Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 2, 2009

Runtuh dan merudum, lepas ni apa pula alasan depa?


Depa ingat FELDA tu hak mak bapak depa, padahal semua tu adalah duit kerajaan, duit yang di pungut dari hasil rakyat, hasil negara dan hasil cukai rakyat. Lihat LHDN kelamarin kata negara bejaya kumpul beratus billion cukai . Itu duit rakyat la tu, kena agih utuk rakyat, jangan depa ingat hanya untuk kelompok tertentu saja.
Macam kami di Kedah khususnya di Pendang ni, punya la tak ketahuan bila sampai nak turap jalan dipilih-pilih rumah sapa BN dan rumah sapa PAS, yang BN sampai depan tangga, yang PAS teruk macam mana pun, tak dapat. Ana baru melawat Kpg Mahawangsa, begitu juga dengan Kpg Sawa Kecil, depa buat macam duit tu keluar dari kocek depa, ni semua akibat wujudnya perasaan tamak haloba yang tak kenal apa itu amanah dan apa itu khianat.
Kalau semua orang faham bahawa apa yang dia buat akan disoal diakhirat kelak, tak jadi macam ni.
Ana harap pihak KEDA di Sawa dan Kem Luar Bandar di Kpg Mahawangsa perlu prihatin hal ni, kerana doa rakyat yang dizalimi dan diiniayai tidak ada hijab didepan Allah. Lihatlah apa yang berlaku sekarang ni, setiap kali PRK kalah, kajian yang dijalankan oleh Merdeka centre, sokongan kepada PM baru merosot teruk, dan banyak kes-kes yang melibatkan runtuh demi runtuh sekarang ni tidak dapat lari dari amalan 'rasuah', tak payah kaji dan siasat rakyat sudah tahu kerana kalau dah RM 270 juta tapi tak sampai 2 tahun dah merudum, tak kan ikut spesifikasi kot. Sapa yang dapat semua tu, macam kes PKFTZ dan scopene, nafi, nafi, nafi lepas tu terbongkar semuanya.
Bila orang lain menang pilihanraya, kata lah rakyat tak mau keluar mengundi pasal tak sokong lagi PKR, perlawanan tak gentleman, ana nak tanya yang tak masuk lawan terus tu gentleman ke apa.

Monday, June 1, 2009

TPM hari ini berkata BN tidak pernah menghalang pengundi daripada menunaikan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan demokrasi dalam negara ini. Beliau dengan sendirinya menafikan arahan Ketua Pemuda supaya ahli UMNO tidak keluar mengundi begitu juga arahan daripada Dato' Zainal Abidin supaya ahli UMNO jangan mengundi calon seliin BN , khianati parti kata neliau.

Ana amat tertarik bila melihat keputusan PRK Penanti semalam, majority yang diperolehi YB Dr Mansor Osman bertambah dari 2000 kepada 5558 kali ini. Dari mana majority itu diperolehi kalau dibandingkan dengan Fairus dulu. Dengan penafian TPM ini, bermakna satu agakan yang boleh kita buat adalah sudah barang tentu undi itu diperolehi daripada ahli UMNO yang tolong mengundi PKR yang dibawa oleh Kak Min dengan kereta dia, tapi bila sampai tempat mengundi di pangkah PKR.
Tak kan TPM tak boleh agak kot, ahli dia pun sekarang ini sudah tidak mahu mengundi depa lagi dah.Kita tengok la nanti apa akan terjadi pula kepada BN di Manik Urai nanti, terurai atau tidak manik di sana nanti. Apakah nak membazir duit atau tidak lepas ni, kalau BN masuk bertanding, sudah barang pasti banyak duit yang akan habis, jadi mungkin akan keluar satu arahan dari ketua pemuda pula, tok sah bertanding la, supaya dapat jimat duit rakyat. Maklumlah belanja satu-satu menteri nak pi banyak mana nak sediakan, nak resmi itu dan ini, sudah barang tentu nak kena claim, yang tak boleh claim cuma ketua pemuda UMNO saja pasal dia tak ada apa-apa kementerian untuk dia resmi dan claim.
Tahniah juga kita ucapkan kepada Kak Min kerana dapat publisiti hari-hari dalam media dan dapat la undi sekita 300 lebih, dan lesaplah duit deposit yang susah-susah dok kumpul selama ni tu dan jangan lupa lepas ni buatlah kerja sendiri menanggalkan poster tu, kalau tidak akan hangus deposit poster tu pulak Kak Min no.
Tahniah kerana berani berlawan tak macam BN yang kecut telor nak masuk bertanding pun takut, kalau kalah tentu terus pengsan.

Tahniah ratu pecut MSSM-MILO ke 31.

Nor Asyikin Mat Isa, 12 tahun pelajar Sek Keb Paya Mat Inson, telah mendapat gelaran ratu pecut MSSM pada kejohanan MSSM ke 31 baru-baru ini. Beliau telah memecah rekod 100 dan 200 meter dan mendapat 2 gangsa untuk 4 X 100 dan 4 X 200 meter. Beliau mendapat emas pada acara solo beliau iaitu 100 dan 200 meter.

Anak kelapan dari pasangan Mat Isa Arifin dan Salmah Khamis ini adalah aktif dalam sukan di sekolah beliau sejak dajah 3 lagi. 6 dari 9 adik beradik beliau merupakan pelajar yang aktif dalam bidang sukan, beliau adalah anak ke 8 dan akan mengambil UPSR pada tahun ini , juga merupakan salah seorang calon sasaran 5 A untuk sekolah pada UPSR tahun ini.

Menghargai kejayaan beliau mengharumkan nama Pendang, Negeri Kedah dan sekolah beliau, pada hari Ahad lepas, 30 Mei 2009, ana bersama isteri serta rombongan AJK Nisa’ Pendang telah mengadakan kunjungan kerumah beliau di Kampong Baloh dan menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan menghadiahkan sebuah basikal sebagai galakan kepada beliau untuk lebih tekun didalam bidang pelajaran beserta bidang sukan yang beliau ceburi selama ini.

Mengikut bapa beliau. En Mat Isa Arifin, anak beliau sering mewakili sekolah dan daerah untuk sukan dan sering mencapai kejayaan didalam acara yang ditandingi beliau. Sambil menunjukkan 2 butir pingat emas dan 2 butir pingat gangsa yang dimenangi anaknya itu dan satu piala krystal MILO-MSSM yang dibawa balik dari Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau setakat ini sudah pun mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana kejayaan didalam bidang sukan ini dan ana menasihatkan beliau agar menseimbangkan juga akademik beliau selain daripada penglibatan didalam bidang sukan ini, dan memang beliau adalah merupakan salah seorang target student untuk 5 A Sek Kebangsaan Paya Mat Inson tahun ini.

Tahniah dan terus berusaha agar menjadi manusia yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair, semoga berjaya didunia dan akhirat.
Contoh sudah ada Ruqayah ratu pecut Asia.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.