Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, September 17, 2010

Bila boleh dan bila pulak salah nih?

Bila masa boleh dan bila pula ketikanya tak boleh.
Itu yang menimbulkan kegelisahan rakyat apabila melihat paparan gambar yang disiarkan berhubung kes yang heboh baru-baru ini pasal orang yang bukan Islam masuk masjid dan diberi amaran oleh badan tertinggi Islam di negeri Selangor.
Ada JK Surau yang mungkin tak ada sunnat tahiiyat masjid pun disitu , tetapi telah dipecat oleh badan tersebut kerana agaknya tak ikut telunjuk badan itulah agaknya , maka sekarang surau yang tak sunat pun ada tahiyyatul masjid tu diambil kendali oleh badan tertinggi agama di Selangor tu lah, yang diperintah oleh parti yang budan dari golongan pusat Putrajaya.
Apa yang rakyat runsing dan risau adalah bilamana ada pula masjid yang boleh dimasuki oleh juga bukan Islam , sampai juga keruang solat dan juga menyampaikan cek sumbangan macam yang YB Serdang buat, mungkin cuma kelainannya bila yang YB Serdang dikatakan salah kerana memberi tazkirah, entah apa ayat atau hadis yang dia ulas dalam tazkirah tu pun tak dijelaskan oleh akhbar fitnah nombor wahid dalam negara, tak pula arif ana nak beritahu. Itu mungkin kesilapan yang sengaja digambarkan supaya nampak besar sangat salahnya daripada yang sorang lagi juga MP , tak beri tazkirah tapi beri cek, yang ada duit, padahal YB Serdang juga beri sumbangan wang juga.
Mungkin yang di Serdang tu, mereka yang kata belum merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, dan yang Kuala Selangor tu mereka dah rujuk kepada keputusan muzakarah majlis fatwa dah, sebab tu dibolehkan masuk ruang solat, entah masjid ke surau tak pasti pulak, entah sunat tahiyyat masjid ke tidak, tak tahu lah ana nak jawab.
Kalau kita renung suatu ketika dulu tatkala mana heboh juga pasal penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian, juga heboh pasal larangan ini dikalangan bukan Islam, ada negeri boleh dan ada negeri yang kata tak boleh, tetapi dalam al Quran setahu ana yang tak arif ni ada ayat yang sebut bila disoal siapa yang menjadikan langit dan bumi, maka mereka berkata "Allah". Itu ayat Allah yang terangkan kepada kita, yang lain ana tak berani sebut, cuma nak ulasnya pasat si YB ni boleh pula beri cenderahati frame perkataan Allah pula tu, untuk hiasan dimana kita pun tak diberitahu, tapi setahu ana beliau bukan beragama kristian , yang dibenarkan guna perkataan tersebut di beberapa negeri oleh Menteri Malaysia dari Padang rengas suatu ketika hari tu.
Kalau macam ni punya hal, rakyat jadi penin la sat.
Macam la juga halnya dengan sembahyang hajat dan baca Yaasin nak bagi menang di PRK Hulu Selangor tempoh hari, kalau macam ni punya kemushkilan, diharap pihak Majlis Fatwa kena muzakarah sat supaya rakyat lebih fokus terhadap apa yang diarahkan oleh sesetengah golongan, takut nanti habis semua keliru, macam yang berlaku dinegeri uatara hari tu, orang belum raya depa dah lantak makan ketupat lemang dan sembahyang raya, alahai negeri bekas MB TS Shahidan.

Thursday, September 16, 2010

Sumbangan Muslimat dalam Ramadhan Alkareem.

Syukur Kak Jah.


Semasa membuat tinjauan dan ziarah di Kpg Padang Peninjau, Kokbah sekitar awal tahun ini, ana telah ditunjukkan dengan sebuah rumah seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak remaja perempuan yang sedang membesar dan menumpang dirumah saudara beliau tiga beranak tersebut dalam keadaan rumah yang sempit. Nama beliau dipanggil orang kak Jah dan kerjanya hanya mengambil upah menyucuk satey untuk seorang penjual satey dipasar-pasar malam.
Beliau telah pun berhasrat membuna sebuah rumah diatas tanah pesaka berhampiran rumah saudara belaiu tersebut tetapi oleh kerana kesuntukan wang , maklumlah ibu tunggal yang menyara 2 anak untuk bersekolah, ketika itu seorang sedang mengambiil STPM dan seorang mengambil PMR, maka hanya tinggal tiang sahaja yang mencacak naik tanpa ada dinding apatah lagi nak adakan bumbung. Kedua-dua anak beliau adalah perempuan.
Lalu ana berbincang dengan EXCO Kebajukan, YB Ustz Aishah Ghazali dan juga Pejabat daeran untuk membantu ibu tunggal ini, lalu pihak UPEN negeri Kedah telah meluluskan peruntukan untuk membina rumah beliau RM 20 K dan ketika ini , yakni seminggu sebelum Hari Raya Eidulfitri, ana sekali lagi menziarahi Kak Jah, hanya tinggal pintu dan tingkap serta tandas yang belum selesai. Apabila kita bertanya kepada kontraktor terlibat , beliau mengeluh tentang kesukaran mendapat pekerja yang komited untuk melakukan kerja begini, kebanyakan pekerja kita ( Orang malaysia), tidak sanggup untuk melaksanakan kerja membina rumah begini , tidak saperti pekerja Indonesia, oleh itu kelambatan menyiapkan rumah ini kata beliau adalah kerana karenah mendapatkan pekerja.

So, ana berharap kepada kontraktor terbabit, dapatlah kiranya menyiapkan rumah Kak Jah ini agar beliau 3 beranah dapat hidup selesa didalam rumah yang baru nanti, walaupun tidak sempat utnuk beraya , tetapi harapan agar sempat untuk Raya Korban dirumah baru nanti, disamping anak remaja yang semakin membesar.

Wednesday, September 15, 2010

Jamuan Eidul Fitri di Mentaloon.

Hari ini , majlis Jamuan Eidul Fitri YAB MB Kedah telah diadakan di Mentaloon.
Puluhan ribu rakyat jelata telah memenuhi perkarangan kediaman resmi MB yang bermula sejak 11 pagi dengan beranika jenis juadah disediakan untuk dimakan oleh para tetamu sekelian yang hadir memenuhi kawasan yang disediakan.
Berbagai ragam dan cara manusia dari segenaplapisan masyarakat dan golongan serta berbagai bangsa telah hadir menjamah jamuan yang disediakan kepada para tetamu .
Nampaknya pada tahun ini, sambutan agak lebih meriah berbanding tahun lepas , dan diharap acara ini akan menjadi satu atucara yang akan berkekalan selaras dengan berkekalannya kerajaan negeri pimpinan PR di Negeri Kedah dan insyallah negeri lain juga dimasa yang akan datang nanti.
Apa yang lebih meriah adalah ketika mana sampai masa untuk pemberian duit raya yang disempurnakan oleh YAb MB dan wakil rakyat lain.

Tuesday, September 14, 2010

Awas pertuturan anda!.

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Oleh SALWA SHA'ARI

Shahrizat (kanan) menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.
Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Ana menyeru kepada Menteri sorang ni agar lebih berhati-hati lagi didalam membuat ucapan atau menjawab temuramah kepada pemberita, takkan ada siksaan dan balasan bagi dosa ini yang lebih ringan daripada neraka Allah yang dijadikan untuk manusia yang tidak beriman atau orang beriman yang melaakukan dosa besar yang dibalasi dengan azab yang amat pedih iaitu api neraka, tidak ada yang lebih pedih dari azab neraka wahai menteri ooi, janganlah kata neraka pun tak boleh terima orang macam ini punya jenayah dia.
Kalau boleh menteri ini kena belajar sikit lagi lah dengan mana-mana tuan guru, atau boleh suruh ulama muda ajar sikit, perbetulkan sikit perkataan dia sama dengan tolong ajar dia perbetulkan sikit tudung dia agar menjadi benar-beanar tudung seorang muslimah.
Kalau Yb Menteri nak tahu betapa azab dan pedihnya azab neraka, boleh baca dan semak didalam Alquran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang kepedihan siksaan api neraka allah dan juga siksaan azab yang dirasai mereka sehingga apabila hancur kulit, akan tumbuh semula dan makanan mereka adalah buah zakkum yang apabila ditelan akan hancur luluh habis isi dan daging badan serta minuman pula adalah besir panas yang dilebur, setiap kali hancur akan tumbuh semula daging tersebut untuk menerima betapa azabnya siksaan bagi mereka yang ingkar kepada perintah Allah.

Monday, September 13, 2010

Melawat Siam mati.


Semalam, dalam keletihan baru sampai dari bercuti , balik kampong di Melaka, rumah Isteri dan mertua ana diMerlimau, ana diberitahu seorang Siam telah meninggal dunia, lalu bersama SU Dewan Himpunan Penyokong PAS ana dan Rusli AJK Antara kaum bergegas menziarahi ahli keluarga yang terlibat di Kpg Paya Mat Inson sambil meninjau suasana dalam masyarakt Siam bagaimana adat mereka mengadakan upacara sebelum pembakaran mayat pada petang itu.


Mereka menjemput tok tan (sami) untuk melakukan upacara keagamaan sam bil membaca mentera dan disambut oleh para hadirin , apabila selesai upacara , mereka akan menjemput tok tan untuk jamuan sebelum jam 12, kerana tok tan akan berpuasa pada jam 12 sehingga hari esoknya. Selesai upasara itu, maka selesainya majlis pertama sebelum upacara sembahan lain pula yang diketuai oleh ketua sami disitu.


Apa yang yang sedih dengan kematian ini adalah simati sudah pun kehilangan isteri beliau beberapa bulan lalu, dan dia hidup bersama anak darjah 4 , semasa dia meninggal dunia, tinggallah anak beliau seroang diri ditemani oleh datuk nya , jadilah anak ini yatim piatu , baru darjah 4 sekolah rendah.
Simati katanya mengidap penyakit barah didalam kepala. Brain cancer.

Jenayah menurun??


Pengarah komunikasi bagi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, Alex Iskandar Liew, berkata indeks jenayah keseluruhan pada Januari hingga Ogos menurun 16.24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Inilah yang dikatakan orang 'statistical liar ', dalam suasana PEMANDU kata jenayah menurun, maka masa itu juga pemandu dan Jutawan kosmetik terkenal negara dan rakan lain seramai 4 orang telah menjadi abu dan siap dihanyutkan di dalam Sungai di Morib , negeri yang paling maju dalam negara.
Kata Datuk Murugiah, 2 hari sebelum itu, beliau ada bersembang dengan suspek berkenaan dan katanya beliau berhasrat hendak menyertai MIC, macam Murugugiah juga, melompat keMIC nak jaga status dia bila PPP telah reject dia sampai ketahap mahkamah selepas ada masalah dengan Keveas. Agak-agaknyalah kalau dah jadi sekutu Samy Vellu tu, apakah kes ini akan berjalan saperti yang berlaku hari ini, tanyalah rakyat semua ?. Ini kerana TS Musa Hasan sebelum menjadi mantan KPN telah menyatakan ada pihak ketiga yang sering melibatkan siasatan polis terganggu, jadi tak salah kalau andain bahawa kalau dah jadi dan termasuk dalam golongan yang berada dipuncak kuasa, maka ini akan mengganggu siasatan dan akhirnya kes akan tergantung. Masihkan kita ingat, dan diharap Melayu tak mudah lupa, biar Dr M sahaja yang mudah lupa, dulu kata tak mau kat UMNO, tapi la ni terhegeh-hegeh cium balik UMNO, harap kita tak lupa dimana penyelesaian kes Mustakizah, Noritta, Altantunya dan nbanyak lagi kes yang sampai la ni tak tahu kemana kes tu berakhir, siapa yang terlibat dan siapa yang bunuh.
Kalau PEMANDU kata jenayah menurun dalam keadaan 4 orang sekali gus dah menjadi abu, maka amat malanglah negara kita hari ini.
Apa yang menghairankan semua rakyat Malaysia hari ini yang cintakan keamanan, bila dalam hal ini polis awal-awal lagi dah beritahu bahawa motif pembunuhan adalah saingan perniagaan , maka sampai sanggup mejadi abukan musuh persaingan didalam perniagaan, tetapi dalam kes Alatntunya, tak dengar pula polis kata ada motif didalam pembunuhan hamba Allah tu, tetiba saja 2 anggota polis yang jadi pengawal kepada isteri PM ini dapat ilham terus pergi bunuh dan letupkan body Altantunya tu, tanpa ada motif kepada pembunuhan orang asing tersebut , bahkan macamana dia masuk pun tak tahu kerana rekod kemasukan beliau kedalam negara dikhabarkan dilupuskan dari rekod imigresen, paling ajaib dalam dunia 1 Malaysia hari ini.
Pening juga kepada kita nak fikirkan bila TS Musa sebelum lepas jawatan , kata ada pihak yang sering menjadikan POLIS tak dapat buat siasatan yang berkesan kerana ada pihak ketiga yang mengganggu tugas mereka, dan yang amat terasa adakah KDN dalam hal ini, lalu KSU ddalam KDN pun lantas bangun menafikan keterlibatan mereka, maka senyap sakat tulah saja keluhan dan rintihan bekas KPN tersebut. Apa yang menjadi kemushkilan rakyat adalah banyak kes dan peristiwa yang melibatkan kes berprofil tinggi selalunya senyap begitu sahaja dan tidak ada jalan penghujung, cuma yang kena dan dihukum adalah mereka yang menjadi kambing hitam dan mendapat upah sekupang dua , yang menjadi mastermind terlepas dan dilindungi, apakah kes ini ( Datuk Sosilawati) juga akan berakhir macam itu?. Apakah bila polis menyatakan ada banyak kes sebelum ini yang melibatkan mereka ini tidak diketahui polis atau tak pernah disiasat polis, kalau tidak macamana polis boleh kata begitu kalau mereka tidak ada pengetahuan mengenai kes yang lalu , kehilangan warga dari India , juga mengenai urusniaga perniagaan, dan kes lain yang tentu bekas KPN lebih arif, harap KPN baru ini akan dapat menjadikan keluhan bekas bos dia ini sebagai satu cabaran untuk dia selesaikan segera agar rakyat dapat menjadikan institusi polis sebagai harapan untuk rakyat letakkan dalam urusan keselamatan, kita tidak mahu Mlaysia menjadi saperti dalam filem Hindustan , ada Sarjan Shahab didalam polis Malaysia.
Harap KPN baru dapat bertugas tanpa ada pihak ketika yang memberi arahan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.