Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, April 16, 2010

Itu saja harga kamu!!!!

Belum pun menjadi calon, dah ditempah dengan tanah 20 ekar dan wang 2 juta. Itulah nilai yang konon diperolehi oleh konon bakal calon gilaan UMNO di Hulu Selangor. Kalau Samy Vellu boleh berlakon untuk Senator dan Timbalan Menteri untuk TP MICnya, kini seorang lagi Naib Ketua sayap MIC pula telah menaikan harga kononnya dengan tanah dan wang ringgit.
Apa yang kita rasa pelik dan ajaib dalam dunia BN sekarang ini adalah kalaulah kompromi ini berlaku sungguh, maka jadilah Timbalan Presiden Timbalan Menteri dan Naib Presiden jadi Menteri dalam kabinet songsang BN la ni, dah lah dalam MCA juga berlaku lebih teruk lagi dimana Presiden tak ada jawatan dalam kabinet, tetapi orang tak ada jawatan parti boleh jadi Menteri, macam juga dalam UMNO yang jadi tulang belakang BN, tetapi Ketua Pemuda tak ada jawatan dalam kabinet ,timbalan Ketua jadi Timbalan Menteri bahkan yang Kalah Ketua Pemuda boleh jadi Timbalan Menteri jaga hal perdagangan luar negara pulak tu, yang telah jadi tradisi sejak Perikatan dan BN lahir dimuka bumi ini.
Malang sungguh politik dizaman Najib ini, mungkin ini kot antara salah satu nasihat daripada APCO, bapak angkat mereka yang setuju dikenakan sekatan terhadap Iran selepas tiga hari bersemuka dengan Barrack Obama.

Perbahasan didalam Dewan Rakyat.

Perbahasan pada 15 April 2010.

8. Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah menyatakan, berapa jumlah peruntukan yang diberikan kepada KEDA untuk
membayar elaun JKKKP di Kedah pada pembayaran elaun bagi tahun 2008 dan 2009.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Dato’ Haji Hasan bin
Malek]: Waalaikumussalam. Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat daripada
Pendang. Soalan yang begitu straight forward. Untuk makluman Yang Berhormat penyaluran
elaun-elaun bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau
pendekkan kepada JKKKP Negeri Kedah adalah diselaraskan melalui Pejabat Pembangunan
Negeri (PPN).
Manakala Lembaga Wilayah Kedah (KEDA) hanya berperanan sebagai agensi
pembayar. Soalannya pada tahun 2008 keseluruhan elaun JKKKP Negeri Kedah berjumlah
RM15,375,051 dan telah dibayar melalui PPN Negeri Kedah. Pada tahun 2009 jumlah
keseluruhan peruntukan elaun JKKKP negeri Kedah adalah sebanyak RM27,565,207. Daripada
jumlah itu hanya sebanyak RM4,970,400 disalurkan dan dilaksanakan melalui KEDA. Terima
kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Memang kita tahu KEDA ini sebuah agensi pusat yang berada di 89%
kawasan di negeri Kedah. Apabila saya semak fungsi KEDA sebenarnya untuk pembangunan
sama ada pertanian, perumahan, industri dan juga perniagaan yang memerlukan pemantauan
secara berterusan.
Dalam seksyen 4(4), Akta 249 ini disebut ia hendaklah mendapatkan – “The Lembaga
shall, before discharging any of its functions, first consult the State Government in all matters
involving developing planning.” Maknanya setiap perkara yang hendak dilakukan mesti melalui
perundingan dengan kerajaan negeri. Senario yang saya hendak bawa adalah seorang yang
memohon perumahan daripada KEDA telah diluluskan. Lembaga KEDA telah meluluskan dan
Pengarah KEDA telah pergi dan mengatakan kalau hendak buat rumah kena robohkan dahulu
DR. 15.4.2010
20
rumah dia. Nama dia Mohd Sobri bin Rotin di Kampung Telok Yan. Apabila dirobohkan kontraktor
sudah datang membawa bata dan juga batu serta pasir tetapi ada tangan-tangan, saya tidak tahu
itu yang saya tanya berhubung dengan JKKKP tadi ini. Ada tangan-tangan yang di atas
menghalang kontraktor membuat rumah sampailah enam bulan, sehingga sekarang dia masih
belum lagi mendapat rumah tersebut.
Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan jawapan berhubung dengan
masalah ini, kerana dia merupakan rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan daripada pihak
KEDA. KEDA telah meluluskan dan kalau KEDA tidak meluluskan itu lain cerita. Ada tangantangan
lain mungkinlah Pengerusi KEDA Negeri Kedah ini dia hendak ambil alih daripada Menteri
agaknya saya tidak tahulah. Itu cerita-cerita politik saya tidak mahu bincanglah. Saya berharap
pihak kementerian dapat memberi jawapan berhubung dengan siapakah yang lebih berkuasa di
antara JKKKP ini dengan pegawai-pegawai KEDA yang menjalankan tugas yang diamanahkan
oleh pihak kementerian? Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya memikirkan
tadi soalannya banyak tertumpu kepada JKKKP, tetapi dikaitkan juga dengan KEDA. Oleh kerana
itu saya sebenarnya bagi pihak kita, kita senantiasa mengambil pendekatan untuk berbincang,
berunding dengan pihak kerajaan negeri. Misalnya kedudukan KEDA ini sendiri di negeri Kedah.
Sudah ada tempoh tamat dan sekarang ini kita telah mengadakan perundingan dan keputusan
akan dibuat bermaksud kita sepanjang masa sentiasa mengadakan perundingan ini.
Berkenaan dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Pendang mengenai
seksyen 44 itu jelas pada saya. Begitu juga dengan keadaan permohonan-permohonan
perumahan yang disalurkan melalui KEDA ini pun kalau ada satu kes spesifik yang tertentu,
sudah lulus kemudian ada tangan-tangan lain saya hendak beritahu tangan mana yang
mengganggu ini? Ini sebab kalau ada bukti yang jelas, tidak apa, nanti duduk dahulu.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya minta kajilah.
Dato’ Haji Hasan bin Malek: Nanti dahulu. Kalau misalnya cukup bukti-bukti jelas
maklumkan kepada saya, insya-Allah kita akan bertindak tegas sebab kita tidak hendak tangantangan
belakang ini. Yang belakang-belakang kita tidak mahu. Kita hendak benda yang di
hadapan kita. Kalau cukup bukti insya-Allah saya akan membantu Yang Berhormat untuk
menyelesaikan masalah tadi. Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Timbalan Menteri,
Tuan Pengerusi. Benih padi sah ini, daripada janji yang dibuat tidak silap saya Menteri pada
masa itu ialah Tan Sri Muhyiddin ke Pendang. Dia kata tahun 2010 dah hendak diwajibkan dan
dipastikan padi sah ini 80% sekurang-kurangnya kadar pertumbuhannya. Jadi apabila kita turun
kepada petani menanyakan hal kadar pertumbuhan ini, mereka mengatakan tidak sampai 80%.
Jadi saya rasa ini perlu di adjust sikit misalnya daripada mana padi itu diambil kerana kadar
pertumbuhan itu tidak sampai seperti mana yang dijanjikan. Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sambung sikit, terima kasih Tuan
Pengerusi. Pada pendengaran saya, saya belum mendengar lagi berapa peratus daripada
RM275 juta yang diperuntukkan untuk insentif pengeluaran padi organik. Saya belum lagi
mendengar jawapan tersebut. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat, kepada
Yang Berhormat Pendang terima kasih kepada cadangan itu dan insya-Allah pandanganpandangan
ini sangat baik sekali untuk sampai kepada pengetahuan kami. Memang betul Yang
Berhormat sepatutnya tahun 2010 ini memang semua dikehendaki menggunakan benih padi sah
iaitu MR219 yang telah kami buat beberapa kali kajian dan didapati benih ini yang terbaik setakat
ini.
Yang Berhormat pun sedia maklum ini adalah sesuatu yang living, sentiasa berubah.
Akan tetapi setakat ini benih padi sah MR219 adalah yang terbaik, yang secara puratanya boleh
mengeluarkan hasil enam tan satu hektar tapi adanya sampai 10 dan ada yang sampai lebih itu
bonuslah. Jadi puratanya adalah enam tan satu hektar. Jadi terima kasih kepada Yang
Berhormat, itulah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat
Pendang dan pihak kami akan ambil serius cadangan-cadangan yang telah disebutkan.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Ya, sila Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Kedah, Tuan Pengerusi. Selain daripada insentif racun yang diberikan kepada petani, ada
juga sebelum ini diberikan tonik padi. Banyak keluhan yang kita dapati daripada petani-petani
adalah apabila tonik ini digunakan, padi menjadi lebih teruk. Hasilnya lebih berkurangan daripada
apa yang sepatutnya yang didapati oleh petani apabila disembur dengan tonik padi ini, padi
menjadi merah dan hasilnya berkurangan. Jadi apakah pandangan ataupun desakan kepada
kementerian supaya kita meniadakan tonik-tonik padi ini kepada petani supaya hasil mereka
lebih. Bagi tonik, lagi teruk padi dia. Ini yang diberikan oleh Kementerian Pertanian.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Berdasarkan kepada pengalaman saya yang terlibat secara langsung dalam industri padi ini,
memang kita memerlukan baja tambahan selain daripada baja urea, baja NPK dan diberikan
baja-baja tambahan, baja organik ataupun disebut dalam bahasa yang mudahnya vitamin tetapi
yang menjadi persoalan sekarang ini ialah syarikat yang mendapat tender itu, dia memberikan
butiran-butiran ataupun persembahan ketika membentangkan untuk mendapat kontrak itu
kepada kementerian begitu cantik sekali dengan analisa-analisa ataupun dengan membuat
kajian-kajian dan menunjukkan data-data di tempat-tempat tertentu tetapi hasil padi yang
berkualiti bergantung pada tanah tempat-tempat yang berbeza. Jadi sebab itulah yang
menyebabkan racun ataupun vitamin yang disupply oleh pihak kementerian tidak sesuai untuk
DR. 15.4.2010
93
semua kawasan. Mungkin sesuai untuk kawasan di sebelah Pantai Timur tetapi tidak sesuai di
peringkat Pantai Barat.
15 April 2010
5.14 ptg.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Berhubung dengan B.22 ini, saya hendak berbincang berhubung dengan biasiswa RM600 juta
yang diberikan, khususnya melalui MARA kalau tidak silap saya.
Saya berharap di dalam biasiswa – okey, tidak ada masalah tetapi dalam pinjaman itu,
saya berharap kita jangan jadikan seperti mana yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang
meminjam daripada PTPTN. Ini kerana setiap bulan boleh dikatakan di dalam akaun mereka itu
terpaksa ditambah kerana caj perkhidmatan. Jadi saya rasa dalam pinjaman yang diberikan oleh
pihak MARA ini supaya memikirkan semula dari segi kadar faedah yang dikenakan terhadap
peminjam-peminjam.
Kemudian yang keduanya berhubung dengan pelajar-pelajar yang berada di IPT sama
ada tempatan ataupun luar negara, mestilah mengikut jadual yang diberikan. Ini kerana saya
biasa mendengar keluhan daripada pelajar-pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana mereka
diberikan biasiswa ini tidak mengikut kalaan yang tertentu, tidak berkala.
Maknanya, kadang-kadang sampai duit mereka habis langsung barulah pemberian
biasiswa ini diberikan. Maknanya mereka terpaksa mendapat biasiswa FAMA (father and mother)
ini. Kalau father and mother ini kekurangan dana, maknanya mereka terpaksa mengikat perut. Ini
merupakan salah satu daripada perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian, terutama
sekali pelajar-pelajar yang berada di luar negara.
Saya pernah sentuh pelajar di Germany terpaksa sampai tiga bulan kelewatan biasiswa
MARA ataupun pihak MARA menghantar wang biasiswa kepada mereka. Kalaulah sekiranya ini
berlaku dalam negara mungkin kita tidak mempunyai masalah tetapi kalau di luar negara dari
segi rumah sewanya, dari segi makanannya, maknanya masalah bagi mereka untuk meneruskan
pelajaran. Saya rasa itulah dua perkara yang saya hendak sentuh. Terima kasih.

Selesai tugas APCO !

Rasanya ketawa besar lah Pengarah APCO di sebelah Asia ni kerana jerat mereka apabila dilantik sebagai penasihat kepada Malaysia sudah mengena nampaknya.
Apabila PM Najib sudah bertindak selari dengan otak Osama terhadap Iran rakan seagama kita hanya setelah 3 hari bertukar pandangan dan pendapat, sudah nampak hasil mahsulnya.
Kalau dizaman Dr M dulu, Jack Abramof dengan nilaian 4 juta nya tetapi kini dizaman DS Najib dengan APCOnya yang bernilai 76 juta , sudah pasti hasilnya juga secepat kilat, hanya 3 hari sahaja.
Kini Iran sekali lagi akan berdepan dengan tekanan dan kini dari rakan mereka umat Islam sendiri. Sedih dan malang, saperti kata ketua Pembangkang dalam parlimen, kita nak berkawan dengan Amerika pun biarlah kita ada prinsip, ada ketegasan dan tidak mudah dicucuk hidung dan diarak kekiri dan kanan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Pengerusi, oleh kerana nama
saya disebut, kalau boleh, terima kasih banyak. Tuan Pengerusi, ini satu penghormatan kerana
nama saya disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tetapi juga oleh Yang Berhormat Ketua
Belud yang berhempas pulas hendak mempertahankan APCO dan Israel. Dia dengan Yang
Berhormat Rembau sekarang jadi jurucakap APCO. Paling malu bagi umat Islam ini bila orang
Melayu Muslim bangun hendak pertahankan APCO daripada kepentingan Islam. [Tepuk] Itu
yang pertama.
Kedua, Tuan Pengerusi, saya tidak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika.
Pendirian saya konsisten, tidak hipokrit. Kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara
termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak berbohong kalau saya ada pertemuan berkala
dengan bekas naib presiden, Al-Gore sampai sekarang. Bezanya ialah pimpinan kerajaan hari
ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada APCO. [Tepuk]
Dahulu RM4 juta kepada Jack Abramoff, tauke judi maha besar di Amerika Syarikat. Ini
kenyataan, Yang Berhormat Pasir Salak, jangan pertikai, jangan cabar saya untuk keluar bukti
kerana bukti itu sudah keluar. Yang Berhormat Kota Belud tidak berani bangun untuk
pertahankan ini.
Keduanya, saya hendak sebut juga, untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi
untuk melutut, menyokong dasar Amerika menentang Iran, memusnahkan Afghanistan, itu
pengkhianatan kepada umat Islam, Tuan Pengerusi. [Tepuk] Apa kenyataan Perdana Menteri
dalam isu Iran? Kalau kita katakan Iran tidak ada hak menggunakan kekuatan nuklear untuk
senjata, munasabah. Akan tetapi mengapa Israel boleh? Mengapa diam tidak berani menegur
Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat, mengecam Iran di depan, di White House tetapi
tidak berani menegur Israel. Diam terhadap pembunuhan, kekejaman terhadap orang-orang
Palestin. Ini yang kita tentang. Pendirian UMNO, ini yang kita tentang. Disebut juga
Afghanistan...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita
ambil sikap, saya katakan keputusan Obama undur dari Iraq, kita setuju, walaupun belum undur.
Keputusannya undur, bagus. Akan tetapi keputusan dia menyerang Afghanistan, Yang
Berhormat Kinabatangan, dari awal kita tentang.
1520
Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Sri Gading, pergi ke White House
mengatakan, ”Ya, kami terima, kami boleh hantar training Afghanistan.” Training apa? Umat
Islam dibunuh di Afghanistan. Ini dia bezanya, Yang Berhormat Pasir Salak. Jadi ucap terima
kasih, saya memang menghargai, bersetuju perhubungan baik dengan Amerika tetapi tidak
mengemis dan jadi hamba abdi kepada dasar Amerika Syarikat. [Tepuk]

Thursday, April 15, 2010

Silat Samy membelit Muhyiddin

Nampaknya kali ini DS Samy Vellu dapat menunjukkan lakonan yang mantap dan berbisa sehingga TPM pun dapat ditundukkannya. Kali ini nampaknya UMNO sudah kalah 3-0 dengan MIC di Hulu Selangor. Lakonan yang dimainkan oleh MIC mengena kali ini, apa tidaknya kalau DS Samy tidak berkeras untuk meletakkan Palanivel sebagai calon, tentu mereka tidak akan dapat kemenangan 3-0 terhadap UMNO.
Dalam keadaan ini juga menampakkan ketidakcerdikan TPM dan Ketua Pemuda UMNO yang tidak mengambil kesempatan untuk mengambil kembali kawasan Hulu Selangor ketangan UMNO setelah sekian lama berada dalam genggaman MIC tetapi tidak banyak perubahan yang telah berlaku disitu, sebab itulah mereka bermati-matian tidak mahukan lagi Palanivel berada disitu.
Walaupun dari satu segi DS Samy Vellu nampaknya menggambarkan beliau seorang pemimpin yang tak berprinsip kerana beliau berikrar tidak akan memberikan sokongan bahkan akan memboikot PRK kalau Timbalan beliau tidak dicalonkan, nampaknya hanya ikrar lilin yang jadi lembik lemah gemalai bila dipujuk hanya dengan beberapa keistimewaan untuk jawatan senator dan Timbalan Menteri sahaja. Begitu juga tidak berprinsipnya beliau bila beliau menyatakan tidak akan balik kesungai siput kalau kalah tetapi masih lagi mengunjungi tempat yang telah menguburkan beliau tersebut.
Begitu juga kepada TPM, kata awalnya nak lantik anak tempatan jadi calon, jelas kali ini beliau awal-awal lagi sudah lari dari janji yang tak dapat dikotakan .
Hal janji TS Muhyiddin ini dapat kita lihat sendiri di Manik Urai dulu semasa PRK dia berjanji akan membawa Petronas menerangkan sendiri pasal Kelantan tidak layak dapat royalti, tetapi sampai sekarang pun janji TPM itu tak ditunaikan.
Berbalik kepada isu calon tadi, nampaknya MIC lebih cerdik daripada UMNO dalam hal ini, hanya berlakon dan mengugut, maka mereka dapat 3 keistimewaan ketika belumpun hari penamaan calon berlaku. Janji yang khabarnya telah diputuskan dalam perbincangan adalah jawatan Senator untuk Palanivel, selepas itu timbalam menteri dan calon Hulu Selanor untuk Kamalanathan dan mungkin apa juga imbuhan untuk Mugilan yang mendapat sookongan kuat UMNO untuk jadi calon itu.
Apalah lemahnya daya juang UMNo ,kenapa tidak juga gunakan kaedah ugutan dan lakonan terhadap MIC , jika sekiranya mereka tidak mahu menggugurkan Palanivel dan mengiktiraf Mugilan ,maka UMNO akan letak calon mereka sendiri untuk melawan PKR( Keadilan), letaklah Mat Taib ke saperti mana kemenangan bekas MB N9 dan Datuk Dr Zainal hari tu kerana jasa mereka sebagai bekas MB dan Timbalan MB, barulah ketika itu kerusi Hulu Selangor dapat kembali ketangan UMNO .
Nampak lebih cerdik Samy Vellu daripada Muhyiddin.
Kesian Malaysia.

Peringkat Jawatankuasa Bajet tambahan.

DR. 12.4.2010
104
5.30 ptg.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Peringkat
Jawatankuasa Maksud Kepala B.28. Saya cuma ada beberapa perkara iaitu berhubung dengan
RM3.8 juta untuk membiayai keperluan percetakan tambahan lesen kenderaan bermotor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Apa yang saya faham berhubung dengan lesen ini adalah plat untuk kita mencetak road
tax kalau tidak silap saya daripada pemahaman inilah. Didapati road tax yang kita dapat mutakhir
ini yang diperbuat daripada plastik merupakan satu bentuk yang dikatakan bermutu tinggi tetapi
sebenarnya tidak bermutu tinggi bagi saya sebab apabila kita hendak koyak hendak lekatkan di
cermin kenderaan itu, ia mudah terkoyak dan juga apabila dilekatkan di cermin kenderaan susah
untuk kita buka dan untuk lekatkan yang baru ia merosakkan ataupun mencemarkan cermin,
lebih-lebih lagi kalau sekiranya cermin itu diletakkan plastik untuk menghalang daripada panas.
Maknanya ini merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh kementerian bahawasanya RM3.8
juta ini merupakan satu jumlah tambahan yang dipohon yang begitu tinggi tetapi nilai benda yang
dibuat itu saya rasa tidak memberi banyak faedah kepada pengguna-pengguna.
Kemudian yang keduanya berhubung dengan kempen keselamatan jalan raya yang juga
disentuh oleh Kementerian Kerja Raya tadi. Saya ingin mendapat pandangan daripada
kementerian, apakah selepas ini kita akan meneruskan lagi kempen-kempen kerana daripada
apa yang kita dapat pada kempen-kempen pada tahun-tahun yang lepas, apa juga perayaan baik
Tahun Baru Cina, Deepavali dan hari raya, tidak menolong banyak dari segi pengurangan jumlah
kemalangan. Kalau kita semak dari Great Britain misalnya, mereka mempunyai 70 juta rakyat,
2,700 kematian tetapi kita 20 juta rakyat lebih kurang 7,000 kemalangan dan jumlah kematian.
Jadi maknanya jumlah yang tinggi terhadap kemalangan dan kematian yang berlaku di jalan raya
kita. Apakah sebenarnya punca daripada jumlah kematian dan kemalangan yang tinggi ini?
Kalau sekiranya kita lihat daripada lebuh raya PLUS, jumlahnya mungkin tidak ramai tetapi jalan
raya negeri dan jalan raya bandaran inilah yang menyebabkan puncanya bertambah. Tadi
disebut oleh Yang Berhormat Tumpat berhubung dengan jalan di Gua Musang dan juga Kuala
Lipis iaitu merupakan jalan yang paling banyak mengorbankan nyawa terutama semasa
perayaan-perayaan yang kita ikuti.
Kemudian dari segi P.28 Pengorekan Pelabuhan, sekali lagi kita ingin mendapat
penerangan yang sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri sebelum mungkin beliau
akan mengundurkan diri selepas ini berhubung dengan perkara yang berlaku di Pelabuhan Klang
ini. Saya rasa penerangan yang rakyat perlu tahu daripada mulut beliau sendiri. Itu sahaja Tuan
Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat
Pendang.
7.12 mlm.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan pada kali ini. Maksud B.29. saya hendak sentuh hanya
perkara berhubung dengan SPAN iaitu RM15 juta peruntukan tambahan. Seperti mana yang kita
bahaskan pada sesi yang lepas iaitu Akta 655 di mana SPAN diberikan kuasa bebas untuk
mengawal selia perkhidmatan bekalan air, mengawal selia sistem pembetungan dan kawal selia
ekonomi dan sosial. Jadi, daripada RM15 juta ini saya ingin - dan perbahasan yang hangat juga
pada sesi yang lepas berhubung dengan ada negeri-negeri yang ternyata tidak berapa enak
dengan penubuhan SPAN ini. Saya hendak tahu masih adakah negeri-negeri itu tidak bersetuju
dengan penubuhan SPAN dan pada mulanya ada negeri yang menentang.
Kemudian, saya ingin tahu apakah sumbangan setakat ini yang dapat diberikan oleh
SPAN dalam meningkatkan peningkatan pemberian bekalan air kepada negeri-negeri kerana
salah satu daripada tugas SPAN ini adalah untuk mengurangkan NRW (non-renewable water)
kerana kita tahu proses untuk meningkatkan perkhidmatan air ini cukup besar belanjanya.
Misalnya di negeri Kedah kita terpaksa ataupun Kedah terpaksa berhutang RM1.6 bilion tidak
silap saya dari segi untuk meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat di negeri Kedah dan
juga apakah RM15 juta ini termasuk di dalam janji yang telah diberikan oleh Perdana Menteri
yang lalu berhubung dengan pampasan alam sekitar yang dijanjikan kepada Kerajaan Negeri
Kedah supaya tidak menebang hutan ataupun kawasan tadahan air sebanyak RM100 juta bagi
setahun. Apakah RM15 juta ini termasuk di dalam kos ini. kemudian, saya juga ingin tahu Forum
Air Malaysia juga terletak di bawah SPAN ini, berapakah banyak aduan yang telah diterima oleh
Forum Air Malaysia ini? Apakah jenis-jenis aduan yang telah dilontarkan di dalam Forum Air
Malaysia ini dan juga berapa banyakkah kes-kes yang diselesaikan oleh Forum Air Malaysia ini?
Berhubung dengan kempen teknologi hijau RM1.5 juta. Apakah bentuk dan jenis kempen
yang telah dijalankan oleh kementerian di dalam mempromosikan teknologi hijau setakat ini
DR. 12.4.2010
127
kerana kita hanya mendengar teknologi hijau, apakah promosi ataupun kempen yang telah
dilancarkan? Seperti yang pernah saya cadangkan iaitu penggunaan air di dalam kita
menjalankan kenderaan. Apakah ini merupakan salah satu daripada perkara yang masuk di
dalam kementerian ini untuk kita mempromosikan atau melaksanakan kerja-kerja menggunakan
air sebagai bahan bakar dalam kenderaan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kempen teknologi hijau.
Puan Noriah Kasnon: Teknologi hijau... Untuk teknologi hijau ini Tuan Pengerusi,
sebenarnya yang dipohon adalah sebanyak RM1.5 juta dan ia digunakan satu semasa
pelaksanaan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada akhir bulan Julai. Kemudian ia
termasuklah juga dengan penyelidikan-penyelidikan teknologi hijau, bengkel-bengkel, exhibition
dan seminar, usaha sama kementerian bersama MITI dan MATRADE, bengkel-bengkel
workshop bersiri dengan pihak players yang terlibat, pihak stakeholders.
Saya kira termasuk juga satu road show bersama dengan pelajar-pelajar universiti dan
juga pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menerapkan budaya mencintai alam hijau ini. Saya kira
RM1.5 juta ini memang sudah habis dibelanjakan untuk tujuan kempen tahun 2009, kerana
teknologi hijau adalah perkara baru dan memang memerlukan satu kewangan yang agak besar
untuk menjangkau pemahaman ini ke peringkat akar umbi. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin tambah satu sahaja. Guru memangku
tugas ini, saya mendapat gambaran daripada guru-guru yang memangku tugas DG41 ke DG44
di Tingkatan 6. Kalau biasanya enam bulan mereka telah dapat DG44 tetapi ada guru-guru
sampai dua tahun daripada 1/1/2008 memangku sampai sekarang masih boleh di letakkan di
DG44. Jadi saya rasa kementerian perlu mengambil perhatian dalam hal ini. Terima kasih.

8.45 mlm.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama sekali berhubung dengan RM157 juta ini untuk pack dispensing dan juga ubat alternatif.
Memang kita tahu sekarang ini banyak ubat-ubat yang datang dengan pack dispensing tersendiri.
Biasanya kita masukkan dalam botol yang dibawa ke farmasi dengan gelen. Jadi saya hendak
tahu, yang pertamanya berapakah keuntungan ataupun kementerian dapat menjimatkan hasil
daripada – kita tidak menggunakan cara konvensional iaitu dengan memasukkan ubat bendalir
dalam botol-botol biasa ini. Sebab ini nampak pertambahan RM157 juta, kalau sekiranya kita
bawa ubat yang sudah pack siap-siap untuk diberi kepada pesakit, tentulah tidak menggunakan
secara konvensional lagi.
Keduanya ubat alternatif oleh pakar, apakah bentuk ubat alternatif yang dimaksudkan di
sini. Keduanya tentang khidmat sokongan hospital. Saya hendak tahu apakah ini termasuk dalam
– yang diberitahu kepada kita berhubung dengan traditional and complimentary machine. Apakah
khidmat sokongan ini termasuk mereka-mereka yang terlibat dalam memberi perkhidmatan
dalam TCM ini.
Kemudian yang ketiganya telah disentuh mengenai linen tadi, tetapi approach saya
berlainan. Kalau sekiranya linen telah diswastakan, dobi telah diswastakan, kenapakah
kementerian terpaksa menggantikan linen padahal kita tahu kemungkinan kehilangan itu
disebabkan oleh perkara-perkara yang lain bukan hanya rosak tetapi terhilangkan. Itu yang kita
takutlah, kita takut syarikat yang mengendalikan dobi itu menjadikan perkara ini hilang dan
kemudian dibebankan RM35 juta kepada kementerian untuk menggantikannya.
Seterusnya tentang stockpile antiviral influenza sebanyak RM20 juta. Saya hendak tahu
syarikat mana yang terlibat memberi bekalan antiviral influenza ini, apakah ini juga terlibat
kepada influenza – vaksin yang diberikan kepada jemaah-jemaah haji yang ingin menunaikan
haji ataupun umrah. Kemudian Institut Jantung Negara, saya mendapat tahu bahawa IJN telah
mengembangkan sayapnya ke Kelantan dan Terengganu iaitu ke Pantai Timur dan telah
menyediakan kelengkapan-kelengkapan di Pantai Timur ini untuk mengadakan operation
cardiothoracic. Setakat manakah perkembangan IJN di Pantai Timur buat masa ini? Kemudian
tentang Pelan Tindakan Kebangsaan Kawalan Kanser. Kita tahu sejak akhir-akhir ini ramai stafDR.
12.4.2010
154
staf perubatan telah terlibat dengan masalah pesakit kanser dan saya pun pernah bekerja di Unit
Radioterapi Onkologi dan Perubatan Nuklear.
Jadi kami pada ketika itulah sentiasa terdedah kepada X-ray dan juga mesin-mesin untuk
memberi rawatan kepada pesakit. Apakah kajian pernah dijalankan kepada petugas-petugas ini.
Apakah kadar dos yang mereka terima setelah mereka lepas bekerja di Unit X-ray, radioterapi
dan juga unit-unit terapi dan juga unit-unit yang mengeluarkan pancaran-pancaran yang memberi
bahaya kepada staf itu sendiri.
Seterusnya kepada pandemik influenza H1N1, saya hendak tahu sampai masa ini,
berapa banyakkah dos yang telah digunakan dan apakah kerajaan berhasrat untuk menambah
dos tersebut kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan. Ini kerana kita mendapat tahu
masih ramai lagi mereka yang bertugas di barisan hadapan ini tidak berapa berminat untuk
mendapat H1N1 vaccine ini. Apakah boleh diberikan kepada mereka-mereka yang lebih berminat
misalnya Timbalan Menteri ke ataupun saya sendiri yang berminat. Kita boleh mendapatkan
H1N1 vaccine ini dengan secara percuma.
Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah tentang enzim replacement therapy ini untuk penyakit
lysosomal storage disorders. Saya ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung
dengan ini kerana saya tidak mendapat. Cari pun tidak berapa hendak jumpa ini, masalah ini. Itu
sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang
Berhormat Timbalan Menteri. Saya semak di dalam Medical Assistance Act . 1977, Akta 180 dan
juga Medical Instruments Association Regulations 1986, Seksyen 41.
2120
Apabila saya semak dalam ini didapati dalam itu tidak disebut assistant medical officer.
Yang ada hanya medical assistant. Jadi, bilakah pembantu pegawai perubatan ini digunakan?
Sebab kita takut apabila berlaku sesuatu, misalnya pemberian MC ataupun pemberian ubat list B,
ia akan memberi kesan kepada medical associate itu sendiri.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah, Yang Berhormat .
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Bukannya kepada istilah yang
digunakan sebagai pembantu pegawai perubatan. Ini melibatkan kepada masalah undang-undang.
Saya harap pihak kementerian lebih teliti dalam hal macam inilah.

Wednesday, April 14, 2010

KEDA jadi landasan untuk elaun JKKKP.

KEDA hari ini diakui oleh Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah bahawa KEDA dijadikan 'vehicle' Kementerian menjaga semua JKKKP yang ada di Kedah sebanyak 15.375 juta pada 2008 dan 27.565 juta pada 2009 untuk memberi elaun kepada mereka.
Saya bertanya sebagai soalan tambahan bahawa dalam akta 249 kerajaan mestilah berunding terlebih dahulu dengan kerajaan negeri didalam apa juga tugas kerja dan pembangunan yang hendak dilakukan didalam kawasan KEDA yang merupakan 89 % memenuhi negeri Kedah didalam seksyen 4(4) akta 249 tersebut.
Antara lain yang ana harap Menteri beri jawapan adalah kes En Sobri Mohd Rutin dari Kpg Telok Yan ,Alor Setar, dimana telah mendapat persetujuan untuk membina rumah beliau yang daif kerana beliau tergolong dalam golongan termiskin. Setelah mendapat arahan dari pegawai KEDA supaya beliau terlebih dahulu untuk merobohkan rumah beliau baru dapat dibina rumah yang baru.
Setelah diroboh rumah tersebut, maka barulah boleh dibina rumah baru, tetapi apabila beliau telah meroboh rumah beliau ada kontraktor datang membawa bata dan pasir untuk membina rumah tetapi malangnya ada berita yang datang menyatakan pembinaan tidak dapat diteruskan kerana arahan pihak tertentu, sebab itulah ana minta Menteri siasat dan jawab. Sampai la ni dah enam bulan beliau terpaksa tinggal dengan bapa beliau bersama 3 anak beliau akibat daripada diskriminasi politik KEDA yang mana pengerusinya adalah Timbalan Ketua UMNO Kedah.
Apa yang saya dapat maklumat En Sobri ini adalah penyokong PAS, mungkin itulah sebabnya beliau disekat daripada diteruskan pembinaan rumah beliau tersebut.

Maka sampai hari ini dah dua soalan ana tanya dalam kementerian ini belum mendapat jawapan Menteri.
Dulu beliau belum jawab pasal 13 orang di KEDA Tanjong Setol yang diberi hak untuk mendapat rumah setelah diberi kursus di Pusat Latihan KEDA Sik ,tetapi dinafikan oleh orang politik yang ada didalam KEDA ini.

Apa yang berlaku dalam kawasan KEDA sekarang ini, banyak kes-kes yang mana mereka seolah mengabaikan terus peranan kerajaan negeri walaupun dalam seksyen 4(4) terlalu jelas dengan syarat tersebut.
Dalam hal keanggotaan didalam Lembaga KEDA ini, 3 wakil kerajaan negeri perlu ada didalam Lembaga Pengarah KEDA tetapi setakat ini hanya ada seorang dan dua orang lagi adalah dari wakil profesional.
Harapan saya agar perkara ini mendapat perhatian Kementerian.

Malaysia sokong Amerika tekan Iran.

Apakah berita ini akan menggembirakan rakyat Malaysia.
Ini yang berlaku apabila APCO yang ada geng Yahudi Israel dibelakangnya , tak kan mereka nak nasihat suruh Malaysia tentang apa yang mereka kontrol pula.
Itu pasal kita kata masa Datuk Arshad Husin Duta kita ke PBB hari tu ditamatkan tugasnya dikatakan mungkin disebabkan oleh nasihat APCO inilah kut.
Apa yang berlaku ni dapat dilihat disini.
Diharap ini dapat memberikan kesedaran kepada semua rakyat kesan daripada kewujudan APCO ini dan apakah ini perlu diteruskan oleh kerajaan sekarang ini dan apakah kesan jangka panjang yang akan rakyat Malaysia terima serta umah didunia kan terkesan dengan sikap Malaysia ini. Apakah yang PM kita kata kepada Presiden USA tersebut mengenai apa yang sedang berlaku di Israel, dimana mereka begitu bebas mengendalikan apajuga senjata dan serba mak nenek mengenai nuklear ini.

Yahudi ada ke tak ada meresap ni.

Semalam Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menjawab berhubung dengan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkan bahawa ada warga Israel yang telah menyusup masuk dalam maklumat di Bukit Aman apabila Asiasoft (pte Limited) yang berada pejabatnya di Singapura dan ibu pejabatnya di Tel Aviv tetapi pertukaran pemegang saham dan projek ketika saham beralih tangan tatkala saham syarikat sudah berubah tangan daripada Israel kepada orang bukan Israel, tetapi tatkala itu projek PRS itu sudah siap di Bukit Aman, tetapi kalau dilihat pada surat yang dihantar kepada KSU KDN oleh Datuk Mashuri Zainal , dari bahagian logistik PDRM, pada 3 Disember 2008 ternyata kesedaran wujudnya dan masih ada tangan Israel dalam program di Bukit Aman itu ternyata masih wujud, tak saperti Timbalan Menteri kata 2006 dah siap dan tak ada lagi pengaruh Israel yang wujud kerana saham Asia soft sudah bertukar tangan .
Apa yang hairannya , surat beritahu pada akhir 2008 masih belum bebas dari pengaruh Israel dalam surat tu, tapi kenapa Timbalan Menteri dalam parlimen kata 2006 sudah habis pengaruh tersebut.
Apa yang kita masih keliru adalah apakah dalam masa dan selama ini pun, apabila saham mereka ada pegangan tak kanlah sedikit sebanyak unsur maklumat atau rahsia tidak akan diintip oleh manusia berbangsa Yahudi itu.
Apakah ini tidak mengelirukan kita , mana satu yang nak dipercayai.

Tuesday, April 13, 2010

Perbahasan JK MOT

5.30 ptg.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Peringkat
Jawatankuasa Maksud Kepala B.28. Saya cuma ada beberapa perkara iaitu berhubung dengan
RM3.8 juta untuk membiayai keperluan percetakan tambahan lesen kenderaan bermotor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Apa yang saya faham berhubung dengan lesen ini adalah plat untuk kita mencetak road
tax kalau tidak silap saya daripada pemahaman inilah. Didapati road tax yang kita dapat mutakhir
ini yang diperbuat daripada plastik merupakan satu bentuk yang dikatakan bermutu tinggi tetapi
sebenarnya tidak bermutu tinggi bagi saya sebab apabila kita hendak koyak hendak lekatkan di
cermin kenderaan itu, ia mudah terkoyak dan juga apabila dilekatkan di cermin kenderaan susah
untuk kita buka dan untuk lekatkan yang baru ia merosakkan ataupun mencemarkan cermin,
lebih-lebih lagi kalau sekiranya cermin itu diletakkan plastik untuk menghalang daripada panas.
Maknanya ini merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh kementerian bahawasanya RM3.8
juta ini merupakan satu jumlah tambahan yang dipohon yang begitu tinggi tetapi nilai benda yang
dibuat itu saya rasa tidak memberi banyak faedah kepada pengguna-pengguna.
Kemudian yang keduanya berhubung dengan kempen keselamatan jalan raya yang juga
disentuh oleh Kementerian Kerja Raya tadi. Saya ingin mendapat pandangan daripada
kementerian, apakah selepas ini kita akan meneruskan lagi kempen-kempen kerana daripada
apa yang kita dapat pada kempen-kempen pada tahun-tahun yang lepas, apa juga perayaan baik
Tahun Baru Cina, Deepavali dan hari raya, tidak menolong banyak dari segi pengurangan jumlah
kemalangan. Kalau kita semak dari Great Britain misalnya, mereka mempunyai 70 juta rakyat,
2,700 kematian tetapi kita 20 juta rakyat lebih kurang 7,000 kemalangan dan jumlah kematian.
Jadi maknanya jumlah yang tinggi terhadap kemalangan dan kematian yang berlaku di jalan raya
kita. Apakah sebenarnya punca daripada jumlah kematian dan kemalangan yang tinggi ini?
Kalau sekiranya kita lihat daripada lebuh raya PLUS, jumlahnya mungkin tidak ramai tetapi jalan
raya negeri dan jalan raya bandaran inilah yang menyebabkan puncanya bertambah. Tadi
disebut oleh Yang Berhormat Tumpat berhubung dengan jalan di Gua Musang dan juga Kuala
Lipis iaitu merupakan jalan yang paling banyak mengorbankan nyawa terutama semasa
perayaan-perayaan yang kita ikuti.
Kemudian dari segi P.28 Pengorekan Pelabuhan, sekali lagi kita ingin mendapat
penerangan yang sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri sebelum mungkin beliau
akan mengundurkan diri selepas ini berhubung dengan perkara yang berlaku di Pelabuhan Klang
ini. Saya rasa penerangan yang rakyat perlu tahu daripada mulut beliau sendiri. Itu sahaja Tuan
Pengerusi, terima kasih.

Monday, April 12, 2010

Dimana Klinik 1 Malaysia berdiri, sahkah atau tidak! apakah MA dilindungi.

MCs by 1Malaysia clinics – illegal?
By Dr Anony

I refer to the reply given by Dr Nooraini Baba (NST, March 30th, 2010) in which she claimed that Assistant Medical Officers (AMO) can issue Medical Certificates.

She had then explained that the MCs issued by AMOs are not illegal, but just that they are invalid for the purpose of workers absenting themselves from work without pay under Section 60F of the Employment Act. In her reply, Dr Nooraini had quoted from the MEDICAL ACT 1971 (Act 50).

I would like to point out that there is NO provision under any Act of Parliament for the Medical Assistants who man the 1Malaysia clinics, to be referred to as “Assistant Medical Officers.”

Instead, the Medical Assistants are governed under the MEDICAL ASSISTANTS (REGISTRATION) ACT 1977 (Act 180), and they are thus properly referred to as Medical Assistants, and NOT as “Assistant Medical Officers.”

I would like to ask Dr Nooraini, whether the fact that 1Malaysia clinics are manned by Medical Assistants, is in violation of MEDICAL ACT 1971, specifically Section 33. (1) (f), which reads: ‘33(1) Any person not registered or exempted from registration under this Act who – (f) uses the term “clinic” or “dispensary” or “hospital” or the equivalent or any of there terms in any other language in the signboard over his place of practice in purported practice of medicine or surgery as a person registered under this Act; shall be guilty of an offence against this Act.’

Also, the fact that these Medical Assistants are running the “1Malaysia clinics” without supervision of Fully Registered Medical Practitioners, would mean that they are also in violation of the MEDICAL (INSTRUMENTS) (EXEMPTION) REGULATIONS 1986, specifically Section 4(1) which reads: ‘4. Condition of exemptions. (1) In the case of a registered medical assistant who is employed in a Government hospital, Government health centre or other Government institution for the care, treatment or rehabilitation of patients the exemption shall only apply if he is using any of the instruments specified in the Schedule in the course ofcarrying out his duties in the Government hospital, Government health centre or other Government institution for the care, treatment or rehabilitation of patients under the supervision of the officer.
’For those who are uninitiated, the MEDICAL ACT 1971 prohibits Non-registered Medical Practitioners from using certain medical instruments, which are normally used in the practice of medicine and surgery.

The MEDICAL (INSTRUMENTS) (EXEMPTION) REGULATIONS 1986 was enacted specifically to exempt Medical Assistants from the prohibition under MEDICAL ACT 1971 of using those medical instruments.

However, it is clear that MEDICAL (INSTRUMENTS) (EXEMPTION REGULATIONS 1986, Section 4(1) allows their exemption ONLY when these Medical Assistants are practicing under the supervision of doctors.

Of course, one may then dispute the interpretation of the words “under supervision of.” This then leads us to the Poisons Act 1952 (Act 366), in which the prescription and supply of Poisons are strictly governed (many medications dispensed at clinics are scheduled poisons and require the words “Ubat Terkawal” to be imprinted on the packaging.) Section 19 of Poisons Act 1952 (Act 366) reads thus: ‘19. (1) Any poison other than a Group A Poison may be sold, supplied or administered by the following persons for the following purposes – (a) a registered medical practitioner may sell, supply or administer such poison to his patient for the purposes of the medical treatment of such patient only; (4) Any medical practitioner, dentist or veterinary officer who sells or supplies any poison or medicine containing a poison not prepared by him or under his immediate personal supervision shall be guilty of an offence against this Act.

’ It is also in the very same Poisons Act 1952 (Act 366), that the interpretation of “immediate personal supervision” is clearly defined, in Section 2(2): ‘ (2) In this Act where anything is required to be done under the immediate personal supervision of any person it shall be deemed to have been so done if such person was at the time it was done upon the premises where it was done and available for immediate consultation by the person doing such thing’

As far as had been publicized in the media, these “1Malaysia clinics” are manned only by Medical Assistants, who therefore are NOT practicing under the “supervision” of any fully registered medical practitioner, as defined by law.

Thus, I can only conclude that these Medical Assistants are practicing in violation of several laws.

Now, if these Medical Assistants are functioning in a capacity which is illegal, aren’t the certificates, including the Medical Certificates, which they issue, also illegal?

Furthermore, by allowing these Medical Assistants to practice illegally, aren’t their superiors in the Ministry of Health, also guilty of abetment, as defined under the PENAL CODE (Act 574), specifically Sections 107, which reads: ‘107. A person abets the doing of a thing who— (a) instigates any person to do that thing; (b) engages with one or more other person or persons in any conspiracy for the doing of that thing, if an act or illegal omission takes place in pursuance of that conspiracy, and in order to the doing of that thing; or (c) intentionally aids, by any act or illegal omission, the doing of that thing.’

It would thus seem to me that the entire concept and practice of “1Malaysia clinics” are illegal, and in violation of more than one law, and therefore in the absence of any repeal or amendment to the violated laws, all Medical Certificates issued by the Medical Assistants manning the clinics are therefore also illegal

Sunday, April 11, 2010

Adakah APCO nak tuduh Israel itu pengganas.?.

Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Pokok
Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya sila Yang Berhormat Pendang.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan
Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Maknanya di sini daripada apa
yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, kita mengambil pengganas untuk
menasihatkan kita supaya mencari siapa pengganas. Kita tahu pengganas ini telah
melabelkan umat Islam Palestin sebagai pengganas. Maknanya kita mengambil
pengganas untuk melabelkan orang Islam sendiri sebagai pengganas. Apakah Yang
Berhormat Pokok Sena bersetuju dengan andaian ini?
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Itu yang saya persoalkan tadi
bahawa bagaimana kita boleh mengambil pengganas untuk memberikan nasihat kepada
kita untuk melabel siapa pengganas. Sedangkan mereka sendiri melabelkan bahawa
Ikhwanul Muslimin adalah pengganas dan menggelar Sayyid Qutb merupakan musuh
dan menyamakan Syed Qutb seorang yang terkenal dengan Kitab Fi Zilalil Quran
sebagai seorang musuh dan disamakannya dengan Hitler. Ini satu perbuatan yang tidak
harus diberikan kemaafan oleh umat Islam.
Sebab itu ingin saya katakan bahawa peruntukan sebanyak RM28 juta ini, saya
dan saya percaya rakan-rakan saya tidak akan halal dunia akhirat untuk diberikan. Dan
kami akan menyatakan bahawa sekali lagi kami akan menolak bajet ini, kami tidak akan
halal dunia akhirat walaupun satu sen untuk diberikan kepada orang yang memerangi
rakyat Palestin ini. [Tepuk] Sekian terima kasih.

Banyak kalinya cabutan nombor ekor ni setahun!! Islam Hadhari tak seteruk ni.

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang
pertamanya berkenaan dengan safety passport tadi. Saya minta Kementerian Sumber
Manusia untuk melihat semula kerana ada aduan daripada pihak pekerja kontraktor ini
bahawa mereka terpaksa mengambil banyak safety passport ini. Tiap-tiap syarikat kena
ambil satu walaupun mungkin benda yang diajar itu sama, benda yang diuji itu sama.
Bolehkah kementerian untuk melihat possibility untuk dicantumkan supaya mereka tidak
perlu mengambil terlalu banyak safety passport ini dan kursus-kursus ini. Ini mungkin
boleh salah satu cara untuk meringankan beban mereka.
Yang keduanya, dalam perbahasan saya. Ucapan yang penting saya ialah
berkenaan dengan keputusan kerajaan untuk menambah special draw. Saya harap
Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan mengelak daripada soalan itu. Harap dijawab.
Terima kasih.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Yang Berhormat, janganlah sebut seperti kita
tidak jawab, Yang Berhormat. Sebenarnya saya tidak sampai giliran itu lagi pun. Saya
baru pertama sahaja... [Dewan riuh] Baru soalan pertama sahaja... [Dewan riuh] Kita
tidak lari. Kita kenalah sabar sedikit.
Mengenai... Sekarang baru ada. Ha, tengok. Yang Berhormat Rasah. Dia
bertanya mengapa kerajaan membenarkan begitu banyak special draw dan bilangan
hari. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2010, kerajaan telah bersetuju
membenarkan enam operator nombor ramalan yang dilesenkan oleh kerajaan iaitu
Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools, Sandakan Turf Club, Diriwan
DR. 7.4.2010
98
Corporation dan Sarawak Turf and Equestrian Club untuk mengadakan cabutan khas
sebanyak 20 hari, 20 hari cabutan khas secara serentak.
Ini merupakan pengurangan hari cabutan khas sebanyak tujuh hari berbanding
dengan 27 hari pada tahun 2009. Oleh yang demikian, kerajaan tidak membenarkan
penambahan bilangan hari cabutan special draw tetapi telah pun mengurangkannya dari
27 hari hingga 20 hari. Hasil yang diterima daripada cabutan khas digunakan untuk
membiayai pelbagai program sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan kesihatan yang
memberi faedah kepada masyarakat dan negara...
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Dan juga... Saya pun tidak habis lagi.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Saya tidak habis lagi.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Cabutan special draw. Sebelum
itu, sports, sports betting.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Juga membiayai yang pentingnya hasil yang
diterima dari cabutan khas juga membiayai dari segi pendidikan, penyelidikan dan juga
aktiviti termasuk juga kepada semua mangsa-mangsa bencana juga kita gunakan hasil
yang diperoleh daripada ini.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Minta
penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: [Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ada...
Dato' Wira Chor Chee Heung: Saya tidak habis lagipun.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Itu yang tidak habis.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Cabutan. Cabutan special draw.
Ini standard answer.
Seorang Ahli: Yes!
Dato' Wira Chor Chee Heung: You mahu dengar? Kalau tidak mahu dengar,
saya tidak payah jawab... [Ketawa] Ha, tengok sudah takut, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Okey.
DR. 7.4.2010
99
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak
apa, Yang Berhormat. Kalau dia kata standard answer, makna dia sudah dengar yang
dulu. Tidak payah jawablah.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Ha, betul juga. Tidak apalah. Kesian Yang
Berhormat. Jumlah hasil yang diperoleh pada tahun lepas dari semua kegiatan, aktiviti,
ramalan enam operator nombor ramalan adalah berjumlah RM1,199,574,000. Ini tidak
termasuk hasil yang dikutip dari Genting. Dalam hasil ini, sebanyak RM72,671,000 telah
pun diambil keluar untuk membiayai semua program-program sukan, kebajikan dan lainlain
lagi. Baiklah Yang Berhormat Rasah, lain saya tidak bagi.
1610
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Timbalan Menteri,
pengundi saya minta saya tanya.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih, terima kasih... [Dewan riuh] Saya
ingat mungkin cara pengiraan matematik dalam Kementerian Kewangan ada sedikit
masalah. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata 27 hari tahun lepas tahun ini 20 hari
makanya kurang. Akan tetapi tahun lepas ia bukan serentak. Dia tubuh tujuh hari ada
kadangkala satu syarikat satu hari. Satu hari dua syarikat. Akan tetapi tahun ini setiap
hari enam syarikat sekali. Maksudnya jumlahnya 120 kali. Tahun lepas 102 kali cabutan
khas. Jadi itu ada pertambahan bukan pengurangan. Itu yang pertama... [Tepuk]
Keduanya, kita minta kerajaan untuk batalkan cabutan khas ini...
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad [Shah Alam]: Ya.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Untuk tahun ini, mengapa susah sangat?...
[Tepuk] Mengapa kerajaan begitu berdegil untuk menambah cabutan khas ini untuk
syarikat-syarikat IFO ini... [Dewan riuh][Tepuk] Ketiga, tadi Yang Berhormat Timbalan
Menteri bertanya – mengatakan bahawa cukai ini untuk pendidikan. Tadi terdahulu Yang
Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa kalau hendak tambah biasiswa
nasional wang datang daripada mana? Kita minta ini perlu ada satu transparency. Ini
kerana special draw ini perlu ada special purpose.
Jangan ini ambil cukai sahaja akan tetapi masuk dalam percukaian kerajaan,
akan tetapi kita tidak tahu mana dia belanjakan? Jadi kita minta boleh tidak yang
pertama batalkan. Kalau tidak boleh batalkan wang itu pergi mana? Kita hendak tahu,
terima kasih... [Tepuk]
Dato' Wira Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang
Berhormat...
DR. 7.4.2010
100
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Laluan Yang Berhormat
Timbalan Menteri...
Dato' Wira Chor Chee Heung: Yang Berhormat berucap, Yang Berhormat
bertanya seolah-olah macam duit ini pergi ke rumah sahaja, sebuah rumah sahaja.
Membiayai pembayaran sesebuah rumah sahaja. Jika itu senang Yang Berhormat...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Laluan, penjelasan!
Dato' Wira Chor Chee Heung: Yang penting sekali ialah saya tidak pernah
pergi beli tikam ekor tahu, so saya tidak tahu berapa inilah. Akan tetapi mengikut...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato' Wira Chor Chee Heung: Kefahaman saya, ini 27 sudah turun kepada 20.
Dan semua jalan secara...
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Peraturan mesyuarat.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Serentak.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Peraturan Mesyuarat 63.
Dato' Wira Chor Chee Heung: So, macam mana pun...
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Peraturan Mesyuarat 36.
Dato' Wira Chor Chee Heung: Apa dia?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Peraturan Mesyuarat 36(12).
Mengelirukan Dewan ini. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kali special draw
yang berbanding – tahun ini berbanding tahun lalu telah berkurang. Akan tetapi tahun
lalu jawapan yang kita terima adalah sejumlahnya special draw sejumlah enam syarikat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Adalah seratus kosong dua kali
(102). Tahun ini oleh kerana 20 kali special draw serentak untuk enam syarikat. Oleh itu,
sejumlahnya adalah 120 kali special draw…

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.