Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, October 25, 2008

Kebakaran dalam banjir.

Kun Fayakun, itu kuasa Allah taala. Apa yang berlaku atas kehendaknya dan tidak ada siapa yang boleh menghalang.
Siang tadi, pada awal pagi satu kebakaran berlaku di Tanjung Radin, dalam kawasan ana dan satu lagi berlaku disebelah petang di Kpg Bukit Kokbah, rumah tuan Hj Daud.

Ana sempat meziarahi rumah yang pertama tadi dan mengucapkan takziah atas musibah ini dan apa yang sedihnya rumah beliau baru saya terkena banjir dan air banjir masih lagi ada dikeliling rumah tetapi oleh kerana jalan masuk sempit, maka lori bomba tak dapat datang dengan cepat dan terpaksa buka sampai 5 gulong hos untuk sembur air. Walau bagaimana pun, tida kemalangan nyawa berlaku , kita berdoa agar beliau bersabar .

Pagi ni ada juga menziarahi rumah Tuan Hj Daud di Bukit Kokbah juga mengalami kebakaran petang semalam. Juga hanys habis satu rumah yang indah dan diperbuat dari kayu cengal. Nasib baik isteri beliau yang lumpuh sempat dibawa keluar oleh pembantu yang berada dirumah ketika itu, mengiku Tuan Hj Daud beliau berada di Sungai Daun atas urusan sawah disana.

Maklumat awal yang kita dapati , ramai yang berkata mereka nampak api dikabel letrin dan sebuah lagi rumah yang ada berdekatan juga kelihatan api muncul dikabel, nasib baik bomba sempat memadam api tersebut. Saya harap TNB dapat jalankan siasatan kenapa api boleh muncul dikabl letrik, kerana lebih voltan atau sebab yang lain.

Dirayu kalau sesiapa yang berhajat membantu kedua mereka bolehlah menghantar sumbangan ikhlas kepada

Pejabat Pas KAWASAN Pendang, KM 3, Jalan Sg Tiang, Gajah Mati 06700, Pendang, Kedah.
atas nama PAS Kawasan Pendang, ditulis kebakaran dibelakang cek atau lajnah kebajikan PAS Kedah no acc 020011010006747 BIMB.

Library Akedami Islam runtuh dalam bumi.?? betul ke!!

Ana tak tau samada berita pasal Akedami Islam UM yang dah runtuh Library nya masuk berita ke tidak, sebab perkara ni ana dapat tahu hanya melalui perbahasan YB Ust Nasir, Padang Terap pada 21 Oktober lalu . Oleh kerana malam masa dia bahas tu, dan tak ada sapa pun Menteri yang hadir kecuali Dato' Nazri yang jaga Parlimen, maka tak lah heboh sangat.

Apa yang sedihnya, banyak buku, kitab dan tesis yang jatuh dalam bumi yang runtuh tu dan khabarnya hampir habis library tu punya kandungan masuk dalam tanah runtuh. Mengikut empunya cerita sahabt yang lama yang pernah mengaji disitu dulu, mereka kata ada lubang besar yang ditimbus disitu dulu dan dibuat bengunan mi segera dan diduduki tanpa ada CF, wallah Aklam ana tak tau , kena siasat la tengok. Kalau macam tu punya cerita kalau benar, amat malang la kita. Padan la tak boleh masuk ranking dunia pun, dalam kalangan 200 pun tak boleh masuk, cukup leceh la. Padahal U di Taiwan dan Singapore pun boleh masuk. Ana harap ada la beritu agar rakyat tahu segala yang berlaku, jangan nak susup dari pengetahuan rakyat la, nanti rakyat meluat lagi.

Satu perkara yang nasib baiknya, ia berlaku diawal pagi 21 Hb tu, masa student tak ada mentelaah kitab, kalau tidak habis menemui ajal mereka dalam library tu.
Syukurlah kita kerana Allah masih sayangkan nyanwa student kita lagi.
Berapa jumlah kerugian yang hilang, ana tunggu jawapan daripada pihak KPT lah.

Hentikan fitnah dan kembali kepada kebenaran.



Amboi-amboi, TV3 sedapnya cakap, kata wakil rakyat Kerajaan PAS pi makan angin luar negara ketika banjir berlaku. Lain kali siasat la dulu sebelum buat berita. Tak kan TV3 nak masuk group Utusan Malaysia kot, bila keluar berita semua orang dah pandang tak kisah lagi, macam berita basi, semua orang dah nampak kalau UM atau TV3 keluar berita, dah tentu nak putar belit punya, pasal tu disebut tiga suku la, meloya la, macam-macam gelaran lagi, maklumlah sekarang ni dah banyak alternatif news yang rakyat boleh baca dan tonton, maka mereka yang masih ditakok lama tu dah tak diminati oleh rakyat lagi la.

Sebenarnya MB dan hanya dua EXCO yang pergi luar negara atas urusan pelaburan disana, pergi 19 hb dan banjir mari 21 hb, jadi mana la nak sangka macam tu nak jadi, lagi pun yang ada masih ramai lagi, alhamdulillah semua dah selesai jalankan tugas masing-masing. Ada EXCO dan ada wakil rakyat yang mambantu menyelesaikan masalah disamping jabatan persekutuan dan negeri yang sama-sama membanting tulang membantu mangsa dipusat pemindahan dan dirumah .

Bagi ana di Pendang, bersyukur kerana sebaik saja berlaku, EXCO Dato' Hj Mohd Taulan dan YB Ust Aishah Ghazali telah datang menziarahi dan menghulur bantuan kepada mangsa yang berpindah dan ana sebaik balik dari parlimen terus menziarahi mereka dan besoknya terus melawat kawasan yang terkena banjir.

Tetapi kita memang la macam tu , banyak mana pi ziarah pun, tak kan masuk berita dan akhbar punya. Harap berita macam ni la yang nak masuk, buat berita sendiri dan siar sendiri. Itulah adilnya kerajaan BN yang dah nak lupus dari muka bumi Allah ni akibat politik wang yang diakui oleh Menteri UMNO sendiri. Kita doakan moga manusia species yang mengkhianati bangsa sendiri dan umat sendiri ini cepat-cepat Allah gantikan dengan yang lebih ikhlas berjuang demi agama , bangsa dan negara.
Ana marah sungguh dengan depa ni, pasai jalan kampong yang berapa duit tu pun nak didiskriminasi, contoh jalan pi Paya Nedam Seberang, dah merdeka sampai berapa puluh tahun, tak nak diturap. padahal orang Islam semuanya duk situ, setiap kali masuk dalam list, pengkhianat ni la yang buangkan dari senarai, begitu juga dengan setiap pampasan ribut ka, banjir ka, selalu mereka jenis species ni lah yang selalu buat diskriminasi kepada bangsa sendiri. Macam di Banggul Sanai baru ni, padi dah tuai dah, masih lagi claim dengan MADA kata kena banjir dan dapat pampasan, tapi yang masih dok dalam banjir, tenggelam sungguh dan rosak padi , bukan dari group depa, tak dapat, kalau dapat pun sikit sangat, kalau depa 5 ratus, yang orang lain 100 satu relong, macam mana rakyat tak marah, la ni semua bangsa sudah nampak dah kezaliman depa ni, pasai tu 8 Mac lalu pakat kena tolak belaka. Kalau dengan bangsa sendiri pun sanggup buat naya, bayangkan dengan orang lain, sudah tentu lebih lagi la. Alah macam Tun Musa Hitan dan DS Rais Yatim kata la, kalau tak ada api tak kan nak ada asap kut.


Cuma ana ingin mengucapkan tahniah kepada MB Kedah kerana sesampai saja di Penang, terus baritahu nak ziarah mangsa banjir di Pendang sebelum sempat balik kerumah tengok anak isteri . Kata beliau , dia sentiasa monitor keadaan banjir dari sana dan mendapat maklumat terkini melalui EXCO dan kakitangan kita.

Thursday, October 23, 2008

Sambungan perbahasan bajet 2009 ana yang disambung semula dari jam 9.30 malam tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Pendang. Saya difahamkan Yang
Berhormat Pendang ada 28 minit lagi, sila.
11.31 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Semalam saya telah menyentuh tentang penswastaan hospital, hari ini saya nak
sambung sedikit lagi berhubung dengan perkara ini kerana ia melibatkan ramai rakyat di dalam
negara kita ini. Walaupun secara keseluruhannya tidak berlaku lagi penswastaan hospital awam
masa kini, namun umum telah mengetahui dan merasai bebanan bahang penswastaan tersebut
DR. 22.10.2008
26
dengan peningkatan kos rawatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat walaupun mereka dirawat di
hospital awam sekarang ini.
Dari kos ubat, kos prostesis sehingga ke kos sesetengah jenis pembedahan yang
memerlukan penggantian peralatan ataupun prostesis mesti dibiayai sendiri oleh pesakit.
Kebanyakan pesakit yang baru dikeluarkan dari wad sering membawa resit bayaran membuat
aduan berhubung kos yang tak mampu dibayar oleh mereka walaupun mereka ini dirawat di
hospital awam atau hospital kerajaan. Ini termasuklah kos pembedahan yang memerlukan
prostesis seperti katarak yang mana pesakit diarahkan membuat bayaran atau membeli sendiri
kanta. Atau pesakit yang mengalami patah yang perlu membeli sendiri besi, bukan besi buat
bangunan, ini besi lain ya bagi mengukuhkan tulang yang patah.
Semua ini menjadi keluhan kepada pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan. Akan
tetapi mereka kebiasaannya tidak diberitahu berhubung dengan bantuan kepada pesakit melalui
tabung yang disediakan di dalam wad di mana mereka dirawat. Jadi saya harap perkara ini
dapat diselesaikan di dalam wad lagilah. Kalau mereka tidak boleh membayar atau membeli,
maka tersadailah mereka di dalam wad. Makin lama mereka duduk di dalam wad, makin
banyaklah kos rawatan terpaksa dibayar. Ini belum kita bicarakan lagi tentang hospital yang
mempunyai private wing yang mana doktor dibenarkan untuk mengenakan bayaran kepada
pesakit yang dirawat seperti mana di hospital swasta dengan kemudahan yang terdapat di
hospital awam ataupun hospital kerajaan.
Walaupun ianya dari satu segi dapat memberikan pulangan yang lebih kepada doktor
yang berkenaan, ia berhasrat untuk mengurangkan penghijrahan doktor ke sektor swasta.
Namun dari segi moralnya sudah pasti akan meninggalkan satu kesan yang kurang baik kepada
pesakit yang tidak mampu atau tidak boleh membayar. Mereka sudah pasti nanti akan dilayan
seperti pesakit kelas dua kerana pesakit yang membayar sudah tentu mahukan rawatan dan
belaian yang lebih kerana mereka membayar. Padahal yang tidak membayar hanya akan
menerima masa yang terluang atau masa yang lapang daripada doktor berkenaan.
Walaupun ia ditentukan hanya masa di luar waktu pejabat sahaja mereka ini boleh untuk
mengendalikan di private wing ini. Harapan rakyat agar perkara ini diteliti semula sebelum ianya
menjadi lebih parah.
Saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada Kementerian Pengajian Tinggi atau
Kementerian Kesihatan kerana private wing ini kebiasaannya berada di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi tetapi hospital awam berada di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi berapa
ramaikah doktor-doktor ini dapat kita kurangkan daripada berlaku penghijrahan ke sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun sekarang ini hanya beberapa unit di bahagian hospital
awam telah diswastakan iaitu seperti dobi, kebersihan, cleaning, elektrik tetapi ia pada masa ini
tidak secara direct atau langsung membebankan pesakit berhubung dengan unit-unit yang
diswastakan ini. Akan tetapi baru-baru ini saya mendapat gambaran daripada sahabat-sahabat
DR. 22.10.2008
27
yang bekerja di hospital di unit bius dan juga unit makmal patologi, mereka juga sering dipanggil
ke kementerian mengatakan ianya juga akan diswastakan pada masa akan datang ataupun pada
masa terdekat.
Jadi saya risau tentang perkara ini kerana ini secara direct atau terus akan
membebankan pesakit kerana setiap pesakit memerlukan rawatan direct ataupun ujian direct
daripada makmal, x-ray dan juga apabila melakukan pembedahan, mereka memerlukan rawatan
dari unit bius. Kalau sekiranya ini diswastakan saya rasa memang akan membebankan lagi bilbil
pesakit tersebut.
Dan saya pergi kepada masalah yang berlaku di kawasan iaitu sekarang ini semua orang
dah tahulah dah masuk dalam TV pagi ini, di kawasan utara memang dilanda oleh banjir. Dan
kalau tak silap saya, dua tahun lepas Perdana Menteri telah pergi ke kawasan saya, macam
orang pergi tak beritahu tuan rumahlah, saya pun tak dapat jemputan tetapi alhamdulillah dia
telah berjanji untuk memberi bantuan sebanyak RM21 juta. Akan tetapi apabila saya berbincang
dengan pegawai daerah, pegawai daerah mengatakan 1 sen pun belum sampai baik kepada
MADA ataupun kepada JPS.
Jadi maknanya masalah sungai merupakan satu masalah yang menyebabkan banjir ini
berterusan dalam tahun ini, bukan tahun inilah, dalam dua bulan ini sudah dua kali kawasan saya
dilanda banjir dan ini merupakan satu masalah yang perlu dihadapi kerana setiap kali banjir
banyak kawasan-kawasan sawah padi tenggelam, tidak kurang daripada RM3 juta terpaksa
dihabiskan ataupun dihanyutkan oleh air banjir ini. Baru-baru ini berhampiran dengan lebuh raya
PLUS iaitu di kawasan antara Jerlun dengan Gurun dilanda banjir.
Ini berpunca daripada pembinaan lebuh raya PLUS tersebut yang menyekat aliran
sungai. Jadi saya harap kementerian yang berkenaan tolong perhatilah, aliran sungai dia masuk
dalam lubang, naik balik sebelah sana. Jadi bagaimanakah aliran air akan berlaku dengan cepat
dan ini telah menyebabkan banjir. Kalau satu bulan dua kali ini saya rasa mungkin rakyat
Malaysia lepas ini akan kebuluranlah kerana Kedah tak akan dapat nak supply beras lagi ke
negeri-negeri yang lain.
Itu masalah banjir yang berlaku dan saya harap janji yang diberikan oleh Perdana
Menteri itu dapat ditunaikan oleh Menteri Kewangan yang ada pada hari inilah iaitu Timbalan
Perdana Menteri.
Satu lagi masalah muncul ekoran daripada banjir ini adalah pampasan yang diberikan.
Ini semua kerja yang dilakukan oleh JKKP yang dilantik oleh menteri yang tak berkawasan inilah
iaitu Menteri Luar Bandar, tidak hadir pada hari ini. Jadi saya harap benda ini perlu diberi
perhatian kerana mereka membuat bancian JKKP ini, mereka yang sawahnya tidak tenggelam
pun dibanci sama dan orang yang sawahnya tenggelam dan padinya hanyut tidak dibanci. Ini
tidak dijalankan penyiasatan oleh pegawai pertanian dan juga pegawai MADA.
DR. 22.10.2008
28
Ramai petani yang membuat keluhan kepada saya, saya kata ini kerja-kerja yang dibuat
oleh JKKP yang dilantik oleh pihak pusat sebab kalau kita membuat siasatan, kalau pegawai
pertanian dan MADA membuat penyiasatan saya rasa perkara ini dapat dihindari daripada
berlaku. Kerana ini memberikan satu penganiayaan kepada petani yang betul-betul padi mereka
rosak, tidak dapat dituai, tidak dapat diambil pada musim yang lepas iaitu pada awal bulan puasa
yang lalu.
Berhubung dengan PLUS, berhampiran dengan lebuh raya PLUS itu sekarang ini pembinaan
double tracking ataupun landasan kereta api berkembar yang sedang giat dijalankan. Ini juga
memberi satu lagi masalah di kawasan saya iaitu banyak rumah-rumah yang terpaksa
dipindahkan dan juga terpaksa berpindah kerana apabila landasan berkembar ini dibina, ianya
mengenai rumah dan rumah ini apabila kami berbincang dengan pihak Gamuda, mereka tidak
akan memberi pampasan. Jadi penduduk merasa kalau mereka tinggal di situ, mereka akan
terdedah kepada landasan kereta api berkembar yang dikatakan akan membawa kabel,
mempunyai kapasiti elektrik yang tinggi. Jika sekiranya mereka berpindah, mereka terpaksa
membuat rumah baru dan terpaksa memerlukan pembiayaan yang tinggi. Jadi saya harap
Kementerian Pengangkutan dapat memberikan satu penyelesaian terhadap masalah penduduk
dengan Gamuda inilah.
■1140
Yang keduanya tentang KEDA, pada 21 hari bulan yang lepas Yang Berhormat
Timbalan Menteri pun masih ada di sini, saya telah menanyakan soalan tentang penempatan di
rumah KEDA iaitu 13 orang penduduk di situ yang telah dijanjikan dan telah dibawa ke Pusat
Induksi KEDA di Sik. Mereka ini dijanjikan rumah KEDA di perumahan KEDA Bukit Jenun dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri pun berjanji untuk memberi jawapan. Sampai hari ini saya
masih belum lagi menerima jawapan wahai Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau belum
siasat, siasat segera dan berilah saya jawapan, kerana saya mendapat satu jawapan yang lain
daripada pegawai KEDA yang mengatakan, jika sekiranya mereka ini telah dibawa ke pusat
induksi ini mereka akan diberi rumah tersebut.
Apabila saya bertanya kepada penduduk, mereka mengatakan, penduduk yang
sepatutnya yang mendapat rumah ini mereka mengatakan ianya diblok ataupun senarai ini
dikeluarkan oleh ADUN daripada Barisan Nasional. Ini satu yang tidak sepatutnya berlakulah
kerana dalam bajet prihatin ini banyak yang dijanjikan, tetapi jika sekiranya rakyat miskin tidak
ada tanah, tidak ada rumah pun sanggup dilakukan begitu, saya rasa ini tidak sepatutnya
berlakulah. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau belum mendapat jawapan
sila buat siasatan dan berikan saya jawapanlah.
Seterusnya saya pergi kepada MADA. Ini juga merupakan kawasan yang saya mewakili
kawasan yang besar di kawasan MADA. Salah satu daripada projek yang akan dijalankan
bersesuaian dengan NCER ini adalah pembaikpulihan sistem saliran. Dan Kerajaan Negeri
DR. 22.10.2008
29
Kedah pun telah berjanji untuk menambah ataupun membaik pulih kawasan-kawasan terbiar
untuk ditanam dengan padi semula. Masalah yang dihadapi adalah tentang saliran yang
disediakan oleh MADA ini. Jadi dengan wujudnya NCER, saya harap dalam belanjawan ini
ianya tidak akan menjejaskan ataupun tidak akan mengurangkan program-program dalam NCER
ini, yang mana ianya penting untuk makanan penduduk.
Di kawasan MADA kita tahu 97,000 hektar adalah kawasan MADA yang ditanam dengan
padi hanya 30% sahaja, iaitu 29,000 hektar lebih kurang kawasan yang mempunyai saliran yang
sempurna. Kalau kita hendak bandingkan kawasan MADA dengan kawasan Sungai Manik dan
Sekinchan, di kawasan MADA kita dapat mengalirkan air hanya 30 meter untuk satu hektar
berbanding dengan Sungai Manik dan Sekinchan 43 meter per hektar. Maknanya jauh masih
berkurangan sebab itulah hasil yang kita dapati paling banyak pun sekarang ini dalam lingkungan
enam tan per hektar. Jadi saya harap perkara ini akan diberi perhatian oleh pihak MADA dan
juga kementerian yang berkenaan.
Berkenaan dengan salah satu lagi daripada NCER, projek NCER adalah mengestetkan
sawah padi. Berhampiran dengan kawasan saya iaitu di Kampung Jelai projek perintis sudah
pun dijalankan. Dan kawasan ini sudah pun dituai padinya iaitu sekitar 7,982 hektar pada tahun
2008 ini. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian, bagaimanakah dengan hasil
tuaian pada musim ini iaitu pada musim sebelum bulan puasa baru-baru ini? Adakah ianya
bertambah berbanding dengan hasil tuaian mereka sebelum ini kerana ini merupakan projek
perintis? Sekiranya ia dapat menambah pendapatan petani, saya rasa ini satu yang cukup positif
dan kita perlu memberi kredit kepada kementerian. Tetapi jika sekiranya ianya tidak memberikan
hasil yang positif saya rasa estet padi ini perlu difikirkan semula oleh kementerian.
Seterusnya berhubung dengan laporan akhbar baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, iaitu
tentang dua orang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Perlis di Kangar yang membelasah
cikgu. Begitu juga pada akhbar semalam sekumpulan pelajar sekolah yang sama telah ditahan
oleh polis kerana bergaduh di sekolah. Dan juga dalam Berita Harian di bawah tajuk tersebut
Pelajar membawa tangannya yang putus dalam bakul motosikal pulang ke rumah dengan darah
berlumuran. Ini saya rasa satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian berhubung
dengan cara kita mendidik baik di rumah ataupun di sekolah, kerana didikan yang kita berikan
bukan hanya setakat untuk mendapat skor banyak A di dalam peperiksaan, tetapi penilaian tahap
kehidupan mereka dari segi moral mereka, dari segi sahsiah, dari segi kehormatan mereka
kepada guru.
Saya ingat kalau dahulu saya bersekolah dan sampai sekarang apabila berjumpa
dengan guru atau cikgu kita, kita masih lagi memanggil dia cikgu dan kita menghormati mereka.
Tetapi sekarang ini saya rasa nilai-nilai ini sudah tidak ada dalam pelajar-pelajar kita. Itulah
sebabnya mereka sanggup menetak tangan kawan sampai putus, bawa balik tangan itu dalam
raga moto, balik terpaksa masuk hospital. Ini merupakan satu perkara yang perlu diberi
DR. 22.10.2008
30
perhatian. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi kita sama-sama
bertanggungjawab untuk mendidik, melatih warga kita sebab kita tahu ‘awalludin makrifatullah’.
Seawal-awal agama itu kita kenal kepada Allah. Bila kita kenal Allah kita takut kepada Allah,
maka kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik di dalam kehidupan kita.
Saya rasa inilah perkara yang perlu kita berikan perhatian dalam sistem pendidikan kita.
Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin melihat kepada salah satu laporan akhbar
berhubung dengan...
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Boleh bagi laluan sedikit?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sedikit ya.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit sahaja. Boleh atau tidak kalau di
sini kita minta supaya Yang Berhormat memberi persetujuan ataupun tentang cadangan saya
supaya di sekolah misalnya kita dapati daripada priority ataupun keutamaan kepada pendidikan
dari segi penghormatan kepada guru, penghormatan kepada ibu bapa ini sangat kurang. Malah
antara contoh misalnya mural ataupun tulisan-tulisan yang didinding. Yang ada tulis situ
cemerlang, gemilang dan sebagainya tetapi tidak ada di situ satu penekanan tentang akhlak,
penghormatan kepada guru, penghormatan kepada ibu bapa. Ini mencerminkan sebenarnya
bentuk pendidikan ataupun penghayatan-penghayatan pendidikan di sekolah itu yang tidak
menekankan ciri-ciri akhlak dan adab ini. Apa pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Titiwangsa. Saya
mengucapkan takziahlah di atas pemergian ke rahmatullah ibu kepada Yang Berhormat
Titiwangsa. Saya bersetujulah 200% di atas cadangan tersebut. Saya tidak mahulah panjang.
Satu lagi salah satu daripada program dalam NCER ini adalah penternakan lembu dan kambing.
Setelah berbincang dengan mereka yang diberi kesempatan untuk memelihara kambing boer ini
dan saya juga telah sentuh dalam perbahasan sebelum ini berhubung dengan masalah yang
dihadapi oleh kambing yang kita import daripada luar. Walaupun Jabatan Haiwan mengatakan ia
boleh, sesuai dan layak dipelihara kerana dagingnya tidak berbau dan lazat.
Saya rasa untuk petani memelihara kambing jenis ini yang harganya lebih mahal satu
ekor mungkin sampai ribuan ringgit dan pasaran terhadap kambing tersebut perlu diberi
perhatian oleh kementerian. Walaupun mereka mengatakan hasilnya banyak, dagingnya banyak
dan boleh memberi pertambahan kepada sumber daging negara kita, tetapi apabila sampai
kepada petani tidak adanya pegawai-pegawai haiwan yang memantau. Banyak daripada
kambing-kambing ini yang mati daripada yang hidup. Kalau kita lihat daripada laporan akhbar
projek perintis di Pondok Tanjung, Selama Perak 500 benih kambing boer dibawa masuk. Saya
tidak tahulah berapa banyak ataupun berapa jumlah kambing yang telah mati daripada yang
hidup, kerana apabila sampai kepada petani-petani ini kambing-kambing ini tidak dapat hidup
dengan sempurna, tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana, keadaan cuaca ataupun
masalah rumput dan air di dalam negara kita.
DR. 22.10.2008
31
Apabila mereka membuat post mortem ini bukan di dalam hospitallah di dalam ladang
haiwan itu mereka dapati ianya mempunyai penyakit hati...
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Mohon laluan.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ....bukan sakit hati, penyakit hati. Arau.
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada
Yang Berhormat Pendang. Saya ingin penjelasan apabila Yang Berhormat bangkitkan tentang
kambing-kambing yang telah diberi kepada orang kampung untuk memastikan bahawa ternakan
ini dapat diperkembangkan dan tidak ada pemantauan susulan yang boleh menyebabkan
kambing-kambing yang kalau ikut dari segi persekitaran. Walaupun Yang Berhormat bukan
doktor veterinar, doktor betullah kan, tetapi faham jugalah apa yang berlaku kepada kambing
tetapi di sini pada kita, sebenarnya kita rasa kerugian besar.
■1150
Kalau usaha kita untuk meningkatkan sosial ekonomi petani dan juga penduduk ianya
tidak dibuat dengan berterus. Maka kita lihat apa yang kita sasarkan tidak mencapai kejayaan.
Apa pandangan Yang Berhormat kalau sekiranya benda ini kita usahakan dengan lebih
sistematik. Bermakna kata ada ladangnya, ada feedlot nya, ada orang yang mengawasi penyakit
dan sebagainya menerusi koperasi dan juga dibangunkan secara kelompok.
Saya ingat program sebegini kalau kita cuba sedarkan kepada rakyat sebab sebenarnya
peruntukan daripada kerajaan ada tapi khidmat nasihat dan pengetahuan itu tidak disampaikan,
tidak disebarkan menyebabkan mereka tidak dapat knowledge yang sebenar, pengetahuan
sebenar. Apa lagi hendak menternak kambing boer. Saya ingat kebanyakan yang menternak
kambing ini kebanyakannya ada satu, dua sahaja yang berjaya. Kebanyakannya tiap-tiap hari
kalau kita ternak 100 ekor, sehari satu ekor akan kembali ke rahmatullah. Ini yang berlaku. Okey
apa pandangan Yang Berhormat?
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di-
Pertua, saya kalau masak kari kambing memang sayalah pakar. Akan tetapi berkenaan dengan
kambing boer ini, saya ada pelihara kambing boer juga tetapi bermasalah kerana kalau kita bagi
kepada penternak yang kecil-kecilan ini mereka tidak sanggup. Ini kerana pertama, makanan dia
mahal. Kedua, tidak ada bantuan kerajaan, maka kita bermasalah. Misalan, kalau kita pelihara
100 ekor, dia mungkin sehari feed lot ini, makanan kita bawa ke sana belanja pun mungkin
RM1.50 seekor sehari. Jadi berapa sebulan, berapa setahun?
Jadi kita punya penternak kecil-kecil ini dia tidak sanggup, tidak boleh. Melainkan kita
ada koperasi, ada kumpulan yang kita bagi bantuan,baru boleh berjaya. Keduanya penyakit,
kalau kita tidak ada dari jabatan haiwan jaga, doktor haiwan yang jaga maka kita punya masalah.
Misal di kawasan di Tawau satu pegawai haiwan. Jadi apa macam dia boleh jaga semuanya ini?
Jadi ini bermasalah. Mungkin Yang Berhormat boleh cadangkan jangan bagi kepada pekebunDR.
22.10.2008
32
pekebun kecil ini kambing-kambing boer ini. Kalau mahu bagi, bagi kambing kampung kerana
kambing kampung lagi senang. Kita lepas begitu sahaja dia boleh biak banyak dan boleh
dipelihara. Itu mungkin...
Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Saya tarik balik “perkataan kembali ke rahmatullah.”
“Mati, kambing-kambing itu mati” dengan niat untuk tidak mempersendakan kalimah.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Arau dan
Yang Berhormat Kalabakan. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua boleh masukkan ucapan mereka ini
ke dalam masalah perenggan daripada ucapan sayalah kerana saya bersetuju dengan apa yang
dikemukakan oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat tadi ini. Saya rasa memang kalau kita...
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Yang Berhormat Pendang minta
sikit?
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Peminat kambing ini.[Ketawa]
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Sama-sama makan kambing ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Yang Berhormat
Pendang tidak berapa perasan. Saya rasa eloklah kita tidak payah guna perkataan “ke
rahmatullah” itu. “Ke rahmatullah” ini digunakan untuk orang yang beriman meninggal. Kalau
kambing pun kita guna ke rahmatullah, ini satu...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Arau sudah tarik
balik Yang Berhormat.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Yang Berhormat Arau tarik balik,
Yang Berhormat Pendang belum.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Oh, Yang Berhormat Pendang ya?
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat
Baling. Saya pun ingin dibuangkan daripada ucapan tadilah perkataan tersebut. Apabila kita
berbicara tentang kambing boer ini dan apabila saya berbincang dengan pegawai pertanian,
mereka mengatakan kebanyakannya yang mati tersebut apabila dibuat post mortem mereka
dapat ada masalah di hati dia. Sakit hati kambinglah. Saya tidak tahulah apa punya sebab saya
doktor orang, bukan doktor haiwan.
Jadi kementerian perlulah melalui pegawai-pegawai haiwan ini menyelidiki dengan lebih
lanjut kenapakah punca menyebabkan penyakit hati ini mengenai kambing boer ini. Sebab kalau
kita sudah beli sampai ribuan ringgit, sampai kepada petani tiap-tiap hari seperti disebut oleh
Yang Berhormat Arau tadi mati, maka ini amat merugikanlah. Lebih baik kita bagi petani kita
memelihara kambing kacang ataupun kambing biasa ataupun bebiri yang lebih tahan. Kena
hujan pun tidak ada masalah, kena panas pun dia tidak ada masalah. Mungkin daging dia itu
berbau sikit tapi kalau kita taruk banyak rempah ataupun juga perencah lain, mungkin dia punya
bau itu akan kurang. Ini boleh kita tanya Yang Berhormat Kalabakan.
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya beri kepada Yang Berhormat Pasir Mas.
DR. 22.10.2008
33
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tidak, saya hendak tanya Yang Berhormat. Apakah
Yang Berhormat sedar ada daging kambing yang paling sedap. Di Arausa Restaurant, Jalan
Damai. Lovely restaurant. Terima kasih.
Seorang Ahli: Kempen restoran itu?
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada saham ke Yang Berhormat Pasir
Mas? [Ketawa]
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merayulah kepada Kementerian Alam
Sekitar berhubung dengan masalah yang kita hadapi di negeri Kedah kerana di negeri Kedah kita
mempunyai banyak balak tetapi di kawasan yang tidak boleh ambil. Jadi kita terpaksa
memelihara kawasan tersebut. Pada masa sebelum ini Kedah diperintah oleh Kerajaan Barisan
Nasional, pampasan alam sekitar tersebut diberi RM100 juta setahun untuk memelihara kawasan
alam sekitar. Jadi saya harap perkara ini dapat diteruskan supaya belanjawan ataupun
perbelanjaan kita memelihara kawa hutan tersebut dapat di jimatkan dengan wang pampasan
alam sekitar yang diberi kementerian tersebut. Saya rasa itulah sikit sebanyak ucapan saya yang
dapat saya sampaikan. Assalamualaikum.

bilakah masalah nak selesai?

Selepas selesai Ketua Umum Keadilan yang juga ketua pembangkang parlimen Malaysia membentang belanjawan alternatif semalam, ana bersama YB Mahfuz Omar bergegas pulang kekawasan , lebih kurang jam 3 petang dan mengharungi hujan sekitar utara Perak dan sampai dikawasan lebih kurang jam 7 malam, sempat la buka puasa dirumah.
Malam tadi ana ambil kesempatan untuk meninjau pusat pemindahan banjir yang selalu dibuat di Dewan Komplek Sukan Daerah Pendang yang sudah pun dipenuhi oleh 52 keluarga yang ditimpa banjir sekitar sungai Pendang , jumlah semua lebih kurang 222 orang. Semua bahan makanan dan bekalan disediakan oleh Kebajikan Masyarakat dan dibuat secara gotong royong oleh penghuni yang berpindah.



Nampaknya ni kali kedua kawasan kami kena banjir. Tahun sudah juga dua kali ditimpa banjir. Masa kena banjir 2 tahun lepas, PM DS Abdullah telah datang melawat kawasan ana dan menjanjikan 21 juta untuk membaiki tebing dan mendalamkan sungai Pendang kerana sekarang sudah agak cetek dan perjanan air tidak laju lagi, tetapi samapai hari ni JPS atau MADA tidak nampak menjalankan kerja tersebut lagi. Oleh dalam perbahasan ana baru ni pada 21 dan 22 Oktober ana sentuh pasal tu la, kebetulan sekarang di Banggol Sanai sana, banjir fasa pertama menimpa kawasan situ kerena perjalanan air yang tersekat oleh lebuhrasa PLUS diantara Jenun dengan Gurun, ditambah perit dan kronik lagi oleh adanya double tracking yang sedang dibina dimana saliran sungai yang sedia ada terus menjadi perlahan.

Ana harap dalam ucapan tu supaya janji itu ditunai dan Mneteri Kewangan yang baru kena perhati masalah ini betul-betul la supaya tidak lagi merugikan negara dan rakyat , kerana sekali banjir, beribu kehtar kawasan sawah akan tenggelam dan banyak padi untuk bekalan beras negara akan musnah.

Wednesday, October 22, 2008

Emak borek anak rintik!

PEMILIHAN PUTERI JERLUN DIDAKWA DICEMARI RASUAH

AIR HITAM: Bekas Ketua Puteri Umno bahagian Jerlun, Afiza Ahmad mendakwa pemilihan jawatan sayap itu, Khamis lalu, tercemar berikutan berlakunya politik wang untuk membeli undi perwakilan.

Afiza yang melepaskan jawatan itu berikutan melepasi had umur, berkata beliau mendapat maklumat dan bukti daripada beberapa perwakilan yang mendakwa mereka disogok pihak tertentu sebelum mesyuarat pada malam Jumaat lalu yang diadakan di Wisma Jerlun dekat sini.

"Ramai perwakilan mendakwa diberi sogokan antara RM20 dan RM150 mengikut jawatan yang disandang masing-masing di peringkat cawangan supaya memilih calon tertentu pada pemilihan Puteri bahagian.

"Berikutan itu, saya menulis surat melaporkan gejala itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno di ibu pejabat parti supaya kes disiasat," katanya di sini, semalam.
Baling Kerusi Dalam Mesyuarat UMNO !! Biasalah tu... - Malaysiakini
Sabtu lalu, Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap bahagian itu, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan bagi menghadiri mesyuarat bahagian.

Baling Kerusi Dalam Mesyuarat UMNO !! Biasalah tu... - Malaysiakini

Sabtu lalu, Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap bahagian itu, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan bagi menghadiri mesyuarat bahagian.
Kejadian berlaku tak sampai seminggu seorang guru sekolah itu dibelasah

KANGAR: Sekolah Menengah Perlis (SMP) di sini yang digemparkan dengan insiden pelajar perempuan belasah guru, Khamis lalu, sekali lagi digemparkan dengan insiden sepak terajang apabila dua kumpulan pelajar sekolah itu terbabit dalam satu pergaduhan.

Kejadian jam 11 pagi itu berlaku kurang seminggu selepas seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan menyerang dan menerajang guru perempuan dalam kelas 2A9, Khamis lalu.

Difahamkan, dalam kejadian semalam, 15 hingga 20 pelajar lelaki sekolah itu terbabit dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham.


Ana cuma nak antum komen apa yang ada dibelakang baju pelajar yang berada ditengah tu, lambang apa tu. Itulah gambar pelajar yang dibawa ke IPD mengikut cerita diatas tu.


Rasuah dan baling kerusi menjelang perhimpunan UMNO. Itu masalah depa, tapi apa yang ana nak kongsi agar ianya tak menjadi darah daging dalam masyarakat kita mutakhir ini kalau mereka dari jenis ini diberi peluang untuk terus memerintah kita lagi. Lihatlah betapa negara makin mencorot didalam index persepti rasuah dan tengok pula perangan anak sekolah kita yang disiarkan oleh akhbar perdana 2-3 hari ni. Di Perlis, negeri nun jauh di utara Malaysia, pelajar perempuan tingkatan 2 , sudah pandai membelasah cikgu perempuan atas alasan menegur kerana kerja sekolah lanbat buat sampai cikgu tu terpaksa buat laporan polis kerana takutkan keselamatan beliau terjejas, nasib baik tak ditahan dibawah ISA oleh DS Syed Hamid, menteri Dalam Negeri sabagaimana beliau lakukan dan jelaskan dalam penahanan pemberita SCJP tempoh hari.
Begitu juga dengan penahanan beberapa pelajar lelaki desekolah yang sama kerana bergaduh, dan juga cerita seorang pelajar yang terpaksa membawa balik tanganya yang putus ditetak rakan beliau dalam bakul motosikal beliau.
Ini semua gejala hasil dari tiadanya didikan tatasusila moral dan agama yang baik diberikan hasil didikan kita kepada anak-anak dizaman mutakhir ini.
Adat sudah letak tepi, moral sudah dipinggirkan dan nilai kasih dan sayang sudah tidak mendasari kehidupan kita lagi. Itulah sebabnya kita sekarang ini berada dalam suasana yang tegang dan panas, sampai menteri pun silap sikit dah nak tahan rakyat dibawah ISA, konon untuk keselamatan individu tersebut.

Perbahasan bajet 2009 malam tadi sebelum ditangguh dewan 9.30 malam.

9.28 mlm.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana memberikan saya kesempatan yang paling akhir pada malam ini untuk membahaskan
Bajet 2009 dan kepada menteri yang turut hadir pada malam ini. Sebenarnya saya tidak
berhasrat untuk membaca angka-angka atau statistik yang telah diberikan kerana sebagaimana
yang telah dibahaskan oleh ramai Ahli Parlimen ianya telah lari daripada apa yang sepatutnya
berlaku dan apabila kita membaca daripada keratan Berita Harian Parlimen hari ini, Menteri
Kewangan telah mengatakan bahawa satu unjuran baru akan dibentangkan dan ia merupakan
satu gambaran yang sebenarnya apa yang berlaku kepada ekonomi negara kita.
Ini merupakan sesuatu yang positif saya rasa setelah kita mengkritik ataupun memberi
pandangan bahawasanya ia sememangnya perlu kerana ekonomi dunia sekarang pun sudah
berubah dan kita banyak bergantung kepada negara Amerika Syarikat dalam bahan eksport kita
dan sememangnya ia akan mengenai kepada ekonomi negara kita.
Lalu langkah untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi daripada 5.4%
seperti mana yang dianggarkan pada bajet tersebut perlu dibuat kerana ia akan menurun dengan
lebih rendah lagi kerana krisis yang melanda Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta
sekarang ini telah masuk ke negara China memberikan kesan yang cukup membebankan
negara-negara kita di Malaysia ini.
Saya hendak menyentuh beberapa perkara, saya bercadang untuk menyentuh
Kementerian Kesihatan tetapi menteri sudah pun keluar daripada Dewan ini kerana saya
mendapati kesihatan merupakan satu perkara pokok yang perlu diberi perhatian yang cukup
serius oleh kerajaan kerana kesihatan dan pelajaran merupakan dua perkara yang perlu ada
kerana ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kalau badan kita tidak sihat walau banyak mana pun duit yang kita ada, kita terpaksa
juga berjumpa dengan doktor atau masuk hospital. Menteri, begitukan kerana apabila kiat
bercakap tentang hospital, rawatan ini merupakan perkara asas yang perlu diberikan perhatian
oleh sebuah negara yang dikatakan negara berkebajikan. Saya hendak sentuh tentang private
wing di hospital terutamanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di Hospital UKM, Hospital
USM, ini merupakan private wing yang telah dijadikan penswastaan daripada hospital-hospital
awam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat sambung esok. Melainkan Yang Berhormat hendak tamatkan.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Oh, tidak boleh, banyak lagi. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu, 22
Oktober 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam

Sunday, October 19, 2008

Radiasi bahaya berada dimana-mana. Apakah tindakan kementerian!!!

Sejauhmana kesan sinar latar kepada kesihatan rakyat, MP PAS Pendang minta kementerian buat pemantauan.

Sesi Soalan Jawab Lisan pada 16 Oktober 2008.

Pulut srikaya lemang buluh,
soalan saya nombor sepuluh.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah persiapan Malaysia di dalam menghadapi pencemaran radiasi nuklear di pelabuhan dan lapangan terbang untuk melindungi rakyat dari bahaya tersebut.



Dr Mohd Hayati bin Othman, MP PAS Pendang.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Tuan Haji Fadillah bin Yusof]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak jawab pantun atau hendak jawab soalan saya tidak pasti. Tuan Yang di-Pertua, persiapan Malaysia di dalam menghadapi pencemaran radiasi nuklear di pelabuhan dan lapangan terbang untuk melindungi rakyat daripada bahaya tersebut meliputi tiga aspek.

Pertama ialah dalam aspek pencegahan, kedua pengesanan dan ketiga tindak balas. Dalam aspek pencegahan MOSTI melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom atau LPTA telah membangunkan mekanisme kawalan dan kawal seliaan import, eksport, transit dan transshipment bahan radioaktif ataupun bahan nuklear di Malaysia melalui kaedah perlesenan dan pengeluaran kebenaran ataupun permit.

Keduanya dari aspek pengesanan. Pertama MOSTI melalui LPTA akan melakukan pengawasan dan pengesanan melalui pengambilan sampel air, udara dan paras sinaran luar di lokasi pelabuhan ataupun lapangan terbang sebelum, semasa dan selepas insiden di lokasi.

Kedua, MOSTI melalui LPTA telah membangunkan pusat kendalian kecemasan di ibu pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di Dengkil Selangor. Tujuannya untuk mengesan sebarang kemungkinan sebarang kejadian pencemaran radiological dan nuklear sama ada dalam udara atau melalui sempadan secara online.

Sistem pengesanan bahan radioaktif dan nuklear kebangsaan yang dibangunkan terdiri daripada pemantauan alam sekitar ataupun Environmental Radiation Monitoring System atau ERMS dan pengesanan penyeludupan di sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang.

Yang ketiga jika LPTA mengesan sebarang pencemaran radiasi maka satu penilaian tahap pencemaran akan dilakukan seandainya melepasi had yang dibenarkan maka LPTA akan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara ataupun MKN bagi tindakan selanjutnya seperti mana di bawah kehendak Arahan 20 MKN.

Tuan Yang di-Pertua, dari aspek tindak balas ataupun respons, MOSTI melalui LPTA telah membuat persiapan seperti berikut. Pertama mengadakan latih tubi ataupun drill, pencemaran radiological di peringkat dalaman dengan syarikat pemegang lesen dan di peringkat kebangsaan melibatkan lead agency di bawah Majlis Keselamatan Negara selaras dengan Arahan 20 melibatkan bomba, tentera, Polis Diraja Malaysia sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran radiasi atau pencemaran yang melibatkan bahan radioaktif ataupun nuklear.

Kedua, MOSTI melalui LPTA juga telah menjalin kerjasama di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa dalam menangani kecemasan dan kemalangan radiasi dengan pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. Kerjasama ini selaras dengan perjanjian yang telah ditangani oleh Malaysia dengan pihak IAEA seperti Convention on Early Notification of a Nuclear Accident ataupun CENNA yang ditandatangani pada 1 September 1987 dan Convention on Assistance in Case of a Nuclear Accident or Radiological Emergency yang ditandatangani pada 1 September 1987. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri yang telah memberi jawapan yang cukup panjang lebar berhubung dengan apa tindakan.

Sebenarnya kalau kita berbincang tentang radiasi dan juga kesan, salah satu daripada kesannya ialah penyakit kanser yang sering dihidapi oleh rakyat kita mutakhir ini. Masalah radiasi bukan sahaja berlaku di pelabuhan, di lapangan terbang tetapi juga berlaku di kawasan-kawasan yang lain.

Di antara persoalan saya ialah adakah kementerian sering melakukan monitoring ataupun pemonitoran di atas sinar latar ataupun background radiation seperti dari sinar beta, gama dan juga gas radon yang berpunca daripada pasir lombong, batu-bata dan aktiviti proses amang yang dibuat perusahaan di dalam negara kita kerana ini juga yang menyebabkan proses penyebaran radiasi yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan masyarakat yang mungkin tidak diketahui oleh rakyat seperti mana di pelabuhan dan juga di lapangan terbang, pohon jawapan daripada kementerian.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman kita semua, setakat ini kita membuat kajian ataupun pemantauan secara berskala dan sebenarnya agensi kita sudah membuat based-line study, maknanya based-line data sudah ada.

Untuk makluman kita semua dari segi radiasi kita ada dua punca. Pertama yang semula jadi yang ada di udara kita, di laut dan juga di dalam tanah. Jadi apa Yang Berhormat tanya tadi ialah akibat aktiviti-aktiviti mungkin perlombongan misalnya, adakah radiasi berlaku dan ini sebenarnya based-line data ini ialah guideline yang kita sediakan untuk mengetahui apakah kedudukan radiasi yang berada dalam alam sekitar kita.

Apakah radiasi based yang ada dalam air, dalam laut dan juga dalam tanah kita dan ini sudah ada, data ini sudah ada. Apabila berlakunya pencemaran, berlakunya aduan maka kita akan membuat kajian untuk mengkaji daripada based-line ini adakah perubahan based-line data ini tadi menunjukkan ada peningkatan pencemaran dan setakat ini ianya alhamdulillah tidak berlaku di negara kita.

Yang ada secara skala dan secara rambang yang kita lakukan daripada mesin-mesin yang kita ada, maklumat yang kita ada di seluruh negara setakat ini kita mempunyai data yang selamat dan tiada berlaku radiasi yang membahayakan kesihatan masyarakat kita. Terima kasih.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.