Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, August 13, 2010

Dari kencing tikus ke sekolah mengandong!.

Sebut pasal kencing tikus dan sekolah mengandung ni, ana agak tertarik untuk ulas pada hari ini. Sebelum tu nak ucapkan dulu kepada kawan-kawan baik dalam parti atau luar parti, dalam sekolah atau luar sekolah bahkan kepada semua muslimin dan muslimat, marhaban ya Ramadhan moga tahun ini kita akan menjadi manusia yang beriman yang lebih baik daripada tahun lalu,insyaallah.
Sebut pasal kencing tikus dan penyakit yang dibawanya leptosrirosis, ana masa dok sekolah dan kerja dihospital dulu, sebut saja kencing tikus ni memang agak takut juga, kerana kadar kematian atau mortality yang tinggi juga kerana ia melibatkan jangkitan dan keradangan didalam anggota dalam badan saperti hati, jantung, buah pinggang dan paru-paru yang akan bernanah , kalau kalau tak dirawat dengan cepat dan berkesan, maka akan masalahlah pesakit tersebut. Di Hospital ana kerja dulu, memang banyak tikus, bahkan kucing pun takut dengan tikus tersebut kerana sangat besar dan banyak , berkeliaran terutama sebelah malam, tetapi tak pula dengar ada yang terkena masalah penyakit kencing tikus ini.
Apa yang menjadi bertambah menarik bilamana ada tempat peranginan yang ditutup kerana ada yang disyaki menjadi mangsa penyakit ini berpunca daripada kencing tikus, sebenarnya ada lagi haiwan lain yang membawa bakteria ini, tetapi kerana ia lebih famous dengan tikus,maka jadi mangsalah tikus. Oleh kerana berbetulan dengan wujudnya idea nak buka sekolah mengandung di Melaka, maka penyakit ini dan penutupan pusat peranginan yang menjdi tempat pasangan anak sekolah dan muda mudi memadu asrama kasih sehingga membenihkan hasil didalam rahim mereka sewaktu masih bersekolah dan terus akan dipungut untuk dimasukkan kesekolah mengandung di Negeri DS Ali Rustam dan bekas Negeri TS Rahim Tamby Chik nanti tu.
Mungkin perancangan Allah , bila sebut nak ambil pelajar ini dikumpulkan disatu sekolah, mungkin disekobut sekolah asrama penuh diberi bantuan segalanya sehingga kepada susu dan pampers serta pengasuh, maka suatu fenomena dimana Allah menghantar bakteri kesemua tempat yang sering menjdi tumpuan muda-mudi pelajar tadi berasmaradana sehingga terpaksa ditutup dan sudah pasti ini akan menjadikan kawasan tersebut sebagai larangan . Mungkinlah ini sebagai satu amaran agar menjauhi tempat ini pada bila-bila masa pun kalau tujuanya hanya untuk memadu kasih dan melampiaskan nafsu sehingga membenihkan zuriat?.
Sedarilah wahai umat manusia yang beriman, bahawa dunia sudah tidak mampu lagi menanggung ramainya anak benih yang dibuang dimerata tempat sekarang ini , sebab itulah punca kepada benih ini ditanam di sekat oleh Allah dengan membawa mari satu jenis kuman iaitu leptospira sehingga terpaksa ditutup dan dihalang daripada gejala ini terus berleluasa. Kita masih ingat heboh pasal lakonan pelajar di peranginan Tupah sedikit masa dulu, apakah wabak ini akan juga pergi ketempat peranginan yang lain.?.
Apakah Allah merestui kita menghadapi masalah mengandung semasa belajar ini dengan mengumpulakan mereka disebuah sekolah, apakah nanti akan terjadi kepada masyarakat kita 20 -30 tahun akan datang dengan jumlah anak-anak yang tidak sah bapa ini, apakah suasana dibarat akan mencorakkan masyarakat muslim kita?, sampai bilakah kita nak pendamkan hukum Allah daripada dilaksanakan?? tepuk dada tanyalah iman.
Lindunganlah umat ini daripada gejala kerosakan zuriat ini ya Allah.

Tuesday, August 10, 2010


Marhaban Ya Ramadhan.

Ramadhan datang lagi, kali ini dalam suasana yang penuh dengan cabaran dengan kenaikan harga minyak dan barangan yang agak membebankan rakyat, alasan yang diberikan adalah kerana men'rationalisasikan' subsidi. Memang bila sebut subsidi, ia agak sensitif kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana pada pandangan mereka, negara akan muflis pada tahun 2019 nanti kerana terpaksa membelanjakan 74 billoin ringgit setahun untuk subsidi kepada rakyat dalam negara ini kerana semua yang miskin dan kaya dapat subsidi bahkan rakyat asing juga beroleh subsidi, padahal semasa mengutip cukai perkara ini ada perbezaan nya, yakni orang kaya dikutip banyak atau sumbang banyak tetapi orang miskin tidak dikenakan cukai, maknyanya ada perbezaan disini.

Sebut pasal sbsidi ini, atau bahasa lain boleh kata diskaun lah, terdapat juga kata-kata nakal dari kalangan yang juga sensitif bila kita sebut perkara ini, yakni ianya akan memberi faedah kepada rakyat miskin, tetapi ada ketika dimana diskaun dan subsidi ini juga dinikmati juga oleh mereka yang bergelar billion air yang ada banyak khazanah dalam negara ini, bahkan rumah dan kedai berderet tetapi masih lagi menikmati diskaun dan subsidi ini, apalah salahnya jika mereka yang sudah ada billion dalam akaun mensedekahkan diskaun mereka ini kepada simiskin yang tidak mampu langsung atau kurang mampu untuk membeli harta bahkan yang pertama untuk diduduki pun, taklah kena menyewa sehingga sepanjang hayat dia sekeluarga. Memang kalau kena orang marhaen, mereka tak marah dipotong subsidi, bahkan mereka yang galakkan dialkukan pemotongan subsidi, tetapi bila diskaun dan subsidi ini dipotong daripada keistimewaan kepada orang kaya, maka marah benar mereka, adilkah begini???.

Sempena Ramadhan tahun ini, sama-samalah kita berusaha untuk membanyakkan pahala dan harapkan ganjaran daripada allah serta rebutlah peluang untuk mendapat keampunan daripada allah kerana dalam sebuah hadis Rasulullah ada menyebut , dilaknat manusia yang beriman apabila tiba diakhir Ramadhan mereka tidak mendapat keampunan daripada Allah. Memang agak keras pengertian hadis ini, tetapi itulah yang berlaku dan sering terjadi didalam masyarakat kita, berpuasa bagai nak rak, tetapi sembahyang tidak mahu dikerjakan, berpuasa letih dan dahaga amat sangat, tetapi dalam suasana kepasar Raadhan masih pakai yang mendedahkan aurat, masih berpakaian tapi bertelanjang, berpakaian ketat sendat, masih bergaul jantan betina tanpa batasan, mana nak harap keampunan daripada allah. Sebab itu institusi Ramadhan ini merupakan sebuah kelas untuk kita berjihad melawan nafsu dan juga sebuah kelas untuk berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan agar bila tiba diakhir Ramadhan nanti kita akan menjadi manusia yang diampun segala dosa bagaikan baru dilahir kemuka dunia ini.

Janganlah nanti bila selesai bulan Ramadhan,kita masih lagi ditakuk lama, kalau yang tidak menutup aurat masih lagi dalam fesyen yang lama, kalau yang reambut merah masih lagi suka kepada budaya tersebut, kalau dalam suasana pergaulan bebas masih lagi intim dan sosial yang ditegah agama, sehingga apa yang dapat saperti disebut dalam hadis Nabi hanya lapar dan dahaga sahaja.

Moga Ramadhan tahun ini akan menjadikan satu titik permulaan buat kita melakukan perubahan kerana diakhir Ramadhan diharap ketaqwaan yang dijanjikan Allah itulah yang akan membuatkan kita menjadi manusia yang sanggup berubah, kalau sebelum ini kita masih menyokong perjuangan yang tidak berlandaskan Islam, maka selepas menjadi manusia bertaqwa ini kita akan lebih ghairah menjadi penyokong perjuangan Islam sesuai dengan ketqwaan yang kita dapat, kalau sebelum ini kita melakukan rasuah dan menipu untuk mendapat rezeki yang tidak halal memelihara anak dan isteri, maka denga sifat taqwa yang allah ganjarkan itu menjadikan kita manusia yang menjauhi rasuah dan menipu, kalau sebelum ini kita menzalimi rakyat dengan menafikan hak mereka saperti royalti minyak dan perkapita termasuk bantuan kepada sekolah agama rakyat, maka denga sifat ketaqwaan hasil Ramadhan ini kita buang semua sifat-sifat penzaliman dan ketidakadilan tersebut kepada sifat ingin membantu sesama umat dan sebangsa bahkan itulah sebenarnya hasilketaqwaan yang kita tuai daripada semaian yang kita tanam sepanjang Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Selamat berpuasa moga kita beroleh ketaqwaan. Aminnnn.

Sunday, August 8, 2010

Banyak juga ya duit PAS ni.

Banyak juga duit PAS ni kalau dipercayai rakyat akan pernyataan bekas calon PM S46 ini yang kini dah jadi Menteri Belia dan Sukan ini. Maklumlah kata orang dia dulu jadi ahli PAS dan pernah menduduki Pemuda PAS , sudah tentu ramai yang percaya kata-kata beliau, saperti mana kata-kata beliau masa berdebata buat kali pertama dan terakhir dengan DSAI dalam isu harga minyal naik dalam TV Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka tempoh hari.

Sampai ratusan juta kata dia kerana nak groom student dari Mesir untuk menyokong PAS dan membantu PAS untuk menjadi pemerintah di Malaysia sebagai mengganti UMNO yang semakin kehilangan kemudi sekarang ini.

Kalaulah banyak tu duit yang PAS ada dan boleh habiskan hanya untuk groomkan student itu, maka buat apalah lagi susah-susah kita tadah uncang dan buat tabung untuk kumpul dana untuk belanja setiap kali pilihanraya nak diadakan.

Rakyat sebenarnya boleh menilai, dan membuat keputusan bahawa itulah sahaja mentaliti Menteri yang jaga belia dizaman DS Najib ni , dan jenis pemikiran itu sajalah yang ada kerana hujah lain sudah kering dah, dari ulamak muda hingga mufti dan hingga pelakon filem porno pun dah mereka gunakan untuk menghentam PAS, tetapi rakyat nampaknya lebih mengerti berbanding dengan pemimpin mereka lagi.

Kita nak tanya kepada Menteri ini, apa ilmu yang diajar kepada anak-anak kita di Mesir dan lain-lain negara timur tengah sana, apakah jenis dan bentuk pergaulan yang mereka pelajari disana dan jenis kepimpinan dan pemerintahan macam manakah yang mereka pelajari dalam ilmu mereka sehingga mereka nak mendekati dan menuruti apa yang PAS bawa daripada apa yang parti Menteri bawa.

Kita cerita pasal kes Altantunya kepada mereka, apakah motif pembunuhan tidak penting tanya mereka kerana dalam kes lain perkara pertama polis akan ditanya adalah apakah motif kenapa pembunuhan terjadi, begitu juga apa yang mereka pelajari bahawa Yahudi adalah musuh Islam dan ummat Islam, tanya mereka kenapa kita sanggup bayar sampai 77 juta untuk mengambil syarikat yang pengarahnya terdiri dari musuh Islam menasihatkan kita, bahkan bila mereka bandingkan corak pemrintahan yang dilaksanakan oleh parti Menteri berbanding dengan yang ada dibawah parti bukan Menteri, mereka nampak banyak perbezaan dari segi ketelusan, tidak ada rasuah dan projek dengan tender terbuka tanpa ada yang terpaksa beri kepada adik beradik dan kroni kranak, bahkan bila mereka lihat anak dan isteri pemimpin parti Menteri dengan pemimpin PAS maka mereka dapat bezakan mana yang lebih dekat dengan yang meraka belajar didalam kitab daripada Prof di Mesir sana, bahkan mereka tidak pernah jumpa lagi pemimpin PAS yang sanggup membunuh diri atas apa juga alasan, tetapi yang dibunuh atas memperjuangkan yang hak memang ada, dan mereka juga melihat tidak ada lagi pemimpin PAS yang menangkap dan mengurung orang tanpa bicara saperti yang sering mereka lihat berlaku dan dilakukan oleh pemimpin parti Menteri, jadi kata mereka tak perlulah sampai beratus juta nak tarik atau groom mereka, kerana bila sudah reti dan cerdik, mereka cari sendirilah yang mana Allah dan Rasul redha.

Antara Awang Selamat dan Chua Soi Leck

JAWAPAN KEPADA AWANG SELAMAT - DAP LEBIH BAIK DARIPADA UMNO
Oleh: WFAUZDIN NS
NAMPAKNYA sudah terlalu banyak penulis yang buat ulasan terhadap komentar Awang Selamat di Utusan Malaysia seperti yang dipetik oleh Malaysiakini. Setelah membaca banyak penulisan sahabat-sahabat tentang Awang Selamat, maka bolehlah saya anggap bahawa Awang Selamat tidaklah secerdik mana walaupun begitu lama bertugas di akhbar pencacai ternama itu. Memadai tulisan para sahabat, walaupun ramai di kalangannya tidak pernah memegang jawatan di mana-mana akhbar sudah cukup untuk menjadikan Awang Selamat kelihatan amat dungu.Masalah yang menghantui Awang Selamat iaitu mengapa PAS lebih selesa memilih DAP jika dibandingkan dengan Umno, pesoalan itu sebenarnya ahli-ahli Umno biasa pun tahu jawapannya. Ini adalah kerana ahli-ahli Umno bawahan kebanyakannya orang-orang Melayu yang ingin sekali melihat bangsa Melayu terbela di bawah Umno nampaknya gagal. Orang-orang Melayu Islam yang ingin sekali melihat Islam didaulatkan di negara ini di bawah Umno juga gagal. Malahan terlalu banyak bukti betapa Umno lah sebenarnya perosak Melayu dan perosak kepada Islam sepanjang Umno berkuasa.Mengapa PAS pilih DAP ? Memang benar DAP adalah parti yang tidak akan faham Islam kerana DAP bukan parti yang majoriti dikuasai oleh orang-orang Islam. Mereka yang bukan Islam tidak berhak dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Islam apatah lagi mereka tidak punyai kuasa seperti Umno. Sejauh mana mereka mengkritik Islam, tidak akan memberi kesan kepada kita yang diwajibkan untuk memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Segala kritikan mereka terhadap Islam mesti kita jawab dengan hujah kita sepertimana yang sering dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz di dalam menjawab isu Negara Islam yang dibangkitkan oleh Karpal Singh. Adakah PAS mengikut telunjuk DAP? Tidak, malahan PAS mahu menunjukkan kepada DAP keindahan Islam itu.Mengapa tidak Umno? Adakah PAS perlu mengajar Umno tentang kehendak Islam sama seperti PAS mengajar DAP? Umno adalah parti yang mengaku Islam, mengapakah Umno tidak pernah ingin membantu PAS untuk menegakkan Negara Islam di negara ini sedangkan Umno adalah parti yang berkuasa sekarang di peringkat Pusat? Mengapa perlu Umno menuding jari kepada DAP agar DAP sokong sebuah Negara Islam yang dicita-citakan oleh PAS itu? Manakah lebih besar kesannya, parti yang menentang Islam tetapi tidak berkuasa dengan parti yang menentang Islam tetapi mempunyai segala kuasa? DAP parti yang Non Muslim, tidak punyai kuasa tertinggi di Pusat. Umno parti Melayu Islam dan mempunyai kuasa tertinggi di Pusat. Kedua-duanya, siapakah yang paing bahaya jika menentang perlaksanaan Hukum Islam? DAP atau Umno? Sejarah juga telah membuktikan bahawa penentangan seorang dua pemimpin DAP terhadap Islam tidak menghalang mereka untuk terus menyokong PAS di dalam setiap pilihanraya, meskipun mereka tahu PAS komited dengan dasar Islamnya. Manakala Umno pula, mulut berkata mahu kepada Islam tetapi Umno lah yang banyak melakukan sekatan dan penganiayaan terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bukan sedikit pemimpin PAS yang telah ditangkap bahkan ada yang mati dalam perjuangan Islam kerana hasil kerja tangan-tangan Umno, bukan tangan-tangan DAP. Penentangan DAP hanyalah penentangan dari mulut seorang dua pimpinan mereka yang jahil terhadap Islam. Ini tidak merisaukan PAS jauh sekali untuk melemahkan PAS. Tetapi, penentangan Umno bukan sahaja datangnya dari mulut bahkan mereka gunakan kuasa eksekutif mereka untuk menentukan PAS gagal melaksanakan amanah Allah ini. Apakah ini kerana Umno juga jahil seperti DAP?Justeru itu, jawapan kepada persoalan mengapa PAS lebih selesa bekerjasama dengan DAP daripada Umno sudah terjawab. Awang Selamat tentu tahu sejarah penentangan Umno terhadap PAS dan beliau juga tahu betapa DAP di dalam tidak `Islam'nya masih membantu PAS. Adakah PAS tidak perlukan kawan yang sentiasa membantu perjuangannya semata-mata untuk bersama Umno yang sudah terang-terang banyak menganiayai perjuangannya?/wfauzdin.blogspot.com

UMNO GAGAL - US NASHA SEDIA TERANGKAN ISLAM PADA CHUA SOI LEK
Amalan korupsi Umno, punca Soi Lek keliru
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Kegagalan Umno BN mengimplementasi Islam sebenar punca Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek salah faham tentang Islam.Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berkata, amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa Umno telah menyebabkan Islam disalah tafsir oleh bukan Islam termasuk Soi Lek."Fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau bukan kerana kecacatan dan ketempangan Islam."Bahkan ia adalah kesilapan pemerintah yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan kuasa kerana gagal mengimplementasikan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara," katanya.Soi Lek sebelum ini mendakwa bahawa PAS dan Umno telah menggunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.PAS, kata Nasharudin begitu terkilan dengan pandangan Soi Lek terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak dari penubuhannya sehingga ke hari ini dan seterusnya."Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah Islam yang tulen dan diambil daripada sumber-sumber yang benar dan ia adalah agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat," katanya.Umat Islam jelasnya diwajibkan untuk berdakwah samada kepada bangsa Melayu, Cina, India dan seluruh manusia agar Islam terus dimartabatkan dan disanjung tinggi.Manakala dakwah kepada orang Melayu adalah yang paling utama memandangkan mereka telah beragama Islam dan ia merupakan sasaran dakwah yang perlu diberikan perhatian serius pada hari ini."Saya selaku Timbalan Presiden PAS terpanggil untuk bertemu dan menerangkan intipati Islam yang sebenar kepada Datuk Chua Soi Lek."Saya percaya Islam mempunyai solusi-solusi terhadap pemasalahan yang berlaku. Malah, PAS sendiri telah menggagaskan agenda ‘Islam Untuk Semua’, ‘Islam Memimpin Perubahan’ dan ‘Islam Adil Untuk Semua’ kerana berkeyakinan bahawa hanya Islam yang mampu menyelamat manusia di dunia dan di akhirat," katanya./Harakahdaily

Kesian juga kat UMNO ni, dari Ulamak muda, hingga ulamak bergelar mufti dan kini kepada pelakon filem porno pula habis digunakan mereka hanya untuk satu tujuan, untuk menyambung hayat yang sudah hampir nak putus akibat daripada kemeluatan rakyat kepada mereka dan hari ini satu talian hayat UMNO iaitu FELDA sudah nampak mula nak putus satu demi satu apabila 700 peneroka menyaman FELDA kerana telah sedar akan penipuan yang dibuat oleh agensi terbabit didalam urusan pembelian kelapa sawit daripada peneroka.. Cuma yang belum nampak nak terputus lagi adalah undi pos , tetapi insyaallah seandainya penerangan yang diberikan boleh sampai kepada seluruh rakyat, maka akhirnya ia akan terputus juga nanti.

Moga dengan adanya kesedaran rakyat yang bertambah dari hari kehari, maka akan runtuhlah nanti keegoan UBN yang sudah lama memerintah tetapi menambahkan perit didalam denyut nadi kehidupan rakyat terbanyak.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.