Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, April 10, 2010

Liga bolasepak Piala Ahli Parlimen Pendang.


Petang tadi ana dijemput untuk menyampaikan hadiah kejohanan Liga Bolasepak anjuran Dewan Pemuda PAS Cawangan Sungai Tiang untuk Piala Ahli Parlimen Pendang yang telah berlangsung selama 3 bulan. Perlawan hanya dijalankan pada hujung minggu , Jumaat dan Sabtu sahaja, itulah sebabnya jadi panjang tu..

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian pada mulanya, tetapi akhirnya hanya 14 pasukan yang bertarung hinggalah pada hari ini iaitu 10 April 2010 perlawanan untuk menentukan tempat ketiga , keempat , naib johan dan johan di Padang Awam Sungai Tiang.
Perlawanan tempat ketiga dan keempat adalah diantara pasukan Naka FC dan Titi Akar dimana ianya dimenangi oleh Naka FC dan keempat oleh Titi Akar. Kemenangan ditentukan dengan tendangan penalti.
Pertandingan untuk johan dan naib johan dilangsungkan selepas itu dimana perlawanan diantara Guar Cempedak FC dan Kuala Ruman. Guar Cempedak ternyata mempersembahkan permainan yang hebat dengan kemenangan 5 berbalas 2 Permainan dilangsungkan dalam suasana cuaca yang baik pada petang ini walaupun pada hari-hari sebelum ini huja turun hampir setiap petang.

Diakhir perlawanan ana dijemput untuk menyampaikan hadiah dan piala kepada para pemenang.

Johan iaitu Guar Chempedak FC mendapat hadiah piala, medal dan wang tunai RM 1500.00

Naib johan pula Kuala Ruman menerima medal, piala dan wang tunai RM 1000.00.

Tempat ketiga juga menerima medal dan wang tunai RM 500.00 dan keempat menerima medal dan wang tunai RM 300.00.
Kepada semua pemenang diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya diucapkan bersabar dan ditahun akan datang berusaha lagi.
Apa yang menarik ana diberitahu terdapat lebih kurang 15 orang bakat terpendam dalam bidang bolasepak dapat dicungkil daripada perlawanan yang diadakan ini , diharap selepas ini mereka akan mengambil bahagian pula didalam Pertandingan merebut piala Menteri Besar Kedah pula.
Tahniah diucapkan kepada Pemuda PAS Sungai Tiang terutama En Mokhlas kerana kejayaan mereka menganjurkan perlawanan yang dapat menghimpunkan pemuda disekitar Pendang dan moga ianya akan bertambah meriah ditahun akan datang, InsyaAllah.
Bersedialah kita untuk memberi sokongan kepada pasukan Kedah untuk memenangi Piala FA malam ini.
Pulun Kedah pulun, moga akan membawa balik kemenangan berganda lagi tahun ini.

Friday, April 9, 2010

Ceramah Paya Mengkuang, UMNO dan APCO.

Malam tadi di Paya Mengkuang, ana bersama YB Dr Ismail Salleh dan Ust Idrus EXCO Pemuda PAS Kedah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah penerangan PAS bagi kawasan Pendang untuk cawangan Paya Mengkuang dan Paya Serdang.
Walaupun sebelah petang hujan agak kuat, tetapi alhamdulillah pada masa ceramah hujan sudah tiada dan sudah kering , jadi ceramah berjalan dengan lancar.
Saperti biasa ceramah sekarang berligar sekitar apa yang berlaku diparlimen dan isu yang paling panas sekarang ini iaitu APCO dan UMNO serta PM yang mengambil syarikat ini untuk menaikkan imej beliau dan negara sejak menjadi PM.
Apa yang merisaukan kita sebagai umat Islam adalah syarikat yang dikendalikan oleh pembesar diplomat dan bekas perisik dan tentera serta programmer komputer Israel Yahudi ini diambil bertapak didalam negara kita melalui cara yang amat merisaukan umat Islam kini.
Dalam suasana rakyat palestin dibunuh dan disekat bantuan setelah Yahudi merampas tanah air mereka, kita dengan senang mengambil syarikat yang mempunyai bekas perisik tentera didalam lembaga pengarahnya untuk mempromosi negara kita dan PM kita , sudah tentu mereka memerlukan segala macam maklumat untuk mengadakan gerakkerja mempromosi negara dalam apa juga bentuk dan kaedah agar dunia nampak kita hebat. Tak kanlah nak promosi keluar tanpa ada statistik dan maklumat ini, mereka boleh melakukan kerja promosi ini.

Oleh itu kita merasa amat jelik dan malu kerana sebelum ini parlimen Malaysia telah mengadakan sidang khas mengutuk pencerobohan Israel keatas Gaza, tetapi pada masa kini kita mengambil pula syarikat yang diterajui oleh rakyat Israel dan bekas orang kuat tentera Israel ini untuk membantu kita, dimana maruah Islam kita, sepatutnya
kita kena pohon maaf daripada semua umat Islam dan OIC atas kesilapan kita ini.
Begitu juga ana sentuh pasal kelulupan peruntukan tambahan wang sebanyak RM28.35 juta untuk JPM kepada syarikat FBC Media (UK) untuk mempromosi Malaysia keluar sebagai pro bussiness, pro reform, pro pelaburan dan anti terrorism. Apa yang peliknya bila disemak syarikat manakah yang berada dibelakang FBC ini dan siapakah yang berada disebalik nya, maka sekali lagi kita akan terkejut kerana disana ada juga APCO yang bertenggek dan manusia ini adalah perisik kepada tentera Israel juga.

Jadi apakah ini tidak merisaukan kita kerana salah satu tugas mereka adalah untuk menunjukkan bahawa kita ini anti terrorist padahal mereka itu sendiri adalah terrorist yang menganggap umat Islam Palestin yang menuntut tanah air mereka kembali itu terrorist. Dimana rationalnya kita nak ambil terrorist nak lebelkan Yahudi israel bangsa dia itu terrorist.
Juga disentuh pendedahan terbaru Ketua Pembangkang mengenai wujudnya syarikat Aisasoft yang beribu pejabat di Tel Aviv melalui pejabat di Singapura yang diberi kontrak untuk menikkan taraf sistem komunikasi polis di Bukit Aman dari sistem dianalog kepada digital yang dikendalikan oleh perisik bekas tentera Israel yang telahpun dibuat laporan polis sebelum ini tetapi pegawai penyisat dipindahkan. Apakah ini tidak mengganggu emosi kita terhadap tahap keselamatan negara kita dan rakyat serta agama kita?.
Dr Ismail EXCI Kedah menyentuh pasal usaha Pengerusi KEDA yang sedang berusaha untuk menjadi kerajaan Kedah kedua diddalam negeri Kedah ini dengan melakukan kezaliman kepada rakyat agar rakyat menyokong kembali UMNO dan membenci kerajaan Kedah . Apa yang dikesalkan adalah apa yang berlaku di Taman Wira Mergong yang menjadi aset beliau selama ini sudah dapat dirobohkan kerana ramai pemuda dan pengerusi JKKKP telah menjadi ahli PAS , oleh itu beliau mencari peluang untuk menunjukkan kezaliman kepada rakyat .
Satu contoh yang tak dapat diterima akal waras manusia beriman adalah bila kelulusan telah diperolehi oleh En Mohd Sobri Mohd Rutin untuk membina rumah daripada KEDA yang telah diluluskan , dan beliau diarahkan untuk merobohkan rumah lama beliau untuk dibina baru oleh pihak KEDA. Malangnya bila rumah sudah diroboh, datang arahan kepada kontraktor yang telahpu menghantar bata dan batu untuk bina untuk menghentikan kerja dan bila diselidiki dihalang oleh pihak atasan KEDA kerana dia ini penyokong PAS. Maka tinggallah beliau sampai 6 bulan kini dirumah bapa beliau bersama 3 anak, rumah sudah diroboh, janji tidak ditunai hanya kerana bukan penyokong UMNO walaupun beliau miskin.

Itu hanya satu contoh yang telah berlaku , ada banyak lagi yang tak muat untuk dimasukkan disini , sebab itulah 54 tahun merdeka dengan DEB yang digariskan tetapi sampai sekarang orang Melayu masih lagi belum maju dan saham untuk bumi yang berjumlah 52 billion sudah meresap entah kemana , siapa yang memerintah Malaysia selama ini. Dimana nasib kita, adakah nak tunggu 50 tahun lagi untuk terus menjadi pengemis ditanah air sendiri kalau NEM pula hendak laksanakan.

Sebelum program berakhir ana menyumbangkan bola kepada pemuda cawangan Paya Mengkuang dan Paya Serdang.

Yahudi mana nak nasihat kata yahudi pengganas?

Semalam semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri salah satu daripada perkara yang muncul didalam item peruntukan sebanyak RM 28,350,000.00 yang digunakan untuk FBC Media (UK) Limited yang mana bila kita semak adalah bertujuan untuk mempromosikan Malaysia kepada luar agar luar melihat Malaysia sebagai pro bussiness, pro pelaburan, pro reform dan anti terrorism.
Bila semak pula siapa yang bersiap sedia menjalankan kerja-kerja FBC Media ni, rupanya tak lari daripada APCO worldwide juga dimana mereka ni yang telah diketahui terdiri dari kalangan peisik tentera Air force Israel dan programmer Yahudi Israel yang disebut oleh Ketua Pembangkang telah diambil bertugas menukarkan sistem analog PRS di Bukit Aman kepada sistem digital.
Nampaknya benda ni dah berlaku sejak lama dah, mungkin dah berlambak rahsia negara terlepas kenegara Israel agaknya melalui syarikat ni. Tu kot Menteri Pertahanan kata kebocoran maklumat hari tu dalam dewan tu.

Umum mesti tahu siapakah programmer ini .
semua maklumat boleh dilihat disini.
Ana sempat celah bila Pokok Sena bahas kata mereka inilah yang terbit dengan ungkapan bahawa Sayyid Qutb sama jahat saperti Hitler dan menganggap Ikwanul Muslimin sebagai terroris.
Ana kata apakah kita harap bila mengambil orang yang kata Pejuang Islam itu pengganas saperti Ikhwan dan Sayyid Qutb itu akan menasihatkan kerajaan Malaysia bahasa yang maha penggagan di dunia ini adalah Israel, bapak segala pengganas, itu pengganas. Tentu tidak, maknanya tentulah nasihat mereka sesuai dengan perkara 4 tadi iaitu anti terrorism bermakna mengecam pejuang islam sebagai pengganas sesuai dengan sikap Yahudi Israel mereka yang bermusuh dengan umat Islam palestin yang berjuang untuk mendapat kembali tanah air sah mereka dari pengganis Yahudi itu.
Apakah terroris nak menasihat kita yang menganggap mereka terroris sebenar dunia tentang pejuang Palestin dan umat Islam.


Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Pokok
Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya sila Yang Berhormat Pendang.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan
Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Maknanya di sini daripada apa
yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, kita mengambil pengganas untuk
menasihatkan kita supaya mencari siapa pengganas. Kita tahu pengganas ini telah
melabelkan umat Islam Palestin sebagai pengganas. Maknanya kita mengambil
pengganas untuk melabelkan orang Islam sendiri sebagai pengganas. Apakah Yang
Berhormat Pokok Sena bersetuju dengan andaian ini?
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Itu yang saya persoalkan tadi
bahawa bagaimana kita boleh mengambil pengganas untuk memberikan nasihat kepada
kita untuk melabel siapa pengganas. Sedangkan mereka sendiri melabelkan bahawa
Ikhwanul Muslimin adalah pengganas dan menggelar Sayyid Qutb merupakan musuh
dan menyamakan Syed Qutb seorang yang terkenal dengan Kitab Fi Zilalil Quran
sebagai seorang musuh dan disamakannya dengan Hitler. Ini satu perbuatan yang tidak
harus diberikan kemaafan oleh umat Islam.
Sebab itu ingin saya katakan bahawa peruntukan sebanyak RM28 juta ini, saya
dan saya percaya rakan-rakan saya tidak akan halal dunia akhirat untuk diberikan. Dan
kami akan menyatakan bahawa sekali lagi kami akan menolak bajet ini, kami tidak akan
halal dunia akhirat walaupun satu sen untuk diberikan kepada orang yang memerangi
rakyat Palestin ini. [Tepuk] Sekian terima kasih.

Thursday, April 8, 2010

VIVA Palestina.

Viva Palestina.
Satu konvoi untuk menghantar bekalan makanan dan peralatan pembangunan kepada rakyat Gaza yang ditindas Yahudi Israel laknatullah telah dirancang dan akan menyertai kapal dari negara lain untuk bersama memecah tembok penghalang bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza yang hampir kebuluran masa ini .
Program anjuran MAPIM itu akan berkumpul di Satdium Bukit Jalil pada 8 Mei 2010 jam 8 malam. Hasrat penganjur adalh untuk mengumpul sejumlah 1 juta ringgit untuk bantuan yang akan dibawa bersama kedalam kapal tersebut.

Suatu sidang media telah diadakan di Parlimen baru-baru ini oleh Cikgu Azmi dalam suasana kami sedang berbahas bajet tambahan untuk menghalang daripada diluluskan untuk menambah peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk syarikat FBC dari UK untuk operasi promosi PM dimana dibelakangnya ada APCO yang dikaitkan dengan Yahudi israel.

Wednesday, April 7, 2010

Sangkut politik(pembangkang) dipagar sekolah,yang ni tak apa.

Ana dah kata dan dah banyak kali bahas dan tegur, bahkan Timbalan Menteri dari Batu Pahat pun dah berjanji nak jawab, tapi yang berlaku ini dia.
Negeri Pahang, negeri kebanggaan Mat Kilau pejuang kemerdekaan tetapi arahan jangan jadikan sekolah medan politik tidak jadi ikutan, bagaimana nak lagi murid yang dengar apa Cikgu kata kalau yang jaga PPD pun tak dengar kata peraturan yang digubal .

Nasib badan, walaupun bebas, wakili MP Malaysia.

Walaupun dah jadi ahli Parlimen bebas, tetapi masih boleh wakili ahli parlimen Malaysia dalam Malaysia US caucus ,walaupun hanya duduk dalam blok yang ada 5 wakil, itulah nasib badan kata orang.
Ini dapat dilihat daripada apa yang akan berlaku kepada 2 sahabat kita yang telah melompat dan terlompat keblok bebas hari tu. Tapi nak tanya kawan-kawan dari blok BN yang dah ada majority dan dah lama jadi wakil tu tak jelous ke bila anak angkat dilayan lebih dari anak kandung ni dan bila pula blok yang hanya 5 orang boleh mewakili daripada 137 orang yang lebih ramai tu.
Anyway, ana nak ucapkan tahniahlah kepada mereka berdua kerana telah menjadi pilihan PM pada kali ini, lepas ni boleh lah kut banyak lagi peluang yang akan datang menggolek dan melayang. Tentu sekali Hulu Selangor bakal menjanjikan lebih banyak habuan dan peluang.
Yang ana nak seru adalah pihak PDRM dan SPRM kena cepat bertindak kerana sudah banyak clue yang ada , tunggu apa lagi , kata nak siasat , tapi sampai la belum lagi siasat, ana takut nanti basi semua, langsung tak boleh nak pakai.

KEDA oh KEDA, tak kesian rakyat ka.

Sejak Menteri luar bandar jadi pengerusi UMNO Kedah dan ADUN Bakar Bata jadi pengerusi KEDA ni macam-macam cerita kita dengar pasal KEDA ni.
Perlu kita semua jelas, bahawa KEDA sebenarnya menumpang dibawah 89 % hak yang ada dibawah kerajaan Negeri Kedah kerana semua projek KEDA berada diatas tanah yang berada didalam Kerajaan Negeri Kedah.
Dalam Akta 249, jelas menyatakan bahawa mesti ada 3 orang wakil kerajaan Negeri berada didalam Lembaga Pengarah KEDA tersebut.Functions of the Lembaga
4. (1) The functions of the Lembaga shall be—
(a) to promote, stimulate, facilitate and undertake economic
and social development in the Kawasan Lembaga Kemajuan
Wilayah Kedah;
(b) to promote, stimulate, facilitate and undertake residential,
agricultural, industrial and commercial development in
the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah; and
(c) to control and co-ordinate the performance of the aforesaid
activities in the Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah
Kedah.
(2) The Lembaga shall have power to do all things expedient
or reasonably necessary for, or incidental to, the discharge of its
functions, and in particular, but without prejudice to the generality
of the foregoing—
(a) to carry on all activities, particularly commercial and
industrial activities, the carrying on whereof appears to
it to be requisite, advantageous or convenient for or in
connection with the discharge of its said functions, including
the manufacturing, assembling, processing, packing,
grading and marketing of products, research and training;
(b) to initiate preliminary studies of possible development
and redevelopment areas and make preliminary plans
outlining development or redevelopment activities and
preliminary surveys to determine if the undertaking and
carrying out of development or redevelopment projects
are feasible;
(c) to co-operate with or act as agent or managing agent of,
or otherwise act in association with or on behalf of, the
Government of the Federation or of the State, any public
authority, any company, any corporation, any body or
any person;
10 Laws of Malaysia ACT 249
(d) to promote and co-ordinate the carrying on of such activities
by the Government of the Federation or of the State, any
public authority, any company, any corporation, or any
other body or person;
(e) to establish or expand, or promote the establishment or
expansion, of companies, corporations or other bodies to
carry on any such activities either under the control or
partial control of the Lembaga or independently;
(f) to give assistance to any public authority, company,
corporation or other body or person appearing to the
Lembaga to have facilities for the carrying on of any
such activities, including financial assistance by the taking
up of share or loan capital or by loan or otherwise;
(g) to purchase, underwrite or otherwise acquire any stock
and shares in any public or private company, and to
dispose of the same on such terms and conditions as the
Lembaga may determine;
(h) to require departments and governmental and nongovernmental
agencies engaged in carrying out or intending
to carry out development in the Kawasan Lembaga
Kemajuan Wilayah Kedah to submit reports regarding
their activities or proposed activities containing such
particulars and information as may be specified by the
Lembaga;
(i) to appoint agents or establish such other bodies as it may
deem fit for the purpose of carrying out its functions;
(j) to impose fees or any other charges it deems fit for
giving effect to any of its powers or functions;
(k) to receive, in consideration of the services rendered by
it, such commission or payment as may be agreed upon;
(l) to regulate development in the Kawasan Lembaga
Kemajuan Wilayah Kedah; and
(m) to do such other things as it deems fit for the effective
carrying out of its functions and powers.
(3) Subject to section 8, it shall be the responsibility of the
Lembaga in discharging its functions under this Act to ensure that
the functions shall be performed in such manner as shall be in
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 11
furtherance of the policy of the Government for the time being in
force and in particular the policy relating to the restructuring of
society.
(4) Notwithstanding subsections (1), (2) and (3), the Lembaga
shall, before discharging any of its functions, first consult the
State Government in all matters involving development planning.
Membership of the Lembaga
5. (1) The Lembaga shall consist of the following members who,
with the exception of the General Manager, shall be appointed by
the Minister:
(a) a Chairman;
(b) a Deputy Chairman;
(c) three representatives of the Federal Government;
(d) three representatives of the State Government;
(e) three persons of relevant professional standing; and
(f) the General Manager.
(2) Subject to subsections (3) and (4), the provisions of the
First Schedule shall apply to the members of the Lembaga.
(3) Paragraphs 1, 2, 3 and 7 of the First Schedule shall not
apply to the General Manager.
(4) The General Manager shall not have the right to vote in any
meeting of the Lembaga.
(5) Whenever the office of General Manager is vacant, subsection
(1) shall be read as if paragraph (f) had been deleted.
Bila semak nama tersebut, satu pun ana tak jumpa nama wakil dari pilihan rakyat negeri Kedah, yang ada wakil rakyat yang lama yang jadi pembangkang di Kedah.Pengerusi

YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah

Timbalan Pengerusi

YBhg Dato' Abd Jabar bin Che Nai
Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Wakil Kerajaan Persekutuan

Encik Abdul Halim bin Abdul Rahman (EPU)
YBhg Dato' Yusof bin Dohab (KKLW)
Puan Hazanah binti A. Bakar (Kem. Kewangan)

Wakil Kerajaan Negeri

YB Dato' Seraja Setia Dato' Wira Hj. Rasli bin Basir
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Wakil Professional

Haji Mazlan bin Abdul Rahman
YB. Puan Suraya binti Yaakob

Wakil Pengurusan

Haji Mohd. Arpan bin Shari (Pengurus Besar)



Rasanya kalau di Negeri lain, perkara ini sudah lama dibuat perubahan, pentadbir yang menradbir mestilah lazimnya dari mereka yang memerintah, tak boleh ada pembangkang kecualilah kalau ramai sangat bolehlah ambil sebagai check and balance, tapi kalau hanya 3 orang , mana nak sumbat.
Pasai tu lah kut apa yang berlaku selama ini sejak 2008 ni macam-macam ada dalam KEDA ni. Buat rumah rakyat tak boleh duduk, sampai setahun baru duduk tapi belum sampai setahun duduk dah beli Persona dan pasang astro, bila kita semak syarat kata pendapatan mesti kurang daripada RM 600.00 sebulan dan anak 5 orang, maknanya berkeluarga .
Macam yang berlaku di Sg Tok Pawang, 100 rumah , bila nak serah kunci 30 nama tercicir, rupanya depa ni tengok pegangan politik, kalau miskin dan bukan penyokong UMNO/BN maka sampai kiamat agaknya tak dapat, walaupun masa nak isi borang cukai pendapatan tak tanya pula penyokong parti mana, dan bila nak beli minyak dan nak bayar tol tak pula tanya penyokong parti mana.
Tempat ana pernah berlaku perkara macam ni, bila dah nak panggil serah kunci, tetiba 13 nama tercicir setelah ikuti semua program induksi di Pusat latihan KEDA di Sik. Beginilah nasib rakyat di Malaysia kalau lama lagi BN /UMNO terajui kerajaan, ana rasa buatlah apa program pun DEB ke, MEB ke, orang Melayu tak akan senang kalau fahaman politik macam ni dijadikan penafian untuk mendapat bantuan, tetapi bila tiba masa nak kutip cukai, tak pula dijadikan landasan untuk dinafikan daripada dikenakan cukai.
Nasiblah orang kite !. Nak undi lagi ke.
Dalam bajet tambahan hari ni nanti JPM ada satu permohonan nak bayar kepada sebuah syarikat yang dibelakangnya ada APCO worldwide, nak sokong ke, ni kira direct nak bela orang Israel ni.

Sukan, pendidikan dan kesihatan guna duit judi !!!

Semasa Timbalan Menteri Kewangan menjawab dalam bajet tambahan semalam, ada satu perkara yang cukup menrik perhatian ana yang dibangkitkan berulang kali oleh ahli dewan terutamanya dari kalangan DAP yang tidak puashati dengan jawapan yang dibuat oleh kerajaan mengenai nombor ramalan ini.
Pada tahun lepas, jumlah cabutan khas yang dibenarkan adalah 27 kali iaitu tidak dibuat secara serentak untuk 6 syarikat nombor ramalan ini, bermakna pada tahun lepas hanya ada 102 kali cabutan nombor ramalan sahaja sepanjang tahun, akan tetapi pada tahun ini dibuat cabutan nombor ramalan ini serentak untuk 6 buah syarikat ini kepada 20 kali setahun, bermakna 120 kali sepanjang tahun.
Apabila Timbalan Menteri menyatakan bilangan cabutan dikurangkan dari 27 kali kepada 20 kali, maka masa inilah bangun beberapa wakil DAP membantah menyatakan Timbalan Menteri dari Alor Setar itu tak tahu mathematik kerana bilangan cabutan yang berkurangan tetapi jumlah cabutan bertambah apabila 6 syarikat boleh buat secara serentak 20 kali setahun.
Julas disini menggambarkan bahawa mereka dari wakil bukan Islam pun tidak mahu judi ini digalakkan kerana ia jelas tidak mendatangkan faedah utnutk rakyat , sebab itu kita awal-awal jadi mendesak supaya ianya tidak diberi lesen tambahan oleh kerajaan dan patut dikurangkan lesen yang ada sedikit demi sedikit sehingga tiada langsung dibumi Malaysia ini.

Antara 6 syarikat termasuklah Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools, Sandakan Turf Club, Diriwan
Corporation dan Sarawak Turf and Equestrian Club .
Apa yang ana terkejut lagi adalah bila ditanya untuk apa wang itu digunakan dan berapa jumlah yang dapat dikumpul, jawapannya adalah untuk RM 72.4 juta dibelanjakan untuk Sukan, Kesihatan dan pendidikan. Masyaallah,padan lah nampaknya anak-anak kita makin teruk jadinya, perangai dah ada yang macam syaitan, berkhalwat dan berzina sudah tidak apa hal lagi dah, dadah dan hidu gam sudah jadi lumrah, lari dari sekolah sudah menjadi kelaziman dan bersekedudukan menjadi satu amalan biasa, buang anak dalam tong sampah menjadi amalan harian, kerana duit hasil judi ini digunakan untuk pendidikan.
Begitu juga dengan bala yang menimpa, sakit itu dan ini, wabak itu dan ini, kerana duit jelas haram dari judi ini digunakan untuk kesihatan, apakah klinik satu Malaysia juga menggunakan peruntukan hasil dari wang judi ini.
Sukan yang tak pernah cemerlang dan gemilang sejak mutakhir ini kecuali badminton dan squash juga ada kemungkinan kerana wang judi inilah yang digunakan untuk membiayainya.
Jumlah yang dapat dikumpulkan hasil judi ini adalah RM 1.199 billion, ini tidak termasuk hasil dari Genting.
Maknanya berbillion hasil dari judi membiayai negara kita saban tahun.

Tuesday, April 6, 2010

Facebook | Mohd Hayati

Facebook | Mohd Hayati

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Amankah Bukit Aman kita!

Tadi terkejut beruk kami bila sekali lagi Ketua Pembangkang memberitahu dewan bahawa keamanan negara yang terletak di Bukit Aman sekali lagi disyaki telah dipantau oleh agen Yahudi Israel , kali ini kerana proses meningkatkan sistem komunikasi dari analog kepada digital yang dalam proses.
Individu terbabit dalam kerja ini adalah daripada Syarikat Master Plan Consulting Sdn bhd, System Protocol Information Sdb Berhad dan DG Kom Sendirian Berhad yang diarahkan untuk membuat kerja-kerja menaik taraf sistem komunikasi di ibu pejabat Bukit Aman yang disubkontrak kepada Asiasoft Sdn bhd.
Antara nama yang wujud dalam Asiasoft adalah Izhak David Nakar, yang bertugas di Tentera Udara Israel dari 1970 hingga 1987, dimana beliau bertanggungjawab membangunkan sistem inteligen untuk angkatan tentera Israel. Nama lain adalah Ido Schechter, Captain didalam Angkatan Udara Israel.
Kedua mereka ini berada didalam Lembaga Pengarah Asiasoft Sdn Bhd.
Kewujudan mereka telah disedari sebenarnya dan laporan polis telah dibuat oleh Pengarah Bahagian Logistik Bukit Aman dan disiasat tetapi pegawai yang menyiasat tersebut akhirnya telah ditukar. Akhirnya perkara ini tidak sampai kemana sehingga sekarang.
Apa yang berlaku akhirnya tidak ada apa-apa tindakan terbaru yang diketahui selepas itu, dan ketakutan kita adalah perisik mungkin telah berada diatas Bangunan Bukit Aman dalam proses meningkatkan sistem komunikasi PDRM kita , dan bolehkah kita menafikan bahawa dengan adanya mereka disitu maka maklumat kita tidak akan terlepas kepada pihak asing??????

Monday, April 5, 2010

Desak jangan tak desak, pasai pa perang Telok tercetus?

Semalam kami MP daripada PAS telah mengunjungi pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu untuk menyerah memorendum mendesak supaya DYMM raja-raja Melayu campurtangan dan mendesak agar kerajaan dibawah pimpinan DS Najib membatalkan segera perjanjian dengan syrikat APCO Worldwide yang tugasnya memberikan nasihat Komunikasi menyeluruh dan strategik kepada PM atau Kerajaan Malaysia dalam hal-hal berhubung dengan mempromosi Malaysia keluar negara. Kerajaan menghadapi berbagai masalah semasa permulaan PM mengambil tampuk kepimpinan daripada Pak Lah dahulu dalam isu Altantunya dimana hampir seluruh dunia akhbar terkemuka dunia dari India, Thailand, UK, USA , Indonesia , timur dan barat mengaitkan berita berhubung pembunuhan Altantunya dan bakal PM ketika itu . Masalah ini enjadi gah seluruh dunia tetapi tidak ada penafian kepada dunia terutama desakan supaya bakal PM masa itu menyeman akhbar berkenaan agar mereka tutup mulut dalam hal kaitan ini, tetapi beliau membisu seribu bahasa. Pasal 1 Malaysia ni, adakah ia secara kebetulan atau atas nasihat , kita kena semak balik la maklumat yang ana cari ni, betul ke tidak wallahu aklum la, harap-harap tak betul kot, -dalam one Israel, ada kata perkhidmatan lebih baik dengan pendidikan dan kesihatan, maka datang one Malaysia dengan permata dan klinik 1 Malaysia. -one Israel nak alih isu penempatan haram Yahudi dibumi Palestin , dan 1 Malaysia juga cuba nak alih isu perkauman dan rasuah. -mesej one Israel adalah people first, 1 Malaysia rakyat didahulukan. -tabung one Israel ditubuhkan, di 1Malaysia yayasan 1 Malaysia. Ana dah kata mungkin secara kebetulan, kerana sebelum ini pun biasa kita dengar one Britain, one Australia dal 1980 an, dan itu mungkin tak ada kena mengena dengan 1 Malaysia ni, kerana PM kata hasi; brainstorming dia dengan rakan-rakan, harap begitulah dan tak payahlah lepas ni nak guna APCO lagi kerana ramai kawan-kawan yang sanggup keluarkan idea, kalau dulu Satchi and satchi dah ditamatkan, takkan nak ambil lagi orang belah sana kot. Apakah ini puncanya maka APCO ini diambil untuk mencerahkan suasana ini, saperti yang pernah dijawab oleh TS Dr Koh Tsu Koon dalam jawapan kepada MP Serdang dalam paarlimen sessi tahun lepas masa bajet bahawa memang benar APCO diambik sebagai penasihat kerajaan dalam hal promosi dan menaikkan imej negara balik dimata dunia. Apa yang ana pelik bila semak yang dikatakan nasihat depa adalah 'creating job, promoting education, strengthening delivaries to the people', apakah syarikat dalam negara tak boleh buat benda tu. Bila kita semak dalam web APCO , maka terkejut beruk semua rakyat yang marahkan Israel sentiasa ganyang Palestin dan bunuh rakyat Gaza kerana semua kepala penasihat APCO ini adalah kuncu kepada kuncu Yahudi Israel tu saperti Shimon Stein bekas duta Israel ke Germany, Ittamar Robinovich, bekas duta Israel ke USA, Gad Ben Ari , penasihat khas Yishak Rabin, Doron Bergerbest Eilon Major General didalan Agensi Keselamatan Israel ( ISA)dan Presiden serta Founder of ASERO syarikat sekutu APCO, apakah nasihat yang mereka bakal berikan kalau dengan umat Islam palestin sanggup mereka halau dan roboh rumah sehingga penuh tangan mereka dengan darah rakyat Palestin ini. Apakah kita lupa apa yang berlaku pada masa perang Telok pertama dimana segala maklumat rahsia ketenteraan Iraq telah bocor kepada Amerika dek kerana penasihat strategik begini ? Dalam suasana sedihnya rakyat Palestin mengenang bumi yang dijajah oleh israel, rakyat yang dibunuh oleh tentera israel, maka sekarang kepada perisik dan diplomat mereka datang dengan berjemput kenegara kita untuk memberi nasihat, pakah ini kita rela?. Sebelum mereka menasihat, apakah yang perlu kerajaan berikan kalau bukan data dan maklumat, apakah maklumat ini bukan rahsia kepada kita , kepada negara dan rakyat kita, oleh itu dimana integriti dan maruah negara kalau Syarikat yang berada dibawah kelolaan penjenayah dunia Israel ini menjadi penasihat kita.! Perkara ini dibawa oleh Ketua Pembangkang, tetapi yang akan kena tindakan dirujuk kepada JK Hak dan Kebebasan adalah beliau, kerana kerajaan tak dapat nak jawab bila tembelang dah pecah , satu tangan kutuk Yahudi Israel kerana jajah Palestin dan bunuh rakyat, tetapi satu tangan yang lain jemput syarikat yang diPelopori Yahudi Israel menjadi penasihat, demi menaikkan nama dan imej yang tercalar dimata dunia, nak bagi nampak cantik dan comel, kereta buruk bubuh cat baru , tamsilan itukah agaknya.

Sunday, April 4, 2010

Sumbang kerusi roda

Setelah dua minggu lebih ana menziarahi En Hamid Jusoh ini,dari kampong Nam Dam, Mukim Rambai, di Pokok Asam, Pendang, ana telah menghubungi Jabatan Kebajikan Pendang untuk bantuan kerusi roda, malangnya mereka tidak mempunyai stok untuk sumbangan kepada pesakit ini, oleh kerana beliau memang memerlukan dan tidak dapat lagi hanya berada didalam rumah sahaja kerana tidak dapat berjalan, maka ana telah membeli dan menyumbangkan sebuah kerusi roda kepa beliau untuk kemudahan beliau keluar rumah setelah terperuk dalam rumah lebih 3 bulan.
Apa yang beliau rungutkan kepada saya adalah kelambatan proses untuk mendapat bantuan dari JKM, lalu sya menerangkan bahawa mereka kena ikut polisi dan kaedah yang ditetapkan oelh itu mereka kena memohon dari ibu pejabat dahulu barulah dapat sampai ke Daerah, jadi lambatlah sikit. Oleh kerana tidak tahan dengan kelambatan dan suasana beliau yang sudah lama tidak dapat bersiar-siar, maka saya pada tengahari tadi telah menyumbangkan sebuah untuk beliau, moga ini dapat meringankankan sedikit perasaan sedih beliau dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan patah tersebut dan memulihkan sendi yang pecah itu, moga cepat boleh berjalan Pak Cik A Hamid.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.