Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, January 24, 2011

Tahniah DUN Selangor, walaupun gagal tetapi jelas siapa derhaka sebenarnya.

Saya ingin menekankan di sini bahawa sidang Dewan Negeri Selangor yang diadakan hari ini bukan sidang tergempar. Mesyuarat ini diadakan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk membincangkan perkara-perkara spesifik, mendesak dan berkepentingan awam. Hari ini Dewan membincangkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang melibatkan kepentingan awam.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker, Dato Teng Chang Kim dan kakitangan Dewan Negeri kerana berjaya menganjurkan mesyuarat hari ini. Kebijaksanaan dan pendekatan profesional Tuan Speaker telah membimbing satu pembentangan usul yang sihat dan bermanfaat.

Hari ini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mencipta sejarah apabila semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio yang telah dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan 1993.

Dalam pada itu, semua wakil Kerajaan memberi perbahasan baik dan bernas berkenaan satu isu begitu penting kepada rakyat yang gagal disentuh oleh pentadbiran sebelum ini. Perbahasan Pakatan Rakyat hari telah berjaya memartabatkan kesucian Dewan Negeri Selangor dan Eksekutif.

Ini selari dengan keinginan rakyat Negeri Selangor yang mahukan satu pentadbiran professional bagi dua institusi tertinggi – Dewan dan Eksekutif – yang tidak diamalkan di peringkat Persekutuan.

Dari asas ini, usul hari ini adalah untuk meminda Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya satu prosedur dibuat bagi pelantikan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna.

Kami kesal dengan keputusan wakil-wakil Umno/Barisan Nasional untuk menolak usul ini. Lebih kesal lagi, Barisan Nasional gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan ini. Tiada satu pun soalan atau hujah yang kami kemukakan dijawab dengan baik dan professional.

Jelas, penolakan ini dibuat atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlulah berdasarkan kepentingan rakyat.

Penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.

Sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar. Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

Walaupun kita mungkin tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. Ini tidak akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat. Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad Pakatan Rakyat untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula.

Kami masih berpendirian bahawa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan 3 pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengenepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme atau bertemu setengah jalan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan pentadbiran negeri akan terus dijalankan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat Selangor.

Bersama menjunjung amanah yang diberi oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menggandakan usaha untuk melaksanakan tugas dan meneruskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Sunday, January 23, 2011

Kesian dia ni, gagal dididik rupanya.

Kesian dia ni sorang.
Memang dia ni kalau masuk periksa memang boleh dikategorikan sebagai gagal mendapat didikan dari guru ugama yakni UMNO gagal didik dia.
Atau mungkin pada pandangan ana sengala nak buat isu supaya orang tak bincang pasal kisah kenapa dia ditolak serta gagal menjadi calon semula dalam PRU 12 hasil dari tersebar video lakonan yang beliau sendiri akui , dirinya melakonkan watak lelaki filem porno diatas ranjang. Jadi agar masyarakat Cina yang menolak beliau tidak memperkatakan isu itu, maka dibawalah isu tak bersalam
dengan lelaki bukan mahram oleh calon PAS di Tenang. Apa yang peliknya, kenyataan sinis menghina Islam ini disokong oleh sahabat ana, (malunya ana), Menteri yang lahir dari seorang pejuang PAS di Yan ini sehingga menyatakan PAS tidak pernah meletakkan calon wanita didalam pilihanraya sebelum ini.
Kesian dia, macam juga Dr Mahathir, Melayu mudah lupa dan sejaranh negara pun depa sudah lupa, siapa Khatijah Sidek di Terengganu , bukankah beliau merupakan wakil PAS ketika itu?.
Bebalik kepada isu Soi Lek ni, ana rasa beliau perlu dididik lagi oleh rakan yang lain, tetapi bukan UMNO oarangnya yang layak mendidik mereka ini, takut nanti tidak menemui jalan yang lurus dan benar.

Nak cakap bab Islam Soi Lek oi, bukan tanya pada UMNO, tetapi marilah belajar daripada orang yang lebih mengetahui dan mengamalkan ilmu Islam. Jangan pula nanti nak tanya bab fesyen Islam, ditanya DS Rosmah pula, nanti dia bawa DS pi ke Monaco
tunjuk fesyen dedah dan hina Nabi Muhammad , dikatakan pakaian Islam. Oleh itu mulut DS Soi Lek ni kena hati-hati sikit bab Ugama Islam ni ye.

Rakyat bimbang nanti bila dah elok kes DS berlakon filem yang diakui sendiri oleh DS tu, timbul semula, susah pula nanti, nak letak muka dimana. Ketua Wanita MCA sendiri pun sanggup letak jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Wanita yang menjanjikan habuan lumayan kerana membantah lakonan DS tersebut.

Moga kes yang melibatkan salamm dan sarong tangan ini tidak dijaja lagi oleh TPM yang ternyata telah digelembong oleh DS sorang ni.

Buktikan melalui pekeliling, dan berikan mereka peluang.

Muhyiddin: Teachers must support govt of the day

MUAR: The Barisan Nasional Government has never questioned the loyalty of teachers, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Teachers, the Deputy Prime Minister said, have been committed in their duties to help the nation develop over the years.

Speaking to all headmasters and principals in Johor here, he said teachers must support the Government that was elected by the rakyat through the democratic process.

He said teachers must be totally committed towards helping the Government implement policies to improve the country’s education system.

“The Barisan (Nasional) leaders are picked by the people who gave them the mandate to form the Government of the day through a democratic process.

“This means that all government machinery, including teachers, should perform their duty with total commitment,” he said when launching the Johor Education Department Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) or Teachers Rise For the Nation programme in Pagoh yesterday.

B-GUN is a programme aimed at lifting the professionalism, character and role of the teachers in realising the government’s aspiration.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said he did not raise the matter because Normala Sudirman, the PAS candidate for the Tenang by-election, was a former teacher.

Teachers, he added, were important to society and were highly respected by the rakyat and some were even regarded as community leaders.

He said it would be good if teachers adopted the attitude that they and government leaders were one.

“We know teachers have a responsibility to help develop the people and the nation. Let us share the task together. Let’s work to make Malaysia a developed nation,” he added.

Memang benar lah TS oi, kalau begini yang Kementerian harap, maka begitu jugalah apa yang harus berlaku dinegeri Pakatan, guru mesti memberi sokongan kerada " goverment of the day", kan, kan.
Jadi janganlah marah nanti kalau Cikgu dapat cuti pi Muktamar PAS , atau Perhimpunan DAP atau Keadilan kerana goverment of the adalah Pakatan. Apakah Menteri akan keluarkan satu pekeliling yang menyatakan bahawa guru-guru mesti memberi komitmen penuh menyokong goverment of the day melalui apa yang tersurat selain dari apa yang sedang berlaku sekarang hanya yang tersirat.
Bagaimana dengan wakil rakyat, adakah wakil goverment of the day mempunyai ases kepada semua sekolah dan berhak menjadi tetamu disekolah sebab goverment of the day dinegeri Pakatan adalah PR dan wakil rakyat adalah daripada PAS, Keadilan dan DAP.

Harap jangan jadikan janji ini hanya didalam PRK Tenang saja TS, tapi buktikan dengan perlaksanaan ya. Nanti barulah rakyat boleh percaya bahawa TPM merangkap menteri pelajaran adalah 'walk the talk'.

Kalau tindakan dikenakan kepada satu pihak, maka kepada pihak yang satu lagi juga mesti dikenakan tindakan serupa kerana melanggar prinsip tidak menyokong 'goverment of the day'.

Cuma satu pesanan kepada TS, ingat bahawa segala wang yang TS perolehi dari bajet yang dibahaskan oleh semua ahli parlimen adalah wang negara, hasil negara dan disumbangkan melalui hasil bumi Malaysia dan usaha rakyat negara ini dan cukai yang dikutip dari rakyat, dan setiap sen yang dibelanjakan adalah akan dipersoalkan dihadapan Tuhan yang maha esa dimana TS juga beriman denganNya. Jadi tanggungjawab menjawab bukanlah lagi oleh mulut yang boleh menipu, tetapi kaki tangan dan anggota badan lain yang melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.