Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, November 17, 2009

Kedah Negeriku. Sejahtera harapanku.

Kedah negeri kelima catat pelaburan tertinggi
ALOR SETAR 17 Nov. - Kelembapan ekonomi dunia tidak menghalang Kedah menarik banyak pelaburan sehingga menjadi negeri kelima mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga Ogos lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu, ia melibatkan pelaburan berjumlah RM837,345,329 selepas keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang mengurangkan kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan.

"Dalam pelancongan, Kedah mencatat kemasukan 3.8 juta orang pada 2008 berbanding 3 juta pada 2006 dan kerajaan negeri berazam meningkatkan lagi jumlah itu kepada 4 juta orang pada 2010," kata beliau ketika menyampaikan ucapan Bajet 2010 di DUN Kedah di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, sehingga Oktober 2009, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil RM211.6 juta daripada anggaran hasil RM480 juta dan menyedari pengurangan kutipan hasil disebabkan pemberian rebat 50 peratus yang berkuat kuasa tahun ini.

"Pengurangan hasil tanah juga berjaya ditampung melalui peningkatan hasil melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta tahun ini kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan rapi pejabat-pejabat tanah.

"Kenaikan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta pada 2009 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan kerajaan negeri," jelasnya.

Selain itu, kata Azizan, ia melibatkan dividen atas sumbangan daripada 11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.

"Ia merupakan pembayaran pertama kali diterima selepas penyusunan semula GLC yang berjaya meningkatkan aktiviti dan keuntungan," kata beliau.

Azizan menjelaskan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan bahawa dari 2004 sehingga 2009, kadar kemiskinan di Kedah berkurangan daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.

"Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus," katanya

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.