Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, November 20, 2009

Alahai, sedihnya.

Tahun sudah nombor 47, tahun ini turun lagi ketangga 56, kejatuhan 9 anak tangga.
Padahal pada tahun 1995 negara kita berada ditangga 23. Apakah yang berlaku dan kenapa ianya terus berlaku, padahal jiran kita Indonesia sudah naik dari tangga 126 tahun lalu ketangga 111 tahun ini.

Antara Negara sekitar kita yang juga jatuh adalah Thailand, tidak sampai menjunam , tetapi hanya 4 anak tangga berbanding kita Sembilan.
Apakah kesan daripada kejatuhan ini, kejatuhan kemasukan pelabur kerana persepsi rasuah kita masih lagi menghantui pelabur luar, tak hairan kalau yang lari keluar melebihi yang mencurah masuk. Persaingan kita didalam apa juga bidang sudah tentu akan terjejas , contohnya didalam perjanjian pun kita sanggup melanggari saperti royalty minyak di Terengganu dan negeri lain yang menghasilkan minyak, begitu juga didalam bidang pendidikan sudah pasti ia akan menjejaskan suasana persekitaran yang kondusif untuk mencari dan menghasilkan para akedamecian yang berwibawa , bahkan pembangunan social juga akan terbantut bila masalah rasuah masih menjiwai masyarakat kita disana sini.
Masalahnya dimana, kerana political will sudah luntur didalam jiwa para peneraju Negara saperti kes Lingam, PFKZ, dan berbagai lagi, Pendedahan terbaru oleh video PI Bala, sudah pasti mencungkil bala kepada rakyat , kalau ada 2 SD , yang mana satu ori dan yang mana satu pirate, kenapa siasatan tak habis dan berbagai spekulasi muncul dalam suasana kita payah didalam menongkah arus memulihkan ekonomi.
Kalau perkara senegini pun masih tak dapat diselesaikan , maka bagaimana persepsi rasuah kita akan mencapai tahap yang membanggakan?
Lihat senarai dibawah,kita sebaris dengan Namibia dan Samoa.
1 New Zealand, CPI score 9.4
3 Singapore CPI score 9.2
37 Botswana CPI score 5.6
49 Bhutan CPI score 5.0
55 South Africa CPI score 4.7
56 Latvia CPI 4.5
56 MALAYSIA CPI 4.5
56 Namibia CPI 4.5
56 Samoa CPI 4.5
56 Slovakia CPI 4.5
179 Afghanistan CPI 1.3
180 Somalia CPI 1.1

Bayangkan rangkaian yang sama dengan negara kita dalam CPI ini, dan bayangkan juga apakah kesan kepada kemasukan pelabur asing kalau persepsi ini tidak dapat kita pulihkan.
Apakah SPRM yang kami luluskan di Parlimen dalam sidang lalu akan menjadikan CPI kita bertambah baik?
Nampaknya apa yang tersirat dari yang tersurat, jauh api dari semanggang, jauh rel dari keretapi.

Apa lah nak jadi, tak kan nak tunggu keluarkan balak kot!



Dah jadi hutan dah Menteri ooi.
Kesian kat pak Polisi kita, dah lah kerja teruk, kena pulak bertugas didalam bangunan yang sempit dan sesak, dah tu quarters pulak tak ada, kena sewa nun dihujung kampong , tempat jin bertandang.

Tahun lepas Menteri ni mai melawat tapak, dia kata 2009 akan diteruskan, tapi ana lihat sampai la masih jadi hutan.
Nak kasi YAB Ust Azizan keluar tender jual balak kut, kerana sekarang ni masih belum sampai dua pemeluk lagi.

Hai SUBUR yang tak akan subur.



Riuh rendah hari tu pasal subur ( subsidi beras untuk orang miskin) . Apa yang peliknya dalam borang yang di download dari internet Kementerian Pertanian tak ada syarat kena jadi ahli UMNO, tapi bila sampai kepada orang kampong yang miskin dan hendak dapat bantuan, kena pula cop UMNO, inilah yang orang kampong yang meradang ni. Begitu juga ditempat ana, bila orang kampong miskin nak suruh JKKP cop dan sign, dia kata apa kat orang kampong tu, beras SUBUR ni hanya untuk orang UMNO saja, lalu teruslah hamba Allah tu telefon ana kat parlimen dan ana pun hari tu bangun la nak tanya menteri apakah itu benar atau saja jahat JKKP, rupanya menteri kata tak ada pun. Lepas tu YB Bruas pula bawa cerita yang didapati dari surat khabar dan ada gambar yang tunjuk kata kena cop ketua UMNO pulak dah, maka hari tu jadi havoc dalam parlimen sampai speaker tak dapat kawal terus dia kata kita rehat sepuluh minit.
Kita ni rasa sedih dan terkilan kalau ini benar-benar terjadi,kerana kerajaan keluarkan wang RM 720 juta setahun untuk orang miskin daripada wang yang dikutip dari cukai dan hak rakyat, tetiba geng depa saja yang dapat dan nak serah borang pun kena geng depa mjuga yang sign, jadi mana adil kalau macam ni. Kalau wang tu dari duit tabung UMNO ke, tabung BN ke atau dari kocek depa ke, tak kisah kita, ini wang kerajaan Malaysia yang kami sedang bahaskan untuk diluluskan sekarang ini.

Wednesday, November 18, 2009

Nak naik haji pun susah


Barulah kita boleh bertindak kepada mereka kerana ini adalah pemegang amanah yang
tunggal. Saya merujuk kepada perkara dalam agensi Tabung Haji yang mana Yang Berhormat Labuan membangkitkan tentang kuota haji bagi Wilayah Labuan. Dikatakan bahawa penduduk Islam di Labuan ialah 80,000 dan kenapa kuota haji 0.1% daripada keseluruhan orang Islam di Labuan tidak diguna pakai. Yang sepatutnya adalah 80 orang tetapi hanya 23 orang sahaja daripada Wilayah Labuan yang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat, giliran menunaikan fardu haji bukan berdasarkan kepada kuota negeri-negeri. Akan tetapi berdasarkan kepada tarikh dan masa bakal haji itu mendaftar untuk menunaikan haji kerana pihak Tabung Haji hanya menggunakan satu sistem sahaja iaitu sistem queue.

Bermakna first come first serve dengan izin. Siapa yang mendaftar terlebih awal, maka
diberikan keutamaan kepada dia dan bukan mengikut kepada keutamaan jumlah penduduk Islam dalam sesebuah kawasan tersebut. Jadi tidak ada giliran atau kuota khas bagi setiap negeri di Malaysia dan kuota 0.1% itu adalah kuota untuk negara Malaysia sendiri.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Menteri, mencelah sedikit. Terima
kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Berhubung dengan kuota haji ini, Menteri mengatakan tadi ikut queue. Saya rasa ini mungkin dari segi teori ada tetapi dari segi praktikalnya tidak berlaku. Sebab kita lihat kalau sekiranya seseorang itu mendaftar, kata lima tahun atau tujuh tahun.

Akan tetapi mereka-mereka ini kebiasaannya ada yang sudah dua kali, tiga kali, apakah
kerajaan mempunyai ataupun tabung haji mempunyai bentuk peratusan. Misalnya, kalau kali yang kedua itu, berapa peratus di dalam kuota itu mereka berada di dalam senarai queue.

Ataupun orang yang pertama kali itu, berapa peratus yang berada dalam queue tersebut.
Bermakna kalau sekiranya tidak ada peratusan begini, saya rasa memang orang yang sudah tiga kali, empat kali, mungkin setiap tahun kalau dia ada connection dengan mungkin mereka-mereka
DR. 17.11.2009
yang dekat dengan Tabung Haji boleh pergi tiap-tiap tahunlah. Saya harap boleh mendapat jawapan dari Timbalan Menteri.

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini Yang
Berhormat, kita tidak dapat menahan kalau orang itu hendak menunaikan haji untuk kali kedua, ketiga ataupun seterusnya. Ianya berdasarkan kepada kemampuan. Bagaimana pun pihak Tabung Haji memang memberi perhatian. Kalau sekiranya yang hendak pergi haji itu apabila dia hendak mendaftar kita dapat makluman dalam rekod bahawa dia telah pun menunaikan untuk kali yang lebih dari dua tiga kali, kita juga dalam masa yang sama mempertimbangkan sekiranya ada rayuan yang tertentu. Rayuan khusus. Kalau Yang Berhormat ada dari kawasan yang ada masalah tertentu seperti masalah kesihatan, warga emas yang terpaksa didahulukan, memang itu diberi perhatian oleh pihak Tabung Haji. Jadi saya rasa tidak timbul masalah mengapa perlukan peratusan kepada orang-orang yang hendak menunaikan haji sama ada kali yang pertama mahupun kali yang ketiga.

Akan tetapi secara ringkasnya pihak Tabung Haji akan melihat juga bahawa mereka
yang hendak menunaikan haji itu dihadkan sekurang-kurangnya setakat lima kali sahaja, kita akan pastikan bahawa kali yang keenam itu tidak lagi diberi peluang tetapi diberi peluang kepada orang lain yang mendaftar untuk kali pertama. Yang Berhormat Labuan membangkitkan juga isu kampung-kampung di Labuan tidak mempunyai surau yang sempurna dan pihak kerajaan perlu peka kerana 70% penduduk adalah umat Islam. Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan surau adalah didirikan oleh orang persendirian dan pertubuhan.

Aik heran, SPRM buat apa ni !

Indeks Malaysia menjunam

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Menurut Presiden TIM,Paul Low, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah.

Namun, beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.

“Jika anda mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, anda tidak boleh harap golongan muda kita mengikut apa yang baik kerana mereka hanya mengikut apa yang pemimpin buat.

"Di Malaysia, ia bukan isu mempunyai negara yang demokratik atau pilihan raya. Kita ada tetapi dalam masa yang sama kita dengan banyak tentang lompat parti dan isu berkaitan dengannya, ada yang dibayar. Jadi ia bukan soal demokrasi tetapi soal kehendak politik," katanya.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata, manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat.

Walaubagaimanapun, Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu

Tuesday, November 17, 2009

Padan la duit habis , tak tau pi mana

Yang Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu jawapan kepada Yang
Berhormat Rasah dia kata sebegitu. Secara dasarnya peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen diberi pada setiap tahun kepada semua kawasan Parlimen. Walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Parlimen pembangkang.
Jumlah peruntukan bagi setiap tahun adalah berbeza bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan rakyat pada tahun tersebut. Itu adalah satu jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Rasah.

Dalam satu lagi jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kepada saya
mengenai soalan saya adalah begitu. Menyatakan senarai nama badan-badan NGO yang telah terima RM610,000 peruntukan dari peruntukan khas bagi setiap Ahli Parlimen yang
diperuntukkan bagi kawasan Bandar Kuching dalam tahun 2008.
DR. 16.11.2009
29
1140
Saya ada mengemukakan satu soalan begitu. Ini adalah lanjutan daripada soalan yang
lebih awal yang dikemukakan dan saya diberitahu bahawa di dalam tahun 2008, sebanyak
RM1.5 juta peruntukan khas untuk setiap kawasan Parlimen. Di antara peruntukan khas bagi RM1.5 juta tersebut ialah:
(i) RM450,000 adalah untuk surau dan masjid;
(ii) RM50,000 adalah untuk JKKK - projek kecemasan kebakaran;
(iii) RM200,000 adalah untuk sekolah khusus kepada guru-guru dan pelajarpelajar;
(iv) RM100,000 adalah untuk pelajar miskin – bantuan beg sekolah, pakaian
seragam dan lain-lain;
(v) RM90,000 adalah untuk orang miskin; dan
(vi) RM610,000 adalah untuk NGOs.
Ini adalah pengagihan peruntukan khas untuk kawasan Bandar Kuching. Lanjutan
daripada jawapan yang saya terima, saya mengemukakan lagi satu soalan untuk mendapatkan senarai nama bandar-bandar NGO yang telah menerima peruntukan khas sebanyak RM610,000 dan saya diberi satu senarai dan saya ingin mengemukakan dalam Dewan yang mulia ini nama badan-badan NGO yang menerima peruntukan, di antaranya adalah satu Jawatankuasa Masjid dan Surau kawasan N6 Tupong.

Tuan Pengerusi, N6 Tupong bukan terletak di dalam kawasan Bandar Kuching, ia
terletak di dalam kawasan Petra Jaya (P194). RM30,000 telah diperuntukkan kepada
Jawatankuasa Masjid dan Surau kawasan N6 Tupong. RM10,000 telah diperuntukkan kepada
Jawatankuasa Masjid dan Surau kawasan N8 Satok. Ini juga terletak di dalam kawasan Parlimen Petra Jaya. RM15,000 diperuntukkan kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau kawasan daerah Lawas. Lawas ini di hujung timur negeri Sarawak manakala Bandar Kuching di bahagian barat
negeri Sarawak. Ini bukan kawasannya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, apa yang beliau
merayau ini?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak. Beliau sedang baca usul Yang
Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Usul beliau merayau.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak. Teruskan Yang Berhormat Bandar
Kuching.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: RM20,000 diperuntukkan kepada
Jawatankuasa Masjid Surau kawasan N15 Muara Tuang di bawah kawasan Parlimen Kota
Samarahan. RM20,000 lagi diberi kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Buntar yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubong, RM30,000 diperuntukkan ke Jawatankuasa Masjid Surau
DR. 16.11.2009
30
kawasan N36 Semop yang terletak di bawah kawasan Parlimen Tanjong Manis (P206),
RM15,000 diperuntukkan kepada Jawatankuasa Masjid Surau daerah Limbang (P221) dan ada
lagi 24 JKKK surau yang terletak bukan di dalam kawasan Parlimen Bandar Kuching juga
menerima masing-masing RM600 untuk setiap JKKK.
Tuan Pengerusi...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tiada laluan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tidak boleh laluan?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sedang baca usul ini ya.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Pengerusi, ini adalah jawapan yang
diberi kepada saya oleh Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri yang terus terang melanggar apa-apa yang dikatakan oleh Kerajaan Barisan Nasional bahawa peruntukan khas bagi setiap kawasan parlimen.

Kedah Negeriku. Sejahtera harapanku.

Kedah negeri kelima catat pelaburan tertinggi
ALOR SETAR 17 Nov. - Kelembapan ekonomi dunia tidak menghalang Kedah menarik banyak pelaburan sehingga menjadi negeri kelima mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga Ogos lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu, ia melibatkan pelaburan berjumlah RM837,345,329 selepas keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang mengurangkan kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan.

"Dalam pelancongan, Kedah mencatat kemasukan 3.8 juta orang pada 2008 berbanding 3 juta pada 2006 dan kerajaan negeri berazam meningkatkan lagi jumlah itu kepada 4 juta orang pada 2010," kata beliau ketika menyampaikan ucapan Bajet 2010 di DUN Kedah di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, sehingga Oktober 2009, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil RM211.6 juta daripada anggaran hasil RM480 juta dan menyedari pengurangan kutipan hasil disebabkan pemberian rebat 50 peratus yang berkuat kuasa tahun ini.

"Pengurangan hasil tanah juga berjaya ditampung melalui peningkatan hasil melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta tahun ini kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan rapi pejabat-pejabat tanah.

"Kenaikan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta pada 2009 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan kerajaan negeri," jelasnya.

Selain itu, kata Azizan, ia melibatkan dividen atas sumbangan daripada 11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.

"Ia merupakan pembayaran pertama kali diterima selepas penyusunan semula GLC yang berjaya meningkatkan aktiviti dan keuntungan," kata beliau.

Azizan menjelaskan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan bahawa dari 2004 sehingga 2009, kadar kemiskinan di Kedah berkurangan daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.

"Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus," katanya

belanja macam duit mak bapak dia aje!!

Apa yang kita marah sangat dengan bayaran wang ehsan ini adalah kerana apa yang telah dan jelas berlaku kepada ehsan minyak kepada negeri Terengganu selama ini setelah PAS perintah pada tahun 1999 setelah diubah daripada royalti kepada ehsan.

Hasil daripada ucapan YB Kuala Terengganu.

Depa buat macam duit mak bapa mereka saja , tabur sana dan tabur sini.
Apa yang kita kesal adalah yang ditabur tu adalah duit rakyat , tapi yang dapat tu adalah ketua-ketua parti yang menjadi tonggak pemerintahan disesuatu negeri tu.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan perkara ini kerana mantan Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi, saya ingat tarikhnya iaitu pada 14 Jun 2008 buat kenyataan berjanji
untuk bayar balik, serah balik, kembalikan royalti petroleum ke negeri Terengganu. Menjelang
pilihan raya kecil Kuala Terengganu, waktu saya mula bertanding untuk Parlimen Kuala
Terengganu hampir setahun yang lalu. Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang sekarang
menjadi Perdana Menteri datang berkempen dan menyerahkan replika cek RM408 juta kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dan dilaporkan dalam Berita Harian, dalam
beberapa akhbar perdana, Berita Harian melaporkan di mana Perdana Menteri berkata “Kerajaan
Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada
kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta”, sebut royalti tak timbul soal Wang Ehsan.
Katanya lagi saya ikut apa yang disebut dalam Berita Harian, “kabinet juga memutuskan
pemberian Wang Ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang
termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung dengan pembayaran royalti’, tapi ini semua
fakta yang tak betul Tuan Yang di-Pertua. Ini fakta pembohongan kerana apabila saya semak
laporan Ketua Audit Negara untuk kerajaan negeri Terengganu, dinyatakan bahawa pembayaran
sebanyak RM408.6 juta ialah baki peruntukan dana khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang
berjumlah RM408.6 juta itu yang sepatutnya telah diterima dibayar pada Disember 2008.
Itu hakikatnya, jadi Tuan Yang di-Pertua “ikan siakap senohong ikan duri, mula-mula
cakap bohong lama-lama mencuri”, lepas itu merompak. Tanda-tanda orang munafik Tuan Yang
di-Pertua...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Lepas itu jadi Perdana Menteri.
DR. 4.11.2009
96
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: ...apabila dia berjanji dia
mungkir, apabila diberi amanah dia khianat. Tuan Yang di-Pertua, isu royalti Terengganu ada
dua komponen, pertama ialah bayaran 5% kepada kerajaan negeri oleh Petronas seperti mana
dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975
dan pembayaran ini dibuat dua kali setahun pada bulan Mac dan pada bulan September setiap
tahun. Oleh sebab dah berjanji nak bagi waktu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tapi
dah hampir setahun tak bagi lagi tapi hari ini timbul balik duit Wang Ehsan.
Sepatutnya dia bayar, ini tidak timbul masalah. Komponen kedua ialah, bayaran balik
jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu
yang digunakan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaankerajaan
negeri dan juga Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berjumlah RM8.31
bilion. Kementerian, agensi, jabatan-jabatan kerajaan menggunakan duit negeri Terengganu
untuk digunakan bagi perbelanjaan kementerian masing-masing termasuk Syarikat Perumahan
Negara. Ini tidak termasuk lagi RM1.3 bilion yang masih dipegang Kementerian Kewangan yang
belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri mengemukakan bajet. Temanya seperti mana
yang tercatat, “1Malaysia, Kemakmuran Bersama”. Canangkan pengagihan kekayaan negara
yang adil dan saksama. Bercakap soal pembangunan yang seimbang antara wilayah dan antara
negeri, slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya nak tanya kerajaan, mana
ada negeri-negeri lain di Malaysia ini selain daripada Terengganu yang mana peruntukan
pembangunan dan pembiayaan projek-projek oleh kementerian dan jabatan kerajaan pusat
dibiayai oleh daripada duit dana khas hasil royalti negeri Terengganu.
Jumlahnya cukup besar, RM7.7 bilion digunakan. Banyak projek yang dirancang dan
dilaksanakan di negeri Terengganu oleh kementerian menggunakan duit negeri, tidak diambil kira
keperluan dan keutamaan sebenar rakyat negeri ini dan jelas membazir dan ini diakui sendiri
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu sendiri, wujud salah guna dan
penyelewengan dana khas persekutuan yang disalurkan kepada kementerian. Ini disahkan oleh
laporan audit. Kalau ada masa saya nak sebut satu apa yang disebut oleh audit, tetapi sebagai
contoh Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran perbelanjaan kesemua peruntukan oleh
kementerian daripada tahun 2001 hingga 2005, sebanyak RM443.25 juta untuk bina sekolah
baru, membina blok-blok baru tambahan untuk bilik darjah di seluruh negeri Terengganu, ia
belanja RM443.25 juta, guna duit dana khas buat sekolah di Terengganu.
Ini tidak ada perancangan sampai terdapat 42 buah sekolah yang muridnya tidak sampai
152 orang. Negeri-negeri lain juga dapat duit royalti Terengganu, negeri Kedah dapat, Kelantan
dapat, Perlis dapat, Pahang dapat, Negeri Sembilan pun dapat dana khas ini. Diagih macam duit
ayah dia sahaja, duit bapak dia sahaja. Ini yang berlaku dan dilaporkan oleh audit. Apa yang
buat saya terasanya Tuan Yang di-Pertua, dia beri kepada Kelantan, bukan beri kepada Kerajaan
DR. 4.11.2009
97
Negeri Kelantan, dia beri kepada Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, digunakan untuk projek
politik. Saya ambil contoh...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kuala Terengganu. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa keputusan Kabinet bahawa
kerajaan akan membayar kembali royalti kepada negeri Terengganu kemudian Yang Berhormat
ada menyebut bahawa perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu
dan Kerajaan Negeri Kelantan yang meletakkan syarat tiga batu nautika. Ini bermakna adakah
Yang Berhormat bersetuju bahawa penjelasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri pada pagi tadi yang mengatakan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak berhak
mendapat royalti adalah merupakan satu pembohongan yang besar yang dilakukan oleh Perdana
Menteri di dalam Dewan yang mulia ini. [Tepuk].
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Saya bersetuju dengan
Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau itu alasan diberi, Sabah dan Sarawak juga tidak ada hak
untuk mendapat royalti. Ini realiti, itu sebabnya bila royalti Terengganu diagih kepada negerinegeri
lain, sebagai contoh negeri Kelantan, ia dapat dari tahun 2001 hingga 2005, RM53 juta
walaupun tak banyak. Ini sampai 2005 sampai sekarang saya tak tahu. Negeri Kedah dapat
RM40 juta yang sedapnya Tuan Yang di-Pertua, antara yang di sebut oleh audit ialah
pembayaran antara duit yang digunakan ialah pembayaran sumbangan bagi program pusat
tuisyen anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani.
Negeri Perlis, Perlis kecil pun dapat juga RM35 juta duit dana khas ini daripada tahun
2003 hingga 2005, negeri Pahang dapat RM34 juta dan antara yang digunakan ialah RM6 juta
dikeluarkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Pahang pada bulan Disember 2002 dan
disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya daerah Pekan untuk menampung pembinaan Kompleks
Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Resam Melayu Negeri Pahang. Negeri Sembilan lagi syok,
dapat duit sebanyak RM41.4 juta dan sebahagian daripada duit itu iaitu RM4.5 juta digunakan
bagi projek ubahsuai rumah tetamu Kerajaan Negeri Sembilan untuk kediaman rasmi Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini antara yang dilaporkan Tuan Yang di-Pertua.
Antara senarai projek kementerian dan jabatan kerajaan di Terengganu, tadi saya sebut
di negeri lain, di Terengganu, yang menggunakan duit dana khas dibelanjakan oleh kementerian
untuk buat projek di Terengganu termasuk projek jalan raya seluruh negeri, RM800 juta tapi
pengakuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, tidak tahu bahagian jalan yang
dibuat, dalam hutan? Tahu-tahu bila nak minta balik tanah daripada kerajaan negeri. Tidak ada
perancangan. Lebuh raya Pantai Timur (LPT2) jumlah kos projek ialah RM3.7 bilion dan dia
menggunakan 50% duit negeri sebanyak RM1.8 bilion.
1650
Naik taraf terminal dan juga naik taraf landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Naik taraf terminal RM130 juta, naik taraf landasan RM530 juta. RM660 juta semuanya
DR. 4.11.2009
98
digunakan dana khas duit negeri Terengganu. Mana ada dalam negara ini lapangan terbang
dibina oleh Kementerian Pengangkutan menggunakan duit negeri. Monsoon Cup pun begitu,
RM360 juta. Monsoon Cup ini perbelanjaan tidak dihantar kepada audit untuk diauditkan kos dan
juga perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan. Begitu juga tidak diberikan laporan untuk
diauditkan. Ini Monsoon Cup di negeri Terengganu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, soal airport sebagai contoh lapangan terbang. Kalau kita
hendak ambil mudah Tuan Yang di-Pertua, kita ada tanah. Kita cari duit, kita buat rumah. Bila
siap rumah yang kita bina kita beri sewa tapi hasil sewa orang lain yang kebas. Buat airport guna
duit negeri tapi airport tax orang lain yang ambil. Negeri Terengganu tidak dapat manfaat.
Serupa juga macam lebuh raya yang saya sebutkan tadi.
Jadi itulah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, belanja duit dengan cara yang tidak berkat ini,
menggunakan duit dengan tidak ikut prosedur, menggunakan duit orang bagi membina beberapa
perkara yang saya sebutkan tadi, akhirnya tuhan hendak tunjuk, banyak perkara yang telah
berlaku. Projek dan pembangunan yang dibuat banyak yang runtuh, banyak yang mendap, yang
bocor. Ini senarai yang sempat saya catatkan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan diakui
sendiri dalam persidangan Dewan. Sebagai contoh, Dewan Sekolah Menengah Bukit Besi
bumbungnya runtuh. Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai runtuh, Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin juga bumbungnya runtuh. Pusat Akuatik Batu Burok bocor dan tidak boleh guna,
Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak juga mendap, lapangan terbang harga begitu mahal
tapi silingnya runtuh dan bocor. Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal bocor dan yang terakhir
Masjid Batu Putih Kemasik bumbungnya runtuh. Itu belum termasuk lagi satu menara
telekomunikasi yang jatuh, runtuh di atas bangunan pusat khidmat salah seorang ADUN UMNO
di Hulu Besut, Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, yang kita harap dari segi apa yang saya sebutkan tadi bila berlaku
keruntuhan, berlaku kebocoran, mendap dan macam-macam perkara yang berlaku, Menteri
turun, Menteri Besar pun turun. Tubuh jawatankuasa penyiasat tapi sampai sekarang tidak ada
disebutkan secara jelas apa punca berlaku keruntuhan-keruntuhan tersebut. Yang kita hendak
persoalkan, di mana agensi-agensi kerajaan. Jabatan Kerja Raya, PBT, SPRM yang sepatutnya
mengawal. Kalau satu, dua bangunan itu mungkin barangkali atas kesilapan-kesilapan kecil tapi
satu demi satu runtuh dalam waktu dan masa yang cukup pendek, ini satu benda yang tidak kena
yang berlaku dan perlu diberi perhatian yang serius. Yang lebih mengecewakan Tuan Yang di-
Pertua, apabila saya dapati Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri tidak mengadakan mesyuarat.
Kalau PAC di peringkat Parlimen dia mesyuarat tentang apa juga penyelewengan yang berlaku,
dia sudah hantar juga laporan kepada Parlimen macam hari ini kita dapat laporan berhubung
dengan projek pembangunan zon bebas pelabuhan Klang - PKFZ sebagai contoh.
Tuan Yang di-Pertua: Seminit lagi Yang Berhormat.
DR. 4.11.2009
99
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Tapi Terengganu tidak
mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Seminit lagi.
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Jadi Tuan Yang di-Pertua,
saya harap sungguh-sungguh supaya pengalaman dan apa yang berlaku di Terengganu.
Sudahlah hak rakyat dan negeri dinafikan, perbelanjaan pula digunakan untuk membuat projek
dan juga pembangunan yang tidak ikut kehendak, priority dan keutamaan rakyat dan tidak
mengambil kira pandangan rakyat. Ini sepatutnya dihentikan dan kita harap dalam
membincangkan bajet yang dikemukakan, dalam kita mengemukakan pandangan supaya kita
lebih bertegas, supaya jangan berulang laporan demi laporan Ketua Audit Negara saban tahun.
Tiap-tiap tahun mengulangi perkara yang sama daripada atas sampai ke bawah termasuklah di
negeri-negeri lain dan tidak terkecuali Terengganu yang cukup banyak yang saya sebutkan tadi
supaya tidak akan berlaku lepas pada ini.

Monday, November 16, 2009

Punya la haru biru, belum sampai setahun dah lupa, alahai DS Najib.

14 Disember 2008.
Govt agrees to body to handle oil royalty

KUALA TERENGGANU: The Government has agreed to the setting up the Terengganu Investment Authority, a sovereign wealth fund which will manage oil royalty payments to the state.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Cabinet had on Wednesday given the nod to the setting up of the authority with a starting fund of RM10bil.
“The Cabinet will continue to discuss the technical aspects of the setting up the fund at the next meeting,” he said after handing a cheque for RM408.6mil as part of the oil royalty to Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said here yesterday.
In good hands: Najib handing over the cheque for part of the oil royalty to Ahmad Said in Kuala Terengganu Saturday. — Bernama
The amount is the remainder that the state was supposed to get for the 2007-2008 period. The TIA was proposed by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin as a way to channel part of the oil royalty into a sovereign wealth fund which would be operated by a team of professionals and supervised by foreign bankers and investors
Dalam Utusan Malaysia January 2009.
KUALA TERENGGANU 13 Jan. - Kerajaan Persekutuan menjangkakan Terengganu akan memperoleh lebih RM3 bilion hasil daripada wang royalti minyak tahun depan jika harga bahan api itu naik di pasaran sepanjang tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu lebih tinggi daripada hasil royalti yang diperoleh sekarang iaitu antara RM1.6 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun.
Katanya, untuk itu, beliau mahu kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menggunakan wang royalti sebaik mungkin untuk membangunkan negeri ini berkonsepkan mesra rakyat.
''Tahun depan tengok rezeki, jika harga minyak naik royalti juga akan bertambah. Bayangkan rezeki yang tuhan bagi ini.
''Negeri lain tidak ada rezeki sebanyak ini. Saya sudah beritahu Menteri Besar supaya gunakan wang ini untuk kesejahteraan rakyat. Buatlah apa saja dan kita tidak akan persoalkan asalkan ia untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat daripada rezeki tambahan ini," ujarnya.

Dalam parlimen
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tidak. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir begini. Kita akur ruling yang Tuan Yang di-Pertua buat bahawa Ahli-ahli Dewan tatkala Yang Berhormat Menteri menggulung, sebaiknya kita tak bangkitkan perkara baru supaya berlaku adil kepada Yang Berhormat Menteri. Itu kita terima. Pada masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri juga harus menghormati floor memberi jawapan untuk tidak memberi satu syarahan ekonomi yang tak ada kena mengena dengan perkara dibangkitkan masa perbahasan. Jadi masa diambil terlalu panjang untuk perkara yang tak ada kaitan, sedangkan perkara yang kita timbulkan ialah perkara khusus. Pendirian kerajaan yang diberi oleh Perdana Menteri kita akur tapi di sana ada banyak perkara yang berbangkit tentang isu ini, tentang perjanjian 74, tentang Petroleum Development Act, tentang Join Development Authority, tentang Malaysian-Thai Join Authority, tentang continental shelf yang kesemuanya itu tidak langsung disinggung dalam jawapan Perdana Menteri. Untuk itu, kita mengharap platform beginilah supaya perbahasan itu dapat kitalaksanakan dengan tertib dan sopan. Itu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya fikir itu harus diberikan sedikit pertimbangan.
Dalam dewan rakyat 4 Nov 2009. Tak kan dah lupa baru saja beri royalty kepada Terengganu dalam PRK Kuala Terengganu. Tetiba jadi ehsan pula pasal PAS perintah pada tahun 2000, tetapi bila Sabah dan Sarawak yang ada telaga minyak nun jauh dalam laut melebihi 3 batu nautika, boleh jadi royalty pula.
Pasal tu lah agaknya ramai pelabur luar tak berapa nak percaya dengan perjanjian yang dimeterai di Malaysia kerana boleh berubah-ubah macam biskut chip more pulak.

1. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah
tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas.

Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak]: Tuan Yang di-
Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab
soalan Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian pada hari ini bersama dengan soalan-soalan
berkaitan isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dibangkitkan
oleh Ahli Yang Berhormat Tumpat pada 12 November, Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang
pada 25 November dan Ahli Yang Berhormat Kuala Krai pada 26 November 2009, secara sekali
gus memandangkan bahawa ia berkisar mengenai perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah
meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Kelantan dengan mendalam dan terperinci
dari pelbagai sudut termasuk sudut perundangan berkaitan kuasa-kuasa kerajaan serta
pengurusan hasil petroleum negara. Dari segi perundangan negeri seperti Kelantan dan
Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum
yang dihasilkan dari perairan negeri tersebut.

Dalam hal ini, perairan negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang
terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur daripada tikas air surut (low water mark)
dengan izin, atau pesisir pantai negeri tersebut. Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum
dalam kawasan perairan negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu dari segi perundangan,
Kerajaan Negeri Kelantan tiada ada hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum seperti
juga negeri Terengganu.
Meskipun peruntukan perundangan ini adalah jelas Kerajaan Persekutuan sebelum ini
telah memperuntukkan wang ihsan untuk negeri Terengganu dengan mengambil kira
pengeluaran petroleum yang terletak di luar perairan negeri tersebut. Peruntukan wang ihsan
juga telah dipertimbangkan berasaskan keperluan pembangunan negeri Terengganu serta tahap
pendapatan rakyatnya. Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan pertimbangan
yang adil dan saksama diberikan kepada semua negeri agar tiada lapisan rakyat yang terpinggir
dalam menikmati manfaat pembangunan negara. Oleh itu negeri Kelantan juga wajar diberi
pertimbangan yang sama oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya terdapat aktiviti pengeluaran
petroleum di luar perairan negeri tersebut sungguhpun dari segi perundangan negeri Kelantan
tidak berhak untuk menerima apa-apa bayaran.

Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah
mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama
seperti negeri Terengganu. [Tepuk] Keputusan ini juga mengambil kira keperluan untuk terus
membangunkan negeri Kelantan dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyatnya selaras
dengan arus pembangunan perdana negara. Petronas telah memaklumkan kerajaan bahawa
pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil atau producing
field dengan izin, dan ia terletak di luar perairan negeri Kelantan. Medan tersebut adalah Medan
Bumi Selatan yang terletak dalam blok PM 301.

Pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan
penjualan petroleum daripada Medan Bumi Selatan. Penyaluran wang ihsan tersebut akan
dibuat setelah maklumat terperinci mengenai jumlah pengeluaran gas serta tatacara berkaitan
dimuktamadkan. Peruntukan pertama wang ihsan bagi negeri Kelantan dijangkakan pada tahun
2010, tahun hadapan.

Bagi memastikan pengagihan wang ihsan ini dibuat dan dapat dinikmati manfaatnya
secara langsung oleh rakyat negeri Kelantan, peruntukan wang tersebut akan disalurkan dalam
bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan dalam negeri Kelantan yang
dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan setelah berunding dengan Kerajaan Negeri
Kelantan. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan Pusat Persekutuan pada hari ini mencerminkan
komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati
manfaat daripada pembangunan negara selaras dengan pendekatan inclusive dan semangat
1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menjawab soalan saya. Soalan
tambahan saya cukup jelas bahawa adakah selama ini di bawah Akta 144 yang jelas Petronas
telah membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas nama royalti bukannya ihsan.
Jadi wang ihsan ini timbul setelah Kerajaan PAS yang memerintah, dirampas haknya pada waktu
itu tahun 2000.
_1010
Jadi, saya mempertikaikan jawapan Yang Amat Berhormat. Kami rakyat Kelantan
memperjuangkan hak kami. Tidak ada bumi Malaysia tanpa negeri Kelantan dan pantai negeri
DR. 4.11.2009
3
Kelantan. Sebagaimana Akta 144, Petronas memberikan wang royalti kepada rakyat negeri
Terengganu. Tidak timbul masalah wang ihsan. Rakyat Kelantan minta maaf, bukan peminta
sedekah. Rakyat Kelantan mahukan hak mereka. [Dewan riuh][Tepuk] Hak sebagai the rights
under the Constitution. Jadi saya mempertikaikan, adakah selama ini di bawah Akta 144,
bagaimana di atas semangat federalism, memang Petronas membayar wang royalti kepada
Terengganu atas nama royalti bukan wang ihsan. Minta penjelasan. [Tepuk]

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang
Berhormat yang berkenaan hendak mempolitikkan isu ini. [Ketawa] Tidak habis-habis dengan
politik dia.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: 1Malaysia Perdana Menteri, 1Malaysia.
Buktikan 1Malaysia.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Saya tak tahu Tuan Yang di-Pertua,
apa yang penting? Apa yang pentingnya ialah kita sediakan dana ini untuk manfaat rakyat
Kelantan. [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Apa yang penting adalah hak, hak
yang mesti diiktiraf.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam tidak
elok begitu.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tidak ada, tidak ada. Apa yang
penting untuk rakyat Kelantan dan saya beri jaminan bahawa rakyat Kelantan akan mendapat
manfaat sama prinsipnya seperti rakyat negeri Terengganu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, tambah.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Ketawa] Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih memberi saya peluang untuk soalan tambahan. Inilah jenis manusia Tuan Yang di-Pertua,
sudah diberi pun tidak berterima kasih. [Dewan riuh] Dari jawapan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri...
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, tak betul ini! Kita
manusia...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Duduklah dahulu. Duduk, duduk,
duduk. You punya soalan jelas menunjukkan bahawa tidak ada berterima kasih. Jelas seperti
yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ini bukan masalah manusia bukan manusia...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini bukan soal pemberian. Ini
sebenarnya soal hak. Bagi ikut saluranlah. Ini rompak rakyat...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Sri Gading, tarik balik.
DR. 4.11.2009
4
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tarik balik perkataan, tarik balik. [Dewan
riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: .... wang ini akan disampaikan
kepada rakyat, golongan sasaran.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading duduk
dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Perdana Menteri tidak ada dan menteri-menteri lain tidak
ada, Ahli-ahli Yang Berhormat mahu menteri datang untuk menjawab. Apabila Perdana Menteri
ada dan menteri-menteri lain datang untuk menjawab, Ahli-ahli Yang Berhormat syok sendiri,
bercerita sendiri, bertengkar sendiri. [Dewan riuh] Apa ini? Yang Berhormat Sri Gading, tolong
tanya pertanyaan. Jangan ada campur aduk politik. [Dewan riuh] Sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tak payah nak bodek bos!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya nampak apa yang dipersoalkan
setelah jelas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jawapan yang jelas bahawa
wang ini dikhususkan kepada kepentingan kebajikan pembangunan rakyat negeri Kelantan. Apa
masalahnya? Apa masalahnya?
Tuan Yang di-Pertua: Soalan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Soalannya ialah saya berharap wang
ini benar-benar sampai mengikut saluran yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan yang
mempunyai hak kepada wang ini. Jadi misalan, kepada jabatan pembangunan negeri...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Orang Kelantan menolak BN lah!
Hormat sikit!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini, ini, soalnya Jabatan
Pembangunan Persekutuan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, sediakan wang ihsan
kepada Sabah dan Sarawak. Wang ihsan kepada Sabah dan Sarawak juga, Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat! Ahli-ahli
Yang Berhormat... Soalan Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Wang ihsan, wang ringgit mahu! Lain
apa-apa semua dia lawan Kerajaan Persekutuan. Ini jenis apa Tuan Yang di-Pertua? Inilah
sebab kita tidak percaya. [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Orang Kelantan dah menolak BN lah,
faham lah.
DR. 4.11.2009
5
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, kita sokong seratus peratus, tolonglah! Tolonglah salurkan pada tahun
hadapan kepada rakyat melalui saluran yang ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan kerana ini
hak Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sila Perdana Menteri, sila.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Ia lebih berbentuk ulasan daripada
soalan. [Ketawa][Dewan riuh] Akan tetapi, saya hendak tekankan Tuan Yang di-Pertua, bahawa
yang pentingnya ialah semangatnya, prinsipnya. Semangatnya kita hendak tolong rakyat
Kelantan. Itu satu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Prinsipnya adalah keadilan!
Keadilan! Hak mesti diiktiraf!

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Duduk, duduk, duduk. Duduk
dahulu. Yang Berhormat duduk! Tak reti bahasa Yang Berhormat ini! [Ketawa] Saya hendak
beritahu bahawa bila kita hendak tentukan apa bentuk projek untuk kesejahteraan rakyat, kita
akan rundingkan dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Disampuk] Bukan hak Kerajaan
Pusat untuk berbincang. Ia merupakan hak rakyat Kelantan, hak rakyat negeri Kelantan!
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Saya sudah beri jaminan dan kita
akan melaksanakan secara telus. Saya belum habis lagi. Duduk. Tuan Yang di-Pertua. [Dewan
riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang
Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ada lagi Ahliahli
Yang Berhormat yang berdiri, saya akan arah Ahli Yang Berhormat yang berdiri selepas ini
untuk keluar sejam, dua untuk rehat di luar. [Ketawa] Sila Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
merakamkan bahawa saya tidak puas hati.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Nanti, nanti, saya tidak habis lagi.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Jawapan dia tidak memuaskan hati.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang
Kerian, Yang Berhormat Kubang Kerian,
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Saya tidak puas hati.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kubang Kerian, duduk Yang Berhormat Kubang
Kerian. Duduk Yang Berhormat Kubang Kerian. Duduklah Yang Berhormat Kubang Kerian!
Soalan ini telah diletakkan pada soalan pertama. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri datang menjawab. Jadi, jawapan itu kalaupun umpamanya tidak baik di dengar telinga,
dengarlah kerana itu kan Parlimen! Sila Yang Amat Berhormat...
DR. 4.11.2009
6
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, yang penting
sekali ialah kita hendak tolong rakyat Kelantan. Selepas itu, kita ada semangat hendak runding
dengan kerajaan negeri. Apa yang hendak dipertikaikan lagi? [Dewan riuh] Apa yang penting
sekali, rakyat Kelantan akan mendapat manfaat daripada pemberian wang ihsan ini. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak puas hati dengan jawapan itu.
Ini merupakan satu persoalan yang cukup penting.
Tuan Yang di-Pertua: Saya beri Yang Berhormat Rantau Panjang.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua...[Ketawa]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Rantau Panjang dari Kelantan. Yang Berhormat Rantau Panjang
juga ada soalan yang dijawab pada hari ini. Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Okey, terima kasih
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat kerana memberi laluan kepada saya.
Saya ingin penjelasan. Kenapakah sebelum ini kerajaan tidak pernah mempertimbangkan hak
rakyat Kelantan untuk diberi wang ihsan? Setelah kami menuntut berhempas pulas, baru
sekarang ini hendak dipertimbangkan. Apa jaminan kerajaan supaya wang ini disalurkan kepada
kerajaan dan bukan kepada JPP Kerajaan Persekutuan? [Tepuk]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, selama ini
Kerajaan Kelantan tidak ada hak hendak terima [Dewan riuh] sebab ini melibatkan kawasan
pertindihan. Sekarang ini kita dapat sahkan bahawa...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Kerajaan Kelantan...
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: ...ada blok yang boleh
dipertimbangkan. Oleh Sebab itu kita akan pertimbangkan dan kita akan pastikan rakyat
Kelantan akan mendapat manfaat.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Jawapan tidak
memuaskan hati.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Yang
Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Soalan tambahan, Tuan Yang di-
Pertua. Ini merupakan persoalan yang penting Tuan Yang di-Pertua. Jawapan ini tidak betul
Tuan Yang di-Pertua. Ia menanya...
Tuan Yang di-Pertua: Sudah tiga soalan tambahan saya beri laluan. Ahli-ahli Yang
Berhormat... [Dewan riuh] Kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat berdegil...[Dewan riuh]
DR. 4.11.2009
7
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Hello, hello.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: BN kena tahu beza ihsan dengan royalti.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Perdana Menteri, kami ingin tanya apa
maksud 1Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya
nombor dua. Mohon dijawab. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
Petikan daripada Akta 144. Akta kemajuan petroleum 1974.
Long Title & Preamble
An Act to provide for exploration and exploitation of petroleum whether onshore or offshore by a Corporation in which will be vested the entire ownership in and the exclusive rights, powers, liberties and privileges in respect of the said petroleum, and to control the carrying on of downstream activities and development relating to petroleum and its products; to provide for the establishment of a Corporation under the Companies Act 1965 or under the law relating to the incorporation of companies and for the powers of that Corporation; and to provide for matters connected therewith or incidental thereto.
BE IT ENACTED by the Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong with the advice and consent of the Dewan Negara and Dewan Rakyat in the Parliament assembled, and by the authority of the same, as follows:
Section 1. Short title and commencement.
This Act may be cited as the Petroleum Development Act 1974, and shall come into force on such date as the Prime Minister may notify in the Gazette.
Section 2. Ownership.
(1) The entire ownership in, and the exclusive rights, powers, liberties and privileges of exploring, exploiting, winning and obtaining petroleum whether onshore or offshore of Malaysia shall be vested in a Corporation to be incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125] or under the law relating to incorporation of companies.
(2) The vesting of the ownership, rights, powers, liberties and privileges referred to in subsection (1) shall take effect on the execution of an instrument in the form contained in the Schedule to this Act.
(3) The ownership and the exclusive rights, powers, liberties and privileges so vested shall be irrevocable and shall ensure for the benefit of the Corporation and its successor.
Section 3. The Corporation.
(1) Notwithstanding the provisions of section 22 of the Companies Act 1965 [Act 125], relating to the names of companies, the Corporation shall be styled as the Petroleum Nasional Berhad or in short form PETRONAS.
(2) The Corporation shall be subject to the control and direction of the Prime Minister who may from time to time issue such direction as he may deem fit.
(3) Notwithstanding the provisions of the Companies Act 1965, or any other written law to the contrary, the direction so issued shall be binding on the Corporation.
Section 3A. Powers of the Corporation.
(1) In addition to all the powers of the Corporation as prescribed in its Memorandum and Articles of
Association, the Corporation shall have the power to take over or acquire by agreement, assignment, purchase or by any other means the whole or any part of any commercial undertaking, business or enterprise of whatever form of any person or body of persons (corporate or unincorporate) and carry out or enter into any activity, whether mentioned in this Act or not, which prior to such taking over or acquisition was carried out by, and for the purpose of, that undertaking, business or enterprise.
(2) The powers conferred on the Corporation under subsection (1) shall be in addition to and not in derogation of any of the rights, powers, liberties, privileges and benefits conferred on the Corporation by this Act or any other written law.Section 4. Cash payment by the Corporation.
In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.

Tak tahu pula ana dimana PM kita ni ambil 3 batu nautika yang dikatakan jadi hak kerajaan negeri untuk boleh dibayar royalty, tapi kalau lebih kedalam laut tak layak dibayar royalty. Ajaib juga bila masa Sabah dan Sarawak ada keluar minyak dari tengah laut mereka, dapat pula royalty, begitu juga bila Terengganu di perintah oleh Bn dinamakan royalty, tapi bila 1999 PAS mabil alih Terengganu dinamakan pula ehsan.
Apa punya haru biru pemerintah Malaysia rakyat didahulukan punya hal ni.

Sunday, November 15, 2009

Bertekak pasal beras SUBUR dalam parlimen.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Pendang dulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi
Pendang dulu.
1530
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan terima kasih Menteri. Saya ada lihat temu ramah Menteri di Malaysia Hari
Ini di TV3 hari itu mengatakan selain daripada pergi JKKP, rakyat juga boleh mendaftar
melalui MADA, melalui LPP dan juga melalui Agrobank dan agensi-agensi yang lain di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi kemusykilan yang timbul
pada pagi tersebut, saya ada menerima panggilan daripada penduduk di kawasan saya
mengatakan apabila dibawa pergi ke JKKP, dia kata hanya untuk orang-orang UMNO
sahaja. Ini saya rasa sedihlah, saya hendak minta kepastian daripada Menteri, apakah
ini terdapat di dalam borang tersebut seperti mana yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Taiping pagi tadi.
DR. 12.11.2009
94
Jika sekiranya ini tidak berlaku ataupun tidak benar, saya rasa borang itu
mungkin diselewengkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, itu sahaja Tuan
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat nanti, beri semua sebab semua cerita hampir sama, sila Yang Berhormat
Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, isu tentang
pemberian kupon ini, pada saya ada yang tersiar di dalam surat khabar ini, borang
dinyatakan mesti mendapat pengesahan Ketua Bahagian UMNO. Saya hendak tanya,
pertamanya adakah pemberian wang ini wang UMNO atau wang kerajaan? Keduanya,
kenapa pula diminta untuk mengisi borang agama, asal rakyat miskin dia layak,
mananya 1Malaysia? Apa yang pentingnya kita mesti memastikan tidak ada
penyelewengan, ini wang rakyat, wang kerajaan tidak boleh diagihkan melalui Ketua
Bahagian UMNO.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Okey Tuan Yang di-Pertua, supaya lebih
adil, boleh beri saya satu copy biar saya tengok. Tolong ambil, saya hendak tengok,
beri saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Beri
kepada Bentara. Beri kepada Bentara. Tidak boleh hantar sendiri.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak tengok copy, bagi saya
tengok, sebelum saya hendak baca saya hendak tengok. Saya hendak beritahu Yang
Berhormat, saya hendak tengok copy, beri saya tengok. Sebelum saya jawab saya
hendak tengok sebab kalau - saya hendak beritahu maklumat yang lebih tepat, pergilah
download di laman web kementerian, tidak ada sebut Ketua UMNO...
Beberapa Ahli: [Menyampuk tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ya saya tengoklah, saya tengok macam
mana surat khabar Cina keluar surat khabar Melayu tidak keluar, kita hendak tengok.
Beberapa Ahli: [Menyampuk tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya boleh tunjuk, kita ada iklan borang
kita di dalam beberapa surat khabar berbahasa Melayu yang kita sudah keluarkan. Ini
surat khabar Cina saya perlu tengok, mana dia dapat, mungkin DAP sabotaj ini, kita pun
tidak tahu. Jadi masalahnya ialah saya akan jawab dan saya hendak beritahu bahawa
Yang Berhormat kalau tidak puas hati pergi buka laman web kementerian, itu yang
DR. 12.11.2009
95
betul-betul original. Selain itu juga Yang Berhormat, bukan itu sahaja, saya juga dapat
maklumat borang ini dijual.
Borang ini dijual RM1 pun ada mereka jual satu borang. Ada juga yang beri
borang dia pula guarantee, ada kata bagi RM1 gerenti dapat bantuan. Jadi saya hendak
tengok surat khabar itu. [Meneliti surat khabar yang baru didapati]
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Datuk... Surat khabar Cina.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya tidak nampak ini. Saya tengok
borang ini bukannya borang yang dikeluarkan oleh kementerian [Tepuk][Riuh] Oleh itu
saya hendak surat khabar ini, saya janji dengan Yang Berhormat kementerian akan
saman, kita akan saman, kita akan dakwa surat khabar yang tidak bertanggungjawab
kerana borang ini bukan...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: [Menyampuk] Saman dia!
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ... Kerana borang ini bukan borang yang
dikeluarkan oleh kementerian. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Maran tunggu dulu...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Menteri,
Saya ada borangnya...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Maran tunggu dulu.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya boleh baca di sini dan
tidak ada pun UMNO bahagian, ini satu penyelewengan. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Keluar-keluar.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Tidak apalah Yang Berhormat, inilah
masalahnya pembangkang, selalu memperbesar-besarkan perkara yang tidak betul,
semestinya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Bawa
sini borang Yang Berhormat, bawa sini saya tengok borang juga...[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang berhormat Menteri, beri
saya laluan. [Dewan riuh]
DR. 12.11.2009
96
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Suruh
Bentara hantar. [Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ya, sila. Saya beri laluan kepada Yang
Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, Beruas
ini kaki DAP, orang kuat DAP... [Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Itu tidak betul, Tuan Yang di-Pertua kerana
penyelewengan..
Datuk Raime Unggi [Tenom]: [Menyampuk] Memang kaki kacau ini [Dewan
riuh] Kes berat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dalam zaman sekarang...
[Disampuk] [Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kita mahu Menteri memberi arahan, ini laporan
tidak betul... [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Ini memesongkan Dewan ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ... sebab itu di kawasan Taiping dan lain-lain
tempat [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: [Menyampuk] tindakan, tindakan
[Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ada orang mengatakan hanya Ahli UMNO
yang boleh memohon. Sebab itu kita mahukan penjelasan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kerja-kerja ini...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Penjelasan. Niat baik Tuan Yang di-
Pertua.
[Dewan tersangat riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian, Yang Berhormat sekalian duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Menyeleweng Dewan ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Beri arahan bukan hanya ahli UMNO sahaja
yang boleh memohon.
DR. 12.11.2009
97
Seorang Ahli: Menyeleweng Dewan.. ..[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian. Sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Menteri, ....
sabotaj kerajaan...
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Menyeleweng Dewan.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Okey, saya beri kepada Yang Berhormat
Sri Gading. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Sri Gading, Sri Gading... [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Usaha yang baik oleh
kerajaan hendak membantu orang-orang miskin tidak mengira bangsa, tidak mengira
siapa...
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Bagus saya sokong.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...cuba disabotaj oleh parti
pembangkang terutama DAP...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kita sokong, tetapi tidak boleh...
Salah. [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini ada unsur-unsur
perkauman dalam usaha mereka mengapi-apikan perkauman. [Dewan riuh]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Saya rasa itu tidak betul. Saya
bangkitkan hal ini. Laluan.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: ...Pembangkang...
Seorang Ahli: 1Malaysia...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak ada nama Ketua
UMNO Bahagian, ini jahat. Sila siasat baik-baik. [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Borang itu tidak boleh keluar daripada
UMNO.
Seorang Ahli: Pembangkang menghasut rakyat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mungkin akhbar ini ada
unsur-unsur perkauman hendak mengapi-apikan kebencian orang Cina kepada orang
Melayu. [Dewan riuh]
Tuan Charles Santiago [Klang]: Ini Dewan Rakyat ke pasar ini? [Dewan riuh]
DR. 12.11.2009
98
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sedangkan projek ini tidak
mengira bangsa, tidak mengira parti, tidak mengira agama... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Minta
tolong semua, yang lain duduk, seorang sahaja bercakap Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa pembesar
suara]... Kementerian mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak akan
berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat Maran pun duduk juga.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Persoalannya Tuan Yang di-Pertua,
borang itu wujud..
Seorang Ahli: Wujud apa? [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Wujud. Itu!
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Saya cadangkan supaya disiasat...
Seorang Ahli: ...DAP penipu!..
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ... Jangan tidak senonoh.
[Dewan tersangat riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Jangan tuduh DAP tanpa ada bukti. Siasat
dahulu. Siasat dahulu. Jangan tidak senonoh.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Buat siasatan. Menteri buat siasatan.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Persoalannya Tuan Yang di-Pertua,
borang itu wujud. Maka Menteri perlu ambil tindakan. Kita hendak Menteri ambil
tindakan. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Menteri perlu siasat perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian. Sila duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini kerja UMNO Taiping ini.
DR. 12.11.2009
99
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan salah Menteri, usaha
parti pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan. [Dewan riuh][Ramai Ahli
pembangkang bangun dan bercakap]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat, bangun 10 pun, saya
boleh jawablah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk
dahulu Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Akan tetapi perlu berdisiplin, bangun
semua, saya boleh jawab, benda yang benar, apa saya hendak takut tetapi jangan jadi
macam kera dalam sarkas...[Disampuk][Dewan riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Kera dekat situ.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Siapa Menteri, siapa kera? [Dewan
riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kita minta Menteri ambil tindakan tetapi UMNO
yang membuat kacau.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Pembangkang ini sama seperti anjing
menyalak..... [Disampuk] [Dewan riuh] [Ramai Ahli pembangkang bangun dan
menyampuk, berteriak]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: [Menyampuk] Menteri tidak senonoh!
Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Ini
sudah shouting match ini, Yang Berhormat Menteri, tolong .
[Dewan riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: [Menyampuk] ..... Menteri tidak senonoh!
Tarik balik!
[Dewan teramat riuh]
Beberapa Ahli Pembangkang: Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Yang
Berhormat sekalian, sudah, sudah. Duduk, duduk. [Dewan teramat riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat faham tidak peribahasa
Melayu? [Disampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]:
Duduklah Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu, Yang Berhormat Jelutong
DR. 12.11.2009
100
duduk, Yang Berhormat Kubang Kerian duduk, Yang Berhormat Beruas duduk, okey
yang belakang duduk, Yang Berhormat Kuala Krau, minta tolong Yang Berhormat. Yang
Berhormat Menteri, sila.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya boleh tarik balik kalau peribahasa
saya salah... [Ramai Ahli pembangkang bangun dan menyampuk]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tarik balik.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ...seperti anjing menyalak bukit ini
merupakan bukan peribahasa Melayu. Ini satu peribahasa Melayu! [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Menyampuk] Jangan berhelah, jangan
berhelah.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi kera dalam sarkas. Ini
anjing menyalak bukit, apa dia?
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ini perlu diambil tindakan sahaja.
Beberapa Ahli: Tarik balik!
[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak payah tarik, ini
peribahasa.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ini peribahasa Melayu. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Sudahlah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Saya
tangguhkan Dewan dalam masa 10 minit. [Tepuk]
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.39 petang]

Ish. ish. sampai kena tangguh dewan.
apa kah kerja demo ni.
Itu apa yang berlaku pada hari Khamis lepas bila Menteri pertanian jawab apa yang kami persoalkan berhubung dengan beras subur ni.
Ana bukan apa, bila orang kampong telefon suroh dapatkan kepastian, maka ana pun tanya dalam parlimen nakkan jawapan daripada bapak Menteri kerana ini sudah terjadi dan menjadi heboh diperingkat akar umbi sana.

Walau pun ianya dijelaskan oleh menteri, tapi apa yang berlaku dibawah sana lain.
Macam lah apa yang sering terjadi pada pinjaman tekun dan rumah PPRT dan Mesra rakyat, memang tak habis-habis dengan diskriminasi kepada orang kampong.

Tak percaya lihat saja apa yang berlaku dalam paparan ana berhubung jalan kampong di bawah artikel ini semasa ana pergi ke Pokok Asam nak sumbang kerusi roda pada hari Ahad lepas.

Keadilan satu Malaysia.

kekebun getah dan buluh milik JKKP
jalan kedalam kebun getah dan buluh , tetapi kerumah penduduk dinafi.rakyat didahulukan
jalan yang dinafikan kerana politik tak sama dengan JKKP

Satu Malaysia, rakyat didahulukan, muluk dan cantik bila disebut, tetapi hakikat yang rakyat dibawah terima adalah bercanggah 360 darjah. Diskriminasi dan penindasan dek kerana berlainan fahaman politik.

Semasa ana berkunjung ke Kampong Bukit Tok Aji semalam untuk memberi sumbangan kerusi roda semalam, ana telah ditunjukkan dengan suatu diskriminasi yang sekian kalinya dikenakan keatas rakyat dek kerana hanya berlainan fahaman politik yang telah sekian lama berlaku dinegeri jelapang padi ini.

Hairan bin ajaib bila melihat mini tar dibuat hanya untuk memudahkan JKKP membawa lori masuk kedalam kebun buluh dan kebun getah beliau ,tetapi dinafikan untuk masuk kerumah penduduk yang memerlukan mini tar dan sekarang ini lumpuh pula tu, kerana beliau bukan dari parti yang sama dengan JKKP walaupun telah diletakkan batu kasaran kerana nun dihujung jalan tersebut ada sebuah rumah yang diduduki oleh penyokong parti yang sama dengan JKKP tersebut.

Ana tidak pasti siapa punya kerja macam ni, tetapi yang pasti apa yang diwar-war kan oleh DS Najib rakyat didahulukan memang jauh tersasar sekarang ini.

Sumbangan kerusi roda.


Selepas meninjau suasana banjir yang melanda sekitar kawasan Pendang, Banggol Besi dan Kubor Panjang, ana sempat menziarahi En Abd Wahab Buak , warga emas yang sudah setahun mengalami lumpuh dan menyumbang sebuah kerusi roda untuk memudahkan beliau bersiar-siar dikawasan rumah beliau setelah sekian lama hanya terperuk diatas katil dan didalam rumah .
Berita kedaifan beliau telah sampai kepada pengetahuan ana hampir seminggu yang lalu setelah diberitahu oleh MKK di kawasan Bukit Tok Aji , En Abdullah.
Selain sumbangan kerusi roda , ana juga diberi amanah untuk turut menyumbang sedikit wang sebagai meringankan bebab beliau menghadapi aidil adha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

En Abd Wahab hanya tinggal bersama isteri beliau yang juga sudah lanjut usia dan diharap dengan sumbangan kerusi roda ini dapatlah beliau dibantu oleh isteri bersiar=siar dikawasan rumah beliau atau berjalan lebih jauh untuk menenangkan fikiran . Hiharap dengan bantuan ini juga dapat menmbah kesihatan beliau dan cepat pulih daripada penyakit lumpuh yang menimpa beliau sejak setahun yang lalu.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.