Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, October 23, 2010

Jom kita pi beli, sebelum Warisan Merdeka naik.

Berebut nak buat Menara tertinggi, masa nak bina bukan main naik harga, tetapi bila dah siap dan manusia dah jemu dengan yang tinggi ni, harga jatuh menjunam. Jadi sesiapa yang nak beli yang murah, yakni menara yang murah yang tertinggi didunia, pi lah ke Menara Burj Al Khalifah, diDubai. Tak percaya baca berita disini.

Di Kl pun ana dengar nanti akan ada Taman Sari di Jalan Tun Razak Jalan Pahang bangunan yang akan naik 60 tingkat, siap dengan aliran Sungai Gombak yang akan mengalir di bawah katanya akan dibina oleh JV DBKL dengan syarikat Asie Sdn Bhd, dan satu lagi di dekat bangunan Matrade akan dibina oleh Naza, dan yang satu lagi Warisan Merdeka yang akan dibina oleh PNB, Presiden dia kata tak pakai duit pelabur, tapi guna keuntungan depa meniaga selama ni, katanya ada kumpul sampai 140 billion, jadi ana nak tanya dah untung banyak pasal apa yang setiap tahun beri kepada mak haji dan pak haji dikampong yang melabur hasil toreh getah dan padi hanya 28.00 sen saja, tidak beri RM28.00 setiap kali dibuat pengumuman. Tapi bila kata nak buat bangunan 100 tingkat, kata duit banyak hasil keuntungan depa meniaga, memang dasar nak cekau duit rakyat lah tu.
Baca ceriTA Burj Khalifah tu dan fahami apa keluhan orang yang beli dulu, melesit la ni....tak tau nak bina lagi , apa nak kata, jangan lesap saham rakyat sudah lah labu ooi.

Islamkah ini?


Memang amat dikesali, sia-sia lah rasanya ilmu yang dipelajari dan sia-sia jugalah gelaran yang diberi, suatu pengiktirafan oleh Islam dengan gelaran Ulamak, tetapi masih mempertahankan apa yang jelas mungkar dilakukan , demi bertujuan untuk menghina Nabi Besar Muhammad saw.


Ana tertarik dengan apa yang ditegur oleh Dr Asri , BekaMereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.


Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.



“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.


Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun. s Mufti Perlis mengenai apa yang terjadi di Monte Carlo dimana pemimpin besar negara menjadi tetamu di IIF konon, yang jelas lebih jahiliah dari Abu Jahal dan Abu Lahab didalam memperagakan apa yang disebut Fesyen, tetapi tidak ada apa niali pun bagi manusia yang waras, nampaknya monyet dan lotong lebih cantik jika dikenakan fesyen begini berbanding manusia.
Ana amat setuju sarana bekas mufti ini agar umat Islam bangun mendesak agar manusia ini memohon maaf kepada seluruh umat Islam dari seluruh dunia atas kesengajaan menghina Islam ini.
Ana paste teguran Dr Asri disini.

Ucapan DS Rosmah semasa merasmikan IFF ini boleh dibaca disini. Fahamilah kata-kata beliau, dan bandingkan dengan apa yang dipaparkan didalam internet gambar mereka yang memakai Fesyen yang dikatakan Islamic fahin ini, buat penilaian sendiri!!

Wednesday, October 20, 2010

Kabinet dah bertambah!!



Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).


Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidar wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan jawi secara terbalik diguna dan dipakai didada salah seorang peraga feshion yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan islamic tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO2 Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Nampaknya ini lah susahnya kalau Menjadi Menteri tak berfotpolio ni, semua yang berlaku dalam Kementerian yang ada sabit dengan wanita dia nak handle, sejak lepas jadi 'First lady 'lepas conference ni, galak sangat Isteri PM kita ini turun gelanggang. Semasa merasmikan Tesco di Puchong, ana lihat Timbalan Menteri KPDNK hanya tengok saja pasaraya tu dirasmikan, nampaknya lepas ni DS Shahrizat kena letak jawatan kot, tarik balik Senator dia tu.

Tuesday, October 19, 2010

Pasai apa banyak sangat nih?

Dalam satu jawapan kepada MP Batu, menteri di JPM menyetakan kos perjalanan PM dan TPM keluar negara adalah 21 juta ringgit. Ini termasuk pegawai yang mengiringi mereka. Bayangkan kalau macam ni lah bentuk perbelanjaan, memang sungguh macam DS Idris Jala kata la, 2019 akan bengkrap sungguh la. Itu baru 2 orang, tambah dengan menteri lain lagi, dahsyat la depa ni.
Zaman Pak Lah dulu tak banyak macam ni pun, apasal ha, tanya kawan, hampa jawab la sendiri, kalau tidak tak ad ale 300 barang cuti dihapis tu, termasuk baju dalam dan seluar dalam, bahkan kelambu pun ada, lepas ni boleh la beli kelambu simpan banyak-banyak..

Monday, October 18, 2010

Gigi dan taring!!!

4. Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pertahanan
menyatakan berapa kalikah operasi pengaman negara telah dilibatkan di bawah panji
PBB dan berapa anggota terlibat dan apakah peranan Malaysia di dalam misi ini dapat
memberikan impak positif kepada negara dan tentera kita serta berapa jumlah
perbelanjaan yang terlibat.
Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan
Yang di-Pertua, penglibatan negara dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) telah bermula sejak tahun 60-an lagi. Sehingga kini, Malaysia telah
terlibat dala tujuh misi pengaman yang melibatkan hampir 20,000 pegawai dan lain-lain
pangkat Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:
(i) United Nations Operation in Congo (UNOC) dengan izin, daripada
tahun 1960 hingga 1963;
(ii) United Nation Transition Assistant Group (UNTAG) di Namibia
dari Februari 1989 hingga April 1990;
(iii) United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC), di
Cambodia mulai Mac 1993 hingga November 1993;
(iv) United Nations Operation in Somalia (UNOSOM II) tahun 1993
hingga 1995;
(v) United Nations Protection Force in Bosnia (UNPROFOR) di
Bosnia Herzegovina tahun 1993 hingga 1998;
(vi) Operasi Khas Timor Leste, Mei 2006 hingga Ogos 2006;
(vii) United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), tahun 2007
hingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dengan penyertaan Malaysia dalam pelbagai misi
pengaman di seluruh dunia telah memberi impak positif kepada negara dan ATM
khususnya. Untuk ATM ia memberi input dan pengalaman, pengetahuan yang berguna,
bagaimana kita berhadapan dengan pelbagai konflik yang berlaku di negara-negara
tersebut. Ia sebenarnya membina jati diri anggota-anggota kita, betapa nikmatnya hidup
di Malaysia dalam suasana berbilang kaum, berbilang agama, kita masih ada elemenelemen
toleransi.
Kedua, ia juga menguji kesediaan angkatan tentera serta pengalaman
mengaplikasikan doktrin-doktrin peperangan atau pertahanan yang terbaru. Antara
lainnya, kita juga dapat kesan impak dari sudut ekonomi kerana negara-negara yang
berkonflik ini apabila aman sudah tentu membuka banyak peluang-peluang pelaburan
kepada pelabur-pelabur dalam negara. Tidak perlulah saya beri contoh di Cambodia, di
DR. 13.10.2010
14
Bosnia. Di mana-mana juga yang kita beroperasi ada kesan impak positif kepada
ekonomi negara kita.
Sambil itu juga, ia dapat mempromosikan Malaysia sebagai negara tourism
kepada negara-negara ini. Sehingga kini hubungan-hubungan ini telah jelas
memperlihatkan advantage kepada kita. Dari sudut perbelanjaan sebenarnya semuanya
di reimburse kembali dengan izin, oleh United Nation. Bisanya, tiap-tiap misi itu
memakan belanja permulaan lebih kurang RM50 juta. Sekian, terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih sahabat saya
dari Mersing. Kita tahu tujuan pasukan pengaman ini dihantar adalah untuk menjaga
keamanan, kedaulatan dan atas dasar perikemanusiaan kepada sesebuah negara dan
ia tidak atas dasar politik dan juga agama.
Apabila berlaku konflik di Lubnan sekarang antara Israel dan Lubnan, Malaysia
telah mengesyorkan supaya diadakan misi pengaman negara-negara OIC. Apabila
berlaku kegiatan lanun di Laut Aden melalui Resolusi 1816 PBB iaitu membendung
kegiatan lanun antarabangsa, Malaysia telah mengesyorkan pasukan pengaman
maritim antarabangsa.
Apabila berlaku konflik Bosnia Herzegovina, dalam pasukan pengaman kita,
UNPROFOR telah melihat penyembelihan rakyat Bosnia oleh tentera-tentera Serbia.
Malaysia telah mengesyorkan supaya tentera pengaman ini dipertingkatkan
persenjataan mereka. Tiga syor yang telah dikemukakan oleh Malaysia pada ketika kita
mempunyai taring dan juga gigi, pengerusi NAM dan juga OIC tidak dihiraukan oleh
PBB.
Apakah pelan pasukan negara kita seterusnya kepada PBB, supaya kita ini
dilihat sebagai sebuah negara yang boleh membantu konflik di negara-negara luar?
Dalam suasana kita tidak mempunyai taring dan gigi lagi sekarang ini. Singa tidak ada
gigi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Yang Berhormat bukan doktor gigi,
doktor perubatan. Jadi Yang Berhormat tidak ada kuasa hendak cabut gigi orang
melainkan Yang Berhormat doktor gigi. [Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dia bukan cabut gigi. Dia
menyepak bagi luruh gigi.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
DR. 13.10.2010
15
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, ya lah saya
maafkan Yang Berhormat Pendang kerana dia tidak ada pengalaman duduk dekat sini.
Tidak dapat banyak maklumat.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Sama ada, ada gigi atau tidak...
Seorang Ahli: Sombong nampak?
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tidak. Yang Berhormat kalau duduk
dekat sini mungkin jadi Menteri Kesihatan. Timbalan Menteri Yang Berhormat Pokok
Sena. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Bagi
jawapan sahaja Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Jawablah ini. [Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ini yang payah, pasal doktor
kesihatan.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sama ada taring
atau tidak, sama ada kita jadi Pengerusi NAM atau Pengerusi OIC, ia tidak ada sangkut
paut langsung. Kita tidak jadi Pengerusi NAM masa Congo pun perkhidmatan kita
diiktiraf.
Di Somalia pun, tidak ada. Malah kalau hendak ada taring sewaktu kita menjadi
anggota keselamatan PBB. Ini tidak lama lagi hendak habis, kita hendak lobi. Sekarang
lobi pun sudah bermula di mana pegawai-pegawai tinggi kita yang berkhidmat di United
Nations, mereka bukan berkhidmat untuk negara kita. Kerana kepakaran mereka dalam
hal-hal ketenteraan dan pertahanan, mereka telah dikesan oleh United Nations untuk
berkhidmat. Yang terbaru, saya ada terjumpa di New York baru-baru ini ada tiga orang
berpangkat kolonel. Seorang kapten navy, seorang etnik India.
Jadi, oleh kerana kepelbagaian kita itu, sebenarnya yang menunjukkan dan track
record kita yang baik. Ini bukan kerana ada gigi atau tidak ada gigi. Jadi, jelaslah
bahawa cadangan-cadangan kita dihormati kerana cadangan-cadangan kita adalah
logik dan praktikal. Sekian, terima kasih.

Hairan juga bila tanya tak mau jawab, tu ana belum tanya lagi pasal apa kita dah tak layak jadi pengerusi OIC dan NAM pula dah, dulu bukan main gah, masa jadi oengerusi pun tak boleh buat apa, dah tak ada apa-apa ni lagi lah tak boleh nak buat apa-apa, nasib lah kau Labi.

Sunday, October 17, 2010

Ziarah di hujung minggu.

Dalam kesuntukan masa dihujung minggu balik kekawasan, ana diberitahu ada seorang makcik yang agak uzur dan memerlukan sumbangan kerusi roda di kampong Pkok Tai Lama beliau tak mampu untuk berjalan dengan sempurna. Usia beliau agak lanjut dan lemah anggota disebelah bawah badan, berdiri pun hanya sekejap dan akan jatuh tersepuk kelantai. Beliau juga mempunyai seorang anak yang cacat akibat terkena minyak panas semasa menggoreng maruku untuk dijual , berlaku sama sehari dengan kejadian kebakaran di Sekolah Pondok pak Ya batu 16 katanya. Tangan kanannya mengalami contracture
sehingga tidak dapat berfungsi lagi ditambah dengan ketumbuhan disiku tangan yang sama, mengikut cerita Dr akan emmotong tangan tersebut diparas siku, dan dia rela kerana tidak tahan lagi dengan ketumbuhan tersebut.
Melalui rakan dan Su DHP Pendang, ana membeli sebuah kerusi roda untuk disumbangkan kepada makcik Ramlah Idris berusia 74 tahun
untuk kegunaan beliau serta anaknya dapatlah meringankan sikit bebanan untuk mengangkat kesana kemari.
Bagi anak beliau Khamidah Awang 54 tahun yang termasuk dalam kategori OKU ini, beliau mendapat bantuan bulanan daripada JKM Pendang.
Selepas itu ana terus ke rumah PakCik Said Ahmad
seorang pesara pejabat tanah Pendang yang tidak dapat melihat dengan jelas, dah berbagai macam jenis rawatan katanya diterima, namun tidak juga pulih untuk belaiu melihat saperti biasa dahulu.
Puncanya daripada tekanan darah tinggi .
Moga mereka bersabar menghadapi ujian Allah ini, terima kasih kepada Saudara Kunasegari SU DHPP Pendang.

Kalau hudud terlaksana kan beres.

Kes Liwat II - mai bab Mak Nyah & Pondan Siam Laa pulak..!!!


Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?
Mohd Rashidi Hasan
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

SELEPAS dua tahun tiga bulan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008. Tiba-tiba timbul pula nama Rahimi Osman dan Rasid Rosdi.

Rahimi dan Rasid mendakwa mereka dipaksa menandatangani akuan bersumpah (Statutory Declaration-SD), yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat. Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatanganinya oleh peguam Anwar, manakala Rasid pula mendakwa beliau tidak mengetahui kandungan SD tersebut?

Pengakuan kedua-duanya, dilakukan secara tiba-tiba selepas lebih 28 bulan, mengundang pelbagai persoalan di sebaliknya.

Reaksi awal rakan-rakan ada yang pening, ada yang risau Anwar banyak terhimpit dengan pelbagai masalah, malah ada juga yang menjangkakan perkara sebegini, yang berkait dengan tuduhan liwat akan berterusan.

Tetapi menurut Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, beliau sebenarnya, menjangkakan Rahimi dan Rasid akan tampil bersekali dengan Saiful pada Jun 2008 yang lalu.

Semasa berbual dengan penulis di Parlimen, Tian memberitahu Saiful, Rahimi dan Rasid adalah kawan baik. Selepas Saiful membuat tuduhan terhadap Anwar, maka peguam-peguam Anwar meminta kedua-duanya membuat pengakuan bagi mengelakkan fitnah yang lebih buruk timbul.

Pengakuan diminta secara baik. Bukannya paksa, bukan dengan ugutan atau secara yang tidak baik.

Justeru, mengapa sekarang ini keduanya mendakwa mereka dipaksa. Mengapa sekarang mereka baru muncul?

Maka kehadiran kelibat Rahimi dan Rasid dalam kes ini, yang secara 'reverse'nya mahu memerangkap Anwar, watak kedua-duanya dipercayai diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

Persoalannya di sini, mengapa watak kedua-dua mereka baru sekarang diwujudkan?

Watak mereka baru sahaja diwujudkan berpunca kerana, teori konspirasi kedua (Sodomi II) untuk memerangkap Anwar tidak menjadi. Semuannya habis kelam kelibut selepas pelbagai keraguan timbul dalam perbicaraan mahkamah.

Mari kita perincikan beberapa persoalan meragukan yang timbul dari kes sodomi II ini.

Pertama, jika kita mengimbas kembali rentetan peristiwa di mana, pada mulanya penuduh aksi liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang tampil ke balai polis pada 28 Jun 2008, membuat dakwaan bahawa beliau diliwat pada 26 Jun, iaitu dua hari sebelumnya.

Dalam laporannya, kenyataan dan persaksian yang diberikan, beliau mendakwa begitu trauma dengan Anwar Ibrahim, yang didakwa meliwat beliau secara paksa.

Malangnya dibuktikan pada 27 Jun, beliau masih berkunjung ke rumah orang yang didakwa meliwatnya, menghidangkan minuman dengan penuh senyuman kepada tetamu yang hadir.

Bagaimana mungkin orang yang trauma, mendakwa dipaksa, tidak merelakan adengan liwat berlaku, boleh sebumbung, bekerja dengan penuh gembira dengan 'penjenayah' yang melakukan kesalahan ke atasnya?

Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.

Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.

Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?

Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?

Banyak hal-hal teknikal yang tidak harus disentuh kerana mungkin ia menjejaskan perbicaraan. Cukup penulis paparkan sedikit, sekadar lontaran keraguan yang berlaku.

Ketiganya, sewaktu pertuduhan dibuat ke atas Anwar di mahkamah,

salinan pertuduhan yang diberikan, senarai saksi pendakwa tidak mahu diperincikan, banyak lagi perkara berkaitan dan dokumen berkaitan perundangan tidak diberikan.

Permintaan pihak yang tertuduh, memang menepati prosedur undang-undang. Anwar harus dibekalkan maklumat tersebut kerana ia bertujuan untuk menyediakan jawapan pembelaan.

Bagaimana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pertuduhan dibuat ke atas seseorang, tetapi hak tertuduh untuk membuat pembelaan sewajarnya disekat sama sekali?

Jika kes ini pure criminal, tanpa campurtangan politik, seharusnya pihak pendakwaraya tidak perlu takut untuk membekalkan kepada peguam Anwar, senarai dokumen pertuduhan.

Keempat, dalam membicarakan soal konspirasi politik. Ianya bukan semata-mata mainan mulut Pakatan Rakyat. Ianyanya benar-benar wujud.

Sewaktu kes ini hangat diperkatakan, Saiful berjumpa dengan Pegawai Khas Najib (semasa TPM), Khairil Anas di pejabat TPM waktu itu. Maka timbul desas desus bahawa Najib terbabit, sama ada terlibat dalam kes atau ada menerima kunjungan Saiful, beberapa hari sebelum 28 Jun 2008.

Apabila Saiful dikaitkan dengan Najib, beliau membuat penafian. Selepas didesak dan gambar Saiful bersama Khairil didedahkan, Najib membuat pengakuan, bahawa beliau menerima kunjungan Saiful kerana

untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran'.

Apabila dibangkitkan persoalan, bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal atau yang gagal boleh memohon biasiswa, maka akhirnya Najib terpaksa mengaku Saiful datang kepadanya mengadu diliwat Anwar.

Persoalan yang berbangkit di sini, jika benar Najib tidak terbabit dalam mengatur kes liwat Anwar, mengapa beliau terpaksa 'bersilat' dengan pelbagai penafian, akhirnya bila terdesak barulah beliau mengaku. Kalau tidak salah mengapa sekejap nafi, sekejap akui?

Okay, katalah kita beri lagi excuse, mungkin Najib tidak terbabit, tetapi beliau menerima Saiful sebagai rakyat bawahan yang kononnya teraniaya. Beliau mungkin menerima kehadiran Saiful atas sifatnya seorang pemimpin yang prihatin.

Persoalannya, semua orang tahu hendak berjumpa PM atau TPM merupakan sesuatu yang amat sukar. Mungkin juga mustahil.

Justeru, kabel mana yang diguna Saiful untuk mudah-mudah berjumpa PM atau TPM ? Ingat bukan sahaja TPM, Saiful juga ada nombor talian mudah-alih Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang beliau boleh call secara direct.

Ini menimbulkan keraguan, kabel mana yang bawa Saiful berjumpa Najib. Ada pihak mendakwa ianya ada kaitan dengan Senator Mohamed Ezam Mohd Nor?

Jika Najib menafikan terbabit dalam konspirasi, mengapa Ezam membawa atau mengaturkan Saiful berjumpa Najib. apakah agenda Ezam sebenarnya?

Apakah Ezam yang dibawa masuk ke dalam Umno melalui Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mempunyai agenda tertentu untuk memalitkan Najib supaya terus bermusuhan dengan Anwar?

Kerja fasa pertama Ezam sudah beres. Beliau sudah mendapat kurnia Senator. Apakah kehadiran kelibat Rahimi dan Rasid juga akibat daripada kerja-kerja Ezam?

Maka jika diperincikan kes sodomi II ini, mula-mula didakwa kes jenayah, tetapi kini sudah menjadi konpirasi politik pula.

Ada banyak fakta boleh dikemukakan. Tetapi empat perkara asas yang dikemukakan secara umum di atas, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa usaha pihak pendakwaraya untuk membuktikan Anwar bersalah dalam kes sodomi II tidak lagi credible. Kes sudah tidak kuat dan tiada substance.

Itu tidak lagi masuk fakta bagaimana dakwaan saksi utama iaitu Saiful, yang kredibilitinya dimusnahkan dengan pengakuan tidak mandi junub, tidak solat dan sebagainya.

Apabila banyak keraguan timbul, yang memungkinkan pendakwaan tidak kuat, maka pihak tertentu seolah-olahnya mencari jalan, bagaimana hendak 'mengenakan' Anwar. Bagi mereka, Anwar mesti dipersalahkan juga.

Maka dengan sebab itu, maka timbullah nama Rahimi dan Rasid, bagi memperkuatkan kes Saiful yang sudah goyah. Itu sahaja puncanya. Kes sodomi II ini sudah menjadi macam sarkas pun ada, macam kartun pun ada.

Tunggulah selepas ini siapa lagi hendak tampil, kot-kot ada mak nyah atau pondan Siam mana pula, selepas ini mengaku diliwat Anwar!

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.