Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, May 14, 2009

Perak, MB Chipsmore, siapa gila kuasa??

Kalau anak-anak kecil disebut saja chipsmore mereka sudah tahu itu mesti sekejap ada sekejap tiada, tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ini bukan kanak-kanak saja yang tahu, tetapi seluruh dunia sudah tahu bahkan dari anak dalam buai sudah fasih sekarang bila sebut chipsmore politik, tentulah MB Perak yang tak sah tu lah , sudah pasti gila kuasa .
Kalaulah kita nak bergantung kepada mahkamah buat keputusan, ana pasti sampai PRU 13 pun perkara ini tak akan selesai, lepas satu arahan hakim dari satu mahkamah akan ditangguhkan oleh hakim mahkamah yang lain.
Dalam hal Perak ini, sejak Feb 2009, oleh kerana MB Zamry tu tak sah, saperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, maka apa juga kerja beliau buat memang tak sah lah, kerana beliau bukan MB yang sah, bermakna MB TAK bertauliah, beliau hanya ADUN yang tak ada kuasa dan hak melakukan kerja-kerja lebih daripada ADUN di Pulau Pangkor sahaja. Apa juga yang beliau lakukan adalah melanggar undang-undang dan termasuk juga gaji dan elaun beliau pun kena bayar balik, kalau tidak beliau makan duit tak sah, duit haram saperti sabda rasulullah ' setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api neraka lebih aula baginya".
Begitu juga kalau projek yang diluluskan oleh beliau maka semuanya null and void kerana beliau MB tak sah.
Yang hairannya beliau minta tangguh dulu keputusan Mahkamah Tinggi , nak tangguh buat apa lagi, dah beliau MB tak sah nak boleh buat apa kalau tangguh 10 tahun pun, tak terpakai seduit pun kerja beliau sebagai MB Perak tu kerana beliau adalah MB tak sah. Laywer beliau kata nak buat persidangan tergempar nak usul undi tak percaya kepada MB yang sah, siapa MB tak sah yang nak panggil sidang dan siapa speaker haram yang nak panggil sidang, padahal speaker itu sendiri pun sudah haram, nak panggil sidang apa pulak, pelik sungguh apa yang berlaku di negeri chipsmore ni.

MM teruskan keunggulan anda walau dimana.



Maktab Mamud, mengingatkan ana kepada nostalgia semasa menjadi penghuni dedepan Kedai Kapoor di Simpang Kuala sekitar 60an dan 70an dan ini semua memberikan satu semangat untuk mengimbau kembali pengalamn getir didalam menimba ilmu dalam kepayahan ketika itu. Semuanya mesti dilakukan sendiri tanpa bantuan ibu bapa walaupun baru melangkah usia remaja .
Semangat yang kental untuk merubah cara hidup itulah maka aku bersama dengan rakan sepondok ketika itu iaitu Dato' Mohd Nor Rofie, Pengarah Tanah dan Galian Kedah sekarang menjalani kehidupan pelajar pondok dan akhirnya alhamdulillah Allah taala memberi peluang untuk meniti sedikit kejayaan.
Itulah antara pesanan ana semasa memberi ucapan kepada majlis mesyuarat PIBG MM Pendang baru-baru ini. Lihat saja anak-anak MM yang sekarang sudah ramai menjadi pentadbir negeri dan negara kita, DO Kuala Muda, DO Pendang, Ketua Pengarah EPU Negeri Kedah, DO Kulim bahkan ramai Penghulu-penghulu diseluruh negeri Kedah kebanyakannya adalah anak didik MM belaka bahkan termasuk juga yang jaga JPM bahagian agama walaupun masuk tanpa melalui saluran biasa iatu Menteri dan Timbalan Menteri di JPM bahagian Agama ( semestinya bukan hadhari kut) dan Ketua Pengarah JAKIM.
Harapan agar segala teladan yang dicontohi oleh mereka semua ini akan menjadikan pelajar MM Pendang tidak merasa tersisih bahkan kejayaan didalam akedemik dan sukan serta kokurikulum telah menaikkan nama MM Pendang dipersada pendidikan di Kedah ini.
Moga warga MM Pendang terus mencapai kejayaan dalam menggilap segala bakat anak bang untuk bertakwa kepada Allah.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.