Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 24, 2010

Bahas peringkat JK 11/11/2010

DR. 11.11.2010
42
12.28 tgh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi,
assalamualaikum, salam sejahtera.
Butiran 04600 – Suntikan Modal Untuk Menaikkan Infrastruktur Teknologi Maklumat
Bank Simpanan Nasional. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat
Menteri, jumlahnya RM25 juta. Apakah selama ini Bank Simpanan Nasional sendiri tidak
mempunyai dana ataupun polisi mereka untuk menaikkan taraf bank mereka sendiri? Walaupun
kita tahu Bank Simpanan Nasional ini dijamin oleh kerajaan kerana setiap bulan kita dapati Bank
Simpanan Nasional memberikan hadiah kepada penyimpan sijil simpanan premium agak besar
setiap bulan, hadiah BMW, hadiah Mercedes. Akan tetapi apabila hendak menaikkan taraf bank
mereka sendiri terpaksa mendapat suntikan modal, dana daripada kerajaan begitu banyak
RM25.7 juta.
Kemudian yang kedua adalah Butiran 010300 – Pengawal Keselamatan Swasta. Pada
tahun 2010 – RM0, pada tahun 2011 dianggarkan RM270 juta. Ini ‘mai’ mana pula hendak kawal
swasta ini? Saya ingin tahu di manakah pengawal swasta ini akan bertugas kerana tiba-tiba
daripada RM0 menjadi RM270 juta. Jabatan atau perkhidmatan di mana? Hospital ataupun apa
juga jabatan ataupun kementerian yang ditugaskan pengawal perkhidmatan swasta ini.
Begitu juga dengan yang di atasnya itu, Butiran 10200 – Bayaran Sewa Kereta Salun
Jabatan-jabatan Kerajaan.
1230
Apakah selama ini jabatan-jabatan kerajaan ini tidak mempunyai kenderaan sendiri
ataupun ini untuk mereka-mereka yang datang dari luar ataupun delegasi-delegasi dari luar yang
datang dan apakah syarikat yang mengendalikan kereta sewa ini? Dengar khabarnya SPANCO
yang menjadi syarikat yang mengendalikan kereta ini. Siapakah sebenarnya yang memberikan
hak kepada SPANCO ini untuk memberi kereta sewa, salun ini sampai ke RM2 juta untuk tahun
2011.
Kemudian, 021900 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Walaupun semalam Menteri
di Jabatan Perdana Menteri telah pun menjelaskan sedikit sebanyak tetapi saya sekali lagi ingin
mendapat kepastian daripada pihak Menteri atau Perbendaharaan. Di manakah projek khas ini
akan dilaksanakan iaitu RM500 juta pada tahun 2011 ini? Untuk siapa? Kementerian dan negeri
mana yang peruntukan ini dikhususkan atau dikhaskan.
Kemudian, 022000 – Penyelenggaraan Aset Awam. Begitu juga dengan hal ini. Pada
tahun 2010 kosong, tiba-tiba pada tahun 2011 menjadi RM500 juta. Takkanlah aset itu tiba-tiba
muncul dalam masa satu tahun. Di manakah aset ini berada dan apakah bentuk aset ini?
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan aset ini?
Seterusnya 022700 – Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada PBT. Ini satu berita yang
agak menarik kerana setiap mesyuarat PBT, masing-masing mengeluh tentang masyarakat di
DR. 11.11.2010
43
kampung ataupun juga di PBT tersebut hendakkan kepada lampu-lampu jalan. Jadi, saya ingin
mendapat jawapan daripada pihak Perbendaharaan, siapakah yang membuat ketetapan?
Apakah PBT itu sendiri yang membuat ketetapan untuk pembayaran lampu ini, dipohon kepada
Kementerian Kewangan ataupun kementerian sendiri yang menentukan PBT mana yang akan
mereka berikan bantuan bayaran bil lampu ini.
Kemudian seterusnya, 040300, berhubung dengan Hapuskira Pinjaman. Pinjaman
daripada pihak manakah yang akan dihapus kira oleh pihak Perbendaharaan ini iaitu berjumlah
RM276 juta. Banyak ini, besar ini, Tuan Pengerusi. Hapus kira maknanya hapus kira antara
kerajaan dengan kerajaan negeri ataupun pihak mana yang dihapus kira peruntukan tersebut.
Kemudian 050000 – Tabung Bantuan Bencana Negara. Sebagaimana yang kita ketahui,
Kedah dan Perlis baru-baru ini telah menghadapi bencana dan Kerajaan Negeri Kedah sendiri
melalui Menteri Besar pada sidang berita hari ini mengatakan kerajaan negeri telah
mengeluarkan hampir RM2 juta, tidak termasuk daripada bantuan-bantuan yang lain kepada
mangsa-mangsa banjir. Saya ingin bertanya Timbalan Perdana Menteri merangkap mewakili
pengerusi bencana alam ini telah pergi ke negeri Kedah yang ketujuh banjir, sudah surut. Dia
pergi, terima kasihlah kerana pergi tetapi tidak memberitahu kepada kerajaan negeri.
Akan tetapi tidak apa. Kita terima beliau sebagai pengerusi. Saya ingin bertanya berapa
banyak kah bantuan yang diberikan oleh pihak Perbendaharaan kepada Tabung Bantuan
Bencana Negara ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Okey.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih
Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, setahu saya bahawa
peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, khususnya melalui JKM bagi membantu
mangsa banjir ini, ia tidak lebih daripada beras, ikan sardin dan telur yang dihantar ke pusatpusat
penempatan. Masalahnya dapur tidak bagi, gas tidak bagi. Saya tidak tahulah mungkin
kerajaan hari ini masih fikir bahawa orang kampung pun kena masak guna kayu api. Hendak cari
kayu api di mana pasal air bah, banjir.
Sedangkan kerajaan negeri menyediakan gas untuk pusat-pusat penempatan, malah
wakil rakyat sendiri terpaksa menyediakan gas, hari-hari bayar gas kepada pusat penempatan
tetapi Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
bangga berkata ini hak Kerajaan Pusat. Barang-barang dia bagi. Bagi beras, telur dan ikan
sardin. Kemudian komen macam-macam kata Kerajaan Negeri Kedah tidak peduli kepada
mangsa banjir. Ini satu penghinaan kepada Kerajaan Negeri Kedah, khususnya kepada
kakitangan kerajaan.
Yang Berhormat setuju tak bahawa kita ucapkan terima kasih kerana tuduhan-tuduhan
yang dibuat itu menyebabkan kemarahan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah terhadap UMNO
DR. 11.11.2010
44
dan Barisan Nasional yang mereka anggap dahulunya pemimpin inilah yang menguasai mereka
tetapi hari ini tidak menghargai mereka, bertungkus-lumus pagi, malam, berendam dalam air bah,
tolong orang tetapi dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat pusat ini.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Pokok
Sena. Saya rasa bagi menteri jawablah. Kalau saya jawab, lagi panjang. Masa sudah tidak
banyak kan, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Itu bukan soalan Yang
Berhormat. Dia bagi komen itu.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Oleh sebab kita bukan sahaja bagi
gas, beri bantuan-bantuan yang lain, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun kita
bagi kepada mangsa-mangsa banjir. Saya terlupa hendak bawa hari ini. Itulah yang prihatinnya
kita, Kerajaan Negeri Kedah ini kepada mangsa-mangsa banjir.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dekat Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat nanti kita bawa untuk Menteri sekeping. [Ketawa]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang akhir sekali...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh tanya sikit?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Akhir sekali, Tuan Pengerusi.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh tanya sikit?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: 160000, sudah hendak habis.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Habis dah?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Pengerusi kata sudah habis dah
ini. Ini kepada Kumpulan Wang Tabung Bantuan Perubatan. Saya sudah sentuh dalam
Kementerian Kesihatan baru-baru ini, Menteri pun sudah jawab tetapi saya juga hairan
kenapakah dalam Perbendaharaan ini tidak dimasukkan kepada Kementerian Kesihatan. Saya
tengok dalam Kementerian Kesihatan tidak ada Tabung Bantuan Perubatan ini. Sebab pesakit
yang hendak minta adalah melalui pegawai sosial di hospital.
Apabila mereka pergi kepada pegawai sosial hospital, itulah yang menyebabkan
kebiasaannya sukar untuk mendapat bantuan daripada Tabung Bantuan Perubatan ini.
Kenapakah tidak diturunkan kepada Kementerian Kesihatan agar pihak hospital sendiri boleh
mengendalikan bantuan-bantuan daripada Tabung Bantuan Perubatan ini? Jadi saya harap pihak
kementerian dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Monday, November 22, 2010

Qorban 1431 Hijrah.


Alhamdulillah, eidul adha sudah berlalu, dan ibadah quran pun sudah berakhir, namun apa yang menjadi perbincangan adalah cara penetapan tarikh eidul adha dinegara kita. Kita tidak berapa arif dan tahu sangat bab berhubung dengan penetapan tarikh hari raya qurban ini, kerana sekarang ini penetapan khabarnya adalah berdasarkan kepada tarikh 10 Dzulhijjah, bukan lagi kepada sehari selepas wukuf di Arafah bagi jemaah haji. Kalau dulu memang ya, sehari selepas wukuf, maka kita disini pun akan merayakan eidul adha, tetapi sekarang tidak lagi dah. Penetapan dibuat dengan hisap khabarnya, yakni melihat permulaan Dzulhijjah , kemudian raya eidul adha ditetapkan pada 10 Dzulhijjah, sebab tu lah pada tahun ini katanya kita selang 2 hari lewat dengan hari wukuf di Arafah.

Apa yang dimushkilkan oleh antara yang mushkil adalah tarik kita melakukan puasa hari wukuf dan juga hari tashrik untuk ibadat qurban. Apakah kita masih berada pada hari tashrik kalau sudah hari kelima selepas wukuf, atau masih lagi berada dihari ke 3 tashrik pada hari Sabtu, yang ni kena tanya orang yang lebih arif lah. Ibadat qurban kalau bukan pada hari tashrik, maka ia akan menjadi sedekah biasa sahaja, bukan qurban lagi dah.

Sebagai rakyat yang patuh kepada arahan pemerintah, maka apaketetapan pihak berkuasa agama dalam hal ini kita sentiasa patuh dan ikut tarikh yang ditetapkan, yang lain terserah kepada Allah untuk menerima tau tidak hal-hal qurban atau sedekah tadi, wallahu aklam.

semoga ibadah kita diterima Allah.



Bagi kawasan Pendang, tahun ini penyembelihan dibuat secara kelompok di Padang Durian dan di Gajah Mati.
Sebanyak 2000 bungkus daging telah diedarkan kepada penerima melalui wakil yang dilantik.

Terima kasih kepada yang datang membantu dan kepada yang dapat merasa serba sedikit daging yang diagihkan.


Memang ada yang tidak mendapat agihan daging ini, kerana daripada 154 cawangan, kita hanya memperuntukan dalam 10 hingga 15 rumah sahaja untuk satu cawangan dan juga kepada mereka yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

Kesian orang Melayu P Pinang no!.

Sedih juga bila mula baca surat khabar , terpamapng kata tanah orang Melayu di Timur P Pinang hanya tinggal 1.16 peratus setelah 2 tahun Pakatan perintah P Pinang. Hebat juga nampaknya LGE ni, dalam 2 tahun perintah boleh teng BN yang perintah P Pinang sejak 50 tahun dulu. Mungkin sebelum 2008 tanah orang Melayu di PP ada 50 peratus kut, tapi bila saja terlepas kepada pakatan, kedebum melorot menjadi 1.16 peratus sahaja, kesian orang Melayu PP, kena naya dengan Pakatan.
Apakah selama ini mereka sentiasa mendapat pembelaan daripada BN selama 50 tahun sehingga mereka ada banyak tanah sehingga ditelan habis oleh pakatan.
Kalau nak tahu lebih pasal apa kehilangan banyak tanah orang Melayu didalam pemerintahan 50 tahun BN di Malaysia, baca disini.

Ni dah lebih ni!

Nampak sudah melampau nih.
Dalam suasana ghairah untuk mendapat pelanggan, maka berbagai kaedah digunakan untuk melariskan perniagaan, maka berbagai cara yang digunakan buat menrik perhatian, termasuklah salah satu daripada yang dibuat disini.
Apakah pihak berkenaan tidak mempunyai tatacara untuk mengawal suasana yang agak terlampau ini?.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.