Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, January 5, 2009

Sumbangan buat yang memerlukan.


Buat kali kedua dalam melunasi bantuan kepada mereka yang kurang berada, pada petang semalam ana bersama PA ADUN Tokai dan PA AP Pendang, Saudara Ramlan Hamid dan Abd Rahman Ahmad serta MKK DUN Sungai Tiang telah menyampaikan sumbangan basikal kepada penerima yang dipilih oleh MKK untuk bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk kemudahan anak-anak pergi kesekolah . 60 buah basikal telah diberikan kepada 60 anak-anak sekolah semalam setelah 40 buah telah disampaikan sendiri oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul pada 31 Disember lalu.





Semasa memberi ucapan didalam majlis tersebut, ana memberitahu bahawa pemilihan dibuat berdasarkan kepada ketidakmampuan seseorang dan mereka ini dipilih oleh MKK yang bertugas untuk melancarkan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.
Kepada penerima ana harap dapat gunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya untuk pergi dan balik dari sekolah serta mengikuti kelas pengajian KAFA atau lain lain .



Ini lah sedikit permulaan sumbangan kepada rakyat sebagai yang dijanji didalam PRU 12 iaitu Kedah sejahtera Nikmat untuk semua hasil daripada penjimatan yang dibuat selepas Kedah beralih tangan kepada Pakatan Rakyat walaupun bajet tahun lalu sudahpun habis 60 % dibulan 3 lagi, diketika BN tahu bahawa mereka akan kecundang selepas PRU 12 tersebut, tetapi alhamdulillah berkat sokongan semua, maka setiap sen yang ada dibelanjakan untuk pentadbiran negeri Kedah dan kesejahteraan rakyat, maka rezeki yang lebih ini dapat disumbangkan kepada rakyat pula.

Pemberian kita tidak hanya menunggu tiba musim PRK saperti di KT 036 sekarang ini dimana segala bentuk penyampaian hadiah pelajaran dan pertanian semuanya dilakukan pada masa ini, tetapi selepas PR maka semua akan terabai sehinggalah ada yang mati, barulah diberikan semula atau ada yang buat demo atau tragedi barulah nah diadakan sumbangan dan bantuan. Lihat saja kepada rakyat Palestin, dulu siapa yang bawa masuk pemain kriket Israel main dalam negara, tetapi sekarang mereka inilah yang digemburkan dalam berita berdemo nak tolong pula rakyat Palestin konon, dan mereka inilah yang dulunya menggelarkan Hamas itu sebagai pengganas dan mengutuk segala tindakan dan kemenangan Hamas ketika itu.

Ana berharap supaya semua rakyat berdoa agar dimurahkan rezeki lagi dan akan ada pula susulan untuk sumbangan dimasa dan ketika yang lain dan dalam bentuk yang lain pula.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.