Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, August 8, 2008

Kelab 4X4 Pendang ber'ekpedisi' ke Gunong Inas Baling.



Pagi tadi ana telah dijemput untuk melakukan pelepasan peserta yang menyertai ekpedisi 4 X 4 ke Gunong Inas , Baling. Ana agak seronok kerana ramai peserta adalah terdiri dari mereka yang memiliki kenderaan pacuan 4 roda dan ini sudah tentu akan dapat membantu ketika berlaku musibah banjir atau sebagainya saperti yang kami di Pendang selalu hadapi. Program pagi ini turut dihadiri oleh Datok HJ mOHD tAULAN rASUL, EXCO Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Tokai . Semasa pelepasan ana menasihatkan mereka agar berhati-hati dalam perjalanan dan juga semasa berada diatas Gunong Inas nanti kerena faktor keselamatan merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu ekpedisi. Rombongan ini juga dilengkapi dengan unit kembalik dan teknikal serta dengan motosikal scrambler yang akan membantu didalam keadaan yang memerlukan disana nanti. Atas perbincangan dengan Presiden kelab, ana beri satu pandangan untuk masa depan supaya mereka memilih satu tempat atau kampong untuk kita melakukan kerja amal mambaiki rumah atau apa juga bentuk gotong royong yang mamberikan faedah langsung kepada rakyat khususnya di Pendang in, dan presiden kelab cukup bersetuju dengan pandangan ini, alhamdulillah.
Ana ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Suderman dan En Joey Lee Hwa Meng kerana menganjurkan program ini dan semoga ia dapat meneratkan lagi hubungan sesama ahli dan juga masyarakat sekitar. Diharap juga pada masa depan kita akan adakan lebih banyak lagi program berupa gotong royong membantu masyarakat kampong insyaAllah.
Juga terima kasih kepada Datok Hj Mohd Taulan Rasul yang sudi singgah sebentar pagi tadi untuk majlis pelancaran dan beramah mesra dengan peserta serta memberi komitment untuk mengadakan majlis gotong royong pada masa depan.
Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Tanah Merah, Ust Omar, terima kasih tuan Imam.


Gambar sekitar progaram pagi tadi, hanya guna handphone, kamera orang pinjam.

Bakar Haq dah bebas, syukur.


Syukur diatas pembebasan sahabat yang banyak mengajar ana pasal blog memblog ni, Sdr Bakar Haq,atau dikenali penarik beca, katanya salahnya adalah kerana lambang PDRM. Ya lah, memang yang beliau copy dan paste tu tak disenangi oleh anggota PDRM kita tu, tetapi kalau kita baca SD daripada DR Osman yang dimuat dalam blog Malaysia Today tu, ana rasa PDRM tak boleh salahkan rakyat juga kalau rakyat tak berapa suka dengan mereka . Kalau kita buka peristiwa lama bekas Ketua Polis Negara yang labuh bekas TPM sampai hampir kojol tu dulu, rasanya mungkin lagi teruk daripada logo yang penarik beca buat tu, ana pun tak tahu apa logonya, tak sempat nak buka tengok. Dalam SD Dr Osman, dinyatakan tulisan tangan yang dia sain dengan yang bertaip ada terdapat kandungan yang berbeza, walau pun dia tak berapa fasih BM tetapi masih tahu apa yang berbezanya. Pasal tu la kut tok ana pesan dulu ni masa ana masih kecil lagi, jangan lah cucu dia ni kerja polis.bila tanya pasal apa, dia tak cakap pun, tapi bila suasana yang berlaku sekarang ni, faham lah kita sikit-sikit kenapa.
Begitu juga ana agak keliru bila Menteri KDN Datok Syed Hamid kata dalam bab rasuah tak kan orang yang memberi rasuah kita nak persalahkan, hanya orang yang terima rasuah saja yang kena dipersalahkan. Keliru juga ana, bila suatu masa dulu tok guru Nik Aziz kata oarang nak rasuah dia, tapi tak buat report kepada BPR pun pasal orang tu tak bagi pun, tetapi TGNA dipersalahkan kerana tak laporkan kepada BPR, itu baru janji nak bagi, sedangkan dalam Islam nabi kata 'arrashi wal murtashi fin nar', orang beri dan terima rasuah adalah dalam neraka, Ada sapa yang lebih arif pasal undang-undang BPR tolong beri tahu ana, sebab kalau Menteri silap, nak perbetul dia dalam sidang parlimen akan datang, kalau ana silap, memang ana bukan tahu undang-undang BPR pun, bukan lulusan law pun, tak apalah , tapi kalau menteri KDN silap, cukup malu kita, ya sahabat tolong perbetul kalau ana silap, hantar e mail pun tak pa.
Satu lagi ana nak tanya, kalau 377B yang dikatakan liwat suka sama suka ni, agaknya kalau yang kak nyah dan mak nyah dan abang nyah yang dok belakang pejabat PAS jalan Raja Laut tu agaknya buat report kata kena liwat suka sama suka, agaknya teruk juga abang polis kita kena siasat dan peguam kita kena masuk mahkamah bicara kes, sapa yang report dulu maka tentu dia selamat, dapat perlindungan macam budak tu, tetapi sapa yang report kemudian, kena dakwa 377B, pasal liwat suka sama suka, agaknya kena tambah polis dan peguam lagilah Malaysia ni, dunia-, dunia, apa nak jadi, dah akhir zaman la ni.
Ana dapat maklumat pasal di Kpg Lampam, Kubur Panjang sepasang warga emas yang dalam keuzuran memerlukan pembaikan rumah , bila sahabat dan PA ana pi tengok, masya Allah, begitu teruk rumah dia, kalau kita nak kata bangsal ayam pun agaknya tak tergamak hati, menunggu hari nak menyembah bumi. Ana tanya bila lagi macam tu, sahabat kata dah lama dah, maknanya sejak BN perintah Kedah lagi la, tetapi ana rasa perlu kita bantu baiki rumah dia, mereka ni sepasang warga emas keturunan Siam di DUN Sungai Tiang, mengikut katanya, dulu YB disitu berjanji nak baiki, tetapi sampai lepas PRU 12 masih belum lagi.
Jadi ana harap kepada penderma yang ikhlas nak bantu, sila tolong kita sama-sama baiki rumah dia, ana seorang rasa nya tak mampu nak tolong kerana yang macam tu cukup ramai disini. Kalau nak pi boleh pi ke KPG Lampam, Kubor Panjang atau pi ke Pusat Khidmat kami di Pekan Kpg Baru atau Pekan Pendang, sama -sama kita bantu sahabat kita, moga Allah tambah rezeki kita. insyaAllah.
Rumah dia ada dalam gambar diatas ni.

Wednesday, August 6, 2008

Melawat kawasan



Alhamdulillah, pada kesempatan cuti dari persidangan kali ini, ana sempat turun melawat kawasan dan melhat suasana kedaifan yang masih lagi wujud dalam masyarakat kita yang dikatakan berada dalam negara yang makmur dan mewah ini. Apabila kita sendiri turun melihat suasana dalam keadaan yang mengejutkan, maka dapatlah kita kihat apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita. Dalam perbahasan dan jawapan dalam perlimen, menteri luar bandar yang tak ada kawasan, senator menyatakan beliau akan pastikan kemajuan luar bandar dalam lingkungan 30 km dari bandar akan mendapat kemudahan asas saperti letrik, air dan jalan berturap , maka saya pun berjalanlah mengelilingi kawasan pada Jumaat lepas, tiba-tiba di Kpg Gelong Gajah, Tobir, hanya beberapa km saja dari pekan Pendang, begini keadaan jalan yang dijaga oleh MADA untuk kegunaan penduduk dari Senara untuk datang ke sekolah di Maktab Mahmud Tobiar. Bayangkan gambar ini saya ambil diwaktu panas, musin tidak ada hujan masih lagi ada air bertakung, cuba bayangkan kalau musim hujan, bagaimana akan terjadi pada jalan ini, tentu akan jadi lebih teruk dari yang kita lihat daripada lapuran TV di Sabah dan Sarawak. Penduduk berharap kalau boleh pihak MADA menabur batu kasaran pun tak apa untuk mengurangkan maslah habuh dan selut tu, tapi kalau tar lagi bagus la.
Lepas tu ana pergi pula ke KPG Alor Besar, melihat warga emas yang berada dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah beliau yang sudah rosak teruk, ana tanya kenapa selama ini mereka tidak mendapat bantuan kebajikan dan lain-lain, apa yang diberitahu adakah diskriminasi daripada JKKK disitu yang tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendapat bantuan bagi beliau. Insyaallah ana kan berusaha untuk beliau mendapat bantuan samada kebajikan atau PPRT.

Ujian Allah datang lagi.




Alhamdulillah, hari ni dah disambung balik kabel yang dicuri depan rumah ana. Masuk kali ni dah dua kali kena potong, pasal tu banyak hari tak dapat nak update blog ni. Depa ni pun tak kesian dekat STM sungguh la, buat susah orang kampong nak guna internet kalau macam ni punya gaya, tak ada kerja lain melainkan curi kabel telefon saja. Kalau dapat sipencuri ni, nanti masyarakat kampong buat macam yang berlaku di Lubuk Merbau kepada pencuri skrap baru depa ni tau, ana dengar khabar bila depa dapat tangkap pencuri skrap suami isteri tu, depa paku tangan pencuri tu dengan skrap sekali dengan paku 5 inci dibatang pokok getah, lepas tu baru lapor kepada polis, itu belum di pukul sampai patah tangan macam satu tempat dikawasan ana juga beberapa tahun lepas. Orang teruk kerja mencari rezeki, depa senang-senang mai ambil kesempatan curi skrap dan dapat duit. Ana biasa tanya seorang Cina taukeh Emas dimana emas dia kena curi, beratus ribu hangus satu malam, apa dia nak buat kalau dapat pencuri tu, dia kata nak potong tangan, kami kata itu la yang Islam nak buat kepada pencuri bila cukup syarat, sampai sekarang dia ni sokong PAS kalau mengundi, dia kata masa mengundi baru ni dia naik kebulan dengan roket, dacing orang tak pakai dah, penipu besar. Anyway ada sikit gambar pasal bantuan rumah yang dapat diberikan kepada orang daif dikawasan ana dan dia bersyukur kerana mendapat rumah yang lebih selesa anak beranak hasil bantuan dari pusat khidmat wakil rakyat PAS Pendang. Ana mengucapkan syukur diatas segala pertolongan sahabat dan rakan yang bersimpati menolong kami untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Ana bersyukur kepada Allah kerana En Shuib Awang dapat juga menginap dirumah yang agak selesa sekarang ini hasil bantuan yang kita berikan kepada beliau sekeluarga( gambar atas, sedang dukong anak).. Alhamdulillah.
Tapi ada juga berlaku musibah saperti ribut dan kebakaran yang berlaku di Paya Sulaiman dan Pondok Seberang Pendang, kepada penderma yang ingin membuat bakti kepada mereka yang ditimpa musibah harap dapat menghubungi ana untuk membantu mereka melalui HP ana 0193363604, Dr Mohd Hayati Othman.Ahli Parlimen Pendang.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.