Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 22, 2009

bahas dah mula dah.


antara yang telah sempat dibawa pada minggu ni.

Bahas dalam parlimen semalam

12.23 tgh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima
kasih Menteri. Sebentar tadi disebut tentang insentif kepada Orang Asli yang bekerja di ladang.
Bagaimana pula dengan pandangan yang dibuat oleh banyak Ahli Yang Berhormat dan juga
semasa celahan saya kepada Yang Berhormat Padang Terap semalam berhubung dengan insentif kepada pekebun-pekebun kecil yang tidak dapat mengeluarkan hasil kerana musuh
utama pokok getah ini adalah hujan dan juga kemarau. Misalnya pada bulan puasa baru-baru ini
hanya tiga hari dalam sebulan mereka dapat melakukan kerja-kerja torehan. Jadi, hasilnya cukup
kecil dalam keadaan suasana harga getah yang menurun sekarang ini.
Keduanya berhubung dengan mungkin akan dijawab oleh Menteri tetapi sebelum dijawab
saya ingin tahu apakah pekebun-pekebun kecil yang telah mengubah mereka ini menjadi
anggota RISDA tetapi mengubah tanaman mereka kepada tanaman lain selain getah seperti
kelapa sawit, dan juga tanaman kontan. Apakah mereka ini juga mendapat faedah daripada
RISDA ini? Dan memodenkan penanaman getah ataupun industri getah ini dengan cara-cara
untuk menahan daripada terkena hujan misalnya dibuat oleh Guthrie suatu ketika dahulu?
Apakah ini diteruskan oleh pihak RISDA ataupun pihak kementerian memandangkan ianya akan
memberi manfaat ketika musim-musim hujan.
Keempatnya, akhir sekali adalah daripada perundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri
selain daripada Sabah dan Sarawak. Apakah RISDA juga merasakan bahawa kerajaan-kerajaan
negeri lain juga perlu diberi perhatian di dalam anggota RISDA ini kerana saya lihat dalam rang
undang-undang ini hanya Sabah dan Sarawak sahaja dipentingkan dalam keanggotaan ahli-ahli?
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Iaitu
berhubung kait dengan apa yang dibangkitkan sebenarnya dia persoalan dijuruskan kepada
Orang Asli jadi saya jawab Orang Asli. Sebenarnya diikuti oleh peneroka yang lain pun, ya.
Malahan bukan hanya setakat itu, banyak inisiatif-inisiatif diberikan kepada pihak peneroka ini
berhubung kait dengan wakil-wakil ataupun negeri-negeri yang kita majukan RISDA memang
masuklah. Di Kelantan pun kita masuk kita bantu. Wakil pun ada di situ malahan di peringkat
negeri Kedah pun, ya kita ada di situ mempunyai wakil kita sedang hendak bincang dengan pihak
kerajaan negeri bagaimana untuk membantu masyarakat di peringkat ini, ya.

Saya mengharapkan bahawa segala apa yang diluahkan ini dan apa yang dijanjikan oleh menteri dapat dikotakan janji tersebut sesuai dengan apa yang dipraktiskan dinegara maju yang mengabsahkan pilihan rakyat tetapi dinegara kita semasa kutip cukai semua kena tapi bila nak laksanakan kepada rakyat satu Malaysia di bahgikan negeri dan rakyat yang bukan dari puak BN diabaikan dan dipinggirkan saperti apa yang berlaku didalam KEDA dan MADA dimana jabatan yang beroperasi iaitu KEDA dan MADA adalah 100 % menggunakan tanah yang berada didalam negeri Kedah tetapi wakil yang berada didalam lembaga pengarah badan ini tidak diwakili oleh wakil dari kerajaan negeri , saperti pengerusi MADA adalah daripada ketua pembangkang, apakah ini boleh berlaku didalam kerajaan persekutuan. Oleh sebab itu maka berlakulah apa yang sering dibangkitkan oleh rakyat dibawah dimana didiskriminasi mengikut perspektif politik saperti yang pernah saya suarakan didalam dewan dah beberapa kali dimana beberapa rakyat yang sudah dipilih oleh jawatan kuasa pemilih KEDA yang mana mereka ini tak ada rumah dan miskin tegar telah dipanggil dan dilatih di Pusat Latihan KEDA di SIK, tetapi bila dah nak diserah kunci rumah maka datanglah orang politik yang menjadi penghalang menarik balik penyerahan tersebut dan dikhabarkan seramai 13 orang, maka teraniayalah mereka itu walaupun telah dipilih oleh jawatankuasa dan bertepatan dengan syarat dek kerana hanya menjadi penyokong kepada parti lain daripada wakil orang politik tadi, dek kerana dia berada didalam lembaga pengarah badan tersebut.
Jadi harapan agar satu Malaysia ini dilaksanakan betul-betul supaya tidak menjadi 2 jenis rakyat .

Tuesday, October 20, 2009

Mula parlimen dah

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Padang
Terap. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Padang Terap menyebut tentang insentif
kepada pekebun-pekebun kecil saya teringat di kawasan MADA. Misalnya petani-petani kita
yang menjual setiap 100 kilogram padi diberikan subsidi harga padi. Apakah pandangan ini
boleh dibawa masuk juga kepada pekebun-pekebun kecil ini supaya mereka juga mendapat
sedikit sebanyak hasil daripada yang disebut kemakmuran negara kita ini. Ini kerana pada bulan
puasa yang lepas kawasan saya, pekebun kecil hanya dapat menoreh tiga hari sahaja dalam
masa sebulan. Ini parahnya kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Yang Berhormat Padang
Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Saya bersetuju dengan Yang
Berhormat Pendang. Dalam pengalaman saya ketika saya turun bersama dengan kawan-kawan
daripada universiti dulu, berdepan dan juga menemu bual penoreh-penoreh ini ada di kalangan
mereka yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah.

Itu antara permulaan perbahasan semalam dimana RUU mengenai RISDA dipinda dan ada banyak perkara yang ana sentuh yang diharap memberikan faedah kepada para pekebun kecil kita di kampong sana.
Ana sedih sungguh bila masa bulan puasa baru ni, dah la hujan lebat boleh kata hari-hari, harga getah pula jatuh merudum , dulu RM 4.70 se kg, tapi baru ni hanyan RM 1.70 saja, punya lah teruk orang kampong, tu pula dapat toreh hanya 3 hari saja. Orang buat bendang dapat juga subsidi, tapi motong getah itulah saja hasil depa, jadi haraplah menteri dapat fikir hal ini dan membantu penoreh kita dikampong sana.
Hari ni ana tambah lagi perbahasan tu kepada beberapa perkara semasa mencelah menteri dan dia janji akan teliti perkara ni dan akan dilaksanakan sebagaimana yang dia berikan kepada kaum orang asli yang bekerja dikelompok ladang mereka.
Begitu juga dengan keanggotaan didalam lembaga pengarah, dah nak dapat tanah nak buat ladang,maka kenalah ada wakil didalam board tu dari kerajaan negeri , jangan jadi macam dalam KEDA dan MADA, wakil kerajaan negeri tak ada, yang ada wakil pembangkang dari Kedah dalam MADA dan KEDA, bahkan ketua pembangkang yang jadi pengerusi MADA di Kedah.

Selamat menyambut deepavali



Sebelum ana datang ke KL untuk sidang parlimen kali ini, sempat juga menghadiri sambutan deepavali yang diadakan oleh Sdr Kunasegari di rumah beliau di Kilang Besar Jenun. Program sambutan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan rasul dan juga YB Dr Ismail Salleh EXCO Negeri Kedah sebelum itu. Majlis dimulakan dengan pemberian sumbangan barang keperluan harian dan sedikit wang kepada mereka yang kurang berkemampuan khususnya di kilang Besar tetapi juga di Jenun ini.

Ana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan majlis ini dan juga menghadiri majlis ini dan sama-sama memeriahkan sambutan dirumah Setiausaha Kelab Penyokong PAS ini. Kehadiran berbagai kaum didalam majlis ini menggambarkan bahawa tohmahan yang menyatakan PAS tidak mendapat sokongan kaum lain adalah meleset sama sekali. Mereka terdiri daripada kaum Melayu, India, Siam dan Cina didalam memeriahkan majlis jamuan dan sumbangan ini.

Majlis saperti ini juga telah diadakan pada tahun lepas dan diteruska pada tahun ini dan diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.