Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, March 4, 2010

Ayax pulak dah!!

Macam ana janji semalam, bab kedua yang menjadi panas selain cuaca yang panas adalah isu air ( ayax) di Kedah sekarang ni. Walaupun dinegeri lain juga ada masalah air di musim kemarau ni, tetapi yang mereka lebih suka adalah negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, maklumlah depa nak buat honar supaya rakyat melatah, maka jadilah macam apa yang terjadi di Perak. Lihat semalam apa yang berlaku di Sungai Sombrong, dah kering kontang kawasan Menteri Dalam Negeri tu, tapi tak pula heboh seantaro dunia. Kes air yang perlahan dan kadang-kadang paip kering juga berlaku ditempat dan negeri lain sekarang ini, tetapi RTM dan TV3 depa punya, maka yang keluar hanya negeri Pakatan saja lah.
Ada dua perkara yang panas pasal ayax ni , pertama depa kata diswastakan, dan kedua ayax tak dak la ni, walaupun depa tau musim kemarau dan cuaca panas yang agak kuat diutara ni. Kalau di UKM Timbalan Menteri yang di terpaksakan oleh Ketua parti dia suruh letak jawatan tu terpaksa panjat bukit di UKM nak lihat tangki air dan kena berbelanja duit 2 juta pasal air diUKM tak ada, maka mereka lebih sibuk tunjuk air yang dikatakan sudah kering di UUM di Kedah la ni. Mereka tidak dedahkan kenapa pelajar UUM yang sepatutnya ada 14 ribu sudah jadi dekat 30 ribu padahal air dalam stok simpanan adalah hampir sama , tetapi tidak pula didedahkan akan wujudnya padang golf yang juga memerlukan air untuk menjadi hijau rumputnya walau dimusim kemarau yang tidak pun ada dalam bajet keperluan air pada awal perancangan stok tangki simpanan mula-mula dulu.
Ana nak bicara pasal apa yang Menteri dari nun jauh yang jaga Kedah la ni kata Kedah mundur, air teruk, pembangunan terkebelakang dan rakyat hidup susah , harap beliau jangan lupa tengok cermin tok sah pi jauh la, tengok dulu negeri dia bahkan di Semporna saja sudah cukup dan bandingkan dengan antara kawasan yang dikatakan mundur di Kedah, dan buatlah penilaian sendiri. Kalau dah dia jaga luar bandar, apa yang dia telah buat dalam masa dan ketika ini agar tempat dia dan semua tempat di Malaysia ini terutama luar bandar tak mundur lagi.
Bab ayax ni, mari kita tengok apa puncanya yang dia kata teruk sampai macam tu sekali. Kita kena akui bahawa dalam musim kemarau ni, paras air akan turun, bahkan sungai dan telaga pun air akan surut dan ada yang kering dan tempat nak sedut ayax juga akan menjadi masalah kerana pam tergantung dan kapasiti pam terpaksa bekerja dalam keadaaan maksimum . Orang kata tak boleh terak lebih lagi, takut pecah mesin dia. Dengan suasana paip yang sudah berusia yang tak pernah diganti sejak sekian lama dan mudah pecah kalau tekanan air dinaikkan, maka sebab itulah ada kawasan yang ayax dia slow, larut malam baru ada. Tapi kalau orang ada tangki dirumah dia, tak la payah jaga malam nak tadah ayax ni. Dengan adanya masalah paip ni, maka tak heranlah Kedah merupakan negeri yang menghadapi masalah NRW sampai 42 %. Selagi paip ni tak ditukar dengan yang baru, maka masalah ni sukar nak diselesaikan dalam masa yang singkat. Nak buat kerja ni semua, ikut kerajaan negeri kena sediakan 1.4 billion ringgit Malaysia. Jadi sikit-sikit la buat dalam suasana kekangan fulus la ni, tukar paip sana lepas tu tukar paip sini, lama-lama siap la juga. Minta pinjam pusat, dia beri la 600 juta saja, tu pun terima kasih la no.
Sebut pasal penswastakan pula, memang dari awal dikatakan ia bukan swasta, tapi saja la depa tu buat-buat tak faham , kerana kalau swasta tentulah pemegang sahamnya adalah orang persaorangan atau syarikat yang dimiliki orang orang lain, tapi kalau kita tengok dalam SSM SADA ni 100% dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar, milik Kerajaan Negeri. Ni saja depa nak kelirukan rakyat, tapi fakta nahi. Tahniahla kerana sudah pandai berdemo dah, memang la bila jadi pembangkang, ada la chan nak berdemo, Cuma masa depa demo FRU tak dijemput, air kering pasai tu water canon air asid tak mai. Kalau masa kita buat hari tu, semua ada. Mungkin kerana depa demo ramai sangat kut, sampai berjuta orang. Tapi awas la, jangan sampai jadi monyet macam Ketua Pemuda KJ kata tu.
Bila diterang dan rakyat tahu fakta sebenarnya, maka terkulat-kulatlah depa, macam Menteri yang kata Kedah mundur padahal nak banding dengan negeri yang dari mana dia datang, termiskin dalam negara Malaysia ni. Apa tugas dia. Macam juga geng-geng yang kata Melayu Pulau Pinang terpinggir dan tersisih, siapa punya kerja kalau bukan depa yang tadbir selama 50 tahun dulu, tiba-tiba 2 tahun Pakatan pegang, habis dah orang Melayu Pulau Pinang kena pinggir. Ajak nak debat, koyak surat jemputan pulak. Teror sungguh depa bela Melayu.
Lagi heran bila depa kata pasal swasta ni, kalau kita semak balik apa ke bendanya dengan Telework dan Air Indah Utara masa depa perintah hari tu. Satu ada di Langkawi dan satu lagi di sebelah sini, tugasnya hanya tabur tawas dan chlorine saja, lepas tu lepas kedalam tangki air Jabatan Bekalan air dengan meter bulk , dikatakan kalau buat sendiri kerja tu boleh jual 70 sen satu meter padu, tapi beri kepada telework, kerajaan kena bayar 192 sen satu meter padu. Semedang kerajaan kena top up di Langkawi pasal kutipan hasil air selalu berkurangan. Lebih teruk dari top up handphone. Swasta bab senang, tabur tawas saja, yang susah kerajaan buat, cerdik punya penswastaan. Nasib la dapat ubah pentadbir, kalau tidak teruk lagi la kita. Jenuh lagi la Menteri yang Semporna tu bagi komen.
Masa tu heboh ana ingat lagi dalam DUN Kedah Allahyarham Ust Fadzil bawa usul pasal swastakan pembersihan air ni oleh Indah Utara kalau tak salah nama, tapi Speaker tolak usul tu. Nah sampai la kena tanggung la kerja yang depa dah buat tu, perjanjian pula sampai 2020, tahun Malaysia maju menurut TDM, boleh tengok la kalau panjang umur kut. Depa dah swstakan, tapi kata kita yang buat swastakan pula, apa punya pengkelentong masyarakat.
Untuk maklumat kawan-kawan yang nak tahu, tarif air di Kedah adalah kedua terendah di Malaysia 40 sen per meter padu, selepas Penang 31 sen per meter padu. Berita baik, negeri menteri yang kata Kedah mundur padahal dia yang jaga luar bandar, nak tahu berapa, 90 sen per meter padu. Tu untuk kegunaan domestik, tapi untuk industri lain la pula, macam negeri lain juga la, pasal depa berniaga guna air, dan dapat duit atas kegunaan air tersebut. Dan juga nak tahu berapa lama dah tarif ni tak disemak semula, dah 23 tahun. Kalau bela anak dah boleh dapat menantu dah, tahun depan timang cucu. Jadi kalau nak semak semula pun boleh la kot, itu kata ana la.
Buat pengetahuan seluruh rakyat Kedah juga, hutang pasal air di Kedah ni setakat ni adalah 1.6 billion. Sapa punya kerja sampai macam tu sekali, tentu peninggalan yang lalu, dah 50 tahun.
Pasal kawasan tadahan air, memang diakui hutan merupakan kawasan yang perlu dijaga supaya kawasan tadahan tidak diganggu untuk menjadi peneduh dan perangkap air dan mengumpul awan dan hujan, untuk itu daripada kerajaan sebelum ini pun, pusat telah berjanji untuk membayar sebagai balasan kepada Kedah menjaga hutan ini bayaran ‘pampasan alam sekitar’ sebanyak 50 ke 100 juta setahun semasa TDM jadi PM, tapi MB Kedah kata tak pernah terima pun. Ana dah bahas 2 -3 kali dalam parlimen hal ni, tapi depa buat dono saja. Janji apa tak tau puak nih. Heran sungguh. Tapi suruh kaji dan amalkan Qaran macam DS Najib kata kelmarin . Kalau kesian kat anak cucu TDM berilah no. Boleh juga bantu nak tanam hutan balik.

Wednesday, March 3, 2010

Kabel punya pasal lah ni.

Malam tadi bertempat di Dewan Majlis Daerah Pendang, satu majlis penerangan berhubung isu-isu terkini Negeri Kedah telah diadakan . Majlis diadakan oleh Urusetia Penerangan Negeri dengan Kerjasama Pejabat Daerah Pendang.
Mutakhir ini 3 isu utama yang sedang dimainkan oleh akhbar dan TV adalah berhubung dengan PAKR Mergong khususnya, Isu air dan pembangunan negeri Kedah termasuk pelabur dan hasil mahsul negeri.
Isu yang paling hangat dan panas dan menjadi topik perbahasan panas adalah PAKR Mergong sehingga ada yang menghantar memorendum kepada Menteri Besar untuk menangguhkan pembayaran kutipan bayaran rumah kos rendah tersebut oleh pihak bank saperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.


Pokok bicaranya adalah keengganan tuan rumah yang membeli rumah kos rendah tersebut semasa BN memerintah lagi dan sehingga kini tunggakan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah mencecah 27 juta. Duit untuk membina rumah-rumah tersebut adalah hasil pinjaman daripada kerajaan pusat.Apa yang menjadi kemushkilan rakyat Kedah kini adalah mereka yang tinggal atau membeli rumah tersebut sepatutnya adalah terdiri daripada golongan yang kurang berupaya dan amat memerlukan rumah. Tetapi oleh kerana ada kabel yang kuat dengan pemerintah pada masa itu, maka jadilah mereka ini pembeli rumah yang degil membayar hutang, tak tahulah samada memang betul-betul tak mampu atau sengaja tak mahu bayar maklumlah kalau tak bayar pun kabel sudah kuat dan lekat kukuh sampai tak upaya nak ditumbangkan.


Alkisah jika ditinjau keadaan sebenar mereka ini, maka akan kedapatanlah rumah yang disewa kepada pelajar Insaniah dengan kadar sewa kepala, yakni satu rumah boleh mencapai 400 hingga lima ratus sewa padahal mereka hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri hanya seratus sebulan. Bahkan kalau perhati elok-elok disepanjang jalan Sultanah Sambungan, kita nampak ada kedai tayar, ada kedai jual handphone, saloon, gerai makan dan beranika jenis perniagaan yang sepatutnya menjadi rumah tempat tinggal tetapi kerana kabel kuat maka dah berkulat duduk disitu tidak ada siapa yang nak ambil tindakan pun, maklumlah Dato’ yang jadi wakil rakyat situ dan ramai orang dia disitu. Lantaklah peraturan dan undang-undang. Tapi bila negeri dipegang oleh orang yang nak laksanakan amanah, bermakna hutang wajib dibayar, maka mengelupurlah mereka ini, kabel besar sudah tiada dan gunakanlah mereka yang tak menjadi penghuni disitu pun untuk tambah nilai buat demo konon tak mampu nak bayar, suruh guna cara lain bukan cara bank.
Hairan bin ajaib, selama ini adakah cara bank yang digunakan sehingga tunggakan mencecah 27 juta tuh. Tapi bila MB kata nak serah pada bank kutip hutang, berduyun pula mereka yang datang pejabat boleh pula bayar hutang tertunggak tuh pula.
Sayang seribu kali sayang, agaknya kalaulah BN masih lagi pegang tampuk negeri Kedah, rasanya sampai kiamat kut geng yang ada kabel besar ni tak mampu bayar walaupun mereka duduk ditempat lain, dek kerana terlalu banyak rumah dah yang ada.
MB juga ada sebut, yang memenag tak mampu sungguh boleh datang dan bincang dan JKM boleh tolong bagi bantuan atau kalau yang janda ke, ibu tunggal ka, boleh tolong cari pasangan kut supaya tak jadi tunggal lagi . Tapi kalau guna orang lain yang tak ada kena mengenai dengan rumah disitu, tak akan menyesesaikan masalah pun .
Sampai sekarang ni, dalam simpanan bahagian perumahan Kedah, ada 23 ribu pemohon yang mendaftar untuk mendapatkan rumah kos rendah, jadi kalau yang duduk PAKR Mergong ni rasa mereka tak nak bayar tetapi mampu, haruslah mengosngkan rumah mereka agar orang lain yang lebih layak dapat juga peluang untuk duduk didalam rumah. Kalau 27 juta ini dapat dikutip semula, maka rasanya Insyaallah kerajaan pusat pun dapat beri pinjaman lagi dan dapat buat rumah lagi untuk rakyat yang lain pula.
Bila isu ini bermula, memang kita merasakan akan ada bantahan terutama daripada kepala kabel yang menghulurkan kabel pad permulaan hari tu, memang pun diketahui siapa yang mengetuai demo tersebut kalau bukan ketua parti kabel tu lah, kalau dulu kata kerja monyet, sekarang ni mereka sudah hendak menjadi saperti yang Ketua Pemuda Parti kabel tu kata dululah.


Memang mereka sengaja tak mau bayar nampaknya, bukan tak ada duit. Daripada bancian yang dibuat, ada yang tak bayar sejak mula duduk lagi, dah main puluh tahun, memang hasrat dari awal lagi dah nak duduk tapi tak mau bayar. Peduli apa perjanjian, kata depa, perjanjian minyak di Terengganu dan Kelantan dalam isu royalti minyak pun kerajaan pusat boleh abai, inikan pula kami dengan kerajaan negeri yang lalu (BN), memang bapa borek, anak rintik. Maka akan terus berdemolah mereka. Kalau hampa bayar bukan banyak pun hanya 100 ringgit sebulan , dah boleh dapat hak milik dah pun. Kalau dapat hak milik, bolehlah dapat geran, kalau dapat geran bolehlah buat pinjaman bank nak berniaga ke, nak beli harta lain ke dan macam macam laghi boleh buat.
Tahniahlah Parti kabel kerana dapat ahli yang macam ni, orang buat pinjaman cepat-cepat bayar agar dapat hak milik, tapi depa nak tunggu sampai dapat cucu suruh cucu yang bayar. Inilah yang disebut dalam hadis, amalan orang yang berhutang tidak akan naik , terawang-awang dilangit, sehinggalah ia selesai membayar hutang tersebut.
Lepas ni kita bicara pasai ‘ayaq’ pulak. Pasai yang dok sebok ayaq ni adalah Menteri yang mai dari negeri yang paling moden dan maju dalam Malaysia ni, depa suruh jaga Kedah. Punyalah teruk dia kata Kedah ni, mundurlah, air susah la, tak ada pembangunan la sejak 2 tahun PR perintah Kedah ni, cuba banding tengok dengan negeri di diseberang sana ni sat.?

Tuesday, March 2, 2010

Ayuh apa tunggu lagi !!

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.


"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Tengok gambar jam tu dalam Malaysiakini , fokus lebih detail , nampak lambang bintang iIsrael dan namanya menyamai lagu Israel.( Hatikva national anthem of Israel-google search ) Ada apa-apa hubungan ke antara jam dengan Israel nih. Yang ni pun kena tengok juga la.

Beliau Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA, sebuah gabungan didalam kerajaan yang memerintah. Kuasa beliau besar, boleh lulus dan boleh batal sesuatu projek atau kontrak kalau hendak. Kalau hadiah sampai setengah juta, apakah persepsi rakyat kepada beliau terhadak yugas yang beliau pegang itu tidak boleh dikaitkan terhadap sesuatu imbuhan dan hasrat yang memberi hadiah tersebut.
Kalau nak taja pergi Haji pun SPRM tak cukup kakitangan nak sisat sampai lubang cacing MB Kelantan , kenapa dalam hal hadiah ni dok tunggu lagi . Ayuh segerakan buka fail dan siasat cepat, nanti hilang bukti pula.
Memang ya beliau bkan nak pakai, tetapi apa yang terhasrat dan terlaksana hasil daripada hadiah 1/2 juta tersebut. Kalau kita berada didalam pentadbiran awam, hadiah pun kena teliti dan periksa dulu sebelum terima, inikan pula kita sebagai yang jaga kemeterian dimana kusa yang ada cukup besar.
Apakah kalau kena pada perut dikempiskan, kalau kena pada mata dipejamkan semata mata kerana yang kena itu orang kita. Apakah bila yang bawah lakukan kita kata korupsion, tetapi yang atas lakukan kita kata komisyen , hadiah dan sebagainya.

Untuk tidak menghampakan rakyat, maka rakyat berharap SPRM jangan peluk tubuh lagi, dan KP dah kata , mereka tak kenal warna dan tak pilih bulu. Maka teruskan kerja murnimu dan buat macam apa yang dilakukan kepada rakyat biasa, tapi janganlah sampai jadi macam apa yang berlaku di Selangor tu.

Kalau hadiah kek 500 ringgit pun boleh buka fail, tak kanlah 400 ribu nak tengok saja kot.
PKFZ dah selesai ke belum aduhai bapak Menteri.
Sidang Parlimen nanti boleh jawab lagi la.

Monday, March 1, 2010

Kalau orang atas buat, senyap no!!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal bulan lalu, memberitahu bahawa beliau percaya ada pihak dalaman dalam kementeriannya yang menyalurkan maklumat kepada sebuah kedutaan asing. Zahid percaya pembocoran itu dilakukan kerana bayaran. Dengan kata lain ada pihak yang menjual maklumat pertahanan negara. Ini mengejutkan kerana ia pastinya dilakukan oleh mereka yang mempunyai akses kepada maklumat berkenaan. Pastinya bukan oleh peringkat bawahan.
Bagaimanapun, sehari dua selepas itu Zahid tidak berkata apa-apa dan media pun – dan ini tidak terlalu menghairankan – tidak membuat sebarang laporan susulan. Isu itu dikatakan selesai.
Apa yang ana tertarik dengan tulisan Dr Aziz Bari pakar undang-undang yang tugas beliau melahirkan ahli undang-undang peringkat internasional ini adalah bila yang terlibat itu orang atasan maka kes selesai dalam beberapa hari sahaja, tapi bila yang buat kerja saperti menghantar enjin jet F5E yang kena masuk lori tu orang saperti Sarjan saja, maka tak sampai 2 bulan dah masuk mahkamah. Apakah maklumat rahsia negara yang telah dibocorkan oleh orang besar tersebut dan siapakah pula orang besar yang terlibat sehingga begitu mudah kes dapat diselesaikan dan bagaimana dengan rahsia yang telah terbocor itu, tak kan boleh padam balik kot . Rahsia bila dah terbit, tak boleh ditarik balik saperti kata orang tua-tua terlajak perahu boleh untdur, terlajak kata buruk padahnya.
Siapakah yang mengawal atau menteri yang menjadi ketua ketika orang besar tersebut mengalirkan rahsia itu keluar . Kerana kata Menteri Pertahanan ianya yang lalu, maknanya tentu menteri pertahanan lalu tahu benda ni tetapi kenapa tak disiasat dan ambil tindakan atas apa juga undang-undang yang ada .Takkan orang bawah buat kena orang atas buat tak apa-apa, tentu yang atas buat lebih besar bahaya daripada setakat saijan yang buat, kerana maklumat beliau lebih utuh dan banyak lagi dan juga tentu lebih strategik. Atau memang sengaja nak didedahkan kepada rakyat akan tingkah laku Menteri yang lalu agar masing-masing ada usaha nak menjatuhkan air muka yang satu lagi, ke bagaimana.? Penyelesaian pula adalah melalui jalan diplomatik, lagi pelik dan ajaib rakyat nak faham.

Lepas satu satu karenah yang dibawa keluar oleh Menteri Pertahanan kita ni, apasal pula ni, dari enjin jet yang hilang hingga ke kapal selam tak boleh menyelam hingga kepada rahsia negara yang terlapas kepada orang asing , kenapa ini berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku dan siapa yang telah melakukannya dibawah perlindungan dan kawalan siapa pula dah ni. Menteri mana yang jaga pertahanan negara sampai macam tu sekali negara kita nak jadi apa nih ha, fikir mai sat. Boleh lagi kah depa ni nak jaga negara kita.
Hari ni kisah ikan naik harga pulak dah.

Tong berinsulasi bergred makanan. siap ada RFID pulak dan ada pulak tarik lupt. harga 205 satu, kerana kerajaan kesian nak bantu pengimport ikan, bagi subsidi 60, jadi harga turun kepada 145 satu. Mak datuk, siap dengan canggih manggih tong ikan kita, boleh kesan segala mak nenek sampai umur pun depa boleh tentukan. Dahsyatnya kerajaan sekarang, yang terima bahana rakyat bawah la. Kisahnya hanya kerana Menteri nak gunakan tong yang dibuat oleh syarikat yang LKIM ada kepentingan, KF Marketing dan mesti beli daripada syarikat ini dan gunakan untuk import ikan. Tak tahu nak kata apalah ana lagi, pi tengok Thailang sana, nala punya ikan depa mai dari laut dalam tang mana pun tak tau, tapi itu yang kita makan hari-hari dulu, kini dan selamanya kot, tak pun nak susahkan nelayan depa dan pengekspot depa dengan yang canggih manggih ni, hingga ada yang kata nak hentikan import ikan. Lepas ni jenuh makan ayam dan ikan darat la kita, ikan laut import dah mahal belaka dah.
Menteri nilah juga dalam Parlimen hari tu yang bertekak dengan kami pasal nak isi borang e kasih, ada yang JKKK kata kena jadi ahli UMNO dan ada yang bawa borang kata kena cop ketua UMNO dalam borang dan bila ana tanya orang kampong tempat ana kata , JKKKP jawap hanya ahli UMNO saja yang layak, lepas tu kami tekan dia sampai dewan kena tangguh 10 minit.Lepas tu baru tangguh dulu bancian e kasih tu.Tapi bila pi keatas, kena semak dengan ketua UMNO juga yang jadi Pengerusi Majlis Perunding Pertanian Parlimen( MPPP) bagi kawasan yang berahli Parlimenkan Pakatan Rakyat. Macam mana lagi rakyat nak taruh kepercayaan kepada depa. Sebab yang dia guna tu duit hasil kutipan daripada rakyat, duit cukai dan duit khazanah negara saperti petroliun dan lain-lain hak negara.

Hentikan skim Full Paying patient di hospital awam.

Pagi tadi dihadapan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ana bersama YB Jerai, YB Padang Terap dan YB Sungai Siput telah mengadakan satu piket bersama sekumpulan masyarakat dari Ipoh yang dibawah naungan YB Sungai Siput serta beberapa penduduk tempatan Alor Setar berhubung dengan skim perkhidmatan pesakit bayar penuh untuk mendapat khidmat pakar dihospital awam.
Sejarah FPP ini telah lama ana bahas didalam parlimen semasa sessi parlimen ke 11 lagi iaitu sekitar tahun 2005 atau 2006 lagi. Anapernah menyentuh tentang masalah pengiliran keluar doktor pakar sesektor swasta anatara puncanya adalah ketidak seimbangan tangga gaji dan skim perkhidmatan serta keselesaan tugan diantara mereka disektor awam dan swasta. Oleh itu kerajaan perlu mengujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan dan mengkaji skim gaji dan perkhidmatan petugas didalam sektor kesihatan ini serta perlu menghadkan jumlah kewujudan hospital swasta disatu-satu kawasan agar jumlah pengaliran keluar ini dapat dibendung dengan agak terkawal.Namun ana agak terkejut bila mendapati jawapan daripada Menteri Kesihatan kepada YB Sg Siput adalah skim ini mendapat sokongan Pakar yang mengambil bahagian dihospital Selayang dan Putrajaya dan akan diteuskan kehospital lain yang ada pakar seluruh Malaysia, tetapi dalam fasa pertama akan dimulakan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, dan Hospital Sultan Ismail Pandan Johor.
Masalah yang akan dijangka adalah bilamana seseorang pesakit yang mampu membayar akan mencari seorang doktor pakar dihospital awam dan terus membayar kepada beliau untuk mendapatkan perkhidmatan padahal doktor tersebut juga akan bertanggungjawab merawat dan melatih doktor dibawah seliaan beliau saperti housemanship dan doktor stswazah serta pegawai perubatan. Bayangkan sekiranya syarat selepas waktu pejabat yang diberikan pada permulaan skiom ini dipraktikkan tidak berjalan dengan baik maka sudah pasti pakar tadi akan lebih menumpukan masa beliau untuk berkhidmat kepada pesakit yang membayar kerana mereka juga mesti melayan pesakit ini kerana bayaran yang agak mahal tadi, bagaimana akan terjadi kepada pesakit kelas tiga dan doktor siswazah dan MO yang dilatih tadi? Sudah tentu tahap rawatan yang diterima mereka akhirnya akan berkurangan.

Masalah sesama pakar antara yang mempunyai pesakit swasta yang membayar penuh dengan yang tak mempunyai pesakit yang membayar penuh, sudah tentu akan menjadi tidak seimbanag masa servis mereka kepada jumlah pesakit yang perlu dilihat dan rawat, ini akan menimbulkan satu ketidakpuasan hati bagi pakar yang tiada pesakit swasta tadi kerana lihat pesakit lebih tetapi mendapat imbuhan yang kurang!.
Dalam kajian yang dibuat kenapa pesakit biasa dan doktor pelatih tidak dikaji, hanya pakar yang mengambil bahagian saja dikaji, tentu sekali beliau setuju kerana imbuhan yang didapati mencapai RM 15 K sebulan, padahal pakar biasa tidak mencapai sejumlah itu.

Ramai pesakit yang mampu membayar yang berpendapatan RM 4K keatas sebulan dalam jumlah 30 % rakyat Malaysia mereka ini mampu untuk mendapat khidmat 70% pakar disektor swasta ( hospital swasta), dalam kata lain mereka ini boleh mendapat rawatan dari pakar disektor awam dan boleh juga mendapat khidmat pakar dari sektor swasta.
Yang ruginya adalah pesakit yang kurang berada yang terdiri dari 70% rakyat yang akan hanya mendapat khidmat daripada 30 % pakar disektor awam. Sudah tentu khidmat yang mereka dapat akan berkurangan.
Juga doktor pelatih yang akan mendapat kesan negativ kerana pakar ini akan lebih menumpukan kerja kepada sektor yang mereka dibayar daripada melatih kerana tidak mendapat imbuhan yang lebih.
Imej doktor sendiri sudah pasti akan merudum kerana akan ada persepsi negatif bahawa tohmahan yang dilemparkan kepada mereka ini lebih mementingkan wang ringgit daripada khidmat rawatan kepada pesakit akan timbul nanti.
Oleh itu, pagi tadi kami telah menghantar memorendum kepada pengarah Hospital Sultanah bahiyah agar beliau memnjangkan gesaan kami agar skim ini dihentikan atau dibatalkan dan satu kajian perlu diadakan supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan ditubuhkan untuk mengkaji skim imbuhan kepada pakar dan menambah jumlah peruntukan kepada sektor perubatan kepada 4 % KDNK 21 billion daripada hanya 1.9 % sekarang. Dimana syor WHO adalah 5 % KDNK.


Moga usaha ini akan mendapat sokongan semua demi untuk menjaga kesihatan rakyat dan wang negara serta integriti para doktor dan pakar. Sesuatu harus dilakukan supaya pengaliran wang negara tidak terjurus kepada pembaziran, rasuah, penyelewengan dan setaraf dengan nya supaya lebih banyak dapat diberikan kepada rakyat melalui khidmat perubatan ini.
Syabas diuccapkan kepada YB Sg Siput Dr Silvakumar yang membawa kawan dengan bas dari Ipoh untuk menyertai piket ini , moga usaha mereka mendapat perhatian daripada Menteri Kesihatan melalui memo yang dihantar ini dan sesuatu pindaan boleh dibuat demi untuk kebaikan semua, PRU ke 13 mesti akan ditukar daripada genggaman BN.

Sunday, February 28, 2010

Siapa yang kena zalim nih?

Siapa yang menzalimi dan siapa pula yang dizalimi.
Kisah menarik dari negeri ana dua tiga hari ni. Lepas jenuh dan jelak tengok berita ayak tak cukup di Kedah musim kemarau ni, maka muncullah akuan dan keluhan dari rakyat yang marah kepada kerajaan Kedah yang tak ada air terutama dikawasan yang tinggi dan jauh dari pusat penapian air. Bila TV masuk kampong tanya dan akhbar tolong siarkan, keian juga ana kat depa ni, bila tanya dah berapa lama air jadi macam ni bila tiba musim kemarau mak cik, dah 18 , 20 tahun dah cik ooi, sampai telaga kami pun kering , kemarau macam ni lah nasib kami, bila mala baru air melelh macam air kencing kucing, kena tadah tengah malam sampai siang nak pi keja tak boleh mengantuk. Kesian tu memang kesian, tapi bila sebut telaga pun kering, maka tak kanlah nak marah kat MB juga kut. Memang kemarau la ni agak panjang sikit diutara ni. Pasal paip tak ada air tu, bila kita tanya kat SADA yang baru ditubuhkan tu, depa kata baru-baru ni di Jeniang bila kemarau sampai paras air sungai terlalu rendah hingga nak sedut air masuk kepusat penapian air pun nun paras air dibawah paip sedut, maknanya memang kemarau agak kuat tahun ini.
Apa yang akan dilakukan agar tidak berulang adalah menurunkan lagi paras sedutan pam tersebut daripada paras biasa dan proses menukar paip yang lama kepada yang baru agar tekanan air boleh dinaikkan tanpa memecahkan paip supaya kawasan yang tinggi akan mendapat bekalan macam kawasan rendah. Selama ini paip asbestos semen yang ada dan paip besi yang lama sudah tak sesuai dan sudah lama dan memang agak mudah pecah, maklumlah depa lama angat perintah sampai nak tukar paip baru pun dah terlupa, bila berlaku macam ni , rakyat kata dah 15 ke 20 tahun perkara ni berlaku baru sedar bahwasanya itu semua kira kena perbaiki hasil kerjatangan depa emua la tu.
Tak pa lah, kui kui la kata orang utara, perbaiki sana sikit dan sini sikit ikut kemampuan duit yang ada la.Sebut pasai air ni, la ni dah SPAN ambil alih habis dah , negeri lepas ni tak boleh apa lagi, hanya yang ada jual air mentah kepada SPAN saja lah, nak proses, nak bersih dan nak salurkan ada dalam tanggungan SPAN, itu ikut undang-undang SPAN yang di luluskan dalam parlimen sessi lalu lagi. Boleh kata semua negeri sebut pasai air ni, hutang beratus juta kerana kos nak laksakan proses rawatan dan aliran ni memang cukup tinggi. Kita harap sedikit demi sedikit hal ni dapat diselesaikan oleh SPAN dan SADA la lepas ni.

Sebut pula pasal rumah awam di Mergong yang sudah tertunggak sampai puluhan juta ringgit yang tak dibayar oleh penghuni tu, bila tengok siaran TV malam kelmarin masing-masing agak terkejut juga kerana apa yang dibuat selama ini sampai begitu seklai jumlahnya, tak tertanggung lagi kerajaan nak menampung kos kerana semua duit tu adalah untuk projek yang akan memberi faedah kepada rakyat yang tidak berumah lain pula. Bila ditanya masing-masing sebut la tak ada duit, tak cukup nak belanja dan bila kita pergi sendiri ke Perumahan depa di Mergong tu, mak ooi, siap ada kereta, motosikal memang tak payah cakap la, setiap rumah mesti pasang astro punya. Kalau macam ni bukannya tak ada duit, tapi tak mau bayar. Memang dulu kerajaan BN perintah duit banyak, sebab tu tak bayar pun tak kisah, wakil rakyat situ boleh tampung duit dia kut, tapi la ni bila kena bayar depa gaduh la, lepas MB suruh bank kutip pula ni, barulah depa tau bahawasanya rumah tu rupanya kena buat bayaran, orang dok rumah sea pun kalau 3 bulan tak bayar tuan rumah perambat la, ni sam bertahun-tahun, setengah tu sampai beranak bercucu disitu, pun tak nak bayar. Rasanya dengan peraturan baru ni, dapatlah sedikit duit tu digunakan untuk meningkatkat perkhidmatan kepada depa juga. Ana tengok kalau dekat jalan Sultanah Sambungan tu, berniaga kedai tayar, kedai telefon, kedai runcit pun banyak . Kalau macam ni bukan setakat bayar rumah, beli kedai pun mampu dah.
Sebenarnya sapa la yang kena zalim dan sapa pulak yang menzalimi ni.

Sebut pasai saham ASK pula, satu juga ana terkilan. Dulu beli harga seringgit dan janjinya boleh naik dan untuk, maka pakat-pakat pinjam dan belilah saham tu, tup-tup dah berbelas tahun simpan punya simpan, tanya baru-baru ni depa kata harga dia seunit 22 sen saja. Adoi mak, nak beli telor sebiji pun tak boleh, tapi bila ana tengok bos ceo dia, depa kata elaun sampai RM 15 K sebulan, kalau RM 3 K sebulan tu, pegawai bawahan saja. Ish,ish, depa dok buat apa la yang sampai macam tu sekali jatuhnya harga tu. Takkanlah tak boleh buat sesuatu agar kami yang dok dikampong ni nak tunggu sampai berpuluh tahun lagi, harga sekerap pun dah naik 4 ringgit lebih dah. Kalau CEO yang ada tak boleh buat kerja, tukar saja CEO baru, bagi yang boleh jana dan naikkan harga ASK tu sikit, tak kan nak dok takuk lama lagi. Jangan dok pediah elaun banyak tapi kami yang dok tadah dibawah ni tak dapat apa pun.Nak jual rendah sangat, nak simpan sampai bila?.

Ayuh bila lagi monyet nak sambung demo!!

Kalau depan kedutaan Australia hari tu nampak dengan lagak dan bergaya mereka ni berdemo macam kata Ketua Pemuda UMNO macam monyet, alasannya adalah kerana 50 Ahli Parlimen Australia mengganggu sistem kehakiman dalam negara kita. Maka terbitlah puak-puak dari UMNO, PERKASA dan ada parti baru Makkal Sakti yang maih berebut Presiden macam PPP juga, masuk dalam golongan sama membantah Ahli Parlimen didepan kedutaan Australia ini.
Oleh kerana bantahan demi bantahan dari negara luar agar menggugurkan pendakwaan kes yang tak tentu hala keatas DSAI ni, maka lepas ni ana nak tanya kepada geng ni apakah akan ada juga demo depan kedutaan Kanada, Amerika Syarikat dan juga negara Qatar serta kalau ada lagi pemimpin negara atau rakyat negara berkenaan buat bantahan , nak diadakan demo juga ke lagi.
Kalau etakat Australia saja lepas tu senyap, maka rasanya mungkin puak ni tak cukup sifat sebagai pemuda untuk berjuang mempertahan integriti BN mereka lah agaknya. Harap kalau lain-lain negara membantah atas suasana sistem kehakiman yang dilihat wujud kepincangan oleh dunia luar, maka setiap kali kita nak adakan demo, maka tunggulah saat dan ketika dimana nilai negara kita akan menjunam dimana dunia, ditatkala itu barulah kita nak menangis tak berlagu. Apakah kita hanya hidup tanpa perlu menghirau pandangan luar dan mmepunyai sikap keras kepala kita dan angkuh dengan sistem kita tanpa melihat dimana wujud kepincangan yang mudah dihidu oleh orang luar.
Sebagaimana yang disebut oleh bekas PM Canada, pendakwaan yang bersifat political ini sepatutnya sudah lama ditolak oleh hakim kerana ala pendakwaan pun sudah dapat dinilai oleh seorang yang tak mengaji undang-undang pun.
Tapi aperti dalam kes Monggolia, tanpa ada motif pun, hakim sudah selesai menjalankan kerja beliau, apakah ini SOP yang tak dilihat oleh dunia luar.
Apakah negara luar ilap didalam membuat penialaian terhadap kita didalam tugas kita menjalankan pendakwaan, apakah bukti yang kita ada tidak dapat dikesan akan kepalsuannya oleh mereka yang berada nun jauh disana, dunia sekarang sudah menjadi dekat dengan wujud pelbagai sistem ICT yang hanya berada dihujung jari, oleh itu kalau Tokoh Maal Hijrah 1431 menyatakan kalau nak adakan pendakwaan mestilah gunakan mahkamah syariah bukanya civil kerana kes ini berada didalam rangka undang-undang hudud.
Apakah dalam ke sebat wanita berzina kita hebih setelah ia dilaksanakan tanpa diketahui aal usul kes dan mengikut panduan alquran didalam pelaksanaan nya , maka dalam kes yang sebesar ini kita hendak mengabaikan tuntutan agama iaitu dakwa ditas kesalahan Qazaf. Kenapa pandangan tokoh Maal Hijrah yang kita sendiri iktiraf tidak mahu kita jadikan panduan. ? Amat naive sistem kita senenarnya.
Dimana hendak meletakkan muka kita dimata dunia uar sekarang ini!!

Sampai macam tu sekali.

Siapa sebenarnya yang tak mau berarak sambutan maulid nabi ni ?

Dalam perarakan itu, Abdul Malik mendakwa kerajaan negeri terpaksa menyewa dan meminjam empat kenderaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Kastam Diraja Malaysia untuk memperdengarkan selawat bagi mengiringi perarakan.

Abdul Malik berkata, surat penolakan permohonan pihaknya meminjam kenderaan siar raya daripada Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu diterima pihaknya pada Rabu lalu melalui faks.

Menurutnya, surat itu ditandatangani Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohamad Fatkhul Hatta Robiki bertarikh 24 Februari dialamatkan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Surat itu memaklumkan bahawa Jabatan Penerangan negeritidak dapat meminjamkan kenderaan siar raya untuk digunakan ketika perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri kerana mempunyai tugas lain yang didakwa telah dibuat permohonan lebih awal.

"Tugas berkenaan adalah untuk menyampaikan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dibuat pada satu majlis di tempat lain," katanya. (Utusan Malaysia 27/2/10)

Apa yang kita tahu, selain daripada hari Jumaat 12 Rabiulawal ni, rasanya semua program bertumpu kepada sambutan maulid nabi, tetapi Kementerian di bawah Datuk Seri Utama Rais ni rupanya ada program lain lagi yang terpaksa mereka jalankan, aktif sungguh nampaknya Kementerian Penerangan ni, dan tak kan van siaraya hanya ada sebuah saja , nak pinjamkan kepada kerajaan negeri nak sambut maulid pun sampai tak boleh. Atau mereka dah kata dah hampa tak nak buat sambutan dengan perarakan hari tu, maka buat apa kami beri pinjam, cari sendirilah untuk buat siaraya nih.
Kesian juga tengok terpaksa sewa daripada Jabatan Kastam pula, maklumlah haritu kastam tak ada apa-apa program kut. Jangan lepas ni Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan kepada pengarah kastam sudahlah kerana beri pinjam kenderaan siaraya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dimana Ketua Menteri sendiri berada sebari dengan Yang Dipertua Pulau Pinang menyambut sambutan Maulid Rasul ini.
Kesian depa.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.