Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, March 17, 2010

Malangnya kaum asal kita, siapa yang tipu depa nih.


Terpegun ana bila melihat orang asli seluruh Malaysia datang ke Putrajaya untuk berdemo pasal tanah dan hak mereka yang cuba dinafikan oleh kerajaan melalui pindaan undang-undang tanah negara. Mereka kesal kerana perjumpaan sebelum ini juga tidak mendapat perhatian kerajaan , sebab itulah sebelum ini mereka telah mengadakan demo pertama di Gombak dan kali ini mereka berarak pula ke Pejabat Perdana Menteri.
Seramai lebih kurang 3 ribu ini mewakili seluruh masyarakat orang asli dalam negara kita menyerahkan memorendum kepada PM, tetapi apa yang menghairankan dibawah kepanasan mentari itu Menteri Luar Bandar yang jaga negeri Kedah yang konon mundur selepas Pakatan perintah itu kata mereka datang makan angin di Putrajaya dan kami jamu mereka makan dalam suasana panas dan berpeluh tu.

Apa yang ana heran, sekarang ni orang asli yang dikatakan amat patuh kepada BN pun dah mula menunjukkan bantahan dan sudah sedar terhadap penipuan yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini kepada mereka. Dah merdeka lebih 50 tahun, berbagai akta dan RUU untuk orang asli dah ada, berbilion wang telah habis untuk mereka, tetapi nasib orang asli masih macam 30-40 tahun yang lalu.

Ana rasa lepas ni, Dr Hatta kena bersara la untuk mengetuai demo macam ni kerana dia masih belum lagi mampu bawa rakyat berarak ke Putrajaya macam pemimpin orang asli ni.
Terima kasih atas gambar dari Malaysiakini yang ana copy ni.

Dia mai balik!

Lepas satu satu menghadapi masalah.
Tapi itu masalah dalam rumahtangga orang lain, hampa apa kacau.
Hajat hati tak nak campur, tapi perkara ini cukup menarik, ni masalah negara ni.
Hari tu kata nak pencen dah daripada jadi presiden, tapi berlegar sms menyebut dia dijemput balik oleh PM dan TPM supaya lawan balik dan jadi presiden. Hari tu dia frust pasal banyak kawasan yang dia lawan dengan parti dia ,guna lambang dacing kalah teruk, sebab tu serah tugas kat orang lain. Orang baru pegang tugas presiden pun masih belum dapat settle masalah , pasal PKFZ pun berjangkit sampai ramai pemimpin UMNO kena, pasal tu kot depa suruh bekas presiden masuk balik, kalau biar yang dok ada ni, mungkin ramai lagi yang terjangkit duri PKFZ.
Kerana perpecahan yang tak dapat diubat lagi, maka hampir semua ccc letak jawatan dan perlu diadakan pemilihan semula, maka segala surat khabar lama pun dikitar semula untuk dibancuh lain dan dibuat akhbar baru dan dijual kepada rakyat. Tapi rakyat sudah kenal kertas recycle dengan kertas baru . Kertas recycle biasanya layak dibuat tisu saja, lepas tu masuk dalam tong sampah. Yang terlibat dengan VCD aktiviti tak sihat pun khabarnya akan dibancuh semula, mungkin yang ni buat doh karipap atau kue pau kot.Lepas tu masuk perut dan keluar masuk tangki IWK saja.

Rakyat sudah nampak apa yang berlaku sebelum PRU 8 Mac 2008, sebab tu penolakan total berlaku dan angkat orang lain, tetiba sampai la masalah percakaran dalaman tak selesai. Ana ucap tahniah kepada Datuk Chua Jiu Meng bekas Menteri Kesihatan yang nampak perpecahan lebih awal dan terjun lebih dulu dari bot yang dah hampir nak karam ni, walaupun bot yang dia naik tak sehebat yang dia tumpang dulu, tapi akan sampai ketempat yang dituju dengan lebih aman dan selamat insyaallah.

Apakah punca dan apakah gerangan penyebabnya maka ini semua berlaku, ada berita menyatakan ini semua gara-gara sang hulubalang yang tak pandai memimpin gerombolan bawahan yang sentiasa pelahap nak tambah kek ekonomi sampai nak buat macam-macam perkara yang membuatkan rakyat naik meluat dan benci, GSTnya, struktur semula minyaknya, lupus kenderaan nya, kapal selam dan enjin jetnya, royalti jadi ehsannya , kes sodomi sampai parlimen negara luar pun pertikai cara kita buat kerja, dan banyak lagi punca semuanya menyebabkan daya saing kita dalam menarik pelabur makin menyusut berbanding Vietnam dan Kemboja serta Indonesia.

Dahlah itu terjadi, depa lihat juga yang bergabung semuanya tak boleh harap dah, parti India yang 2 tu perpecah, satu rebut Presiden, satu jagi tak mau lepas presiden, sapa nak lawan pecat terus, jadi sampai bila nak aman.
Lalu diambil satu parti baru tubuh dalam 10 hari daftar dah lulus, hikmat apa yang dia pakai kita pun nak tahu, ada satu parti tu (PSM) 10 tahun pohon pendaftaran baru lulus, pasai apa jadi macam tu, kena tanya menteri dalam negeri la hal ini.

Havoc lagi



Hari kedua perbahasan pada giliran Ketua Pembangkang berucap petang hari Selasa memang havoc. Ianya dimulakan dengan masalah yang dibangkitkan oleh ketua Pembangkang berhubung dengan hukuman yang dikenakan keatas peminum arak rakyat bawahan disebat riuh satu dunia tetapi bila orang atas yang minum termasuklah pemimpin negara tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan.
Ketika itu bangunlah beberapa orang dari sebelah BN menuduh itu dan ini termasuklah menari sehingga menaikkan suhu perbahasan sehingga beliau menyatakan ada kaum keluarga UMNO yang beli Syarikat arak di Filipina . Suhu bertambah panas bila YB Saifuddin mengeluarkan cerita ada YB BN yang duduk dalam dewan ini meminum arak dan ada yang tertidur didalam casino bila pergi keluar negara sehingga beberapa orang bangun protes ,antaranya Pasir Salak, Kota Belud, Rembau dan beberapa orang lagi, bahkan ada yang minta diberikan nama mereka tetapi demi menjaga maruah ( walaupun mereka sudah hilang maruah nampaknya) YB Machang tidak menyebut nama, tetapi memang rakyat semua tahu siapa mereka, ada yang kena tang kap didalam casino Genting pun kita tahu sejarah tersebut.
Pendek kata itulah sebenarnya pemimpin UMNO yang kata nak laksanakan Islam dan marah dengan PAS bila kita kongsi kuasa dengan DAP di Negeri Pakatan kecuali Kelantan. Itu belum didedahkan lagi kes dengan perempuan . Kalau dah arak menjadi minuman harian, maka perempuan jadi mainan bukanlah sesuatu yang pelik bagi mereka. Macam pernah dikatakan oleh seorang bekas Menteri UMNO, nak bawa perempuan jangan dalam negeri, tetapi diluar negara tak apa. Masih ada lagi dalam dewan wanita tersebut.
Bahkan juga disebut YB Saifuddin bahawa ada antara pemimpin UMNO yang menyimpan tong arak dalam bilik pejabat mereka, entah untuk kawan atau dia lantak sendiri kita tak tahu la, Saifuddin tak sebut, tapi nampaklah ramai yang bangun kerana kepanasan. Dia arif pasal dia pernah jadi SU Pemuda UMNO dulu. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tanya pemandu depa, dimana tempat dan lokasi yang sering menjadi pelabuhan mereka melabuhkan sauh.
Itu bab arak, yang jadi pengarah di syarikat arak terbesar negara belumbeliau dedahkan lagi, tapi ini semua rakyat boleh tahu, buka saja internet dapat lihat berapa ramai bekas orang besar pasukan keselamatan negara yang duduk dalam senarai menjadi pengarah dan pengurusan tertinggi.
Belum kita sebut pasal rasuah ,pasal komisyen dan berbagai lagi sebutan yang tidak dipandang jijik oleh mereka yang sentiasa menyambut dan berarak bila tiba bulan Rabiulawal , sam kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. Tapi lihatlah betapa buncitya perut mereka dengan duit haram rasuah dan kencing syaitan arak , tapi manusia inilah yang marah bila fatwa ulamak dunia menyatakan nama Allah harus digunakan oleh bukan Islam juga. Apakah mereka ini tahu apa itu tauhid uluhiyyah dan rububiyyah?. Kena tanya menteri yang bantah bila hukuman qazaf dipohon keatas Saiful Azlan bila mengaku dia kena liwat tapi tak mahu bawa saksi saperti disebut dalam al Quran tu.
Inilah jenis manusia yang menyatakan nakkan Islam.

Sejarah baru dewan rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.

Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.

Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.

“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.

Nampaknya bukan setakat 1 Malaysia saja suruh rakyat sanjung, tapi sampai SPB Yang Dipertuan Agung pun membaca Titah yang dibuat kerajaan berPMkan DS Najib untuk memuji beliau dan isteri.

itu baru dalam ucapan Peresmian, tak tahulah kita apa yang akan berlaku dalam ucapan perbahasan ahli parlimen BN nanti, tentu berbakullah akan berlaku pujian demi pujian yang akan tercatat didalam hansard parlimen untuk tatapan anak cucu nanti.Itu belum cerita pasal 1 Malaysia yang penasihatnya adalah bekas duta Israel ke German dan US dengan upah memakan jutaan ringgit. Nanti ana ulas dalam kiriman yang akan menyusul.

Tuesday, March 16, 2010

Mula-mula dah kecoh ni.


Hari pertama persidangan sudah kecoh.
Apa yang menjadi pertikaian adalah usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri yang melibatkan Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang perlu mamstikan segala jalan dan lorong yang hendak dilalui oleh ahli parlimen tidak diganggu. Biasanya setiap usul yang dibawa memerlukan perbahasan , tetapi sudah menjadi satu kelaziman usul macam ini sebelumnya tidak ada perbahasan tetapi minta diluluskan oleh ahli dewan sahaja.
Oleh sebab ada berita yang menyatakan KPN akan bertukar dan disahkan sendiri oleh Menteri maka dipohon daripada speaker untuk membenarkan usul ini dibahaskan kerana mungkin selepas ini bukan beliau lagi yang akan jadi KPN dan orang yag akan mengganti beliau mungkin akan mampunyai karenah yang lain daripada beliau, oleh itu pohon perbahasan untuk membawa perkara yang melibatkan diri beliau.
Pun begitu perbahasan tidak dibenarkan mungkin kerana ada tercatat didalam sesetengah blog yang tersebar luas berhubung apa yang berlaku semasa siasatan SPRM dirumah beliau saperti yang diulas didalam Malaysia Today.
Apakah Menteri sudah memberi arahan supaya tidak dibahas takut lebih banyak rahsia akan terbongkar dan mungkin juga kerana itulah maka kontrak beliau tidak lagi disambung untuk tahun seterusnya.
Pertikaman lidah berlaku antara YB Ipoh Timur dan speaker serta lain ahli YB sehingga akhirnya kami walk out kerana tidak puas hati dengan keputusan.

Ingat kewajipan sebagai pemerintah ni.


Pendidikan dan kesihatan adalah dua perkara penting yang menjadi kewajipan pemerintah untuk diberikan kepada rakyat. Oleh itu apa juga persediaan mestilah kepada usaha untuk menjadikan rakyat sihat dan cerdik. Usaha kearah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu dijamah oleh rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan generasi yang berilmu , kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihat lah yang akan membantu membangunkan negara.
Kalau negara tidak mempunyai rakyat yang sebegini, sudah pasti akan menemui kesusahan . Dalam usaha untuk mendapat kesihatan yang baik ini, pemakanan perlu dijaga . Sebagai seorang Islam, kita sering disajikan dengan ‘ setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api neraka lebih aula baginya’, maka sebab itu pencarian sumber makanan halal perlu menjadi agenda didalam kehidupan kita.

Ana tertarik membaca keluhan dari sahabt lama ana Datuk Dr Maa'mor Osman yang kata 80 % daripada respotan tom yam dan sup ekor diragui tidak halal. Amat malang kalau keluhan ini benar dan sahih kerana inilah yang menjadi menu utama bagi masyarakat kita di Malaysia ini, kalau tidak gerai tom yam, maka kopi tiamlah menjadi tempat kebanyakan kita membuncitkan perut. Malang sungguh kita, apa yang dimakan disediakan oeleh orang lain. Bagi ana diutara sana , kalau nak makan ayam, selain daripada ayam HPA ana tak beli, kalau nak ayam goreng belai RFC dan kalau nak makan digerai maka pastikan tuannya kita kenal kalau tidak ana makan ikan sajalah.

Dalam aspek pendidikan pula, didalam titah baginda ada menyentuh pasal pra sekolah, iaitu permata negara. Semua orang tahu, siapakah disebalik permata yang berusaha untuk mengajar anak-anak prasekolah ini. Tak perlu diberi jawapan lagi kerana pada bajet yang lepas telah dinyatakan siapakah gerangan orang tersebut kalau bukan isteri PM. Rakyat amat hairan dan ibubapa amat terkilan apabila mendengar peruntukan 200 juta untuk permata pra sekolah ini yang sudah pasti akan turut bersaing dengan tadika swasta dan Kemas serta tadika Perpaduan, diberikan jumlah yang besar tersebut padahal dalam masa yang sama peruntukan untuk anak-anak disekolah biasa khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10 ke 15 % dek kerana kekangan bajet yang semakin menguncup pada pembentangan hujung tahun lepas. Keluhan terhadap makanan asrama yang dikurangkan daripada 250 hari setahun kepada 200 hari memaksa sesetengah ibu bapa membawa balik anak mereka disetiap hujung minggu, yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh, bukan setakat kos minyak, kos tol bahkan masa dan tenaga terbuang begitu sahaja. Begitu juga pakaian pasukan beruniform yang diberikan dizaman Pak Lah telah ditarik balik, peruntukan tuisyen juga sudah ditiadakan . Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan pra sekolah melalui permata tetapi mengkesampingkan sekolah aliran perdana yang menjadi intipati utama pendidikan anak-anak disekolah.
Ada kedengaran dan disebut didalam parlimen tadi bahawa wujud desakan daripada pihak PIBG sesetengah sekolah di Pahang untuk anak-anak membawa cat kesekolah untuk menceriakan sekolah dengan mengecat semula. Begitu teruk sekali suasana kewangan di kementerian yang nak mendidik anak-anak kita ini. Sampai cat pun ibu bapa kena beri kepada sekolah, konon wang tak cukup, bajet mengecil tetapi ratusan juta disediakan untuk permata negara , pet project isteri perdana menteri.
Bahkan ada sekolah yang diberitakan membuka ruang seluas-luasnya untuk ibubapa membayar yuran sekolah sehingga akhir tahun hanya untuk memberikan ruang supaya sekolah dapat duit yuran ini .
Seperkara lagi yang tak kurang pentingnya adalah masalah kos rawatan perubatan. Pelaksanaan full paying patient di hospital tertentu sekarang ini yang ada pakar dan akan diteruskan ke semua hospital berkepakaran ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakyat . Apa tidaknya kalau pesakit yang akan membayar kos perkhidmatan untuk mendapat rawatan pakar yang sama akan juga terpaksa melakukan rawatan kepada pesakit yang tidak membayar saperti kos diswasta. Ini sudah pasti akan menimbulkan konflik of interest kerana beliau terpaksa melayan pesakit yang membayar lebih berbanding pesakit biasa yang tidak membayar saperti petani dan penoreh dikampong yang datang kerana dirujuk dari hospital daerah misalnya.
Pelaksaan skim FPP ini dilakukan pada awalnya adalah satu usaha untuk menghalang daripada doktor pakar berhijrah kesektor swasta , tetapi kerajaan kena membuat kajian yang lebih lagi berhubung perkara hijrah ini kerana bukan setakat gaji yang menjadi teruhan tetapi dari segi khidmat dan kemudahan lain perlu juga diberikan perhatian didalam membendung masalah ini. Kewujudan terlalu banyak hospital swasta didalam sesuatu kawasan sudah pasti akan menjadi daya tarikan kepada bertambahnya penghijrahan ini berlaku. Menghadkan jumlah kewujudan hospital swasta ini perlu difikirkan seccara serius juga untuk keutuhan sistem di hospital awam. Khidmat sokongan termasuk peralatan cang dan terbaru perlu diwujudkan dihospital awam selari dengan yang ada di swasta, barulah khidmat yang diberikan menimbulkan rasa kepuasan kepada para pakar tadi.
Mengujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik serta peluang kenaikan pangkat dan memberikan insentif yang lumayan sudah pasti akan mengurangkan penghijrahan ini.
Pada masa ini , daripada keseluruhan doktor yang ada didalam negara ini, 30 % doktor yang bertugas di hospital awam terpaksa merawat 70 % pesakit yang datang berbanding dengan 70 % doktor disektor swasta yang merawat 30 % pesakit disana. Perkhidmatan yang tidak seimbang ini sudah tentu akan menjadikan kerjaya disektor awam begitu membebankan sehingga berlaku punca kepada penghijrahan kesektor swasta ini.
Memang sudah terang lagi bersuluh, tindakan awal ini adalah usaha untuk membuka ruang kepada penswastaan sepenuhnya hospital saperti kerja-kerja yang lain yang sedikit demi sedikit telah terlaksana sekarang di bahagian pembekalan ubat, dobi, pembersihan, pelupusan sisa perubatan dan lain lagi kesemuanya melibatkan enam perkhidmatan sekarang ini.
Sebab itulah kalau sesuatu pembedahan itu hendak dilakukan dan memerlukan sesuatu pralayan atau prostesis saperti kanta mata, besi untuk patah dan sebagainya pesakit diarahkan membeli dahulu sebelum pembedahan dapat dijalankan. Ada barang ada pembedahan, atau hutang dan bayar kemudian. Kalau tidak, tunggulah disitu melainkan ada peruntukan daripada tabung bantuan perubatan yang diluluskan.

Monday, March 15, 2010

Flip flop lagi !!

Timbalan Menteri Kewangan dua mengumumkan bahawa sidang parlimen bermula 16 Mac 2010 ini tidak akan membentangkan bacaan kali kedua RUU GST yang dijadualkan akan dibaca pada kali ini. Pertamanya ana nak ucapkan tahniah kepada YB Dr Hatta yang telah membuat inisiatif untuk menggerakkan rakyat membantah pembentangan ini sehingga pengumuman terpaksa dibuat untuk menangguhkan dulu walaupun telah dibuat bacaan pada kali pertama pada penggal lepas dalam bulan Disember 2009.
Keduanya ana nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana menunjukkan sikap flip flop macam zaman Pak Lah juga , buat sesuatu tanpa perancangan lepas tu tangguh konon kerana nak dapatkan makluman atau tindak balas rakyat. Ni bukan kajian saintis dalam makmal, Pak Menteri oi, ini melibatkan rakyat dan kehidupan . Ia melibatkan bilion duit rakyat dan hasil negara. Walaupun kita tidak menafikan bahawa salah satu cara untuk mendapat sumber negara adalah dengan cukai GST ini, tetapi perlu ada syarat marat nya sebelum ianya dilaksanakan.
Antaranya adalah ekonomi rakyat mestilah tinggi , pendapatan yang tinggi barulah layak semua rakyat dikenakan cukai GST dan bila ini berlaku barulah mereka tidak merasa kesan yang menghimpit kehidupan mereka.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan, didapati bahawa didalam negara kita, 93 % rakyat masih lagi belum berkemampuan untuk dicukai melalui GST ini kerana pendapatan mereka yang rendah. Pada masa ini, income tax yang dikenakan hanya melibatkan mereka yang mempunyai pendapatan tertentu sahaja, dan ini sudah boleh memberikan kepuasan hati kepada rakyat, tetapi bagi negara ianya masih belum menjana sumber hasil yang mencukupi kerana hasil bumi kita terutama petrolium sudah semakin menyusut untuk jangka masa panjang, oleh itu salah satu yang diamalkan dinegara yang maju dan berpendapatan tinggi adalah GST ini.
Kita amat menyokong usaha kerajaan untuk menjana ekonomi berimpak tinggi dalam plan ekonomi, tetapi untuk mengenakan culai GST semasa rakyat masih belum mencapai ekonomi berpendapatan tinggi ini adalah sesuatu yang amat malang sekali. Bukab setakat tangguh, tetapi batalkan terus bahkan dicadangkan agar ada satu usul pula untuk menrik balik RUU ini yang telahpun dibaca pada bacaan kali pertama dahulu saperti banyak RUU yang telah ditarik balik sebelum ini.
Perkara kedua flip flop kerajaan adalah pasal penstrukturan semula subsidi minyak yang dicadsangkan juga pada kali ini , tetapi ditangguh kerana untuk dibuat kajian lanjut. Yang ini kita mungkin boleh sokong kerana banyak ternampak kepincangan yang akan berlaku saperti cadangan yang pernah disuarakan saperti menggunakan My Card khas atau apa juga ID card yang bakal menjadikan sistem distesyen minyak huru-hara dan keliru bahkan mungkin akan wujud penipuan yang lebih besar lagi didalam pembelian minyak ini.
Ketiga adalah tentang beras SUBUR yang menjadi kecoh didalam perbahasan yang lalu sehingga menyebabkan dewan terpaksa ditangguhkan kerana Menteri tidak dapat menjawab dengan baik dan jelas pasal hanya ahli umno yang layak dapat saperti borang yang tersiar didalam akhbar berbahasa Cina dan keperluan kepada cop ketua UMNO didalam borang e kasih yang diisi. Lalu ditangguhkan juga pemberian beras untuk rakyat tersebut ( SUBUR).
Keempat adalah pelupusan kenderaan yang berusia lebih 15 tahun yang dicadangkan dan ianya amat menggusarkan orang kampong yang rata-rata menggunakan kereta yang lama dan berusia ini dan juga menjadi tajuk perbahasan yang panas juga didalam parlimen sehingga menyebabkan kerajaan membatalkan cadangan tersebut.
Ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia yang ber Perdana Menterikan satu Malaysia ini semacam tidak pandai dan peka dengan sesuatu peraturan yang hendak dibuat untuk kesejahteraan rakyat , tidak mendapat pandangan rakyat saperti yang sering dilaungkan rakyat didahulukan , tetapi dah nak buat , baru tiba-tiba tangguh atau batal kerana rakyat nak demo atau rakyat bantah. kalulah dibuat pendengaran awam dan ambil maklumbalas daripada rakyat , lepas tu baru buat RUU barulah tidak nanti dikatakan flip flop dalam membuat sesuatu.
Satu perkara yang mungkin akan menggusarkan rakyat ramai tentang insuran kenderaan yang bakal katanya diimplementasikan dalam bulan Jun 2010 ini adalah tentang NFL , yakni insuran yang dibayar kepada mereka yang mengalami kemalangan saperti kecacatan akan dihadkan kepada jumlah tertentu sahaja tidak saperti mana sekarang ini dimana ianya bergantung kepada jenis kecacatan atau kerosakan. Ini khabarnya didesak oleh syarikat insuran yang mengalami kerugian kerana membayar pampasan kepada kecacatan yang dialami oleh pembayar premium hasil daripada kemalangan yang berlaku. Kemungkinan yang yang agak teruk dialami oleh umat Islam yang tidak mengambil insuran nyawa atau hayat berbanding yang bukan Islam yang akan dilindungi oleh insuran nyawa. Diharap perkara ini akan mendapat perhatian rakyat juga kerana kadar kematian dinegara kita cukup besar akibat kemalangan jalanraya.
Mengasia mencatatkan kematian akibat kemalngan dalam angka 7 ribu daripada 27 juta rakyat setahun berbanding England hanya 2700 kematian daripada 70 juta rakyat mereka.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.