tersangat riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian, Yang Berhormat sekalian duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Menyeleweng Dewan ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Beri arahan bukan hanya ahli UMNO sahaja
yang boleh memohon.
DR. 12.11.2009
97
Seorang Ahli: Menyeleweng Dewan.. ..[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian. Sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Menteri, ....
sabotaj kerajaan...
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Menyeleweng Dewan.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Okey, saya beri kepada Yang Berhormat
Sri Gading. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Sri Gading, Sri Gading... [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Usaha yang baik oleh
kerajaan hendak membantu orang-orang miskin tidak mengira bangsa, tidak mengira
siapa...
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Bagus saya sokong.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...cuba disabotaj oleh parti
pembangkang terutama DAP...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kita sokong, tetapi tidak boleh...
Salah. [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini ada unsur-unsur
perkauman dalam usaha mereka mengapi-apikan perkauman. [Dewan riuh]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Saya rasa itu tidak betul. Saya
bangkitkan hal ini. Laluan.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: ...Pembangkang...
Seorang Ahli: 1Malaysia...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak ada nama Ketua
UMNO Bahagian, ini jahat. Sila siasat baik-baik. [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Borang itu tidak boleh keluar daripada
UMNO.
Seorang Ahli: Pembangkang menghasut rakyat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mungkin akhbar ini ada
unsur-unsur perkauman hendak mengapi-apikan kebencian orang Cina kepada orang
Melayu. [Dewan riuh]
Tuan Charles Santiago [Klang]: Ini Dewan Rakyat ke pasar ini? [Dewan riuh]
DR. 12.11.2009
98
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sedangkan projek ini tidak
mengira bangsa, tidak mengira parti, tidak mengira agama... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Minta
tolong semua, yang lain duduk, seorang sahaja bercakap Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa pembesar
suara]... Kementerian mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak akan
berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Maran pun duduk juga.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Persoalannya Tuan Yang di-Pertua,
borang itu wujud..
Seorang Ahli: Wujud apa? [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Wujud. Itu!
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Saya cadangkan supaya disiasat...
Seorang Ahli: ...DAP penipu!..
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ... Jangan tidak senonoh.
[Dewan tersangat riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Jangan tuduh DAP tanpa ada bukti. Siasat
dahulu. Siasat dahulu. Jangan tidak senonoh.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Buat siasatan. Menteri buat siasatan.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Persoalannya Tuan Yang di-Pertua,
borang itu wujud. Maka Menteri perlu ambil tindakan. Kita hendak Menteri ambil
tindakan. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Menteri perlu siasat perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian. Sila duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini kerja UMNO Taiping ini.
DR. 12.11.2009
99
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan salah Menteri, usaha
parti pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan. [Dewan riuh][Ramai Ahli
pembangkang bangun dan bercakap]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat, bangun 10 pun, saya
boleh jawablah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk
dahulu Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Akan tetapi perlu berdisiplin, bangun
semua, saya boleh jawab, benda yang benar, apa saya hendak takut tetapi jangan jadi
macam kera dalam sarkas...[Disampuk][Dewan riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Kera dekat situ.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Siapa Menteri, siapa kera? [Dewan
riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kita minta Menteri ambil tindakan tetapi UMNO
yang membuat kacau.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Pembangkang ini sama seperti anjing
menyalak..... [Disampuk] [Dewan riuh] [Ramai Ahli pembangkang bangun dan
menyampuk, berteriak]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: [Menyampuk] Menteri tidak senonoh!
Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Ini
sudah shouting match ini, Yang Berhormat Menteri, tolong .
[Dewan riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: [Menyampuk] ..... Menteri tidak senonoh!
Tarik balik!
[Dewan teramat riuh]
Beberapa Ahli Pembangkang: Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian, sudah, sudah. Duduk, duduk. [Dewan teramat riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat faham tidak peribahasa
Melayu? [Disampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]:
Duduklah Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu, Yang Berhormat Jelutong
DR. 12.11.2009
100
duduk, Yang Berhormat Kubang Kerian duduk, Yang Berhormat Beruas duduk, okey
yang belakang duduk, Yang Berhormat Kuala Krau, minta tolong Yang Berhormat. Yang
Berhormat Menteri, sila.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya boleh tarik balik kalau peribahasa
saya salah... [Ramai Ahli pembangkang bangun dan menyampuk]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tarik balik.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ...seperti anjing menyalak bukit ini
merupakan bukan peribahasa Melayu. Ini satu peribahasa Melayu! [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Menyampuk] Jangan berhelah, jangan
berhelah.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi kera dalam sarkas. Ini
anjing menyalak bukit, apa dia?
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ini perlu diambil tindakan sahaja.
Beberapa Ahli: Tarik balik!
[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak payah tarik, ini
peribahasa.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ini peribahasa Melayu. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Sudahlah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Saya
tangguhkan Dewan dalam masa 10 minit. [Tepuk]
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.39 petang]

Ish. ish. sampai kena tangguh dewan.
apa kah kerja demo ni.
Itu apa yang berlaku pada hari Khamis lepas bila Menteri pertanian jawab apa yang kami persoalkan berhubung dengan beras subur ni.
Ana bukan apa, bila orang kampong telefon suroh dapatkan kepastian, maka ana pun tanya dalam parlimen nakkan jawapan daripada bapak Menteri kerana ini sudah terjadi dan menjadi heboh diperingkat akar umbi sana.

Walau pun ianya dijelaskan oleh menteri, tapi apa yang berlaku dibawah sana lain.
Macam lah apa yang sering terjadi pada pinjaman tekun dan rumah PPRT dan Mesra rakyat, memang tak habis-habis dengan diskriminasi kepada orang kampong.

Tak percaya lihat saja apa yang berlaku dalam paparan ana berhubung jalan kampong di bawah artikel ini semasa ana pergi ke Pokok Asam nak sumbang kerusi roda pada hari Ahad lepas.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.