Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 10, 2008

Orang Najib tepuk dada

Tertarik ana bila mendapat gambaran dari berita kelmarin, Pak lah akan berhenti daripada jadi PM pada Jun 2010, masa yang akan diambil oleh beliau untuk membasmi kemiskinan tegar, ujar beliau. Oleh itu, maka bersorak gembiralah orang Najib menghadapi suasana kelmarin, bakal PM pada 2010. Tapi tahukah kita bahawa dengan kenaikan harga minyak 78 sen vbaru-baru ini, mengikut kajian rambang dan ulasan Dr Jeyasuria kemiskinan rakyat mnegara ini bertambah menjadi 30 % kerana kuasa beri rakyat menurun dan inflasi menaik, rakyat sekarang semakin miskin wahai PM, macamana nak hapuskan kemiskinan tegar 2010 nanti. Janji Pak Lah nak hapuskan penagih atau penagih sifar menjelang 2015 terpaksa ditanggung oleh Najib lepas ni pulak, itu pun satu lagi haru-biru yang terpaksa dia hadapi.
Saya nampak satu lagi suasana yang terpaksa dihadapi oleh DS Najib dan Paklah ni, kerana kalau syarat nak kekal jawatan presiden, maka dengan syarat Pak Lah ni maka Najib tak berdaya nak lawan Presiden ni, lalu bila Paklah menang jadi presiden, maka Najib tak berpeluang lagi jadi presiden lepas tu.
Satu lagi kemungkinan yang boleh kita rasa, bila dah jadi presiden, maka kes Bala dan kes yang lain-lain akan paklah kata on, maka orang yang terbabit namanya pun akan terkena terus macam skrip. Maka dalam masa dua tahun, mungkin Najib dan Rosmah akan terpalit lalu bila tiba 2010 maka wajah mereka sudah berada ditempat lain.
Satu lagi yang ana agak bermacam boleh terjadi dalam masa 2 tahun ni, mungkin bila usul tak percaya ni tercapai Isnin ni, maka najib terus akan boleh ambil alih jadi PM, atau akan ada PR sertamerta oleh Paklah, maka BN akan kalah teruk kali ni, langsung peluang Najib akan lupus, atau ahli BN akan beralih ke PR sebagaimana yang dicadangkan sebelum ni, maka suasana 2010 akan terluus dari benak pemikiran Najib la.
itu ana agak saja, tunggu dan lihat.

Wednesday, July 9, 2008

Masalah mengenai subsidi minyak sekarang ini,maka ana rasa satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah direct dan indirect subsidi.Menteri memberikan andaian yang tak dapat diterima akal mengenai kereta proton, jaguar dan mercedes.
Kemudian andaian yang kedua dibawa oleh YB Salehudin Ayub Kubang Kerian, keluarga yang guna Pajero melebihi 2000 cc, tahan dapat rebet tetapi keluarga terpaksa pergi untuk berniaga untuk mencari rezeki padahal mereka mempunyai ramai anak, adakah adil suasana sebegini boleh dibenarkan berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Adakah ini yang kita hendak terus berlaku dalam negara kita ini.
Ana rasa kalau kita nak pemberian ini lebih adil, subsidi mestilah direct kepada rakyat kerana hak mendapat subsidi adalah rakyat kerana adalah pemilik hak minyak dalam negara kita.
Oleh itu jika sekiranya hanya mereka yang menjadi pemilik kenderaan saja yang dapat rebet, maka rakyat yang tak ada kenderaan terlepas peluang untuk mendapat habuan daripada petronas. Kerajaan berkata mereka ada memberi subsidi makanan dan sebagainya , tetapi adakah ini adil kepada rakyat?.
Oleh itu jika sekiranya subsidi kepada minyak diteruskan, maka rasanya lebih ramai rakyat akan dapat faedah, jika minyak turun maka dapatlah baranganlain akan lebih rendah dan sudah tentulah faedah akan dapat dinikmati oleh rakyat ramai.
Jadi alasan dan andaian Menteri itu nampaknya tak boleh nak pakai le, harap kita dapat la lepas ni subsidi diberikan semula macam dulu dan minyak turun harga dan terus memberi faedah kepada rakyat.

Mereka baru nak sibuk, kita dah lama sedar.

Semalam semasa Menteri KPT menggulung perbahasan, Batu Pahat dan Pasir Mas telah bangun bertanya berkenaan dengan Prof Dr Tan yang dibawa masuk oleh Prof Dr Mahmud kedalam UKM kerana nak mempopularkan key hole surgery , dan ana dah sentuh hal ini tahun lalu dalam bajet 2008 kepada menteri KPT ketika itu Dato' Mustafa Mohamad pada 10 Disember 2007 dan telah diakui oleh menteri pada jawapan beliau.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat bagi Pendang.
12.19 tgh.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. 050400 -
HUKM RM276 juta. Saya ingin dapat penjelasan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Ada
laporan mengatakan bahawasanya seorang warganegara daripada Australia yang dahulunya
warganegara Malaysia iaitu Profesor Dr. Tan Hock Lim telah diambil oleh HUKM untuk dijadikan
pensyarah di bahagian pediatrik surgeri kerana kejayaan beliau mengadakan keyhole surgeri
iaitu sejenis pioneer dalam pembedahan dengan ganjaran sebanyak RM8 juta untuk masa empat
tahun.
Jadi sebanyak RM276 ini adakah termasuk ganjaran RM8 juta untuk 48 bulan ini
diperuntukkan untuk beliau kerana khabarnya daripada rakan-rakan di HUKM mengatakan
mereka terpaksa mengubahsuai dewan bedah sebanyak RM90 juta hanya untuk menerima
kedatangan pakar bedah keyhole surgeri ini, seorang warganegara Australia. Ramai sahabat
yang berada di Riyadh mengatakan jika sekiranya ganjaran sebanyak RM168,000 sebulan ini
juga memungkinkan mereka juga bersedia untuk kembali bertugas di HUKM jika ganjaran
sebegitu banyak untuk satu bulan.
■1220
Apakah berita ini merupakan satu berita yang baik untuk mereka-mereka yang bertugas
di luar negara dengan ganjaran yang sebegitu banyak? Ini kerana kita tahu prosedur ini
merupakan satu prosedur yang agak baik terutama sekali di kalangan kanak-kanak, kerana ia
merupakan satu prosedur yang tidak memerlukan satu pembedahan yang major, pembedahan
yang besar.
Jadi saya rasa, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian dan saya
ingin mendapat penjelasan apakah ini merupakan satu dasar untuk kita di masa akan datang?
Kita melaburkan sebanyak yang mungkin wang yang ada untuk mendapatkan satu perkara atau
satu prosedur yang cukup baik untuk masyarakat kita. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Nampaknya apa yang dipertikaikan oleh ana dulu baru sekarang mendapat perhatian wakil BN, bahkan mereka mempertikaikan pula tentang perlantikan VC , isteri kepada Prof Mahmud tadi kerana kejatuhan UKM dari ranking dunia.

Yang Berhormat bagi Pendang ada tanya beberapa soalan, dua perkara yang ditanya.
Pertama, berkaitan dengan Prof. Hock Tan Lim ataupun Dr. Lim Hock Tan. Memang benar beliau
telah diambil, beliau seorang pakar keyhole surgery daripada Adelaide. Asalnya rakyat Malaysia,
seorang pakar yang dikenali seluruh dunia, dan UKM telah mengambil beliau untuk bertugas di
universiti tersebut. Saya ingin memaklumkan, beliau di antara tokoh pakar yang memanglah
benar terma yang diberikan adalah amat baik. Ini adalah usaha untuk menarik seorang tokoh
yang dikenali seluruh dunia. Dua persoalan yang dibangkitkan sama ada dalam buku
Belanjawan ini termasuk elaun dan gaji yang dibayar kepada Prof. ataupun Dr. Hock Tan Lim ini,
jawapannya tidak, ia datang daripada belanjawan Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi dalam
buku ini tidak termasuk gaji yang kena bayar kepada doktor pakar ini, ia datang daripada
peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi.
DR. 10.12.2007
59
Yang Berhormat Pendang tanya juga yang kedua sama ada benar UKM akan
membelanjakan sebanyak RM90 juta untuk mengubah suai beberapa lab dan lain-lain...
Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri...
Dato' Mustapa Mohamed: ...tidak benar. Sebenarnya perkara ini masih lagi dalam
perancangan, belum ada apa-apa lagi perkara yang muktamad. Yang pentingnya kita telah buat
cost benefit analysis dengan mengambil seorang pakar terkenal ini ke UKM, ia akan
mengharumkan nama UKM dan membolehkan rakyat Malaysia mendapat faedah daripada
khidmat kepakaran dan mungkin akan menarik pakar-pakar luar negara termasuklah pesakitpesakit
luar negara. Kalau kita bercakap tentang ranking, dan hendak menjadikan UKM sebuah
universiti tersohor, ini antara langkah yang harus diambil. Jadi di satu sudut, pihak pembangkang
hendak supaya kita dikenali, tersohor, jadi saya tidak nampak kenapa perkara ini dipertikaikan.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih
Menteri. Saya hendak tanya adakah kementerian telah meletakkan apabila kita hendak ambil
orang yang berkualiti ini sebagai satu dasar, supaya dibayar ganjaran yang begitu lumayan.
Misalnya kita ada di Ridyah, Dr. Ahmad Salahuddin dan juga Dr. Hamdan Leman merupakan
doktor pakar jantung yang diiktiraf di peringkat dunia. Apakah mereka ini, kalau sekiranya
mereka mengetahui ganjaran yang sebegini dan Malaysia berhasrat ataupun Kementerian
Pengajian Tinggi juga berhasrat untuk menarik mereka juga sama-sama berada di bawah payung
kementerian ini, terima kasih.

Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan memberi ruang
kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa kementerian lain untuk mengambil pakarpakar
terkemuka daripada dunia bagi berkhidmat dengan kerajaan, diberi gaji dan elaun yang
jauh lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan pada masa ini. Ini adalah sesuai dengan dasar
kita Brain Gain untuk menarik pakar-pakar luar negara dan ia juga sesuai dengan usaha kita

untuk menaik taraf ataupun menambah baik kedudukan universiti-universiti negara kita. Jadi ini
satu, bukan dasar tetapi kementerian sudah pun diberi kelonggaran dan memang sudah pun
dilaksanakan di beberapa buah jabatan dan kementerian di bawah Brain Gain Programme.
Seterusnya, Ampang ada bertanya tentang kebajikan pelajar. Antara lain, dia bertanya
sama ada peruntukan RM32 juta yang ada dalam buku ini termasuk juga peruntukan bagi
membaiki kemudahan di Universiti Malaya. Mengikut Ampang, pendawaian Universiti Malaya
berada dalam keadaan yang daif. Saya ingin maklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan
RM15 juta kepada Universiti Malaya untuk membaiki sistem pendawaian dan kita memang amat
peka dan prihatin kepada isu-isu keselamatan di universiti termasuklah isu pendawaian dan isuisu
keselamatan yang berkaitan.
Mengenai RM32 juta tadi, ia termasuk juga program kita di luar negara, pelajar-pelajar
kita di luar negara termasuk untuk membayar gaji kakitangan kita di luar negara. Kita ada 12
jabatan penuntut Malaysia dan termasuk di bawah anggaran ini juga ialah program-program
untuk meningkatkan sahsiah pelajar-pelajar di universiti tempatan.

Tuesday, July 8, 2008

Family walk




Family walk, begitulah bunyinya satu program yang berlaku dalam kawasan ana setiap hari Jumaat awal bulan. Salah satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dengan kerjasama ahli Majlis Daerah Pendang didalm kawasan Parlimen Pendang . Tujuannya adalah mengumpulkan masyarakat di Pendang untuk mengiratkan silaturrahim dan untuk kenal mengenal antara satu sama lain dan juga untuk melakukan exercise sekadar yang boleh bagi menyihatkan badan, mengeluarkan peluh insyaallah. Ana ni memang sedia termaklum, dulu tu selalu juga buat exercise dengan pergi kebun dan tanam buah-buahan, tapi sekarang ni, nak balik rumah pun tak sempat, kalau balik pun tak sempat nak tengok kebun pun, bahkan yang jauh sikit dari mula beli sampai sekarang tak pernah masuk pun dan yang dekat khabarnya sampai naik hutan balik, terbiar. Mungkin dalam NCER ni, bolehlah minta bantuan nak buat pertanian tanam herba ka, ternak kambing ka, atau tanam serai ka, ikut mana yang sesuai lah.
Dalam Family Walk tu, setiap ahli majlis dikehendaki sumbang hadiah untuk cabutan nombor bertuah, dan ana sempatlah menyampaikan beberapa pemenang, dan yang paling bertuah adalah hadiah basikal dan yang dapat tu kanak-kanak, tahniah kepada dia, isteri ana yang sumbang hadiah tu.
Tuan Pegawai Daerah En Harun Jasin tak dapat hadir kerana sedang bermesyuarat di Ipoh, tak sempat balik.
Walau bagaimana pun , majlis kali ni cukup meriah dan diharap untuk masa depan, ia akan mendapat sambutanyang lebih lagi. Insyaallah.

Teks cadangan bahas mid term review RM 9.

Frust ana satu hari kelmarin dari pagi sampai malam tunggu nak bahas, dari masa 20 minit sampai speaker had kepada 10 minit pun tak dapat nak berbahas mengenai mid term review RM 9, tunggu sampai 9 malam tadi pun, masih berlambak yang bangun nak bahas, semua orang baru belaka, jadi ana turunkan sini sikit tek ucapan ana tu buat ingatan ana sendiri dan kalau relevan dalam perbahasan bajet nanti boleh bawa lagi, insyaallah.
Perbahasan midterm review RM 9.
TYDP
Terima kasih TYDP yang telah memberikan saya peluang untuk sama-sama berbahas mengenai kajian separuh penggal RM 9 ini. Memang kalau melihat kepada angka statistic dan garf yang digambarkan, semuanya Nampak baik dan menyenangkan. Tetapi reality didalam masyarakat, suasana ekonomi Negara dan dunia mutakhir ini cukup menyenakkan. Memang tak dapat dinafikan bahawa kos hidup akan terus meningkat lebih-lebih lagi setelah harga minyak naik selepas pengstrukturan semula subsidi minyak. Rakyat arif akan situasi global ini, tetapi rakyat ingin tahu pula dimana kebijaksanaan pemimpin didalam menghadapi situasi genting ini, adakah menghala kepada kesenangan rakyat atau menimbulkan keperitan kepada masyarakat. Kesan kenaikan minyak ini akan melibatkan kesan kenaikan harga berantai yang akan sudah pasti menyebabkan harga barang keperluan harian mencanak naik tanpa dapat dikawal lagi . Apa yang menjadi kegelisahan rakyat dan persatuan pengguna adalah kawalan harga yang dikenakan keatas barangan adalah untuk barangan asas sahaja, kalau ia diperkaya atau ditambah nilai, ia tidak lagi dikawal harga, saperti tepong , susah nak cari tepong asas sekarang ini, semuanya yang diperkaya ( enriched), atau jenis tepong naik sendiri untuk buat kuih tidak dikawal harga, maka pasti kenaikan harga sudah tidak terkawal lagi. Akhirnya rakyat ramai yang teraniaya dengan mainan dari pengusaha dan tiada kemampuan penguatkuasa kementerian ini, kerana barangan ditambah nilai ini tidak dikawal harganya.
KPDNHEP sering mengiklankan supaya pengguna membandingkan harga sebelum membeli ‘pengguna bijak, faedahnya banyak’, tetapi sedarkah kita bahawa pengilang telah mengelirukan pengguna dengan kaedah pembungkusan atau packaging . Sesuatu barang yang dijual dikedai selalunya tak sama dari segi sukatan, timbangan atau isipadu antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, misalnya syarikat A, susu pekatnya berisipadu 285 ml padu, syarikat B beisipadu 250 ml padu dan syarikat C mungkin isipadunya 300 ml padu, minuman dalam tin misalnya satu syarikat 300 ml, satu syarikat lagi 325 ml, takkanlah setiap kali nak beli kita kena bawa kalkulator untuk membahagi kos setiap ml barang yang hendak dibeli. Sudah tentu bila ukuran berlainan, isipadu berbeza, pasti harga pun akan berlainan . Apa yang perlu dibuat adalah selaraskan semua ukuran, timbangan atau sukatan agar perbandingan harga senang dibuat kalau pun kita nak beli berdasarkan perbandingan antara satu produk dengan produk yang lain.
TYDP
Pada ketika kenaikan harga minyak 30 sen seliter dulu, kerajaan berjanji ianya akan digunakan untuk menambahbaikan sistem pengangkutan awam dari penjimatan wang rakyat sejumlah RM 4.4 billion, tetapi apa yang rakyat dapat lihat dan alami adalah sistem pengangkutan awam kita masih lagi berada ditakuk lama , tiada perubahan ketara hasil dari 4.4 billion tersebut. Rakyat cuma dapat lihat 1000 bas rapid KL tersadai menjadi besi buruk dan syarikat yang mendapat durian runtuh membina badan bas tetapi tidak dapat melunasi misi tersebut lalu terpaksa import bas terus dari China , mulanya Mtrans dan kemudiannya Scomi engineering.
Sekarang hasil kenaikan 70 sen untuk petrol dan 1.00 untuk disel bagi harga minyak, penjimatan dijangka sebanyak RM 13.7 billion, sudah tentu kali ini rakyat sekali lagi ingin bertanya kemana pula ianya akan disalurkan dan siapa pula yang akan mendapat durian runtuh kali ini?. Pohon penjelasan dari Kementerian Kewangan!.
TYDP
Sistem pengangkutan awam sepatutnya sudah dapat dimodenkan dan memudahkan rakyat pergi dan balik kerja. Untuk memudahkan pengendalian trafik yang memeningkan kepala semua pihak dibandar-bandar besar, saya rasa satu contoh sebagaimana yang dibuat di Boston perlu diambil panduan, iaitu memberikan pengangkutan awam percuma kepada orang ramai dalam Bandar besar , dan dalam masa yang sama mencegah kereta-kereta persendirian memasuki pusat Bandar dengan syarat khidmat pengangkutan awam yang diberikan mestilah cukup baik dan mudah dicapai . Masa bertolak dan sampai yang tepat, jalinan rangkaian jalan yang mudah dicapai, jadual perjalanan yang optima. Kalau kereta persendirian ini hendak masuk juga mestilah dikenakan apa juga bentuk sekatan saperti cukai masuk Bandar atau panelti tertentu. Ini sudah pasti akan mengurangkan kesesakan trafik dalam Bandar dan mengurangkan pencemaran gas rumah hijau, dan mengurangkan penggunaan minyak yang semakin mahal ini. Bagaimana pula komitment kerajaan dalam usaha memajukan program ‘hydrofuel’ terutama oleh syarikat kereta nasional proton dan perodua, kerana mengikut maklumat yang disiarkan oleh TV3 dua hari lepas, kos yang dianggarkan perlu dalam pertukaran kepada system ini lebih kurang RM 2000.00. Kalau pertukaran untuk NGV lebih kurang RM 3000.00. Saya harap syarikat kereta nasional kita dapat memajukan system hydrofuel ini kedalam kenderaan kita.
Kerajaan ambil alih PLUS . sekarangpun kerajaan pegang saham 70 % saham ini melalui KWSP dan khazanah, Cuma beli saja lagi 1.3 juta saham bernilai 13.6 billion ringgit dan terus hapuskan tol.

TYDP.
Mulai 1 July 2008 , satu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas penstrukturan semula subsidi minyak baru-baru ini, penduduk di Semenanjung terpaksa meningkatkan lagi langkah berjimat-cermat apabila kadar baru tarif elektrik mula dikuatkuasakan. Tak tahu lah kita bagaimanakah lagi nak berjimat dalam suasana sekarang ini, ramai penghuni kota yang tergolong dalam kategori sederhana menjadi miskin, miskin menjadi miskin tegar, mereka ini terpaksa membuat 2 kerja dalam sehari untuk menampong kos hidup yang naik sejak kenaikan harga bahan api ini, siang kerja lain dan malam pula terpaksa kerja lain pula.

Selepas kenaikan tarif elektrik terakhir dua tahun lalu, kerajaan seolah-olah dipaksa menyemak semula tarif elektrik bagi menampung sebahagian daripada kesan kenaikan gas dan arang batu yang menjadi bahan api utama bagi penjanaan elektrik di negara ini.

TYDP
Walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) menetapkan pengguna domestik masih layak menikmati kadar tarif sedia ada (21.8 sen/kWj) sekiranya penggunaan bulanan mereka berada bawah 200 kilowatt jam (kWj).

Namun, bagi penggunaan berikutnya iaitu antara 201 kWj hingga 400 kWj pula, pengguna perlu membayar kadar 34.5 sen seunit dan perubahan harga akan berlaku bagi setiap 100 kWj berikutnya iaitu 30 sen (401-500 kWj), 39 sen (501-600 kWj), 40 sen (601-700 kWj), 41 sen (701-800 kWj) dan 43 sen (801-900 kWj). Pengguna domestik akan membayar maksimum 46 sen bagi setiap kWj untuk penggunaan melebihi 901 kWj.

Namun mengikut Prof Madya Dr Mohd Wazir Mustafa Ketua Jabatan Kuasa Fakulti Kejuruteraan Letrik UTM, majoriti pengguna akan terbabit dengan kenaikan tarif ini. Menurut beliau 50 % daripada pengguna dirumah kediaman menggunakan elektrik melebihi 200 kWj sebulan.

"Kebanyakan rakyat tinggal di rumah teres yang kurang tingkap, memerlukan lampu pada waktu siang dan memasang kipas 24 jam, itu tidak termasuk televisyen dan peti sejuk yang sentiasa dipasang. Kalau waktu siang tiada penghuni, mungkin penggunaan elektrik di rumah berkenaan tidak akan mencecah 200 kWj sebulan, tetapi kalau dihuni disiang hari, ia sudah tentu melebihi jumlah tersebut." katanya.

Oleh itu saya berharap pihak kementerian tenaga air dan komunikasi dengan kerjasama kementerian penerangan menerbitkan satu siri pendidikan kepenggunaan kepada rakyat cara-cara bagaimana penjimatan tenaga letrik dapat dibuat ekoran kenaikan tariff letrik ini.
Terangkan bagaimanakah cara penjimatan letrik dapat dilakukan ketika kita menggunakan seterika, air cond, lampu dan sebagainya agar jumlah kW/j itu tidak membebankan pengguna. Begitu juga dengan tempoh bacaan meter letrik itu biarlah pada masa yang tetap iaitu setiap bulan kerana pada blok kedua dan ketiga sudah tentu tarifnya semakin tinggi dan pengguna akan terpaksa membayar lebih hanya kerana masa bacaan meter dilanjutkan.
Cadangan TNB untuk menaikkan imbuhan CEO mereka sebanyak 100 % baru-baru ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak berhati perut, menghiris perasaan rakyat dalam suasana terpaksa membayar tariff yang lebih tinggi, nasib baik ianya ditolak .
TYDP,
Dalam keadaan dunia menghadapi krisis tenaga fossil ini, kepada kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya menyeru agar melaksanakan satu kaedah pelupusan sisa pepejal dengan menggunakan teknik yang semakin mendapat tempat dimata dunia sekarang ini, mula diperkenalkan pada tahun 1989, dinamakan Plasma Gasificatian dimana kaedah ini akan menghasilkan antara 8 hingga 10 kali ganda tenaga setiap yunit sisa pepejal yang dilupus berbanding tenaga yang diperlukan untuk memusnahkan sisa pepejal tersebut.
Kaedah ini sudah pun mula digunakan oleh Negara maju dan membangun saperti Jepun, Amerika, India dan Turki.
Ia satu kaedah pelupusan sisa pepejal yang lebih selamat daripada incinerator . Dalam suasana kita menghadapi masalah dengan pembuangan sisa pepejal landfill yang semakin sukar mendapatkan kawasan. Dalam jawapan kementerian kepada saya hari ini sebanyak 111 tapak pelupusan sampah landfill ini sudah tamat operasi, yang tinggal hanya ada 151 itu pun dalam keadaan hampir penuh. Dan dalam suasana incinerator yang masih belum boleh dikategorikan selamat sepenuhnya, maka kaedah plasma gasification ini didapati mengatasi piawaian antarabangsa kerana hasil akhir nya adalah gas (syngas) yang boleh menghasilkan tenaga dan bahan buangan yang boleh dijadikan asas membuat jalan.
Sebanyak 500-750 tons sisa pepejal dan sampah lain dapat diproses dalam sehari oleh satu reactor. Mesra alam, menghasilkan tenaga bersih, megurangkan emisi gas rumah hijau, dan tidak memerlukan lagi ‘landfill’. 1,500 tones sampah sehari mampu menjana tenaga untuk 24,000 rumah.
Semua jenis sampah boleh dilupuskan dengan kaedah ini ,dari sampah rumah, bandaran, tayar, bahan kimia , sisa makanan bahkan bahan sewage dari longkang pun.
Diharap Kementerian memberikan perhatian kepada kaedah ini untuk masa akan datang dalam suasana kita tercari-cari teknik untuk pelupusan sampah sebagai menggantikan landfill dan incinerator. Walupun buat masa ini, mungkin harganya menjadi halangan.
TYDP
Dalam siri perjumpaan dengan mereka yang sedang menceburkan diri dalam bidang pertanian asas untuk industry makanan Negara iaitu petani , rata-rata mereka mengeluh , mereka tidak akan dapat lagi meneruskan usaha penanaman padi dalam suasana sekarang sekiranya keadaan ini berterusan jika sesuatu tidak dilakukan sesuatu terutamanya mengenai kos input pertanian yang terus mencanak naik , kos racun naik melepasi 200 %, bagaimana nak menghadapi berbagai jenis penyakit yang menimpa tanaman padi mutakhir ini, dah lah cuaca yang tidak menentu akibat pemanasan global dan gas rumah hijau, suasana sering dilanda banjir yang masih belum Nampak akan diatasi .PM telah berjanji di tempat saya peruntukan 27 juta untuk mendalamkan sungai Pendang dan pembersihan tebing, tetapi apabila saya bertanya DO, masih belum nampak ujud jumlah ringgit tersebut yang turun, hanya hujan lebat sahaja baru-baru ini yang turun. Jawapan kepada saya dalam pertanyaan berhubung NCER ada dijawab berkenaan dengan program menghadapi banjir ini, tetapi tidak pun dijelaskan bila hendak dilaksanakan. Jadi saya hendak tanya dimana janji tersebut . bila akan dimulakan.
Kebanyakan petani merasakan tidak lagi viable untuk meneruskan aktiviti pertanian dalam kos sekarang ini. Berbagai kenaikan harga telah saya sentuh dalam perbahasan saya semasa bajet tambahan mesyuarat lalu. Oleh itu mereka berharap usaha pemberian subsidi dalam industry pertanian untuk makanan ini perlu ditambah lagi bukan sekadar subsidi padi dan baja tetapi kepada racun mahluk perosak, untuk vitamin padi saya harap kerajaan kaji semula syarikat pembekal kerana yang ada sekarang tidak memberikan faedah kepada pertumbuhan pokok padi pun. Mungkin tonik padi yang tak laku dipasaran , baru nak bagi kepada petani.
TYDP
Negara-negara maju di Eropah dan Amerika pun, pemberian subsidi kepada sector pertanian dalam kadar yang agak tinggi demi untuk menjamin’ food security’ mereka.
Bercakap fasal subsidi, petani rata-rata kecewa mengenai subsidi insentif hasil padi yang diperkenalkan oleh kementerian, ia cukup lambat sampai kepada petani, ada petani yang mendapat hasil yang banyak tetapi sampai sekarang masih lagi belum menerima insentif hasil bertambah tersebut, takkanlah setiap kali hendak dapat, terpaksa mendapat desakan daripada persatuan peladang kut!. Saperti apa yang terjadi kepada subsidi bajak pada musim lepas. Selepas bajak musim kedua habis, baru subsidi ini dibayar, itu pun selepas pengusaha mesin bajak mengadakan bantahan, demo.
TYDP
Telekomunikasi merupakan kaedah perhubungan pantas yang wujud dalam Negara kita dan berkembang dengan pantas sekarang. Dari system menggunakan kabel kepada system wireless yang dikendalikan oleh berbagai syarikat telco. Akibat daripada masalah kecurian kabel yang berleluasa sekarang ini, maka ramai pengguna telah beralih kepada system selular. Dan system selular ini pula menggunakan stesyen pemancar yang mengeluarkan tahap radiasi tertentu. Garis panduan mengenai tahap radiasi yang dipancarkan oleh stesyen pemancar telekomunikasi perlu dikaji semula kerana ia sudah tidak relevan lagi sekarang ini dan perlu diturunkan. Ini kerana tahap yang ditetapkan itu masih boleh memberi kesan secara langsung dan menjejaskan kesihatan manusia. Suruhanjaya antarabangsa perlindungan radiasi bukan pengionan (ICNIRP) meletakkan tahap maksimum bacaan radiasi berada pada kadar 40 volt/meter. Tahap ini pun mengikut pakar tempatan, boleh membawa mudarat kepada sesiapa yang terdedah. Negara maju saperti USA telah merendahkan sukatan ini kepada 25 volt/meter. Bahkan ada yang menurunkan sehingga 4 v/m. Saya hendak bertanya Malaysia berada pada tahap mana?.
Oleh itu diharap kajian yang akan dijalankan oleh Prof dari UiTM mestilah diberikan galakan agar suatu tahap yang lebih selamat dicapai dalam menangani masalah yang menjadi ketakutan seluruh pengguna telefon selular sekarang ini. Iaitu bahaya kanser.
TYDP,
Walaupun kos perkhidmatan dihospital awam sekarang ini masih lagi rendah , tetapi rakyat sudah merasa keperitan walaupun dirawat dihospital awam kerana didapati kira-kira 40 % perkhidmatan ini telah diswastakan. Kalau seorang pesakit ingin mendapat rawatan yang memerlukan prosthesis , maka mereka terpaksa membeli sendiri alat tersebut . Banyak aduan yang diterima terutama daripada masyarakat luar bandar yang tidak berkemampuan mengenai situasi ini, bahkan ada yang enggan mendapatkan rawatan kalau menyentuh perkara saperti patah tulang, katarak dan lain masalah kesihatan yang memerlukan prosthesis dihospital. Bahkan ada pesakit thalasemia sekarang ini yang terpaksa mencari wang yang banyak untuk mendapat rawatan chelating agent ‘desferoxamine’ yang dulunya didapati secara percuma dihospital awam.
Walaupun pekhidmatan primer boleh dikatakan hampir menyeluruh wujud di Semenanjong , tetapi tahap keberkesanannya masih banyak yang ada cacat celanya. Sistem penyampaian masih lagi teruk. Contohnya Isnin minggu lepas, seorang pelajar dikawasan saya dipanah petir, apabila dibawa keklinik Pendang untuk dibawa dengan ambulan kehospital, didapati pemandu tiada didalam kawasan klinik. Walaupun beliau dikatakan meninggal dunia serta merta selepas dipanah petir, tetapi atas kelewatan mendapat pemandu yang sepatutnya berada didalam kawasan adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan kerana mereka hendaklah sentiasa dalam keadaan standby, atau pun mesti ada pemandu ganti standby bila-bila masa. Itu belum kita bercerita lagi pasal ambulan kehabisan minyak atau habis bateri, ! Apakah sekarang ini sudah tidak ada lagi elaun untuk standby ini.
Begitu juga saya ingin tanya bila hospital Pendang yang dijanjikan dalam bajet 2 tahun lepas masih belum nampak rupa lagi. Dulu dibuat pagar tapak, sekarang habis sudah kena curi besi tiang pagar, dan kawasan itu sudah jadi hutan simpan untuk membiakkan biawak , ular dan babi hutan , dan mungkin akan didatangi harimau kalau berterusan begitu.

TYDP
Akhir sekali, Insentif untuk ahli sukan memang baik, boleh memberikan motivasi kepada mereka untuk berusaha mendapatkan pingat dalam setiap pertandingan, tetapi kalau terlalu besar saperti yang diumumkan oleh TPM untuk sukan olimpik di Beijing nanti, , saya rasa dalam suasana rakyat terpaksa mengikat perut dan kerajaan terpaksa menjimat perbelanjaan sehingga sanggup mengurangkan subsidi kepada rakyat, adalah terlalu besar dan mewah kalau 1 juta ringgit diberikan untuk pingat emas yang dipungut. Begitu juga kalau pencen seumur hidup dinaikkan kepada 5 ribu ringgit. Ini bukan memberikan insentif lagi, bahkan ia akan menjadikan seorang athlit itu tidak konsisten dalam pencapaian mereka kerana bila dah dapat pingat dan pencen, mereka akan terus merosot dalam prestasi dan akhirnya terus hilang dari persada dunia sukan. Jadi saya pohon supaya kementerian mengkaji semula kadar tersebut. Kalau Negara kita berada dalam keadaan mewah dan rakyat pun sudah senang lenang, maka ia tidak jadi halangan.
Peneroka Felda gugusan Keratong Khasnya dan peneroka di Malaysia amnya yang mengusahakan kebun sendiri tanpa menyerahkan kembali kepada pihak pengurusan Felda setelah selesai menjelaskan semua bayaran kembali(BK), tetapi Felda telah menafikan wang tabung tanam semula (TS) peneroka yang mereka telah carum selama 17-20 tahun. Dalam masa kerajaan menggalakkan peneroka berdikari tetapi apabila peneroka dengan inisiatif sendiri telah mengusahakan kebun secara sendiri. Pembelian benih sawit, baja dan pembersihan kebun memerlukan kos tinggi kesan daripada bertambahnya kos input pertanian saperti baja dan racun sehingga 150-200 %.
Begitu juga dengan masalah yang ujud didalam Risda juga sama saperti yang saya telah timbulkan sebelum ini saperti yang berlaku berhampiran Felda Sungai Tiang.
Harap kerajaan dapat member penjelasan terhadap perkara ini.
TK.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.