Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, December 10, 2010

Tiris lagi ooooo.

Lagi ketirisan yang dilapor dalam laporan AG 2009, kalau ditinjau melibatkan lebih RM 45 billion tercicir.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
1. Program insentif pengeluaran padi.
Denda RM 7.56 juta yang tidak dijelaskan oleh kontraktor kerana kegagalan membekalkan baja dalam program insentif pengeluaran padi.
2.Pengurusan Kapal Latihan Paus Institut Perikanan Malaysia (IPM), Chendering, Terengganu.
.KL Paus, dibina dgn kos RM 22 juta, tidak digunakan kerana tiada tenaga pengajar, sering mengalami kerosakan dan kerja pembaikan.
.Kos penyelenggaraan /baik pulih/ emolumen /bahan api/ claim RM 6.12 juta.
.Bagi tempoh 3 tahun, sejumlah RM 4.32 juta telah dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan kapal.
.Tempoh 2007-2009, RM 846,721 dibelanjakan untuk bahanapai dimana generator perlu dihidupkan setiap malam, kos bahanapi setiap perjalanan refill di Kuantan RM24,000.00.Sejumlah RM 953,968 dibelanjakan untuk emolumen dan elaun anak kapal KL Paus.

Khabarnya awak-awak Thailand yang memenuhi dalam kapal ni, entahlah, Malaysia boleh kut.
berapa juta tiris dalam kementerian ni.
Itu belum cakap pasal Projek ikan tuna di Batu Maung lagi, another Port Klang Free Trade zone, hayya, apa mau jadi ha.

Thursday, December 9, 2010

Perbahasan 6 Disember 2010, JK Kem Kesihatan.

3.21 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat petang dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang
telah memberikan kesempatan kepada saya untuk bersama-sama berbahas dalam peringkat
Jawatankuasa ini.
Pertama sekali Butiran 020300 - Kawalan Penyakit. Kita tahu daripada maklumat yang
terakhir dan terkini daripada kementerian melalui ketua pengarah berhubung dengan penyakit
denggi iaitu dari Januari sehingga Oktober 2010 seramai 40,496 kes berbanding dengan 33,937
kes pada tahun yang lepas, iaitu peningkatan sebanyak 19% dan kematian didapati 61% iaitu
119 kes, di mana 74 kes pada tahun 2009. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian,
apakah sebenarnya yang dijalankan daripada peranan dan juga aktiviti COMBI iaitu
Communication For Behavioral Impact, di mana 825 locality telah berjaya ditubuhkan, apakah
peranan yang dimainkan oleh mereka dalam mengawal masalah denggi yang telah meningkat
dan begitu menggerunkan sekarang ini, iaitu peningkatan 61% dari segi kematian. Dan baru-baru
ini kementerian telah mengambil salah seorang ikon, Aznil Haji Nawawi sebagai ikon untuk
mencegah penyakit denggi pada tahun 2010 ini. Jadi, apakah program yang dijalankan oleh
DR. 6.12.2010
71
beliau dalam membantu kementerian untuk mengurangkan kes-kes denggi di dalam negara kita
ini, dan apakah beliau ini mengenakan bayaran ataupun sagu hati yang telah diberikan kepada
beliau apabila beliau diambil sebagai ikon untuk pencegahan Kempen Anti Denggi ini.
Saya juga ingin mengetahui bahawa selama ini kita tahu denggi ini berlaku di kawasankawasan
pembangunan, kawasan-kawasan bangunan-bangunan baru yang baru dibangunkan,
dan berapakah jumlah syarikat-syarikat yang telah dikenakan denda disebabkan mereka telah
membiakkan jentik-jentik denggi ini, kerana kita tidak mahu hanya masyarakat individu sahaja
yang dikenakan denda, tetapi syarikat-syarikat yang besar ini terlepas dan juga pada tahun ini
kita dengar ada sebuah hospital yang didenda disebabkan oleh terdapatnya jentik-jentik denggi
di dalam hospital tersebut. Jadi saya rasa ini merupakan perkara-perkara di mana rakyat ingin
tahu, syarikat-syarikat besar manakah yang telah dikenakan denda disebabkan oleh jentik-jentik
nyamuk Aedes ini.
Kedua ialah juga tentang kawalan penyakit iaitu penyakit tibi yang sekarang ini kita
dapat lihat bahawa statistiknya telah meningkat disebabkan oleh pendatang-pendatang daripada
negara jiran yang datang ke negara kita mungkin pendatang dengan izin ataupun pendatang
tanpa izin, mungkin dengan izin ini kita telah melakukan screening terhadap kesihatan mereka,
tetapi bagi pendatang tanpa izin inilah yang menyebabkan ramai yang menyebarkan masalah
penyakit tibi kepada masyarakat kita.
Begitu juga, apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian apabila berlakunya keskes
penyakit tibi yang dirujuk ke hospital dan apabila kita mendapati mereka ini telah disebarkan
oleh pendatang-pendatang daripada negara jiran ini. Apakah mereka ini dikenakan satu tindakan
daripada pihak berkuasa bagi mengambil mereka dan merawat atau memaksa mereka ini dirawat
dan kita tidak mahu berlaku seperti kes yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput
pagi tadi, kesan daripada rawatan penyakit tibi itu menyebabkan berlakunya kes-kes kecacatan
dan sebagainya.
Kedua, Butiran 060300 - Penguatkuasaan Farmasi. Ini telah beberapa kali disebut dan
semasa Timbalan Menteri Yang Berhormat Mersing dahulu pun telah berjanji akan membawa
Akta Barangan Perubatan ke Dewan ini. Saya rasa ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak
kementerian kerana kita lihat mutakhir ini banyak iklan yang disiarkan di dalam surat khabar dan
juga di dalam media-media yang menyatakan banyak alat perubatan yang boleh digunakan oleh
masyarakat dan menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit.
Jika dahulu kami pernah menerima baucar Sonotron yang mengatakan semua, orang
Kedah mengatakan segala mak nenek penyakit boleh sembuh seperti asma, diabetes,
hypertension dan sebagainya semua boleh disembuhkan dengan memancarkan aliran Sonotron
ini kepada tempat yang sakit. Jika sakit asma boleh dipancarkan ke dada, jika lutut sakit
dipancarkan ke lutut, jika diabetes, ulser dipancarkan di tempat ulser tersebut, ini menyebabkan
masyarakat menjadi keliru. Selagi kita tidak mempunyai akta ini, saya rasa mereka akan
DR. 6.12.2010
72
mempercayai bahawasanya ia boleh menyembuhkan penyakit tersebut seterusnya mungkin ulser
telah sembuh tetapi diabetesnya tidak pergi ke mana, last sekali mereka akan meninggal dunia
disebabkan oleh keseriusan penyakit diabetes tersebut. Jadi saya berharap pihak kementerian
dapat memberikan perhatian terhadap peralatan perubatan ini kerana banyak sangat saya
nampak pada hari ini iklan-iklan yang disiarkan di dalam media-media di dalam negara kita.
Ketiga, Butiran 080000 - Lembaga Promosi Kesihatan diperuntukkan sebanyak RM15
juta, kebetulan sahabat saya dahulu menjadi pengarah di sini, jadi saya ingin bertanya kepada
pihak kementerian, apakah yang telah dilakukan oleh Lembaga Promosi Kesihatan ini untuk
menyedarkan masyarakat ataupun untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang
dikendalikan oleh pihak kementerian, kerana kita tidak mahu masyarakat tidak sedar, seperti
yang selalu saya sebutkan tentang Tabung Bantuan Perubatan, mereka hendak mendapatkan
bantuan perubatan tetapi peruntukan di bawah kementerian tidak ada, kerana ada di bawah
Kementerian Kewangan. Jadi masalah ini mungkin terjadi di peringkat bawah kerana promosi
tidak terang ataupun tidak jelas kepada masyarakat. Oleh itu saya ingin tahu apakah sebenarnya
peranan yang dimainkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan, di mana sebanyak RM15 juta telah
diperuntukkan.
Seterusnya Butiran 100600 iaitu di dalam Program NKRA untuk Kit Pemakanan
Bernutrisi Sekolah Luar Bandar. Kalau di dalam Kementerian Pelajaran kita telah berbahas
berhubung dengan Program Susu untuk kanak-kanak sekolah di dalam bajet Menteri Kewangan
telah mengumumkan tentang multivitamin yang akan diberikan kepada murid-murid ataupun
kepada masyarakat di luar bandar. Jadi di dalam NKRA Kit Pemakanan Bernutrisi ini, saya ingin
mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kit Pemakanan Bernutrisi ini.
Apakah ia tidak bertindih dengan yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kerana ini
khusus disebut sekolah-sekolah di luar bandar diberikan peruntukan sebanyak RM4 juta. Apakah
kita tidak ada cara-cara lain untuk memberikan makanan-makanan bervitamin ini misalnya
seperti soya ataupun telur seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, ataupun makananmakanan
segar yang terdiri daripada masakan-masakan masyarakat kampung.
Seterusnya Butiran 032700 berhubung dengan psikiatri, ini pun satu lagi masalah. Saya
telah terbaca di dalam siaran akhbar pada 14.11.2010 ini mengatakan terdapat 11.3% rakyat
negara kita yang menghadapi masalah mental, iaitu lebih kurang 3.3 juta. Tuan Pengerusi, 3.3
juta ini ada di setiap kawasan, mungkin ada juga di kawasan Parlimen Menteri juga, ramai iaitu
sebanyak 3.3 juta jumlah pesakit mental ini. Jadi ingin saya bertanya kepada pihak kementerian
bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi masalah penyakit mental ini, kerana di dalam
suasana kehidupan masyarakat yang penuh dengan stress sekarang ini, mungkin jika ada sedikit
gen ataupun genetik ibu ataupun bapa yang mempunyai masalah ini kemungkinan besar anakanaknya
akan menunjukkan simptom-simptom ke arah sama ada psikotik ataupun neurotik
kepada masalah mental ini.
DR. 6.12.2010
73
1530
Jadi saya harap pihak kementerian perlu memberi penekanan kepada masalah psikiatri
ini kerana saya pernah mengendalikan satu kes dia menyembelih isteri dia Tuan Pengerusi.
Sembelih isteri, kami tanya kenapa sembelih isteri? Dia kata tidak. Dia sembelih ikan haruan
yang besar sehingga kami terpaksa letakkan dia di dalam sel, di dalam wad. Memang benar
beliau mempunyai masalah mental kerana dia buang najis di situ dan dia memakan najis dia
sendiri dan melumur di badan dia.
Kemudian kami hantar dia ke Tanjung Rambutan untuk disimpan di Tanjung Rambutan
seumur hiduplah. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana ramai
sekali kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai masalah
psikiatri ini. Kemudian Butiran 020400 iaitu Pendidikan Kesihatan. Kita tertarik apabila
kementerian melalui sekolah-sekolah telah mengadakan Program Doktor Muda. Jadi saya ingin
mendapat penjelasan apakah seterusnya program yang kita jalankan untuk Program Doktor
Muda di sekolah-sekolah ini. Apakah mereka ini akan – ataupun dimudahkan untuk kita salurkan
mereka ini ke dalam NGO-NGO yang berhubung dengan pengendalian kesihatan.
Diajar mereka cara-cara CPR misalnya ataupun cara-cara mengendalikan kes-kes
emergency agar mereka ini apabila memasuki masyarakat kelak mereka tidak menjadi takut
ataupun menggelabah apabila berhubung atau bertemu dengan pesakit-pesakit yang di depan
mata mereka. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 00902. Berhubung dengan – mungkin ada
sangkut paut dengan Yang Berhormat Putatan tadi iaitu kuarters di Hospital Queen Elizabeth.
Walaupun saya berada di Kedah tetapi saya tahu ada masalah di Queen Elizabeth ini kuarters
houseman dia. Berapa kali saya sudah lihat. Memang cukup teruklah. Kalau boleh sekurangkurangnya
cat semulalah kerana ia memang tidak sesuai untuk diduduki oleh petugas-petugas
kesihatan.
Kita kata kesihatan jaga kebersihan tetapi kuarters itu memang nampak begitu teruk
sekali dengan kain-kain yang disidai. Kuarters itu di tepi jalan. Lalu sahaja kita depan itu memang
agak menyakitkan mata kita memandanglah. Sudahlah hospital retak dan akan dibina semula,
alhamdulillahlah. Akan tetapi kuarters saya harap pihak kementerian beri perhatian yang
sungguh-sungguh. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Ag tegur, rakyat tanya, kemana duit ni tiris, ini antaranya.

Perbahasan diperingkat JK untuk kementerian dah hampir sampai kepenghujung, banyak yang dibahas dan banyak yang ditegur, namun jawapan yang diberi tak sampai kemana. Banyak yang masih terlindung dan banyak juga ketirisan yang tak dijawab. Namunselepas perbahasan bajet ini, yang kebetulan laporan AG diberikan agak lewat tahun ini, maka perbahasan tak banyak menyentuh teguran daripada AG, jadi untuk membawa sedikit sebanyak teguran AG tersebut, disini sedikit demi sedikit akan ana paparkan untuk renungan kita bersama apakah yang terjadi kepada duit yang dikutip daripada rakyat untuk dimasukkan kedalam kantung negara.
Hanya sekadar apa yang dilapor oleh AG, dan itupun laporan beliau berdasarkan kepada penialaian secara random keatas jabatan yang dipantau, bkan keseluruhan, kata orang puteh hanya tip of the iceberg.
Bagi Jabatan Kastam yang dikomen AG,
1.pengurusan mesin pengimbas.
Pejabat Kastam telah membuat bayaran berjumlah RM 1.17 juta kepada kontraktor yang dilantik bagi kerja penyelenggaraan yang tidak dilaksanakan.
mesin pengimbas badan bernilai RM 1.48 juta tidak digunakan kerana tiada pegawai yang layak.
Kos mesin pengimbas yang tidak digunakan berjumlah RM 31.96 juta, ditanggung oleh kerajaan.
2.Pengurusan bot untuk aktiviti pencegahan.
Setakat Disember 2009, hanya 1/8 bot yang ditempah diterima APMM , denda sebanyak RM 238,285 hanya dikenakan kepada 1 pembekal sahaja.
Penyelenggaraan yang tidak berjadual menyebabkan jabatan Kastam menanggong kos RM 67.56 juta anatara 2006 hingga 2009.
Nanti disambung lagi, banyak sangat , sikit sikit la.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.