Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, June 30, 2010

Belum apa-apa dah ada yang tentang

Tertarik dan amat menarik.
Itulah apa yang dapat ana buat kepada ulasan bekas orang agama dalam UMNO dan bekas orang kuat PAS yang masuk UMNO , kata dia ulamak muda ni mana dia bukti depa ni yang membolehkan depa menggelarkan diri depa sebagai ulamak, tiada kajian ilmiah pun dan apa yang beliau bimbang adalah penerapan ideologi Asriah akan meresapi kedalam UMNO nanti. Yang ni kita tak nak campur lah, biar depa bersilat antara yang sahih ulamak dengan yang berasa dah jadi ulamak tanpa ada pengiktirafan lagi, pasti kalau tanya bekas PM Tun Dr M dia akan kata , dia tu pun ulamak juga, jadi kalau ikut istilah tu memang tak salah lah depa nak guna istilah ulamak tu Ustaz no.Biaq pi la , anak muda, ketagih nak label, bagi la sat depa guna, alah nak lama mana UMNO nak pakai depa, macam ustaz juga, lepas tu depa boh didapox la, tukang bancuh kopi ka, buat nasi tambah ka, tu saja tahap ulamak dalam UMNO ni, habis sangat kalau depa sanjung, bagi jaga Felda ke sampai dah dekat nak habis aset dia , atau pun hantar pi jadi duta di Mesir ka, di Saudi ka, pasai cekap cakap Arab, lepas tu balik mai, RTM saja la, la mengajar pondok susah nak cari anak murid.
Apa yang menarik nya dalam perjumpaan dengan pemuda dan sembang dengan Ketua Pemuda , dia kata mereka ni nak diletakkan dalam BIRO saja, alahai takkan tahap tu saja ulamak ni . Kesian la, serah borang teruk-teruk, sampai ada yang kena tipu pun, hanya letak macam biro suka, biro kebudayaan saja ka?
Kalau macam tu nampaknya tak panjangla usia ulamak muda ni nampaknya. Pasai tu kot Dr Asri tak nak serah borang lagi, nak tunggu tengok dulu apa kelaku kelayak yang nak jadi.
Harap apa yang dirancang tu Islam for all akan jadi kot, jangan nanti lenyap macam lenyapnya putera UMNO sudah lah no.

Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap ‘ideologi’ Asri
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.

Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.

“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.

“Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.

“Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan “baik” dengan Asri.

Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan.

“Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno.

“Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti.

“Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak di tingkat empat Menara Dato’ Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama.

“Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama?

“Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama,” katanya.

Lain yang makan lain yang kenyang!

Orang lain yang makan, orang lain yang kenyang. Itulah yang terjadi kalau perjuangan tidak ikhlas dan niat hendak menipu.
Ana kesihan melihat pembohongan yang dibuat oleh orang besar Perlis negeri besar kelemboi ini terhadap rakan dan kawan kita yang ditipu konon nak berjumpa dengan PM , tiba-tiba dibawa masuk dewan dan dikatakan menyerah borang menjadi ulamak muda UMNO. Siapa tak marah kalau nak pergunakan orang tapi buat tipu macam tu.
UMNO memang macam tu, ana teringat lagi masa PRK Pendang pada 2002, ketika ana jadi calon lawan Datuk Osman Abdul di Pendang dulu selepas kematian Allahyarhan Dato' Hj Fadhil Nor, macam tu juga depa bawa cerita, seorang Ketua Pemuda PAS cawangan dikunjungi oleh seorang tertentu menyatakan akan diberi bantuan , lalu KP beliau diambil dan diarahkan untuk mengambil bantuan tersebut di Pejabat UMNO , lalu beliau pun setelah pulang dari kerja sawah diberitahu oleh isteri terus kepejabat tersebut untuk mengambil kembali KP beliau , beliau tak bercadang pun nak ambil bantuan tersebut, tetapi oleh kerana KP telah diambil maka terpaksa pergi juga untuk ambil KP tersebut kerana PRK dah dekat takut nanti tak boleh mengundi, maka beliau pun pergi dan amat terkejut bila sampai kepada acara mengambil KP beliau, jurugambar datang dan mengambil gambar beliau dan keesokan harinya terpampang dalan surat khabar bahawa beliau telah menyerah borang menjadi ahli UMNO, maka apa lagi kelam kabut kami mendapatkan penjelasan daripada beliau dan setelah puas dicari punca baru dapat tahu itulah penipuan yang dilakukan.
Dalam hal ulamak muda ini, ada sikit pun tak hairan kalau depa nak sebut 1000 ke, yang serah borang dan ambil gambar sekali, kerana taktik ini pernah ana sendiri alami.
Cuma apa yang menarik dalam perkara ini adalah bila mereka dikatakan sudah jadi ahli ulamak muda UMNO konon, tapi setiap malam dijemput oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk berceramah menceritakan detik mereka dibawa pusing The Mall dan masuk dewan di pejabat UMNO untuk berjumpa DS Najib, kemudian dikatakan serah borang.
Satu rahmat juga , menambah lagi jumlah penceramah Pakatan Rakyat, tanda Allah nak beri kemenangan, InsyaALLAH.
Cerita selanjutnya disini.

Ia seakan sudah menjadi kenyataan, apakah para pakar penerbangan negara kita akan menjadikan ini sebagai salah satu daripada inovasi kita didalam menyusuri teknologi masa depan negara?.
Dalam RM 10 , PM telah menggariskan bahawa inovasi merupakan tunggak kepada matlamat RM 10 didalam menjadi ekonomi berpendapatan tinggi negara untuk masa depan dan salah satu yang patut dijadikan sumber inspirasi rakyat negara ini adalah kereta terbang ini, agak-agak boleh ke?.

Tuesday, June 29, 2010

Jaga dalam selimut dulu!

Gajah depan mata tak kelih, kuman diseberang Tambak Johor kelihatan, mungkin itulah perumpamaan yang modern yang boleh dibuat kepada pereka cerita yang nak mencari glamour menjelang PRU 13 nanti pasal apa yang berlaku di Selangor , negeri terkaya idaman pemimpin UMNO dan BN yang gila talak semuanya, maklumlah dah tak berapa dapat nak cekau segala mak nenek hasil mahsul negeri tersebut, maka kisah dalam selimut orang pun depanak kacau.
Bayangkan bila PKR ubah ketuanya di Selangor daripada MB kepada ADUN Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali pun heboh seluruh benua pasal kononnya nak nak melingkup puak-puak ni dah, maka tepuk tanganlah sang yu bila disangkanya jong dah nak pecah.
Kenapa hal yang sama yang telah berbelas bulan bahkan hampir nak basi berlaku dinegeri yang lain yang depa perintah nak sedar ke.
Lihat Trengganu yang mana berlaku pergaduhan besar antara Deris Jusoh dengan Mat Said sampai Sultan pun depa dah sanggup kata macam-macam , sehingga MB orang lain dan ketua perhubungan depa pula orang lain, pasai apa tak nak bising yang tu dulu nih. Begitu juga dengan negeri yang hanya besar kelemboi, sama dengan satu daerah di Kedah yang pernah ugut pusat nak dapat royalti minyak sama, melainkan minyak gamat boleh kot, Perlis dimana MB orang lain dan Ketua Perhubungan depa juga orang lain, YAb Mat Isa Sabu jadi MB padahal MB Pencen yang bawa menantu serah borang UMNO jadi ketua perhubungan tak bising pun, atau pun kerana kudis dah merebak jadi pekong yang besar dan tak dapat diubati lagi dah kot, begitu juga dengan negeri ana Kedah, elok-elok bekas MB YB Dato' Mahathir Khalid jadi Ketua Perhubunganm dilantik orang nun dari semporna lagi bin Afdal menjadi ketua perhubunga, tak ka haru biru habis sampai ramai ADUN nak letak jawatan pasai duit tak turun nak buat program. Kesian juga ana dengar cerita seorang ADUN di Kedah yang kena buang pasal tuang sidang ( macam budak sekolah kena pecat, tapi pasal buli kawan sampai mati di RMC), tak dapat nak bayar kos isteri sakit dan kereta Mercedes kena tarik tak larat bayar ansuran bulanan dah, apasal tak nak bawa masuk surat khabar dan nak komen apa-apa pun?.
Nampak sangat apa yang depa buat tu, OK semua, kalau orang lain buat . sah berpecah dan nak hancur. Lihat apa yang terjadi pada UMNO Rantau Panjang, sampai dua mesyuarat serentah dan yang best tu NP depa pi kedua-dua tempat pulak tu, mana perlembagaan yang leleskan perkara macam tu, sampai TP pun naik penaning apa yang berlaku dalam parti depa ni, benda berlaku di Rantau Panjang, TP dok di Jakarta boleh pening, tak ke haru namanya.
Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.

Kisah lama di Hospital Baling.

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Ya, Yang Berhormat Pendang. Ini Baling.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya. Saya pernah bekerja di
Baling.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: [Ketawa] Ada kena-mengena nampaknya Yang
Berhormat Pendang?

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya. Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pernah bekerja di Baling dan
pernah menghadapi satu situasi yang amat sukar di Baling kerana Hospital Baling yang
lama terletak di tepi Gunung Baling. Pernah sekali batu dari gunung jatuh ke atas bilik
DR.28.6.2010 78
yang dihuni oleh doktor. Nasib baik doktor tidak tidur di situ, kalau tidak qoluinnalillah
lah.
Maknanya saya hendak bertanya di sini, sekarang hospital itu dijadikan pusat
kesihatan untuk Daerah Baling. Apakah plan daripada Kementerian Kesihatan untuk
menjaga keselamatan staf di Hospital Baling yang lama, yang memang terletak di kaki
Gunung Baling itu yang terdedah pada ancaman keselamatan, runtuhnya batu-batu
daripada gunung Baling tersebut. Itu yang saya hendak minta, hendak tolong sahabat di
Baling inilah.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Pendang, yang dapat
menimbulkan isu ini. Kita akan meneliti keadaan dan keselamatan, memang kita tidak
akan kompromi sekiranya ada masalah keselamatan pegawai-pegawai kita yang tinggal
di kawasan tersebut. Akan tetapi JKR, kita akan berurusan dan bekerjasama dengan
JKR untuk memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Tabung Kebajikan Perubatan

9. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian
bercadang meletakkan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap hospital di
seluruh negara bagi membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kewangan
dan jika ya, sejauh mana ia mahu dilaksanakan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri
Shahrizat Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun
menempatkan 32 orang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di 25 hospital kerajaan
di seluruh negara.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditempatkan di hospital-hospital di
seluruh negara ini bertanggungjawab memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit.
Mereka bertanggungjawab kepada ketua-ketua jabatan atau penyelia-penyelia di
hospital-hospital yang ditugaskan:
(i) untuk membantu Pegawai Perubatan dalam menyediakan
maklumat tentang latar belakang pesakit dan keluarga dalam
proses rawatan dan khidmat sosial;
(ii) mengendalikan siasatan status ekonomi pesakit bagi
membolehkan mereka menerima bantuan kewangan dan khidmat
rawatan di hospital-hospital tersebut;
(iii) membantu memberi khidmat sosial kepada pesakit dan keluarga
meliputi khidmat sokongan terapi, masalah emosi, khidmat praktik
dan khidmat bantuan am termasuk peralatan bagi proses
pemulihan pesakit;
(iv) membantu mengesan waris pesakit bagi kes-kes seperti pesakit
psikiatri, kutu rayau dan lain-lain;
DR.22.3.2010
31
(v) mengiringi dan menghantar pesakit ke institusi berkaitan atau
balik ke rumah bagi kes-kes yang memerlukan seliaan dan
pemulihan sosial; dan
(vi) membantu menyediakan laporan kes-kes untuk proses khidmat
sosial kepada agensi-agensi luar daripada kementerian.
Terima kasih.
1120
Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Adakah kerajaan
merasakan bahawa kakitangan yang ditempatkan di hospital-hospital itu sudah
mencukupi bagi tujuan melaksanakan hal-hal tersebut bagi memastikan hal ini tidak
berterusan? Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahawa yang
lebih mustahak bukan angka pegawai yang ada di hospital-hospital tetapi yang lebih
mustahak ialah pendedahan kepada pesakit-pesakit – terutama kelas-kelas ketiga dan
lain-lain, daripada keluarga-keluarga miskin yang memerlukan bantuan daripada
kerajaan. Saya akan tentukan bahawa pegawai-pegawai yang telah ditetapkan di
hospital-hospital ini memainkan peranan yang lebih proaktif. Saya minta juga supaya
semua pegawai perubatan dan kakitangan di hospital-hospital yang ada untuk
membantu pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Memang kalau hendak ikut angka, saya rasa tidak mencukupi tetapi kita mestilah
menentukan yang ada pada hari ini khidmat mereka dapat digunakan dengan sebaikbaiknya.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, kita tahu di setiap hospital ada
Tabung Bantuan Kebajikan. Apa yang menjadi masalah ialah saya hendak tahu
kementerian manakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan
melalui tabung ini? Ini kerana, saya pernah beberapa kali menghadapi masalah apabila
pesakit – patah misalnya. Mereka hendak mendapatkan protesis ataupun besi untuk
masuk dalam tulang yang patah tersebut terpaksa ditolak ke sana ke sini di satu
Kementerian Kesihatan ke Jabatan Kebajikan, Jabatan Kebajikan ke Kementerian
Kesihatan – dilambung macam bola misalnya.
DR.22.3.2010
32
Setelah beberapa kali kena lambungan tersebut barulah dapat dijalankan
pembedahan. Padahal beliau merupakan seorang pensioner kepada polis, pasukan
keselamatan kita. Jadi saya hendak tahu kementerian yang manakah sebenarnya yang
bertanggungjawab di dalam hal tersebut? Ini kerana, kita tidak mahu apa yang diuaruarkan,
mungkin rakyat kata hanya retorik rakyat didahulukan. Sekian terima kasih.

Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan
bahawa semua isu keselamatan seperti mana kita ketahui adalah di bawah
tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawaipegawainya
– kita membantu seperti mana yang saya kata tadi tugas-tugas mereka
untuk membantu terutama kepada mereka yang memerlukan surat sokongan daripada
pegawai-pegawai kebajikan untuk mendapat pelepasan daripada pembayaran minimum,
dan tabung yang diwujudkan adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Akan tetapi Yang
Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa Alhamdulillah, di bawah Yayasan
Kebajikan Negara kita ada beberapa facilities untuk dana di mana kalau pesakit-pesakit
itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak mempunyai tempat lain atau ruang lain untuk
bantuan, bolehlah memohon di hospital-hospital untuk mereka mendapat sedikit
sebanyak bantuan melalui dana bantuan kritikal di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Kalau tidak, yang lain itu semuanya berada di bawah tanggungjawab Kementerian
Kesihatan.

Antara jawapan perbahasan yang diterima.

Ini antara jawapan kepada persoalan yang ana kemukakan kepada masalah banjir yang berlaku di Pendang tempoh hari , lain yang kita bahas lain pula yang dia jawab, masalahnya adalah double tracking yang dibina tu menghalang laluan air dari sungai Mada , sebab tu banyak kampong dan sawah tenggelam. Walau macamana pun kita harap pendalaman sungai Pendang akan dapat sikit sebanyak menyelesaikan masalah penduduk dan banjir ini.
Yang Berhormat Pendang telah meminta MADA mengkaji semula masalah
saliran yang cetek dan tersumbat. Beliau juga menyatakan tiada kerjasama MADA
dengan MMC, GAMUDA dan PLUS bagi menangani masalah sawah tenggelam. Untuk
makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa pihak MADA sedang berusaha untuk
menyelesaikan masalah pengairan. Masalah saliran yang dihadapi adalah
ketidakmampuan Sungai Pendang untuk mengalirkan air yang berlebihan akibat dari
turunan hujan lebat dalam tempoh yang singkat.
Masalah banjir yang berlaku di daerah Pendang adalah disebabkan penurunan
hujan lebat yang luar biasa dalam tempoh dua, tiga hari turut-turut. Sebagai contoh
hujan lebat pada 4 hingga 6 Jun 2010 telah mencatatkan 334 mm di Stesen Hujan
Titibong dan 212 mm di Stesen Hujan Bukit Perak. Sebagai perbandingan purata
DR.24.6.2010 105
turunan hujan bagi bulan Jun di kawasan Muda adalah 171 mm sahaja. Kesemua aliran
ini perlu dicurahkan ke Sungai Pendang di mana Sungai Pendang merupakan satusatunya
saliran utama yang mengalirkan air yang berlebihan ke Sungai Kedah.
Untuk makluman Yang Berhormat pihak MADA sedang melaksanakan kerjakerja
memperdalam dan memperlebar Sungai Pendang dari pekan Pendang ke Titi Haji
Idris sepanjang 12.5 kilometer, Sungai Padang Kerbau 5.8 kilometer, Sungai Nawar 5
kilometer dan Sungai Rambai 5 kilometer. Semua kerja ini dijangka akan disiapkan pada
hujung tahun ini. Di samping itu satu projek untuk memperdalamkan dan melebarkan
Sungai Pendang dari Titi Haji Idris ke Alor Sakan sepanjang 15.5 kilometer sedang
dalam proses tawaran kontrak. Dengan siapnya semua kerja ini adalah dijangka maslah
saliran akan dapat kita kurangkan.
Dalam isu MADA dengan MMC dan GAMUDA saya ingin jelaskan bahawa pihak
MADA sentiasa mengadakan mesyuarat dengan MMC dan juga GAMUDA dan
mesyuarat yang terakhir telah diadakan pada 16 Jun 2010 untuk menyelesaikan
masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh petani.

Sampai bila nak tunggu daa!

Projek Hospital Pendang Hanya Tunggu Kelulusan EPU Untuk Diteruskan


KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Hospital Pendang di Kedah yang tertangguh sejak tahun 2006 hanya menunggu kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri untuk diteruskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, projek hospital itu dengan kemudahan 76 katil, telah dipohon semula untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan sekiranya diluluskan projek ini akan dimulakan pada suku kedua tahun depan.

"Semasa kajian separuh penggal RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan), oleh kerana peruntukan kementerian telah dikurangkan, beberapa projek besar termasuk projek ini terpaksa ditangguhkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Dr Mohd Hayati ingin tahu status pembinaan hospital tersebut seperti yang dijanjikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Bajet 2006 dan punca kelewatan dan perancangan bagi tapak tanah tersebut.

Hospital Pendang telah diluluskan dalam RMK-9 untuk dibina di kawasan tanah seluas 16.8 hektar di mana pada awalnya projek ini telah ditender oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2008.

Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hayati berhubung permohonan beberapa pihak untuk mengusahakan tanah tapak hospital tersebut dengan tanaman kontan dan mahu kawasan itu dibersihkan, Rosnah berkata permohonan itu tidak boleh dipenuhi kerana hak milik tanah telah ditukar kepada Kementerian Kesihatan.

"Permohonan itu tidak boleh diluluskan kerana tanah tersebut telah ditukar milik kepada Kementerian Kesihatan. Kementerian juga akan memantau supaya tanah tersebut tidak diceroboh di samping mengarahkan pejabat kesihatan daerah berdekatan untuk membersihkan kawasan tersebut," kata Rosnah. - BERNAMA

Ana timbulkan soalan ni bukan pasai pa, orang kampong dan sekitar kawasan tengah dok gaduh pasai banyak babi hutan yang bersarang dalam tu keluar mengganggu tanaman sekitar dan ada juga dijumpai ular sawa yang besar bersarang disitu. Oleh kerana hutan tu dah naik tebal, maka ini juga dijadikan kawasan perlindungan penagih dadah bersembunyi dan menjalankan kerja mereka.

Sebelum ini ada orang nak sewa nak tanam nenas atau jagong, tetapi hantar permohonan kepada Kementeria, langsung depa tak beri jawapan. Dan sekarang dikatakan nak tunggu EPU, tak tahulah entah bila nak lulus tu, kalau lambat lagi diharap pihak Kesihatan bersihkanlah sikit kawasan hutan tu.

Monday, June 28, 2010

Penganjur majlis ni OK kah. Kesian Cikgu kita!!!!

Hancur. kalau macam ni punya perangai macam mana kes sosial anak sekolah kita dapat ditangani.

sambutan Hari Guru Negeri Sembilan diadakan dan salah satu acara dalam sambutan itu adalah konsert oleh Mawi. Apa yang berlaku selepas konsert tu ramai guru wanita naik pentas untuk mengambil gambar dan apa-apa lagi sehingga menjadi kecoh sehingga tak dapat dikawal.

Tetamu kehormat pada majlis itu adalah Menteri Besar negeri 9 sendiri.

Inilah yang menjadi persoalan sekarang, kalau macam ni perangai cikgu dan cikgi, maka macamana perangai murid sekolah nak diasuh menjadi lebih ber,oral kalau cikgu dan cikgi macam ini, kata orang kalau guru kencing berdiri, sudah pasti murid lebih teruk lagi, mungkin sambil merempit dia kencing.

Apa yang dikesalkan adalah penganjur yang buat majlis tersebut, macam tidak faham perangai audian bila didedahkan dengan majlis konsert saperti ini, kenapakah dibiarkan pendidik didedahkan dengan perangai saperti ini, jangan hairanlah nanti bila ada banyak lagi kes buang anak dan masalah sosial didalam sekolah kalau trend ini diteruskan , dan yang ironi lagi adalah pihak yang sepatutnyamenjadi pendidik melakukan kerja atau contoh tak senonoh ini.

Begitu juga pihak kerajaan yang menjadi penganjur kepada kerja yang tak elok dan anti kepada naluri kita sebagai umat Islam ini. 

Harapan agar mereka yang terlibat ini perlu diberi pengajaran akan perkara macam ini tak berulang. 

Rakyat amat hairan bila majlis yang begini dianjurkan dan dibenarkan berlaku dimajlis anjuran kerajaan tetapi bila majlis ceramah atau program yang dianjurkan oleh pihak pembangkang ,
cikgu yang diketahui hadir pasti akan kena tindakan.

Inilah bentuk kerajaan yang ada pada hari ini, dan kita harap para ulamak muda yang baru masuk UMNO ini dapat nasihatkan MB atau KM atau siapa saja dinegeri-negeri mereka supaya teropong dulu apa program yang hendak diadakan.

Jangan nanti hanya dijadikan terompah kayu sahaja apabila nak tiba waktu pilihanraya.

Kesian, rupa-rupanya hanya 16 orang saja.

Seronok dengar cerita Ulamak muda ni. Daripada 100 orang yang nak masuk jadi ahli parti yang dah ramai orang nak lari tu, usaha sedang dilakukan untuk menarik 100 sahabat yang digelar ulamak muda ( siapa bagi istilah pun tak tahu ), untuk memasuki UMNO dan berjuang didalam parti tersebut yang dah diketahui pebuh dengan berbagai masalah , sebutlah apa pun pasti ada yang mewakili golongan ini, nak tahu lebih lanjut tanyalah Senator Ezam atau DSAI, sebab mereka dah lalui kesemua itu, kita hanya dengar berita dan cerita daripada sahabat tadi. Nak tahu perangai puak ni pula, kena tanya Sdr Zahid Mat Arip, semua dia dah cerita dalam setiap ceramah masa jadi orang kuat keadilan dulu dan boleh tanyalah sapa=sapa pun , pasti jawapan hampir sama akan kita perolehi.
Apa yang menghairankan kita semua ,daripada 40 orang dikatakan serah borang, yang hadir hanya 16 orang dan yang kena aniaya ada 4-5 orang ,


dedahkan terperangkap dalam kumpulan tersebut, pasti yang akhirnya jumlah tersebut mungkin hanya 10 orang sahaja daripada yang diwar-warkan 100 dahulu tu. Atau adakah itu hanya mainan media untuk menyatakan bahawa parti lain selain UMNO sudah tidak mendapat lagi sokongan ulamak, kerana yang muda-muda sudah serah borang masuk UMNO habis dah.
Ana mendapat maklumat bahawa salah seorang yang disebut nama tu memang menantu bekas MB Perlis tu, maka tak hairan kita kalau nak serah borang . tapi buat apa serah borang di dalam keadaan seluruh media sudah bersedia padahal boleh serah dirumah lepas makan nasi dengan pak mertua ke kalau bukan nak memghebahkan bahawa ulamak dah bersama mereka. Tapi ada yang tak sedap tu bila Naib Presiden depa kata tidak ada apa-apa keistinewaan diberikan kepada ulamak ini didalam UMNO nanti, mereka sama saperti yang lain. Lain pula yang dijawab oleh NP ni, sepatutnya bila dah gah macam tu, berilah sedikit peluang istimewa kepada geng 40 ni agar mereka lebih kehadapan, kalau sama macam yang lain, macam puteri ke, macam Pemuda ke atau pun macam Putera yang sudah hilang sengat dan taring tu, apa guna masuk kalau macam tu.
Ramai beranggapan bahawa kemasukan depa ni ada hubung kait dengan masalah Wahabi, salafi dan JI yang sengaja dibuat berita panas dan dikaitkan dengan sifulan dan sifulan agar masing-masing kecut dan tunduk kepada cadangan dan saranan supaya semuanya pakat sokong parti yang nak rebah tu, sebab bila kita cabar mereka berikan nama mereka yang terlibat di Pusat Pengajian Tinggi, yang dihurai hanya tangkapan pada bulan Januari 2010, baru heboh bulan Jun 2010, maknanya dah 6 bulan baru rakyat tahu dan sedar, kalau dah ada maka berbagai peristiwa dah berlaku dalam enam bulan tersebut. Lepas tu Menteri kata lepas tak akan didedahkan lagi dah pasal JI ni, mungkin nak tangkap terus kut, saperti yang pernah terjadi sebelum ini didalam Malaysia yang kita cintai ini. Itulah nampaknya jenis Menteri yang kita ada sekarang ini.
Entahlah apo nak kato!!

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.