Selam lebih kurang seminggu ana tak dapat meng'update' blog ana ini, bukan kerana tak sempat atau banyak kerja, tetapi ana berada diluar negara dalam misi bantuan kepada penduduk Palestine di Gaza.
Rombongan kami bersama Presiden PAS DS Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang bersama 8 Ahli parlimen PAS telah bertolak untuk menuju ke Gaza dan berhasrat untuk menyampaikan terus bantuan kepada rakyat Gaza atau pemimpin Hamas yang memerintah Gaza.
Perjalanan yang memakan masa hampir 13 jam dari KL ke Cairo dan ditambah dengan perjalanan 4 jam ke Rafah, sempadan Mesir Palestin dari Cairo sebelum singgah di Hospital Al Arish untuk melihat sendiri suasana hiba dan sedih penduduk Gaza dirawat disitu, sedikit bantuan telah disampaikan sendiri kepada mereka yang terlantar sakit dirawat di hospital Al Arish ini yang terletak 40 km dari sempadan Rafah.
Bermalam dalam hotel 2 bintang dalam suasana kesejukan yang amat sangat, bahkan selimut tebal pun manjadi saperti tidur didalam bilik sejuk menyimpan ais dinegara kita, bayangkan bagaimana kesejukan yang dialami oleh sahabat kita di Gaza yang cuba dimusnahkan oleh Yahud laknatullah itu, dalam suasana bekalan makanan dan pakaian yang serba kekurangan serta rumah yang musnah dilanda peluru Yahudi laknat tadi.
Dalam kedinginan pagi, kami bertolak di pagi Jumaat yang hening dan penuh pengharapan berbekalkan surat dari kedutaan Malaysia di Cairo, bersama 4 pegawai perubatan, maka bertolaklah kami melintasi jemabatan Terusan Suez sepanjang 7 km menuju Rafah dan harapan melintasi ke Gaza, namun harapan tak tertunai dan hancur apabila surat sokongan dari kedutaan tak dilayan dan kami dan rombiongan dari negara lain juga tidak dibenarkan masuk oleh ashkar Mesir yang mengawal sempadan Rafah.
Begitu kecewa dengan apa yang berlaku, maka kami terpaksa pulang kerana ada beberpa kumpulan lain yang sudah dua tiga hari menunggu juga masih belum diberikan kebenaran untuk masuk ke Gaza melalui Rafah ini. Kami kembali ke Cairo kerana ada rancangan untuk berjumpa pemimpin Hamas di Labenon untuk menyampaikan bantuan dan kalau ada kemungkinan untuk kembali ke Gaza melalui jalan laut.
Perjumpaan dengan kepimpinan Hamas oleh kepimpinan PAS telah dilakukan dengan jayanya dan sejumlah dalam lingkungan RM 500 k telah diberikan kepada rakyat Gaza melalui kepimpinan Hamas yang berada di Labonan dengan harapan agar sumbangan itu akan sampai kepada rakyat Gaza yang berada dalam kesusahan dan keperitan hidup ini.
Cerita berhubung dengan kegagalan regim Yahudi Israel ini bergema didalam taklimat oleh kepimpinan Hamas, jangkaan merekan , Yahudi berhasrat untuk memusnahkan Gaza dan Hamas dalam masa 1 minggu, tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya, apabila ashkar Israel melihat sejumlah manusia berpakaian serba putih datang menghalau mereka dengan melempar pasir sehingga ada yang buta terkena pasir tersebut. Mungkin atas kesedaran itu, maka genjatan senjata sebelah pihak dibuat setelah 3 minggu serangan dilakukan dengan melihat kemusnahan dan kematian dipihak orang awam terutama wanita dan kanak-kanak. Namun semangat dan hasrat untuk terus melihat Palestin tertegak dan Yahudi terhalau dari tanah tumpah darah mereka tidak pernah pudar dari jiwa rakyat palestin walaupun sudah menjadi yatim poiatu atau janda dan kehilangan ahli keluarga.
Apa yang menyanyat hati adalah apabila melihat trauma yang dihadapi dan kesan daripada penggunaan senjata diharamkan badan dunia, bom phosporus yang dilarang di Majlis Keselamatan tetapi masih boleh digunakan oleh Israel, bayangkan kalau Iran atau negara Islam lain menggunakannya, nescaya akan dikutuk oleh dunia, tetapi apa yang dibuat apabila Israel yang menggunakan untuk membunuh rakyat Gaza di Palestin, dimana letaknya rational badan dunia ini. Maka kita menyanjung tinggi apa yang dibuat oleh Erdogen kepada Peres dimasa sidang Ekonomi dunia di Davos tempoh hari, satu tamparan hebat kepada penjenayah dubia, Simon Peres.
Insyaalh banyak lagi cerita yang akan ana muatkan dalam blog ini tentang perjalanan Misi ke Gaza ini.
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)