Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, February 27, 2009

Duit duit, asal mashuk shudah, tak kira punca halal ka haram ka apa peduli!!

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh telah mendakwa ditawarkan RM20 juta oleh 'agen-agen' Dato'Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri. Iklan



Beliau mendakwa setiap hari dihubungi oleh agen Najib dan bertanya berapa bayaran yang beliau mahu sekiranya ia tidak terima RM20 juta itu.

Tawaran itu katanya dibuat sebelum Tahun Baru Cina dan mendakwa sekiranya bersetuju beliau dijanjikan dengan jawatan tertentu.

"Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tawaran itu tetapi setiap hari dihubungi barulah saya dapati ada satu usaha untuk saya bersetuju melompat ke BN,"katanya.

Menurut beliau, tawaran ini semakin aggresif mendapati 'agen-agen' menggunakan jiran, kawan dan saudara beliau untuk mempengaruhinya.

Tu dia, baru rakyat faham macam ni.
Bila wakil rakyat hilang, sampai anak isteri menangis tak jawab telefon dan SMS, tiba-tiba tersenyum dengan DS Najib dan kata kami sokong BN, lepas tu boleh tumbangkan kerajaan yang sah menang dalam pilihanraya tanpa perlu bawa usul dalam sidang DUN macam yang yang hendak di buat oleh DSAI tetapi gagal kerana kena bawa lari ke Taiwan hari tu. Usul undi tak percaya yang hendak dibentang dalam dewan rakyat hari tu tak dapat dibawa kerana kena pelari wakil rakyat beramai-ramai ke Taiwan tu la pasalnya.

Tapi kalau kita lihat jumlah wang tambahan yang diperolehi hasil judi tu, memang la boleh digunakan untuk beli wakil yang melompat tu, kalau seorang 20 juta baru 69 juta, yang lebih 10 juta tu untuk tukang runding la kot ? kena tanya depa la, ana tak pandai bab duit menduit ni.

Thursday, February 26, 2009

Bersihkah bakal PM kita?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Soalan yang ingin saya kemukakan ialah ini adalah isu berkaitan dengan kepercayaan semua rakyat berkenaan dengan seseorang yang dilantik sebagai seorang Perdana Menteri. Apabila Yang Berhormat menyatakan bahawa ada sistem Perlembagaan dan sebagainya, saya nak tahu apakah kaedah-kaedah perlindungan yang sedia ada dalam sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada untuk memastikan bahawa calon untuk Perdana Menteri itu bebas daripada sebarang kekurangan ataupun skandal. Khususnya jenayah berat seperti kes pembunuhan Altantuya di mana semua rakyat Malaysia mengetahui berkenaan dengannya tetapi tidak ada sebarang siasatan berkenaan dengannya.

Walaupun pegawai penyiasat sendiri dalam kes itu jelas menyatakan bahawa calon Perdana Menteri yang akan datang untuk Malaysia itu adalah seorang saksi yang penting dalam kes itu tetapi tidak langsung disiasat.

Bagaimanakah rakyat keseluruhan Malaysia harus yakin dengan kredibiliti seseorang calon sedemikian untuk menjadi Perdana Menteri dan sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada dalam negara ini. Bukankah penting kami mengadakan sistem di mana semua rakyat boleh buat keputusan berkenaan dengan siapa yang akan menjadi ketua kerajaan. Itu adalah di tangan rakyat, bukan seperti di sini. Ahli Parlimen Pekan akan menjadi Perdana Menteri, akan tetapi memang ada skandal yang sangat teruk. Terlibat dalam kes pembunuhan. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ini bukan saya cakap. Yang Berhormat ini bukan saya nyatakan. Apa yang dinyatakan oleh pegawai penyiasat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pegawai penyiasat sendiri menyatakan dalam kes itu. Super attendant yang menyatakan dia menjadi satu saksi yang penting. Apakah langkahlangkah yang sedia ada dalam kerajaan dan dalam UMNO untuk memastikan bahawa calon sedemikian tidak menjadi calon di Malaysia?.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah kaedah-kaedah yang sedia ada? Sila jawab soalan itu.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, di negara Malaysia kita sistem perundangan ialah iaitu bahawa seseorang itu tidak bersalah kalau sekiranya dia tidak didakwa di mahkamah dan didapati bersalah. Yang Berhormat pun seorang peguam. Jadi pokoknya di sini iaitu bahawa apa Yang Berhormat bangkit, ini hanya merupakan spekulasi. Spekulasi tidak boleh mempengaruhi satu keputusan. Ini kerana kita harus membuat keputusan mengikut asas-asas bukti dan nyata yang sememangnya bukti mencukupi untuk sesuatu perkara itu di tuduh terhadap seseorang individu.

Jadi walaupun Yang Berhormat kata iaitu dalam keadaan sekarang iaitu bahawa seorang calon di katakan spekulasi mengatakan calon itu terlibat. Akan tetapi Yang Berhormat pun tahu, apa sekali pun sistem katalah macam pemilihan secara langsung Presiden. Kalau ia berlaku midstream, berdasarkan kepada spekulasi kita tidak boleh mengatakan bahawa Presiden itu patut turun, tidak boleh. Jadi sebab itu sistem apa sekali pun tidak boleh menyebabkan seseorang yang telah memegang jawatan atau bakal memegang jawatan, diturunkan at midstream dan tidak ada pilihan raya. Presiden secara langsung pun, kalau Yang Berhormat hendak Perdana Menteri dipilih secara langsung at midstream middle term tidak boleh buat apa.

Tapi dalam kes ini Yang Berhormat sebut, itu spekulasi sahaja. Itu satu tuduhan yang liar yang dibuat oleh Yang Berhormat terhadap seseorang individu berdasarkan kepada Yang Berhormat dengar rumours dekat luar. Namun Yang Berhormat, di Malaysia Perlembagaan kita cukup baik. Ini kerana saya ingin sebut di sini iaitu bahawa artikel dalam Perlembagaan, Artikel 40 berkenaan dengan pelantikan Perdana Menteri mengatakan iaitu bahawa 40(2), “ The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say: (a) the appointment of a Prime Minister,” one of them. Ini bermakna iaitu bahawa dalam keadaan sekarang, kalau macam-macam cerita ada. Akan tetapi Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dia ada discretion untuk sama ada tidak terima atau terima.

Jadi kita punya Perlembagaan adalah baik. Ini kerana Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya dia juga at his discretion dalam hal ini. Walaupun dalam hal-hal lain dia akan bertindak on the advice. Akan tetapi dalam hal pelantikan Perdana Menteri, itu dibuat mengikut discretion dia. Jadi kita, at the fountain of justice Yang di-Pertuan Agong, kita benarkanlah untuk Tuanku membuat keputusannya. Kalau mari masa nanti, kalau Tuanku menerima pelantikan Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri, maka bukanlah bagi kita untuk mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, point of order 36(12).

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: DAP pilih pemimpin macam mana?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Siapa itu? Yang Berhormat Batu Pahat, ini kacau biasa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, berkaitan dengan apa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Berkaitan dengan apa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ada apa-apa soalan? Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa penglibatan Ahli Parlimen Pekan dalam kes pembunuhan itu adalah spekulasi sahaja. Ini adalah satu kenyataan tidak betul, misleading The House. Ini kerana apa yang berlaku adalah ini. Saya sendiri menyoal balas pegawai penyiasat, super attendant gun. Berkenaan perkara ini dalam kes Raja Petra, dia pegawai penyiasat kes Altantuya. Dia memberi mahkamah di bawah sumpah. Dia setuju bahawa Ahli Parlimen Pekan...[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dia beritahu bahawa Ahli Parlimen Pekan...

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Sebut peraturanlah...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Adalah 36(12)..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain minta dia Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan rekod.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You don’t have to explain.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I want to explain.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, untuk rekod... [Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu Yang Berhormat. Yang Berhormat straight to point of order. Saya menilai point of order Yang Berhormat. Don’t have to present that case.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Fakta saya belum berikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, saya kena bagi tahu fakta.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh kerana saya belum menyatakan apa fakta yang benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup, cukup.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah fakta yang benar? Pegawai penyiasat sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Having repeating that sentence that many-many time Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yes, yes...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya faham point of order 36(12).

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Jangan melindungi sesiapa di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak melindungi Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh. Biarkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...saya habis, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Sudah habis.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Biarkan saya habis, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis cukup. Saya menerima point of order 36(12), tetapi saya berpendapat bahawa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak melanggar peraturan 36(12). [Tepuk, BN saja yang tepuk]

Aik, naik lagi !

Tol naik.
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

# Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

#Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

#Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

#Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

#Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.
Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Ekonomi makin merudum, tapi orang berniaga tol apa peduli, sampai masa nak naik, kuit kerajaan sikit, terus naik. Sepatutnya berilah diskaun ke, atau apa insentif ke supaya semakin teruk ekonomi, semakin terbela rakyat, ni tidak, semakin teruk kita dibuat nya selagi ekonomi bertambah meruncing. Hari tu bagi la diskaun, tapi bila masuk tol lepas 12 tengah malam, orang ladi mat rempit dengan penyamun serta penceramah sajalah yang dapat, rakyat lain macam lama juga.

Nasib la engkau labu.

Tak percaya ekonomi Malaysia merudum, lihat jawapan DS Najib, MOF dalam Parlimen pada 17 Februari 2009.

Tuan Yang di-Pertua, sejak pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi pada November
2008 di Dewan yang mulia ini, persekitaran ekonomi dunia bertambah meruncing dan semakin
tidak menentu. Pada 4 Februari 2009, tabung kewangan antarabangsa IMF telah menyemak
semula unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2009 kepada paras yang lebih
rendah iaitu daripada 2.2% kepada 0.5%.

Manakala unjuran pertumbuhan perdagangan dunia bagi 2009 juga disemak semula.
Daripada kadar positif 2.1% kepada kadar pertumbuhan negatif sebanyak 2.8%. Prospek
ekonomi negara maju pula tidak memberangsangkan dengan Amerika Syarikat dijangka
mengalami pertumbuhan negatif sebanyak 1.6%. Negara-negara lain yang turut mengalami
pertumbuhan negatif termasuk United Kingdom sebanyak -2.8%, Jepun -2.6%, Taiwan 4%,
Korea -2.% dan Singapura -4.9%. Negara-negara lain seperti China dan India pula dijangka
mencatat kadar pertumbuhan yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 6.7% dan 5.1%.
Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah
ekonomi terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan daripada kelembapan ekonomi dan
perdagangan dunia. Trend ini dapat dilihat sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk
ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan
Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks
Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%,
November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752
orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga
minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi
USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800
setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga
getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram
pada 2 Julai 2008.
Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52
mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008.
Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan
risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.
Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan
ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang
semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang

diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun
2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara. Berikutan kelembapan
pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan
seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar
permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar
dua angka.
Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun
2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan
kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini
memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya
ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat
kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import
tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada
pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian
antarabangsa Basel.
Negara kita mempunyai daya saing yang tinggi khususnya dalam sistem perbankan
Islam serta sistem kewangan negara pula tidak terlalu terdedah kepada kesan krisis kewangan
global. Tahap hutang tidak berbayar masih di tahap yang rendah yakni sebanyak 2.2%. Kadar
inflasi pula dianggarkan berada pada kadar yang stabil dan dijangka meningkat pada kadar yang
rendah pada tahun 2009. Paras tabungan kasar negara kekal tinggi pada kadar 37% daripada
KDNK pada tahun 2008. Justeru, keadaan ini memberi kelebihan dan fleksibiliti kepada negara
untuk menggembleng lebihan sumber sedia ada bagi menyokong kegiatan sektor swasta dan
pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar perkembangan yang tidak menentu ini jika tidak
ditangani dengan bijak dan segera boleh membawa kesan yang lebih besar pada kegiatan
ekonomi dalam negara dan kesejahteraan rakyat, terutamanya kesan kepada pengangguran dan
kegiatan perusahaan kecil dan sederhana serta golongan yang mudah terjejas. Kerajaan sekali
lagi mengambil inisiatif segera untuk menggubal langkah-langkah untuk melindungi ekonomi
negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan seperti mana yang dialami oleh beberapa
negara. Pakej Rangsangan Kedua ini akan diumumkan dalam Dewan yang mulia ini pada 10
Mac 2009 dijangka memberi suntikan tambahan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi,
dengan mengambil kira situasi sekarang, langkah-langkah dalam Pakej Rangsangan Kedua ini
adalah lebih besar dan menyeluruh berbanding dengan pakej pertama bahkan pakej ini boleh
disifatkan sebagai Bajet Mini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, butiran terperinci Pakej Rangsangan Kedua
ini akan saya bentangkan pada 10 Mac nanti, dengan pelaksanaan Pakej Rangsangan Pertama
dan Kedua dengan sokongan padu daripada semua pihak termasuk sektor swasta dan semua
rakyat,, kerajaan berharap akan dapat mengelakkan negara daripada mengalami kemelesetan
ekonomi.

Tuesday, February 24, 2009

Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: [Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Oh Machang, sila.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat
berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolaholah
itu benda yang cukup besarlah. Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya
katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce,
Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai
Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula
Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang
Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal
yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.
Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua
Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat
Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat
Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang
Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan
kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus
ini.

Satu lagi ana nak tambah. mereka ni heboh hanya bila Pakatan beli camry, tapi bila hari tu Ahmad Said Terengganu beli Mers E200K, depa tak bising, awat, cuma pak lah saja hingar, lepas tu diam. Tu dulu sebelum Perak dan Selangor beli Camry. dan yang terbaru ni Sabah pula nak beli Volvo dan kata ketua Menteri pasal maintainance Perdana tinggi sangat. Betul la tu macam Perak dan Selangor kata, lepas ni insyaallah kita harap Kedah pun akan beli sama la, buat apa tunggu geng tu komplen, depa tu kalau bagi lembu beratus ekor kepada pengundi dikawasan depa pun tak apa, tapi kalau kita sedekah macam tu, kata rasuah. salah guna kuasa.
Memang dasar lidah bewak ni, kalau depa angkat sultan baru pun tak derhaka, kalau suruh sultan turun takhta pun tak derhaka, lantik sultan bawah pokok ketapang pun boleh.
LepaSnak tanya apa pula reaksi depa pasal sabah nak tukar beli camry bukan perdana.
1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah rebat
petrol yang telah dibayar kepada pemilik-pemilik kenderaan yang berjaya memperbaharui cukai
jalan setakat 31 Januari 2009 yang diuruskan oleh Pos Malaysia Berhad dan berapakah kes
penipuan yang dapat dikesan.
Timbalan Menteri Kewangan I [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah]: Tuan
Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan Yang
Berhormat Pendang yang dijadualkan pada 4 Mac 2009
. Untuk makluman Yang Berhormat,
daripada 14 Jun 2008 hingga 31 Januari 2009, pembayaran rebat berjumlah RM3.6 bilion telah...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Selagi saya
kata baik, okey Yang Berhormat. Kalau saya kata baik baru Yang Berhormat teruskan.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Okey, okey. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang
Berhormat.
DR. 23.2.2009
25
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Untuk makluman Yang Berhormat,
bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari 2009, sebanyak RM3.6 bilion telah digunakan untuk
membayar rebat dan komisen untuk Pos Malaysia dianggarkan sebanyak RM2.8 juta. Kes
penipuan melibatkan RM0.0025% iaitu lebih kurang 300 orang daripada sejumlah 8 juta
transaction keseluruhannya yang telah dilakukan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, sila Yang
Berhormat.

Hari tu dalam sidang yang lepas beberapa kali kami bangun tanya berapa banyak komisyen yang dibayar kerajaan kepada POS Malaysia, depa kata tak kira lagi, belum tentu lagi banyak mana, tetiba hari ni jawab RM 2.8 juta. Dalam berita yang lain dijawab bahawa bayaran rebat itu akan ditamatkan pada 31 Mac nanti, maknanya siapa yang bayar road tax lepas tu tidak akan dibayar lagilah, mungkin kerana harga minyak dah turun banyak kali ganda berbanding dengan harga hari bentang bajet dulu, satu ketia naik sampai 147 USD setong, kini hanya tinggal USD 37 setong.
Dengar khabar Menteri KPDNHEP nak syorkan pula harga lantai, pasal minya dah murah sangat dah.

Monday, February 23, 2009

Persoalan bomba sukarela-soalan tambahan 23/2/09

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Yang Berhormat Sri Gading yang mengemukakan
soalan tadi. Saya rasa ini cukup penting kerana kita dapati bomba sukarela ini yang pertama
sekali sampai ke tempat kebakaranlah. Macam di tempat saya, sudah tiga atau empat kali
berlaku. Bomba sukarelalah yang membantu memadamkan kebakaran. Ini kerana jikalau
mengharapkan kepada bomba biasa, memang kenderaan mereka besar dan juga sukar untuk
sampai kerana jauh. Jadi kalau kebakaran sudah habis, barulah bomba yang digaji biasa
sampai.
Soalannya, saya hendak bertanya tentang kadet bomba di sekolah ini. Apakah hasrat
daripada pihak kementerian supaya mereka-mereka yang telah mendapat latihan dan bimbingan
daripada bomba ini, apabila mereka telah tamat ataupun habis pengajian, akan secara automatik
diserapkan ke dalam sukarela ataupun bomba biasa dengan insentif-insentif yang diberikan oleh
kementerian ini. Misalnya, kerajaan memberikan iaitu tolong membeli polisi untuk insurans
kepada mereka ini supaya mereka lebih berhasrat menyertai pasukan bomba. Terima kasih.
DR. 23.2.2009
4
Dato’ Seri Ong Ka Chuan: Terima kasih di atas soalan itu. Sebenarnya tujuan
mengadakan kadet bomba di peringkat sekolah dan maktab juga adalah kita hendak
kembangkan satu kerjaya di dalam bidang kebombaan. Di mana sekiranya mereka berminat,
apabila tamat pengajian mereka dapat menceburi diri di dalam bidang jawatan tetap dalam
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ini memang adalah satu galakan. Sekiranya mereka menyertai dalam pasukan kadet di
sekolah, kita akan memberi keutamaanlah kepada mereka untuk diterima ataupun mungkin kita
akan memberi biasiswa dan sebagainya. Ini adalah kerana sekarang ini, pasukan bomba kita
sudah berkembang kepada aspek forensik. Jika kita perlukan kepakaran dan sebagainya, maka
kita juga akan memberi keutamaan kepada mereka yang pernah menyertai kadet bomba ini.
Begitu juga sekiranya mereka hendak masuk dalam pasukan bomba sukarela pada masa akan
datang, kita juga akan kenal pastikan orang ini pernah menyertai dalam pasukan kadet. Maka
kita akan track perkembangannya, kemudian kita galakkan mereka menyertai pasukan bomba
sukarela di tempat yang berhampiran dengan tempat duduk mereka. Itu sememangnya tujuan
kita.

Sunday, February 22, 2009

Pecah tanah surau Al Hijrah.

Ahad 22 Februari 2009.
Suatu majlis pecah tanah untuk pembinaan surau baru menggantikan Surau Hj Jusoh yang telah uzur di Kpg Bukit Choras Luar, Pendang telah diadakan pagi pagi tersebut dan ia disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pendang, Dr Hj Mohd Hayati Othman.



Surau yang bakal dibina tersebut akan dinamakan Surau Al Hijrah , demikian kata pengerusi surau sdr Hj Faisol Mokhtar @ Salleh. Surau itu telah lama dibina hasil sumbangan seorang hartawan Bas Ekspress Kota suatu ketika dulu, iaitu Hj Salleh Kota, dan sumbangan orang ramai disekitar Pendang diatas tanah yang diwakafkan oleh Tok Guru Hj Jusoh ( Pak Nyang Choh), bekas imam di Masjid Kokbah.



Disurau itu juga ditempatkan Kelas Pengajian PASTI Bukit Choras Luar dan kelas Mengaji Al Quran serta pengajian umumi oleh tenaga pengajar sekitar Pendang saperti Ust Ashik Illahi Mat Desa dan Ust Zuraidi bin Baharom.
Oleh kerana sudah terlalu uzur, maka ianya wajar dibangunkan semula dan atas inisiatif jawatan kuasa , maka persetujuan untuk membina surau baru setingkat daripada simen telah diputuskan. Kos dianggarkan RM 100 ribu dan sumbangan orang ramai untuk sama-sama membina surau ini amat diperlukan. Penderma yang ingin menambah saham akhirat mereka bolehlah menghubungi Hj Faisol Mokhtar di Kpg Bukit Choras atau terus masukkan sumbangan kedalam akaun surau al Hijrah BIMB 02-0840100-2732-3.
Semasa meresmikan upacara pecahtanah surau berkenaan, ana telah menyeru masyarakt setempat dan sekitar agar merebut peluang keemasan ini didalam menambah amalan kita untuk bekalan diakhirat kerana pembinaan surau atau masjid merupakan salah satu daripada amalan jariah yang akan memberikan pahala yang berterusan kepada penderma selagi ianya digunakan untuk beribadat kepada allah sesuai dengan hadis Nabi saw ‘ apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah ( yang berlari pahala amalannya), ilmu bermenafaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka’.



Sumbangan yang diberikan diatas binaan diatas tapak yang diwakafkan oleh Tuan Guru Hj Jusoh itu diharap dapat menjadi teladan kepada generasi akan sebagai medan untuk menmbah ilmu dan menambah amal mereka serta menyemai anak-anak muda didalam masyarakat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah.
Moga pembinaan surau ini akan mendapat sumbangan dari orang ramai.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.