Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, May 22, 2009

22 Mei 2009.
Satu majlis penyerahan uniform untuk Pertubuhan Silat Gayung Harimau Hitam telah diadakan di gelanggang latihan di Kampong Gelong Gajah pada petang tadi selesai usai Solat Jumaat .
Seramai 41 orang termasuk jurulatih telah menerima kain untuk uniform berkenaan dalam majlis yang diadakan sempena penyerahan tersebut.


Ana bersama EXCO Pendidikan Kedah, YB Dato’ Hj Mohd Taulan Md Rasul telah hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada pesilat . Satu pertunjukan silat juga telah diadakan digelanggang berkenaan yang disertai oleh pelatih terdiri dari silat tangan kosong, bersenjata keris dan parang serta menggunakan rotan .



Amat tangkas nampaknya persilatan yang ditunjukkan oleh anak didik silat ini dan ana serta YB Dato’ Hj Mohd Taulan didalam ucapan menyeru agar aktiviti sihat ini diteruskan agar remaja di kampong ini dapat diarah kepada aktiviti yang sihat dan nanti tidaklah terjebak didalam gejala social yang amat membimbangkan sekarang ini.Dari penagihan dadah, samseng jalanan, budaya lepak, kuyu rayua, ragut dan berbagai lagi yang semuanya dijuarai oleh umat Melayu. Kenapakah tidak diambil contoh teladan yang baik yang dibawa oleh rasulullah yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam agar sesuatu yang baik sahaja yang menjadi pegangan umat Melayu Islam dinegara kita ini. Cuma contoh yang perlu dilakarkan mestilah daripada pemimpin atasan dahulu, barulah mudah diikuti oleh rakyat dibawah sini.



Sumbangan ala kadar ini juga adalah sebagai tanda sokongan kami selaku wakil rakyat didalam menjayakan program untuk masyarakat kampong disamping sedikit bantuan untuk dirasai oleh rakyat didalam kepimpinan Negeri Kedah sesuai dengan motto Kedah Sejahtera, nikmat untuk semua.

Gotong royong sama-sama benteras aedes

Sesuai dengan kempen menjaga persekitaran yang bersih dan sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan kebersihan terutama di kala wabak Chikungunya menular di negeri Utara Semenanjong mutakhir ini, maka berbagai pihak telah tampil mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan masing-masing.



Baru-baru ini satu majlis gotong royong telah diadakan di Kampong Bukit Raya di kelolakan oleh Amal Nisa’ Pendang dan Pejabat Daerah Pendang.
Sambutan masyarakat setempat menggalakkan dengan masing-masing membawa peralatan untuk gotong royong disamping Pejabat Daerah Pendang dengan lori dan petugas .
Moga program ini dapat diteruskan dimasa yang akan datang demi untuk menjadikan persekitaran kita sentiasa bersih dan ceria bukan sahaja diketika sesuatu wabak terjadi atau diketika tertentu sahaja.



Terima kasih kepada semua , pihak urusetia PKWR Ahli Parlimen Pendang, Pejabat Daerah Pendang, Amal Nisa’ Pendang, MKK Bukit Raya dan penduduk setempat serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Berdoalah kita agar dengan persekitaran yang bersih, kesihatan kita akan menjadi bertambah baik insyaallah.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.