Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, September 19, 2008

Sampai orang pencen pun suruh turun awal.


Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Pengerusi Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika dihubungi berkata, sebaik selesai pilihanraya umum 8 Mac lalu, Mubarak menemui perdana menteri supaya melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya.

“Bagaimanapun, Abdullah tidak memberi jawaban terhadap cadangan Mubarak itu,” katanya.

“Dalam mesyuarat agung Mubarak baru-baru ini, semua pengerusi negeri kecuali Pulau Pinang, mahu pelan peralihan kuasa disegerakan.

“Pengerusi Pulau Pinang J Raj berkata, beliau mahu berkecuali kerana Abdullah berasal dari negeri itu,” katanya.

Beliau berkata, semalam Mubarak sekali lagi menggesa supaya peralihan kuasa dipercepatkan kerana Umno dan kerajaan berada dalam keadaan kelam kabut.

Hari tu TS Muhyiddin Yassin , lepas tu DS Rais Yatim, lepas tu DS Najib tumpang tui sekali, dan yang lain-lain dari bahagian ramai lagi yang kata macam tu.
Ana hairan sampai MT pun suruh turun cepat ni, memang dah tak lama dah tu. Kalau tak turun, ana takut nanti MT sendiri yang buat undi tak percaya kepada presiden, naya seluruh negara. Boleh masuh Malaysia Book of records la tu maknanya, nanti Che Det pun akan gelak sakan.

Kita cuma nak tengok setakat mana PM kita ni nak tunggu dalam jawatan beliau sekarang sebelum sampai masa ditarik turun oleh ahli beliau sendiri. Rakyat semua sudah semacam faham kenapa Paklah ambil alih kementerian pertahanan dan suruh DS Najib jaga khazanah negara yang sudah tak berduit tu. Bebanan mencari duit dan menarik pelabur telah dilepaskan setelah Paklah gagal melakukan reformasi ekonomi dengan bantuan tingkat empat saperti kata Che Det,teman lama kita tu la.

J Qaf, bertindak atas kesedaran selepas kekesalan.

17 Sept - Kementerian Pelajaran menyasarkan sejuta pelajar yang menyertai program jawi, al-Quran dan fardu ain (j-Qaf) ketika ini mampu menguasai al-Quran menjelang 2010. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kemajuan yang dikecapi sejak pelaksanaan projek perintis itu pada 2005. "Ini adalah langkah untuk memperkasakan pendidikan sedia ada dan dijangka program ini dapat diperluaskan ke peringkat sekolah menengah suatu hari nanti," katanya.



Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Khatam al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ketiga di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di sini semalam. Di samping peningkatan jumlah guru j-Qaf dari 3,567 pada 2005 kepada 13,470 guru, tahun ini ia juga mensasarkan supaya lebih ramai generasi muda celik al-Quran terutama pelajar peringkat rendah. Sejumlah belanjawan yang cukup besar untuk program itu iaitu RM146.2 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Ana tidak mahu menyalahkan Kementerian Pelajaran dalam hal ni bila bercakap tentang J qaf ini, cuma kesalahan perlu diletakkan kepada pemerintahan sebelum ini yang telah mengabaikan tulissan jawi dan tidak menekankan kepentingan alquran sehingga kita terpaksa menghabiskan begitu banyak wang hanya untuk mengenalkan mereka dengan tulisan jawi dan membaca alquran. Itu belum nak melaksanakan apa yang terkandung dalam arahan dan suruhan dari dalam alquran itu sendiri, mungkin melibatkan kos yang berganda lebih besar.
Ana teringat masa kecil-kecil dulu, belajar mengaji dengan tok ana sampai boleh membaca dan khatam pada peringkat kanak-kanak lagi, ini kerana keberkatan datuk nenek mengajar kita mengaji dengan ikhlas kerana Allah dan kita mengajar pula anak murid beliau dan begitulah seterusnya dari generasi kegenerasi disamping belajar ilmu lain dari sekolah.
Juga kita masih ingat bila mempelajari pelajaran agama Islam dengan tulisan jawi dan huruf arab diperingkat sekolah rendah sehingga fasih untuk membaca jawi, tetapi setelah kerajaan dahulu menghapuskan penggunaan jawi hatta dalam pendidikan Islam, maka terus rakyat kita menjadi buta jawi dan buta alquran. Bukan setakat buta memahami, bahkan lebih teruk lagi buta nak membaca alquran.
Dalam hal Jqaf ni, ana rasa sedikit kerugian untuk anak-anak kita yang pulang dari Timur Tengah diberikan ruang untuk mereka mengajar Jawi dan quran dan arab ni disekolah rendah padahal mereka memiliki ijazah yang diiktiraf diperingkat dunia kebanyakannya. Sepatutnya mereka ini dimulakan diperingkat sekolah menengah dan diberikan peluag untuk menyebarkan ilmu melalui kitab muktabar yang mereka pelajari dinegeri oarang melalui masjid dan surau supaya generasi tua juga mendapat faedah hasil dari ilmu tadi, bukan hanya mereka disekolah rendah sahaja.
Ratusan juna digunakan dan itu adalah duit rakyat dan pengajarnya pula adalah aset kepada generasi akan datang, oleh itu diharap [ihak di Kementerian memikirkan kaedah untuk memanfaatkan mereka yang menjadi tenaga pengajar ini supaya lebih memberikan faedah kepada rakyat terbanyak.

Thursday, September 18, 2008

Terkejut dan tersentak.

Peralihan kuasa antara PM dan TPM sudah bermula. Begitulah bunyi semua berita yang ana dengar hari ni. Tapi kelmari yang didengar lain pula bunyinya. Bila Paklah beri jawatan MOF kepada Najib, dia nak lihat prestasi TPM menjaga Kewangan dan menjalan ekonomi negara, kalau OK maka cepatlah dia lepas jawatan, tapi kalau sebaliknya, mungkin 2010 pun tak boleh lepas lagi.
Begitu juga apa muslihat PM ambil alih MOD, kalau tak ada sesuatu yang akan berlaku nanti, kerana suasana dalam negara sekarang ni boleh dikatakan agak tak menyeronokkan, baik ekonomi, persefahaman kaum, keselamatan rakyat , kecelaruan politik dan berbagai lagi yang tak menentu sampai saham pun merudum jatuh.
Apakah harapan Paklah agar bila pegang MOD, maka ia akan dapat melakukan sesuatu untuk mengekalkan kuasa beliau atau untuk keselamatan rakyat, kita harap yang kedua menjadi pilihan beliau.
Begitu juga kalau DS Najib pegang MOF, apakah ia menjadi satu jerat untuk PM menjadikan alasan bahawa kalau tak pandai jana duit dan jaga ekonomi, maka tepuk dahilah nampaknya DS Najib dalam 2010 nanti, Apa yang diserah adalah kantung yangb mengering dan sudah kurus. Apakah DS Najib mampu menggemukkan semula, kalau boleh maka harapan untuk melihat Paklah turun sebelum Disember 2008 amat cerah. Maka harapan Muhyiddin akan nampak cerah disebalik terowong dan harapan Ku Li akan hancur berkecai dan menantu juga akan ghuyup kerana Jerlun sudah mempromosikan ayahandanya menjadi penasihat UMNO, sudah pasti penasihat 20 % la kut, itu ana agak saja pasal tengok fielm P Ramlee.

Wednesday, September 17, 2008

Bulan puasa bulan beramal, bulan pemberian bonus dari Allah ,rebutlah peluang ini.


Setiap kali kehadiran bulan Ramadhan ini, maka umat Islam berebut-rebut untuk membuat kebajikan dan amalan kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah cukup lumayan berbanding dengan bulan yang lain, saperti firman Allah dalam hadis khudsi bermaksud setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, kerana puasa itu bagi ku dan aku akan memberi ganjaran kepadanya.
Dengan suasana itulah, maka semalam Muslimat PAS Kawasan Pendang telah mengadakan majlis tadarus Alquran sempena Nurul Al Quran 17 Ramadhan dan menyampaikan sumbangan ala kadar kepada ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Pendang hasil dari sumbangan sahabat dan rakan taulan yang simpati dengan masyarakat miskin.
Majlis diadakan didalam surau markas PAS Gajah Mati dan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang, Dr Hjh Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Mohd Hayati Othman.


Semoga pahala diganjarkan oleh Allah kepada mereka yang memberi sumbangan dan diharap Allah memurahkan rezeki mereka dan ditahun hadapan akan bertambah lagilah sumbangan yang dapat dipungut dan semakin ramai mereka yang dapat menerima sumbangan tersebut.
Memang bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang Allah janjikan dengan pahala berlipat ganda dan setiap ruang dalam kehidupan kita ini mempunyai peluang untuk kita menjana pahala pemberian Allah walau dimana kita berada. Atas kereta kita boleh berzikir daripada hanya leka mendengar lagu-lagu yang tak berfaedah dan melalaikan, disamping ruang masa yang ada boleh kita gunakan untuk membaca Alquran, manakala disebelah malamnya banyak masa boleh kita gunakan untuk sembahyang tarawikh dan witir serta tahajjud dan bertadarus alQuran serta selawat disamping ada juga setengah masjid dan surau yang mengadakan tazkirah untuk memperingatai muslimin tentang peluang untuk menambah pahala di bulan Ramadhan ini.
Apa yang menjadi tradisi masa kita kecil-kecil dahulu , memberi kuih antara satu rumah dengan rumah yang lain apabila tiba waktu hendak berbuka merupakan saat yang amat menggembirakan, Ini sesuai dengan hadis Rasulullah bermaksud dua kegembiraan bagi orang berpuasa, kegembiraan pertama ketika berbuka dan kegembiran kedua ketika bertemu dengan Allah subhanahu wataala. Kalau dulu setiap rumah pasti akan berlambak beranika jenis kuih hasil pemberian jiran sebelah, hasil kerja tangan ibu yang membuatnya, tetapi kini kuih penuh meja bukan hasil kerja tangan ibu-ibu, tetapi hasil kerja tangan penjual kuih. Kalau kita lihat suasana pasar Ramadhan sekarang ini, dari nasi, sampai kelauk, kuih dan air minuman semua dibeli dari gerai, tidak ada yang dibuat sendiri oleh kita, maka dari situ dapat kita perhatikan mana hendak datang keberkatan didalam berpuasa kita, mana ganjaran pahala yang hendak kita harapkan, hanya dengan wang ringgit yang dilaburkan digerai Ramadhan, itulah saja yang menjadi habuan berbuka kita.
Ana kadangkala bila lihat juadah berbuka, memang rasa enak dan menyelerakan, tetapi bila lihat cara mereka menyediakan juadah tersebut, mungkin itu yang menjadi halangan. Lihat saja bila mereka memecahkan telur membuat murtabak, ada peniaga yang tidak membasuh telelur yang kulitnya disaluti najis ayam, terus dibancuh menjadi isi murtabak dan dijual serta dimakan oleh kita, dan banyak lagi kalau kita teliti dengan baik.
Perlu kita ingat bahawa didalam bulan Ramadhan sahajalah ada tarawikh, ada puasa yang diwajibkan, ada fitrah dihujungnya yang tidak ada dibulan yang lain, ada lailatul qadar. Oleh itu rebutlah peluang pemberian Allah ini.

Kabinet Pak Lah semakin kalut.



Pembentangan bajet 2009 nampaknya tak dapat nak dibahas pada sidang akan datang 13 Oktober nanti. Ana nampak dengan pertukaran potfolio menteri dari Pertahanan kepada Kewangan ni, mungkin bajet tu akan disemak semula oleh orang baru ni, kerana ia mungkin tidak sesuai dengan naluri beliau atau perlu dipinda sana sini, maklumlah orang lain buat dan orang lain terpaksa tanggungjawab pula. Walaupun kita nampak mungkin yang agak gembira DS Najib jadi menteri Kewangan adalah adik beliau yang jaga CIMB, tetapi mungkin ramai lagi yang tak berapa bersenang hati dengan suasana pindaan kabinet Pak Lah secara mengejut ini.
Beliau sekarang dilihat oleh ramai sebagai gagal menjaga ekonomi negara yang semakin merosot dan saham yang sudah jatuh macam buah nangka gugur sekarang ni dan kegagalan beliau menurunkan harga minyak yang dijanjikan pada bulan September ni nak diturunkan, tetapi bila dah jatuh sampai US 94 se tong, maka dia masih kata lain kali pula. Apakah ini janji lepas pilihanraya yang akan terus meranapkan UMNO dan BN.
Kini kekuatan beliau boleh diandaikan hanya disambung tali hayat nya oleh tentera, sebab itu baru-baru ni polis dan tentera berlatih bersama dan kenyataan ketua ATM baru-baru ni dengan jelas telah menunjukkan sedikit sebanyak hint kearah apa yang bakal berlaku kini.
Walaupun kegagalan adalah berpunca dari kegagalan PM mentadbir negara dan membetulakan ekonomi negara sejak beliau terajui Kementerian Kewangan sejak 2003, tetapi bebanan sekarang dilepaskan kepada DS Najib dan belis juga menyalahkan DSAI dalam situasi begini, dan meluahkan rasa yang terpendam dihati bahawa masalah ekonomi dan keselamatan negara sekarang adalah hasil ancaman daripada DSAI.
Kenyataan ini serupa saperti yang disebut oleh salah seorang ahli MT kepada DSAI bahawa kalau tak dapat ambil mempelam yang tinggi katakan saja ianya masam, nah sekarang boss beliau sendiri sekarang ini menyalahkan semua orang diatas kesilapan yang dilakukannya.
Hari ini terpapar berita SAPP bertindak nekad keluar dari pakatan gabungan BN. Bila disaman oleh syarikat pembekal peralatan PR, orang besar mereka katakan mereka bukan sebuah perti politik, tetapi bila nak masuk pilihanraya mereka katakan mereka parti politik. Inilah hipokritnya Bn, kalau kena saman bagai nak rak lari tak cukup tanah tak mau bayar hutang, bila rakyat tak larat bayar hutang, ligan sampai lubang cacing.
Ana rasa tertarik bila Menteri Luar kata baguslah potfolio Mneteri Kewangan dipegang DS Najib, dia ada pengalaman ekonomi, dengan sendirinya beliau memperlekehkan bekas MOF yang baru lalu yang tak ada pengalaman ekonomi, tetapi bila hari pertama sahaja DS Najib masuk pejabat MOF, saham menudum jatuh dan macam biasa alasan yang diberi adalah kerana suasana serantau dan antara bangsa yang juga memperlihatkan saham menjunam juga, tapi kalau saham naik, maka kita pandai jaga ekonomi, ekonomi kita kukuh dan sebagainya. Begitu juga dengan Paklah, kata ekonomi kita bagus, inflasi kita terkawal tetapi bila suruh turunkan harga minyak, apa dia kata, kita tengok dulu. Bila dah tak mampu nak jaga ekonomi lagi, maka diserahkan baton kepada DS Najib yang sudah tentu lagi kalut didalam MOF nanti.
Satu lagi mungkin ana rasa Paklah sedang meninjau dimana punca C4 diperolehi untuk meletupkan Altantuya kerana orang yang sebelum ni tak sempat nak melarikan fail kerana pertukaran dilakukan secara mengejut dan serta merta dan berapa sebenarnya komisyen yang diperolehi oleh pembawa masuk Sukhoi dan Schopene tu, kut kut boleh cari lubang dimana dan siapa pula lepas ni boleh dapat manfaat. Jumayan saudara.....

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.