Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, June 27, 2008

OKU lebih cekap main, orang sempurna tau nak peghabis duit.



Jumaat petang, 27 Jun 2008, semasa sedang bersiap sedia untuk kekebun melihat cempedak dan dokong yang ku tanam, sudah ada hasil ke belum, tiba tiba ada panggilan untuk meresmikan permainan sepak raga tuju yang dianjurkan oleh pemuda kami dari seberang pendang. Ana pun bergegas kesitu untuk tidak menghampakan sahabat dan alangkah terkejutnya , ingatkan dua tiga puluh orang saja, tetapi hampir 200 orang sedang bermain sepak raga tuju , ada yang datang dari Pulau Pinang dan ada yang mai dari Sanglang, Perlis, tempat yang bakal diadakan PR kecil akibat ketidak betulan SPR dalam membuat keputusan PRU 12 lalu. Sepatutnya yang menang PAS, tetapi oleh kerana tidak mahu PAS diberikan ruang dalam DUN Perlis, maka keputusan diishtiharkan kosong kerusi Sanglang. Kalau kita lihat sejarah Pasir Puteh dan Sanglang, maka ianya adalah serupa dan sama, cuma yang Pasir Puteh yang buat Petisyen adalah BN , tetapi di Sanglang yang buat petisyen adalah PAS. Bila kita kata SPR ni suruhanjaya penipu rakyat, mereka kata kalau tak puas hati bawa ke Mahkamah, tapi bila bawa ke mahkamah, precedent dah ada pun depa tak mau ikut.
Balik kepada sepak raga tuju tadi, ana rasa sukan patut dihidupan semula oleh kepimpinan negeri yang baru ni, kerana asalnya sukan ni memang top di Kedah, tapi entah macamana ianya jadi tak menyengat bahkan dengan negara eropah pun kita sudah hampir mengalah sekarang ni. Adakah ini akibat tak ambil berat kepimpinan negara pasal sukan ni, maklumlah tak ada dalam sukan olimpik, kalau tak bolehlah hadiah kalau pingat emas, sejuta ringgit satu pingat dan dapatlah pencen 5 ribu satu bulan seumur hidup, bersemangatlah sikit rakyat nak main. Dahlah harga barang tengah naik akibat penindasan BN kepada rakyat denga naiknya harga minyak 40 % dan 63 % baru-baru ni, nak buang duit dengan bagi imbuhan kepada ahli sukan melampau dah depa ni, tak boleh bagi can lagi dah lain kali.
Gambar ana muat ni adalah pemberian cenderahati kepada OKU yang main sepak raga dengan sebelah kaki saja, dia pakai crutches tetapi boleh main baik macam orang lain, kecacatan dari kecil lagi. Malu la ana tengok dia main, kita pun tak pandai main sampai macam tu. Alah bisa tegal biasa, selamat maju jaya sukan kita, tapi jangan sampai membazir wang negara dan rakyat kita.

Thursday, June 26, 2008

Punca minyak naik harga, kita sokong tindas rakyat pula.

Semasa membentangkan Kajian Seapruh penggal RM 9 semalam, PM berkata antara sebab kenaikan harga minyak dunia yang terpaksa diserap oleh kerajaan dengan mengstruktur semula subsidi sehingga rakyat terpaksa membayar 78 sen lebih untuk petrol dan 1 ringgit untuk disel seliter adalah kerana kekurangan minyak sebab perkembangan ekonomi yang pesat di India dan China. Ana tak nak ulas apa-apa tetapi cuba baca apa yang di ulas oleh Presiden OPEC ini dan fahamilah sendiri kenapa harga minyak naik.
Semasa Dr Mahathir menjadi PM dan Presiden OIC beliau telah mengesyorkan supaya negara OIC menggunakan Dinar emas dalam dagangan mereka dan kalau sekarang ini masalah dengan matawang Amerika akibat krisis subprima, maka kenapa kita kita cuba beralih kepada Euro pula saperti yang sedang diusahakan oleh Iran dan Venezeula tu.

OPEC president says sees no demand for more oil



REUTERS

5:56 a.m. June 23, 2008

ALGIERS – Oil producers cannot pump more without demand for extra suppy, and at the moment that demand does not exist, OPEC President Chakib Khelil said on Monday.
He added in an interview on Algerian state radio that supply and demand was balanced and prices would remain high until year-end due to speculation, developments in the dollar and possible policy decisions by the European central bank.



Advertisement “We cannot raise output – whether it's OPEC producers or others – unless there really is a demand on the world market,” said Khelil, who is Algeria's energy minister.
“Now, you know that demand has shrunk this year and continues to shrink, and so demand is not there to absorb supplementary production.

“People will tell you, 'where is the demand so I can produce more?'”

On prices, Khelil said: “It's impossible to predict. Anything could happen. All I can say is that prices will be high, and will remain high until the end of the year.”

In answer to a question, he said he did not think oil would rapidly breach the $200 a barrel mark, adding prices would continue to perform their habitual “yo-yo” in relation to factors like geopolitical tensions and the dollar.

Oil prices hit a record near $140 a barrel last week and have doubled from a year ago, stoking inflation and triggering protests worldwide.

U.S. crude (CLc1) and London Brent crude (LCOc1) futures rose more than $2 on Monday, spurred by disruptions in Nigerian crude output and supply worries stoked by escalating tensions between Israel and Iran.

SAUDI INCREASE

Top exporter Saudi Arabia confirmed it will lift production for a second time to 9.7 million barrels per day (bpd) in July, its highest since 1981, and pledged on Sunday to pump even more if the market demanded it.

But Khelil said the issue of extra supply was beside the point.

“The problem is not about pumping or not pumping. If there isn't the demand, why would you want to pump?” he said.

“Saudi Arabia is not going to pump for the sake of pumping. They are going to pump to be able to repond to a demand. There is no real demand (for extra output) on the market as we see it.”

“There is a balance between supply and demand and stocks are adequate – currently at about 53 days of stocks, while last year they stood at 51 days.”

“There is no problem with fundamentals...which in no way justify current high prices, which are due to speculation and the use of financial instruments and investments in oil commodities to generate profits that investors are unable to make in other sectors.”

Khelil said the only significant new oil market factors in the past year were the U.S. subprime crisis, the rise of biofuels, and tensions involving Israel and Iran – in other words nothing specifically to do with oil supply/demand.

Turning to world refinery capacity, Khelil said this could not be increased rapidly because major industrial investments were needed.

“It takes time – increasing refinery capacities cannot be done overnight. It takes four to five five years,” he said. “The problems of refining will be with us for a fairly long time.”

Algeria was investing in a $28 billion dollar, five-year programme to boost petrochemical and refinery capacity, he said

Maknanya spekulasilah yang menjadi punca ketegangan dunia, sebab itu Islam dari awal lagi menentang sebarang unsur ini dalam perniagaan , ini semua adalah kerja Yahudi laknatullah.Samapi bila kita nak sedar tak tau la, Pak arab nu lagi teruk, duit minyak yang banyak menjadikan mereka dah lupa akan pesan nabi dan tuhan supaya menjaga amanah khazanah bumi ni dengan baik, lakukan untuk kebaikan Islam dan keselamatan ummah. Tapi yang maha dahsyat, merekalah sebenarnya yang menjadi ibu segala kegelisahan kita semua.
Moga dijauhi Allah dari sebarang bencana yang merosakkan, kerana negara yang banyak minyak adalah negara OIC majoritinya.

NCER mana dia!!!

Kelmarin ana sempat bertanya soalan tambahan kepada JPM ekoran soalan Kulai mengenai ketidak seragaman yang berlaku antara negeri didalam Malaysia dari segi KDNK. Jurang antara satu dengan yang lain masih jauh berbeza dan antara langkah kerajaan adalah NCER untuk kawasan utara. Tanya ana apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan agar KDNK itu dapat dikecilkan perbezaan nya selepas ianya dilancarkan dengan perbelanjaan pelancaran sahaja bernilai 10.9 juta ringgit.
Timbahan Menteri dari Cameron Highland tika menjawab bahkan berkata benyak yang dibuat berkaitan dengan infra dan berjanji akan jawab secara bertulis. Insyaallah ana tunggu jawapan itu.
Realiti yang ana lihat, memeang infra ada la, timbus buat jalan diban sungai MADA dan yang lain belum nampak lagi. Dulu dalam jawapan kepada soalan lisan ana, juga dijawab bertulis, ada banyak juga tetapi tak la yang nampak dimata lagi, cuma yang ada atas kertas. Janji banyak, petani yang menanggung, memang perit menagih janji tersebut. Antara yang masih tak tertunai adalah bayaran insentif untuk hasil padi, siapa yang dapat hasil lebih, akan diberi insentif hasil lebih ini, tetapi mengikut empunya tubuh, duit tu sampai sekarang masih belum berbayar. Agaknya tunggu PRU 13 barulah berbondong-bondong menteri turun kekampong macam santa claus nak bagi duit insentif tu nanti.
Masa PM datang ke Pendang nak rampas Parlimen Pendang sebelum PRU 12 hari tu, janji nak bagi 27 juta nak dalam dan lebarkan sungai Pendang daripada banjir ,tapi ana tanya DO baru-baru ni, dia kata tak nampak bayang nak turun lagi pun. Ini lah agaknya yang kena tolak di 5 negeri tu. Duit yang dijanji tu entah masuk kekocek mana pun tak tau. saperti kata tok guru,orang pakai kot ni poket dia banyak yang tersembunyi, mudah simpan duit dan orang tak nampak. orang pakai baju Melayu hanya ada 3 poket, itupun orang boleh nampak, susah nak susup duit.
Lagi tebal kot, lagi banyak duit boleh susup. Itu andaian ana la. renung lah tengok...

Keliru bahkan mengelirukan.


Saja nak suruh antum komen pasal ulasan Kak Ummu Hadhari ni, dulu kata melacur kalau terpaksa tak pa, pas tu kata org Islam bincang bab remeh temeh, pasal sembahyang kepada perenang negara Malik Maidin sampai tak sembahyang subuh , kata dia harumkan nama negara lebih penting lagi. La ni pasal tutup aurat yang digalakkan oleh MPKB-BRI tu dia kata remeh temeh pula. Kita pun hairan juga, kalau hampa tak mau buat, janganlah marah orang nak buat apa yang Allah suruh. Tolonglah support. Tapi kalau yang Hadhari buat walaupun mufti kata mengelirukan, itu hampa support bagai nak rak.Tak tau la berapa banyak dah duit rakyat dihabiskan untuk mempromosikan suatu program yang mengelirukan rakyat saperti kata Mufti Perlis tu.

Mashitah kata “sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial”

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.”

Cuba perhatikan ayat Allah ini;

‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?

Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri;

‘Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau di lihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung?Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan.

Ana tak taulah kalau besok lusa berlaku reshufle kabinet, Ummu Hadhari ni naik jadi menteri, habis jadi huru hara di Jakim tu nanti. Besuk bila kita tak mau salam dengan dia macam gambar presiden Iran ni, dia buat cerita lagi. Nasib baik tak boleh masuk bertanding dulu, kalau tidak lagi naik tocang la dia.Orang Baling baru satu penggal dah tahu perangai, tetapi Imam Hadhari masih lagi sayang kat manusia pengeliru ummah ni agar semua manusia jadi habis keliru.jumpa lagi

Wednesday, June 25, 2008

Perbahasan Lembaga geologi.

Ana dapat melakukan perbahasan untuk ruu lembaga geologi pada hari ini lebih kurang jam 4 petang
beberapa perkara ana sentuh dalam perbahasan antaranya,
1. Sudah 15 tahun RUU ini dirangka, tetapi baru sekarang dapat dibentang, terlalu lewat
2. RUU bertujuan untuk mengumpul ahli geologi profesional dan mengawalselia agar tidak akan ada bogus geologist.
3. Profesional lain sudah ada badan mengawal mereka saperti engineer, doktor, peguam dan sebagainya.
4. Keperluan kepada kelulusan yang diiktiraf didalam badan induk ini, tetapi siapa yang menabsahkan, JPA, Kementerian atau badan induk ini.
5. Perlu ada housemanship geologist sebelumdiiktiraf sebagai geologist profesional, berapa tahun latihan dan dimana latihan perlu di jalankan, apprerentiskan.
6. Bagi ahli geologist luar negara, apakah kriteria yang digunakan untuk mengambil mereka bekerja dan penilaian bagaimana dilakukan, apakah ada peperiksaan khusus dikendalikan oleh badan ini untuk mengabsahkan mereka walaupun diluar mereka sudah menjadi ahli profesional.
7. Badan ini ada mengeluarkan biasiswa, ini satu perkara baru dimana sebuah lembaga begini mengeluarkan wang untuk biasiswa, dari mana dana diperolehi Kalau dilihat dalam senarai RUU, wang didapati dapi fi, tetapi adakah fi ini terlaku tinggi hingga dapat keluarkan biasiswa.
8. Ana tanya juga tentang keperluan melantik peguam dan akauntan dalam badan ini yang kesemuanya didapati terdiri dari ahi geologi profesional, tiada yang lain kecuali 2 yang boleh dilantik menteri, ana syorkan yang dua orang ini adalah peguam dan akauntan.
9. Ana tanya juga tentang ahli geologi yang mencarigali emas dalam negara kita , banyak terdapat dimana, katanya dah 4000 kg bernilai 4 ribu juga telah dikeluarkan.dari negeri mana.

SJER ke WPI ke IM, apa ni, belum mula dah tukar nama

Hari ini masuk hari ketiga persidangan parlimen kali ini Ada soalan ana yang dijawab oleh menteri di JPM berhubungkait dengan IM ( Iskandar Malaysia) Ana bertanya berkenaan dengan tiga kali perubahan nama dari SJER ke WPI dan kini menjadi Iskandar Malaysia pula. Apakah ini ada signifikan dengan apa yang berlaku dalam negara kini dan pengaruh singapura dalam memajukan IM ini Walaupun jawapan yang diberikan menyatakan tidak ada pengaruh singapura dalam pelaburan im ini, tetapi kalau kita renung kembali dalam jawatankuasa pembangunan ada menteri singapura duduk dalam jawatankuasa untuk membangunkan IM ini Apa maknanya ini semua, kalau dah duduk dalam jawatankuasa untuk membangunkan sesuatu kawasan, apakah ianya tidak lagi mempengaruhi negara kita khususnya pembangunan IM ini.
Satu lagi adalah pasal free ascess zone yang merupakan satu insentif kepada rakyat asing yang akan bekerja di IM ini, setelah dibantah oleh MB Johor, maka di ubah kepada kad pintar, tetapi masih lagi belum ada keperluan untuk pasport saperti ditempat lain.
Saya tidak diberikan peluang untuk soalan tambahan tadi, lalu berlalulah soalan itu tanpa hasrat untuk mendapat jawapan. Saya ada bangun mencelah menyatakan soalan jawab bersekali perlulah diberikan prioriti kepada mereka yang memngemukakan soalan untuk soalan tambahan.

Tuesday, June 24, 2008

Tunggu dana dari taukeh minyak masuk ke Labuan.

Perbahasan dalam parlimen semalam 24 Jun tidak berapa panas. Pindaan RUU persisir labuan mengenai dana kewangan dan bank untuk labuan dipinda. Kalau nak dibandingkan dengan dana-dana pesisir ditempat lain, memang agak jauh lagi ketinggalan kita nak dibandingkan dengan mereka. Cuma apa yang pernah ana sentuh dalam perbahasan sebelum ini tentang wujudnya dana sejumlah 1.3 trillion dollah US yang dimiliki oleh tauke minyak arab yang sekarang sedang dipancing juga oleh Singapura dan Hong Kong yang berusaha untuk menubuhkan perbankan Islam di Negara Mereka dalam usaha menarik pelabud tauke minyak Arab ini. Ini pernah ana sentuh dalam ucapan ana nun dalam perbahasan dalam sissi yang lepas. Semalam sekali lagi Tumpat telah mambawa isu ini dan diharap ia akan mendapat perhatian kementerian kerana kita tidak mahu dana sebanyak ini akan semuanya terus pergi ke Hong Kong dan Singapura. Biarlah ia datang kenegara kita dan akan terus berkembang disini untuk faedah dan kemakmuran rakyat kita. Dan jangan pula ianya hanya akan berlegar dikalangan kroni dan ahli keluarga UMNO sahaja, biarlah ianya dirasai oleh semua rakyat. Kita tak mau saperti apa yang sedang terjadi kepada dana petronas yang diberikan kepada kerajaan, 335 billion tetapi rakyat dipendalaman semenanjong dan sabah serawak masih lagi ketinggalan dalam mencecah kenikmatan ini. Bahkan kemudahan asa air dan letrik pun belum mereka nikmati, apatah lagi internet dan web tv.

Monday, June 23, 2008

Takziah kepada En Abdul Kadir.

Ana baru dapat berita malang yang menimpa orang kampong ana yang merupakan orang yang sering memegang kepala ana ni, ia itu penggunting rambut ana yang sering ana berurusan dengan beliau setiap kali hendak memendekkan rambut .

Malang tak berbau, dalam usaha untuk membawa anak pulang dari sekolah kelas KAFA, tiba-tiba telah dipanah petir dan seorang daripada anak beliau meninggal.
Ana melahirkan rasa simpati dan amat sedih atas kejadian ini, tetapi malangnya tak dapat ziarah lagi kerana ana ada didalam perlimen. Insyaallah bila balik hujung minggu ni akan akan ziarah keluarga beliau. Cuma malam tadi EXCO YB Tuan Hj Mohd Taulan Rasul yang telah menzirahi beliau, terima kasih.
Ana petik berita dari UM melalui internet report.

"Seorang kanak-kanak maut dipanah petir ketika sedang membonceng motosikal yang ditunggang bapanya dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Banggol Kambing, Pendang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, Mohd. Munir Abdul Kadir, 9, baru sahaja dijemput pulang oleh bapanya, Abdul Kadir Mat Isa, 41, setelah menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Pendang.

Seorang penduduk kampung yang menyaksikan kejadian, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, cuaca ketika itu mendung dengan bunyi dentuman guruh yang kuat.

``Saya nampak mangsa, bapa dan seorang lagi adiknya tiba-tiba disambar petir kira-kira 500 meter sahaja dari rumah mereka.

``Motosikal mereka terbalik dan ketiga-tiga beranak rebah di tempat kejadian,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurutnya, dia juga melihat baju dan seluar mangsa terkoyak dengan kesan terbakar.

Tambahnya, penduduk kampung segera menghubungi ambulans dan membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan."

Khabarnya sekarang ni di Kedah hujan lebat, dan ana merasakan bila berlaku hujan begini, kisah silam Raya Puasa dua tahun berturut -turut ana terpaksa beraya atas bot menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir ditempat ana.
Berdoalah moga pada kali ini tidak ada lagi kejadian saperti dulu insyaallah.

Wakil BN sokong usul tindas rakyat.

129 sokong, 78 tentang. Begitu bunyi keputusan yang telah disiarkan oleh media dalam perbahasan kelmarin dimana 129 ahli parlimen BN untuk menindas rakyat dengan menyokong dinaikkan harga minyak ekoran pengstrukturan semula subsidi minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Apabila dikampong mereka kata mereka berkata akan berusaha membantu rakyat menghadapi kemelut kesusahan rakyat, tetapi pada kali ini mereka menyokong usaha yang dibuat oleh Kementerian untuk menyusahkan rakyat bila menyokong kenaikan harga minyak dan seterusnya menaikkan harga barangan, ataupun peningkatan harga berkait ini. Ini bermakna benak hati mereka untuk menentang tetapi terpaksa menyokong bila ketua BN menyatakan mereka agar menyokong usaha menaikkan harga minyak tersebut. Benak hati memang mahu menentang, bahkan ada yang kata mereka pun tak suka dengan naik harga minyak ni, kata sesetengah anggota BN , tetapi apakan daya kata mereka terpaksa menyokong. Walhasilnya merekalah sebenarnya yang mengabsahkan kerajaan untuk menindas rakyat. Kalau sekiranya bangkangan semalam mendapat kelulusan, maka dengan sendirinya bermakna kerajaan akan terpaksa mengkaji semula kenaikan harga minyak dan menurunkan harga minyak kepada tahap yang tidak menindas, kata Bagan kelmarin, rekod dunia, naik 40 % hingga 65 % harga minyak.Malaysia boleh.
Oleh itu didalam ceramah dan perjumpaan dengan rakyat, diharap akan dapat dihebahkan kepada rakyat bahawa sikap hipokrit wakil rakyat yang menyokong kenaikan harga minyak ini kepada rakyat adalah mereka dari kalangan BN, bahkan yang berusaha untuk menurunkan harga minyak adalah dari pihak pakatan rakyat.
Minyak memang menjadi isu global sekarang ini, tetapi apabila kita diberitahu yang sejumlah RM 335 billion telah disumbangkan oleh petronas kepada kerajaan , apa yang rakyat ingin tahu adalah kemanakah sejumlah wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan untuk faedah rakyat ramai dan bukan hanya segelintir kroni sahaja. Kerana bila bila kita sebut petronas, teringat kita akan kisah membailout PKB, twin tower, formula 1, petronas philharmonic yang menghabiskan puluhan juta ringgit dalam masa sebulan memberi gaji puluhan ribu sebulan kepada pemuzik didalam konsert ini. Harapan agar dengan lulusnya usul ini, maka rakyat tentu akan sedar siapakah sebenarnya yang menindas rakyat dan siapakah yang berusaha untuk menolong rakyat.
Saya tertarik apabila wakil Bagan mengesyorkan untuk kerajaan membayar 6000 satu keluarga hasil keuntungan petronas setahun sebanyak 85 billion hasil daripada tekanan hidup sekarang ini, tetapi kerajaan hanya memberikan hanya 625 ribet cukai jalan sahaja, bermakna 1.70 sehari hasil dari minyak ini. Itu pun kena tunggu 2-3 jam di pejabat POS yang mana ditanya oleh Pasir Mas adakah POS yang di ounyai oleh ECM Libra dan Aveneu Capital mendapat komisyen sebanyak 6 %. Bayangkan kalau dari sejumlah 8 billion yang akan diberikan kepada rakyat sebagai ribet, hanya 1% sahaja rakyat yang tak ambil maka dah 8 juta duit sejuk telah masuk dalam kantung Aveneu Capital. Tetapi menteri tak jawab persoalan tersebut yang Pasir Mas nak tahu tu.
Bayangkan kalau kena tunggu sampai 3 jam, analah salah seorang yang tak nak pi ambil wang ribet tu, banyak lagi kerja lain yang boleh ana buat masa tu. Dalam ECM Libra tu, semua orang tahu sapa yang ada didalamnya. Rakyat tertindas dengan naiknya harga minyak, tetapi ada orang tersenyum hasil kenaikan harga minyak ni.

Sunday, June 22, 2008

Harga minyak naik, rakyat akan terus naik minyak.

Hari ini bermula peperangan dengan BN dalam hal kenaikan harga minyak. Menteri pengguna telah membawa usul pasal relevannya kerajaan mengurangkan subsidi minyak hingga rakyat terpaksa membayar balik 78 sen lebih harga minyak satu liter. Dalam masa soal jawab tadi, ana bangun beberapa kali untuk menanya soalan antaranya adalah termasuk dalam bidangkuasa Menteri Pengguna tentang kenaikan harga barang dan pemantauan harga barang. Ana rasa cara packing barang dan bentuk barangan yang kerajaan dan kilang sediakan sekarang ini adalah tidak kepada mesra pengguna . Kalau kita pergi ke pasaraya dan juga kedai-kedai runcit, maka kita dapati packing barangan tak sama timbangan atau sukatan dan apabila kerajaan melalui iklan yang sering keluar TV menyeru rakyat supaya membandingkat harga tetapi kalau kita lihat kepada bentuk packing memang tak sama antara satu produk dngan produk syarikat yang lain , kita ambil contoh saperti susu tin, antara satu syarikat dengan syarikat yang lain , kalau kita lihat sukatan pula ada yang 250 ml dan ada yang 285 ml , bagaimana pula dengan harga adakah terpaksa kita bawa kalkulator setiap kedai untuk kita bandingkan harga satu syarikat dengan syarikat yang lain bagi harga setiap gram barangan tersebut.
Begitu juga dengan barangan kawalan, ia nya hanya dikawal untuk barangan asas saperti roti misalnya, dikawal harga tetapi bagi harga barangan yang ditambah vitamin atau lain maka harga tak dikawal lagi, tetapi ikut pasaran.

Sambung lagi persidangan Parlimen dalam susana tak menentu.


Alhamdulillah, sekarang ana sudah menjadi bapa mertua. Pada hari 13 Jun 2008. selepas sehari menyambut hari lahir ke 51, Allah telah menganugerahkan seorang menantu dan pada 21 Jun lepas, telah berlangsung majlis menyambut menantu dirumah ana dan mengikut empunya petugas yang diamanahkan untuk mengendalikan majlis pada hari tersebut, dalam lingkungan 21 pikul daging telah menjadi jamuan kepada sahabat dan rakyat dalam kawasan ana serta rakan seperjuangan yang terdiri dari YAB Menteri Besar Kedah dan anggota EXCO Negeri Kedah dan pada tarikh yang sama juga Kedah telah menjadi juara bolasepak berprestij di Malaysia.
Ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis pada hari perkahwinan anak ana tersebut dan atas penerimaan jemputan yang dikirim dan didoakan semoga panjang jodoh anak ana dan kepada sahabat unit amal, pemuda, muslimat dan AJK Kawasan Pendang serta semua MP dan ADUN yang hadir serta Abe Tah yang datang jauh dari Kelantan diucapkan semoga persahabatan kita akan berkekalan dan insyaallah anak yang lain akan kita adakan lagi jamuan sebegini kalaupun tidak sebesar ini.
Ana hari ini kena hadir keparlimen untuk sidang kedang mesyuarat pertama pada 23 Jun hingga 15 Julai. Nasib baik ada sahabat dari Jerai tolong pandu kereta.
Pada sidang yang akan panas dengan isu minyak dan undi tak percaya kepada Pak Lah kali ini, memang agak menggemparkan sidang hari ini. Kita merasakan ianya akan diikuti oleh ramai dan banyak press dalam dan luar negara akan mendapatkan gambaran yang sebenar pada sidang kali ini.
Khabarnya YAB TPM akan bawa usul undi percaya kepada PM agar beliau berpeluang menjadi PM selepas ini, kalau tidak akan melepaslah beliau. Tetapi satu berita tak baik buat menantu, kerana kalau YAB Najib naik, khabarnya peluang beliau akan tipis untuk menjadi PM dalam usia 40 tahun.
Tunggu dan lihat, suasana tak menentu sekarang in.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.