Wednesday, February 9, 2011
Negeri dapat hasil, rakyat dapat nikmat.
Semalam, bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pendang, satu majlis penyampaian wang kafalah kepada waris simati untuk DUN Sungai Tiang telah diadakan buat kesekian kalinya. Ini adalah diantara inisiatif kerajaan negeri didalam membantu rakyat negeri Kedah yang ditimpa musibah keatas kematian ahli waris mereka .
Skim yang dilancarkan 2 tahun lepas telah memperuntukan RM 4 juta ringgit kepada mereka yang kurang berkemampuan melalui pendaftaran E Sinar yang telah dilancarkan oleh MB Kedah setelah diberi mandat memerintah Kedah dibawah Pakatan Rakyat.
Sejak daripada itu, maka MKK telah diamanahkan untuk mendaftar mereka yang kurang berkemampuan didalam pengkalan data E Sianar agar bantuan yang diberikan melalui saluran kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan dan adil, cumanya diharapkan agar sttus mereka ini hendaklah disahkan betul-betulleh MKK melalui kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri.
Skim ini tidak mengambil kira agama, bangsa dan sokongan politik, kerana ianya adalah wang kerajaan negeri, maka sesiapa yang didaftar didalam E Sinar adalah berhak untuk menerima wang kafalah ini.
Inilah hasil daripada wang penjimatan kerajaan negeri yang dikatakan telah dapat dilaksanakan melalu pelbagai program kerajaan Pakatan Kedah ini melalui tender balak sebanyak 38 juta tahun 2009 dan 53 juta pada tahun 2010 serta ditambah dengan tender perbatuan melalui kuari batu dan pasir yang telah dilaksanakan sejak 2008 pakatan mengambil alih kerajaan Kedah.
Sebelum ini, hasilalak yang diperolehi hanya sekitar 8 juta setahun semasa BN memerintah Kedah kerana tender yang diberikan hanya RM 1000 seekar, tetapi telah dinaikkan melalui tender terbuka oleh kerajaan Pakatan sehingga RM16000 , oleh itu maka hasilnya juga bertambah berlipat kali ganda. Ini bermakna hak MB untuk memberikan tebder kepada proksi atau kroni saperti sebelum ini tidak berlaku lagi, dan hasilnya adalah untuk diaghkan kepada rakyat jelata.
Selain skim kafalah ini, bantuan pembaikan rumah , bantuan kewangan kemasukan ke IPTA setiaptahun dan bantuan am untuk JKM juga ditambah melalui peruntukan kerjaan negeri .
Program semalam adalah untuk 20 waris simati untuk meringankan beban mereka didalam mengendalikan jenazah, walaupun ianya agak lambat untuk dilunaskan, tetapi alhamdulillah dapat disempurnakan dan dapat memuaskan hati para waris yang kematian ahli keluarga mereka.
Mulai tahun ini, progras dan prosedur kewangan ini akan dipercepatkan melalui peruntukan dari MB sebdiri melalui wakil rakyat , tetapi dari segi syarat kewangan lain akan dipatuhi saperti prosedur kewangan yang ditetapkan jabatan kerajaan supaya waris tidak menunggu terlalu lama. Cuma apa yang perlu dibuat adalah mereka hendaklah berada didalam senarai E Sinar, mambawa sijil mati dan fotokopi kad pengenalan waris yang akan menerima wang tersebut.
Moga dengan adanya skim untuk membantu rakyat ini, diharap Allah memurahkan lagi rezeki negeri Kedah untuk memberi lebih banyak lagi sumbangan kepada rakyat negeri Kedah.
Subscribe to:
Posts (Atom)