Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, March 19, 2009




Semalam, 19 Mac 2009, DMPP dengan kerjasama Halwa Negeri Kedah telah mengadakan satu program bersempena dengan PRK Bukit Selambau di Sungai Petani.

Aturcara yang diadakan saperti sukaneka kanak-kanak, pertandingan mewarna, pertandingan warga emas sihat, pemeriksaan kesihatan percuma , ceramah kesihatan dan cabutan bertuah.

Sepanjang program berlangsung, diadakan jualan barangan runcit borong dan murah saperti tepung, bawang, minyak masak, gula dan air mineral. Juga diadakan pesta jualan jumbo sale.
Barangan yang dijual dengan harga borong amat menggalakkan, dalam sekejap masa sahaja sudah habis dijual .


Sambutan dari semua keturunan amat menggalakkan terutama masyarakat India .
Tiga orang Doktor yang menjadi pemeriksa dalam Ceramah dan rawatan percuma Dr Rahimah, Dr Rohani dan Dr Najihah.
Turut hadhir memeriahkan upacara dan menyampaikan ucapan adalah Ketua DMPP , Puan Nuridah Salleh.
Peresmian penutup disempurnakan oleh YBhg Isteri Menteri Besar Kedah, Puan Shamsiah .
Semoga sokongan dari masyarakat setempat begini dapat diteruskan dimasa akan datang sepanjang kempen PRK Bukit Selambau ini.

Wednesday, March 18, 2009

Ha!, baru tau no, dalam diam-diam rupanya!!

Kenyataan bekas Menteri Undang-undang dalam Malaysian insider.

KUALA LUMPUR, March 18 - Datuk Zaid Ibrahim has made an impassioned plea to the King to not appoint Datuk Seri Najib Razak as prime minister, and instead appoint someone else from Umno "to bring us back from the brink."


The former de facto law minister urged the King to used his judgment to appoint as PM someone who is "beyond reproach in his dealings both official and private," in a scathing attack on his former Cabinet and party colleague.

"A prime minister must have the confidence of the majority of the rakyat…For this to be the case there cannot be anything in the mind of the greater public that, correctly or otherwise, associates him with matters of criminality, wrongful action, improper conduct or abuses of power," he said in a speech to the Rotary Club here today. "


Kenyataan daripada kajian Pakar Bahasa.

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Tuesday, March 17, 2009

Menjunjung kasih Tuanku

Tuanku berjiwa rakyat, daulat Tuanku.
15 Mac 2009, bertempat di Markas PAS Pokok Sena, Langgar, Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah bersama Kebawah Duli Tuanku Sultanah Kedah telah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anakanda YB Dato' Roshidi Osman, ADUN Bukit Pinang .


Keberangkatan Baginda di sambut oleh Pengantin berdua bersama kedua ibu bapa serta AJK PAS kawasan Pokok Sena serta Menteri Besar Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri .
Rakyat Pokok Sena merasa bertuah kerana dapat melihat Tuanku berdua dari dekat dalam suasana yang penuh ceria dalam majlis yang penuh bermakna itu.
Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk berkunjung menghadiri jamuan kenduri yang disediakan oleh Tuan Rumah disamping dapat beramah mesra dengan Tuanku Sultan dan Sultanah yang berjiwa rakyat ini.
Ini adalah kali kedua Baginda telah turun mencemar Duli ke Daerah Pokok Sena, malam Jumaat lepas Baginda telah mencemar Duli merasmikan Masjid An Nur , Pekan Pokok Sena yang dijadikan Masjid Daerah Pokok Sena.



Kebawah Duli Tuanku Sultan adalah seorang Sultan yang amat prihatin dengan rakyat di Kedah ini kerana baginda merupakan seorang raja yang banyak pengalaman didalam pentadbiran Negeri Kedah .Tahun lepas rakyat Kedah bergembira menyambut Jubli Emas pemerintahan Baginda di Kedah ini.
Moga Allah lanjutkan usia Kebawah Duli Tuanku berdua dalam keadaan sihat walafiat.
Daulat Tuanku.

Monday, March 16, 2009

Sumbang kubor , tahniah le kempen sempena AGM !!


Buat ulasan sendiri le, ana tak mau masuk campor dalam hal ni. Sudah pasti tempat ni memang akan menang dan popular, semua sokong punya, sebab ahlinya akan bertambah hari demi hari, tak takut hilang penyokong, pandai juga YB ni ya.

Bahas Bajet ransangan 60 billion.

Sedia 7 muka surat, dapat bahas hanya 10 minit, itulah suasana dalam dewan rakyat, sebab ramai yang nak berbahas, terpaksalah kita berkorban.

DR. 12.3.2009
17
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri. Sekarang ini petani tak ada jelapang lagi dah, daripada mesin terus naik lori,
masuk kilang. Soalan yang saya nak timbulkan adalah di dalam program NCER, salah satu
daripada program untuk petani sawah padi ini adalah mengestetkan ladang ataupun sawahsawah
padi. Di kawasan saya berhampiran dengan Pendang ada kawasan Jelai di mana
dijadikan kawasan estet padi dan di dalam musim yang lepas, hasilnya agak tinggi.
Saya hendak tahu bagaimanakah respons ataupun penerimaan daripada petani-petani
ini terhadap pengubahsuaian daripada sawah milik individu kepada estet padi ini setakat ini yang
diterima baik oleh petani-petani di kawasan-kawasan lain selain daripada kawasan Jelai yang
dijadikan pioneer project untuk NCER ini. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya tahniahlah kepada Yang Berhormat kerana kawasan pun telah dimasukkan menjadi
satu projek perintis untuk mengadakan estet, penanaman padi secara estet. Ini Yang Berhormat,
saya berharap semua yang ada di sini mendengar bahawa kita tidak pernah mendiskriminasikan
dari segi kawasan-kawasan. Kita tidak Yang Berhormat sebab bagi kami khasnya...
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Peruntukan khas, diskriminasi.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Khasnya pertanian, kita tidak melihat dari
segi.. yang penting bagi kami ialah kumpulan sasaran. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Jadi Yang Berhormat, sebab bagi kami di
bawah dasar jaminan bekalan makanan ini adalah untuk kita semua sebab saya pernah
memberitahu di sini semasa kita membentangkan peruntukan untuk dasar jaminan bekalan
makanan bahawa makanan atau pertanian tidak kira politik dan kami pun tidak pernah
mendiskriminasikan.
Jadi berbalik kepada soalan Yang Berhormat, satu, tahniah sebab itu adalah satu projek
perintis dan NCER sebenarnya memang seperti dikatakan telah memulakan projek ini dan insya-
Allah kalau ia dapat kejayaan menggunakan tempat Yang Berhormat Jelai itu supaya ini adalah
satu usaha untuk kita dapat meningkatkan lagi produktiviti. Walaupun ianya dahulu tanah-tanah
individu tetapi mereka adalah share holder, mereka boleh menjadi share holder dan juga boleh
menjadi pekerja di dalam projek tersebut. Jadi ini adalah satu kaedah yang sebenarnya kami
hendak gunakan di bawah dasar jaminan bekalan makanan dan lebih-lebih lagi dengan
penglibatan pihak swasta yang telah Yang Berhormat katakan tadi.
Yang Berhormat, sebenarnya saya rasa penerimaan petani pada mulanya memanglah
ragu tetapi sebenarnya ini adalah cara yang baik untuk kita meningkatkan SSL kita kepada 86%
atau insya-Allah kepada 100% dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan,
sudah saya sebut tadi bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang nama tidak disebut boleh
mengambil bahagian sewaktu peringkat Jawatankuasa. Sila Yang Berhormat Pendang 10 minit.
11.39 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum Warahmatullaahi
Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya orang setia menunggu
sehingga 10.31 semalam, diberi peluang insya-Allah. Begitu juga dengan Yang Berhormat Balik
Pulau Tuan Yang di-Pertua, kami tunggu sampai 10.31.
Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk bersama-sama dalam perbahasan
bajet mini ini. Seperti mana yang kita tahu sejumlah RM60 bilion diperuntukkan dalam empat
teras di mana sebanyak RM12 bilion digunakan untuk mengurangkan pengangguran dan
menambah peluang pekerjaan iaitu RM2 bilion, meringankan beban rakyat terutamanya
golongan mudah terjejas sebanyak RM10 bilion dan RM48 bilion lagi adalah untuk membantu
sektor swasta menghadapi krisis RM29 bilion dan juga membina keupayaan masa depan
sebanyak RM19 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
■1140
Nampaknya kalau dilihat daripada jumlah di atas, hasil langsung daripada kadar segera
yang dapat diperolehi oleh rakyat yang menjadi mangsa kegawatan ekonomi ini hanyalah RM12
bilion. Walaupun kita tidak dapat menafikan peruntukan bantuan kepada pihak swasta dan
meningkatkan keupayaan untuk masa depan juga merupakan sesuatu yang boleh membantu
merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita tetapi ia tidak memberi kesan secara langsung
dan segera kepada rakyat yang terjejas ini. Mungkin dalam jangka masa sederhana dan panjang,
ia memberikan kesan melalui perkembangan semula syarikat berkenaan dalam mengambil
semula pekerja yang diberhentikan apabila mereka pulih melalui rangsangan ekonomi yang
dibentangkan ini.
DR. 12.3.2009
32
Daripada inti pati bajet untuk merangsang ekonomi ini, kita dapati RM15 bilion adalah
merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion adalah sebagai dana jaminan, RM10 bilion untuk
pelaburan ekuiti khususnya untuk Khazanah Nasional, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta
dan off-budget dan RM3 bilion lagi adalah untuk insentif cukai. Tuan Yang di-Pertua, hasrat
rakyat dalam pakej rangsangan ini adalah mereka akan mendapat kemudahan untuk
meneruskan hidup dalam keadaan yang selesa dan dapat mengurangkan bebanan akibat
terpaksa berhenti kerja bagi yang berada di sektor swasta dan dapat terus memberikan
keperluan harian kepada keluarga bagi yang bekerja sendiri seperti pekebun getah dan juga
sawit dan petani di kampung-kampung.
Ia akibat daripada kejatuhan harga komoditi yang agak teruk sekarang ini. Daripada
berita dan maklumat yang kita perolehi, jumlah mereka yang terpaksa menganggur akibat
pemberhentian kerja ini mengikut Presiden MEF iaitu Malaysian Employers Federation adalah
400,000 orang. Maka ini sudah pasti akan menimbulkan masalah yang cukup besar dalam masa
yang terdekat seandainya kita tidak menangani isu pengangguran kadar segera ini dengan begitu
baik. Oleh itu, bantuan kepada pengusaha terutama syarikat yang terlibat dengan barangan
eksport perlu diberikan perhatian yang serius. Khabarnya syarikat elektronik yang akan terjejas
teruk kerana kebanyakan hasil eksport kita adalah ke Amerika Syarikat dan negara Eropah,
akibat daripada kejatuhan ekonomi mereka seterusnya memberikan kesan yang besar kepada
eksport kita.
Dalam perkara ini, salah satu daripada pakej di dalam rangsangan ini adalah untuk
mengadakan latihan kepada pekerja terutamanya kepada siswazah yang menganggur dan saya
berharap agar mereka yang hendak diberikan latihan ini biarlah di dalam kilang perusahaan itu
sendiri ataupun lebih baik disebut dengan in-house training dan konsep trained and retain yang
telah dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia saya rasa ini merupakan sesuatu yang
perlu diperkasakan kerana sejumlah RM29 bilion dalam bantuan kepada sektor swasta ini dapat
dimainkan peranan untuk latihan ini dan saya ingin bertanya apakah insentif yang diberikan
kepada pengusaha ini sebelum mereka diberhentikan daripada kilang mereka itu kerana jumlah
400,000 yang disebut itu merupakan satu angka yang amat menakutkan kita semua dan ini
mungkin daripada 400,000 ini akan menimbulkan masalah di dalam sosial kita jika tidak diberikan
perhatian yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pekerja di sektor swasta, pihak yang terkesan
akibat kegawatan ekonomi ini adalah mereka yang bekerja sendiri di kampung terutamanya
petani, pekebun dan nelayan yang juga menerima akibat daripada kesan tempias masalah
ekonomi ini. Sudahlah barangan komoditi mereka jatuh, terutamanya kepada pekebun sekarang
ini tidak dapat menoreh kerana hujan yang turun mungkin pada setiap hari terutama sekali di
kawasan Utara. Saya dapati ramai di antara pekebun ini yang sentiasa terpaksa kalau masa
DR. 12.3.2009
33
getah naik harga dulu mereka membeli Proton Kancil tetapi sekarang ini mereka terpaksa
menjual semula kereta-kereta mereka itu kerana hasil yang amat berkurangan.
Saya menyokong subsidi untuk makanan iaitu sebanyak RM764 juta tetapi biarlah ianya
lebih tertumpu kepada mereka yang menerima sasaran sebenarnya iaitu saya rasa lebih baik
kita, kalau daripada kita memberi subsidi kepada syarikat-syarikat tepung, gula dan juga roti,
lebih baik kita menggunakan kaedah yang digunakan di Taiwan dan Hong Kong iaitu memberi
kupon makanan kepada mereka yang terjejas secara direct ini. Juga tidak dapat dinafikan
keselesaan hidup dapat dipenuhi kalau sekiranya mereka mendapat tempat tinggal yang selesa
iaitu perumahan juga perlu diberi perhatian.
Semalam saya dengar Yang Berhormat Rompin ada menyebut tentang perumahan
rakyat di dalam bandar. Saya ingin juga menyeru kepada pihak kerajaan supaya beri juga
perhatian kepada mereka di kawasan kampung, kawasan luar bandar kerana mereka ini juga
menerima akibat yang teruk hasil daripada kejatuhan ekonomi ini. Salah satu yang saya rasa
perlu kita beri perhatian adalah tentang Rumah Mesra Rakyat dan juga PPRT. Saya merasa
agak sedih kerana keluhan-keluhan yang diterima daripada masyarakat yang membuat
permohonan kerana borang Rumah Mesra Rakyat, saya baru-baru ini mendapat empat borang
daripada EPU tapi apabila hendak dapat borang semula, mereka kata kena pergi ke Pejabat
UMNO.
Ini merupakan sesuatu yang saya rasa cukup tak patutlah. Saya harap perkara ini dapat
diperbetulkan jika sekiranya perkara ini benar-benar berlaku kerana rakyat miskin dia tidak
mengira apa parti politik dan juga apa fahaman agama mereka. Bantuan perlu diberikan kerana
hasil daripada bajet ini adalah merupakan hasil daripada kutipan duit rakyat. Institusi-institusi
yang memberi pinjaman mikro kredit seperti AIM, TEKUN dan juga MARA serta Agrobank. Saya
rasa perlu memainkan peranan yang lebih serius dalam menghadapi kegawatan ini kerana
daripada mereka diberhentikan kerja, ramai di antara ahli masyarakat sekarang ini memilih untuk
menjadi peniaga kecil, peruncit dan juga menjadi peniaga-peniaga di kaki lima.
Jadi diharap pihak-pihak PBT ataupun majlis perbandaran memberi ruang kepada
mereka yang tertindas ataupun terkena kegawatan ini. Satu kaedah yang lebih anjal seperti
saman yang dikenakan sebelum ini kurangkanlah sedikit saman oleh PBT dan juga kemudahan
tempat perniagaan untuk mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ini. Satu lagi, apa
yang perlu difikirkan oleh kerajaan adalah tentang bantuan untuk mereka untuk mendapat
rawatan kerana kesihatan ini merupakan sesuatu yang cukup penting untuk rakyat. Jika
sekiranya badan tak sihat maka mereka tidak akan dapat bekerja untuk mencari rezeki. Jadi,
Tabung Bantuan Perubatan saya rasa perlu diperkasakan. Sedikit wang daripada stimulus
package ini dimasukkan dalam Tabung Bantuan Perubatan untuk memberikan kepada mereka
yang ingin mendapat rawatan untuk penyakit kronik dan juga penyakit kritikal.
DR. 12.3.2009
34
Saya rasa inilah sedikit sebanyak perkara-perkara yang dapat saya sumbangkan dalam
masa 10 minit ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Forum Perdana Maulidurrasul.

Pendang, 15 Mac 2009. Malam tadi bertempat di Dewan MajlisDaerah Pendang, telah diadakan Majlis Forum Perdana sempena dengan sambutan Maulid Nabi SAW peringkat Daerah Pendang. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat , Pendang dengan kerjasama Unit Amal Pendang, Ana telah dijemput untuk Meresmikan Majlis tersebut. Forum Perdana tersebut membariskan ahli panel yang terdiri daripada Prof Madya Dato’ Badruddin Ahmad, Dekan Kuliah Usuluddin , KUIN, Prof Madya Dr Abd Aizi Hanafi, Dekan Kuliah Syariah KUIN, Ust Luthfi Ameer, dan Ust Mohamad Azki Hafizi Penolong Pendaftar KUIN sebagai pengerusi Forum. Banyak perkara yang disentuh oleh ketiga-tiga ahli panel malam tadi mencakupi contoh teladan daripada sifat Rasullullah yang diutuska n oleh Allah untuk menjadi ikutan kepada seluruh umat manusia dan juga rasulullah membawa kerahmatan kepada sekelian alam ini. Rasulullah diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak . Sifat-sifat Rasulullah yang merendah diri, berkasih saying, suka berkawan dengan semua lapisan rakyat , baik muda , tua atau kanak-kanak. Rasulullah pernah ditawarkan harta yang banyak, wanita yang cantik dan jawatan sebagai ketua masyarakat Arab ketika itu, tetapi semuanya ditolak baginda kerana ingin meneruskan kerja-kerja menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh alam . Sejarah perjuangan rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam dizaman jahiliah kaum Arab yang menjadi musuh baginda terdiri dari bapa saudara baginda sendiri, bahkan dalam perjuangan baginda diugut dengan berbagai ugutan sehingga kepada peringkat bunuh/ nyawa . Dua tinggalan Rasulullah yang wajib kita berpegang kepadanya sebagai panduan dalam melayari kehidupan ini , iaitu Al Quran dan Sunnah nabi saw. Seandainya kedua-dua peninggalan ini dapat kita jadikan pedoman, insyaallah kita tidak akan sesat selama-lamanya. Majlis juga diserikan sebelumnya dengan Marhaban oleh kumpulan Al Hilal yang pernah menjadi johan Marhaban peringkat kebangsaan beberapa tahun lepas sempena dengan Majlis Maulid nabi anjuran Pusat Islam./ JAKIM diketuai oleh Ust Abd Ghani Abdullah, bekas Johan Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebelum itu satu pidato khas disampaikan oleh johan pidato kanak-kanak peringkat tadika/PASTI Adik Mohd Fadhilah diadakan. Dengan suara yang lantang dan penuh semangat adik ini dapat menghuraikan tujuan Rasulullah diutus serta sifat-sifat rasulullah dan ancaman yang baginda terima sepanjang perjuangan menyebarkan Islam ditanah Arab ketika itu. Kepetahan beliau menghafal dan menghurai ayat-ayat alquran cukup member pengajaran kepada seluruh hadirin pada malam tersebut. Majlis turut dihadiri Tuan Pegawai Agama Daerah Pendang, Tuan Hj Mohammad Awang.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.