Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, November 22, 2008

Futsal, tahniah kepada yang menang.


Malam tadi selesailah program Futsal yang dianjurkan oleh kawan dan sahabat di G'Mee gelanggang futsal Banggol Besi . Sejumlah 54 pasukan telah datang mengambil bahagian dan ana tengok dari luar Pendang pun ramai . Ada yang datang dari Kulim dan Sungai Baru Alor Star serta yang menang jadi johan dan membawa balik wang seribu ringgit adalah pasukan dari Publik Bank.

Ana lihat mereka ni memang bermain dengan teknik yang sungguh cekap dan pantas dan padan la boleh menang jadi johan pun. Tahniah kepada mereka dan janji ana kepada kawan-kawan tahun depan kita akan adakan lagi program ini insyaallah , dan harap mungkin ia akan jadi salah satu program dalam jadual peringkat negeri pula dibawah sahabat ana EXCO sukan nanti.


Sukan ini satu sukan yang agak santai dan hanya makan masa 10 minit setiap pusingan dan satu pasukan hanya ada 5 pemain saja, jadi dalam satu hari tu bolehlah main banyak pasukan. Dalam program semalam ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Shukri Ismail yang menjadi pengerusi penganjur dan Che Mee yang membenarkan gelanggang beliau digunakan untuk program ini dan semua yang terlibat termasuklah Dato' Taulan Rasul yang juga EXCO Kerajaan Tempatan Kedah yang menyumbangkan hadiah TV untuk pemain bertuah dan kepada semua yang menjadi urusetia perlawanan dan penyumbang , kalau depa tak bagi kerjasama, mungkin sukarlah bagi kami nak adakan program sebegini.




Terima kasih semua dan syukur kerana tidak ada apa-apa yang tak enak berlaku sepanjang perlawanan ini.

Friday, November 21, 2008

Saja depa gempar.

Ana rasa geng-geng yang buat demo ni buat-buat tak faham atau sengaja nak hentam kerajaan pakatan baru 8 bulan ni padahal semua dunia tau yang meluluskan tanah untuk ternak babi ni adalah kerajaan mereka yang lalu juga. Ana tengok dalam gambar tu mat-mat UMNO , dan ana ucapkan terima kasih keatas keprihatinan mereka , cuma masa nak lulus tanah dulu mereka tak pula bantah , mungkin pasal tak tahu kot, atau mereka sangka mereka akan terus memerintah Kedah sampai kiamat.

Apa yang menarik hati ana adalah bila kita pi jumpa dengan masyarakat Cina disekitar kawasan yang dah diluluskan tanah untuk bela babi oleh kerajaan BN dulu tu, depa yang makan babi pun tak suka dibela didekat dengan rumah mereka, kata depa babi ni kotor, busuk ladang ternak dia, tak sesuai dekat dengan kampong mereka dan tak suka bela dekat dengan kampong mereka. Bayangkan kalau ada la macam tu sekampong dua, maka harapan nak bela tu tak jadilah, alhamdulillah.




Pihak veterina juga kata, kalau nak bela buat secara tertutup dan moden saperti yang dibuat di German dan Belanda yang telah dilihat oleh bekas kawan ana Dato' Dr Karim Mansor dari Selangor dulu tu. Dah lulus dalam pentadbiran BN lama, bila sampai kerajaan pakatan ,kena heret reba la. Itulah cabaran pemerintahan namanya. BN ni selalu buat honar, tiba-tiba orang lain kena tanggung bala dan reba.

Satu lagi pasal sampah di Bandaraya Alor Star. Dalam pentadbiran lama BN dulu semasa datuk bandar yang dulu, bab sampah ni saja hutang bandaraya dalam angka 17 juta, hutang dengan syarikat angkut sampah saja 4 juta. Syarikat ni dengan segala kemudahan yang daif saperti lori dan tong sudah tidak berupaya lagi menjalankan aktiviti kebersihan mereka kerana kerajaan hari tu tak bayar hutang , nak repair lori tak dak duit, nak repair tong tak dak duit, nak repair buldozer tolak sampah tak ada duit dan bermacam lagi masalah terpaksa ditempuh kerana kesan ketidak cekapnya pentadbiran Datok Bandar sebelum ini sehingga hutang demi hutang bertampok-tampok dan inilah juga salah satu lagi cabaran yang terpaksa ditempoh oleh pentadbiran baru pakatan diKedah ni.

Ana dengar kata sampai terpaksa jual tanah kerana nak dapat duit nak bayar hutang kepada syarikat ni supaya mereka dapat baiki lori dan peralatan angkut sampah, dan kerajaan BN hari tu jatuh pun katanya antara puncanya adalah pasal sampah tak terurus di Alor Star ni lah. Jadi segala penyakit yang berjangkit ni adalah tinggalan dari Tok Det Khalid hari tu la dan kena lah di tanggong oleh Ust Azizan la ni pulak. Harap dapat diselesaikan segera masalah ni, takut nanti bala penyakit berjangkit ni kena pulak atas kepala pakatan pada PRU 13 nanti.

Ketiga pasal isu kouta 50:50 rumah ni. Yang ni ana rasa sudah selesai dan rakyat semua sudah faham, yang tak faham cuma gerakan dan MCA ana rasa, kerana mereka ni memang kalau fasal nak cari duit, sampai pecah kepala pun sanggup. MB dah terangkan bahawa rakyat Kedah bukannya golongan jutawan macam di Negeri lain, baik apa bangsa pun , kalau rumah sampai 300 ribu keatas sapa yang sanggup beli, tu pulak buat bagi kouta 70:30, lagi la susah oarang Melayu nak capai. Bila kita pi syarikat perumahan tanya, depa kata dah habis booking, tapi yang booking orang Penang dan orang KL.

Kalau kita pi tengok di Tandop sudah lah, berapa punya banyak rumah kadang-kadang sampai sesat, nak cari jalan balik tak boleh, tapi nak cari rumah orang Melayu satu pun tak jumpa, semuanya ada tanglung dan harganya bukan murah , 400 ke 500 ribu pun ada, tu pula tengok plat no kereta, banyak yang Penang atau KL. Kalau macam ni berterusan, ana rasa ini sesuatu yang tak sihat, nanti seluruh Alor Star akan didiami oleh satu kaum saja dan ini tak sesuai untuk keharmonian kaum dalam negara kita.
Yang kata 50:50 tu adalah untuk tanah rezab Melayu yang ditukar jadi free hold dan dibuat rumah maka peraturan yang dijelasan oleh Kerajaan Negeri adalah 50 untuk bumi dan 50 untuk bukan bumi. Tu pun sebelum ni tanah rezab Melayu yang diambil diganti balik atau tidak , tiada siapa yang tahu. Ana pernah tanya dalam par,imen hal ni, menteri jawab itu hak negeri. Lepas ni boleh la kita tanya negeri pula , berapa banyak tanah rezab Melayu yang diambil dan berapa banyak yang telah diganti balik ikut kanun tanah negara.

Kalau kita nak kata jumlah penduduk Kedah ikut kaum, ana rasa kouta ni masih tak adil, Kedah ada 1.2 juta penduduk, lebih kurang 80 % adalah orang Melayu, maka kalau ikut nisbah kena lebih lagi perlu diberi kepada kouta bumi la macam ni, tapi oleh kerana kerajaan ni prihatin dan kasih kepada rakyat, maka dibuat peraturan baru macam tu agar mereka yang lain ada juga hak untuk dapat rumah. Itulah keadilan yang kita nak buat dan kalau tak dapat semua pun, kita tak tinggalkan semua. Dalam isu kouta ni, ana rasa semua dah faham dan lepas ni kalau REHDA (sentiasa fikir untung dan duit ) ,menghadapi masalah tak dapat jual rumah, kerajaan negeri kata GLC akan tolong selesaikan dalam masalah ni dan kita doalah moga perkara ini akan dapat mengharmonikan seluruh rakyat di Kedah ni dengan kepimpinan pakatan pula.

Kalau ada yang bantah dan marah lagi, kita menyeru kepada MB dan kepimpinan negeri Kedah supaya buat macam ada di Kelantan supaya orang luar Kedah tak dibenarkan membeli rumah dan tanah di Kedah agar ia tak akan terlepas kepada orang luar . Kalau nak juga, kena jadi orang Kedah, kena kahwin dengan orang Kedah baru boleh.

Wednesday, November 19, 2008

Apa ana bawa memang perlu disegerakan.

Dalam usul 18(1) ana pada minggu lepas pasal kerosakan atau keretakan hospital QEH di Kota Kinabalu yang menyebabkan pesakit terpaksa dipindahkan dan khabarnya SMC akan dijadikan pusat pemindahan baru pesakit, tetapi ana akan tanya berapakah jumlah sewa yang akan terpaksa kerajaan bayar kepada pengurusan SMC . Khabarnya Hospital QEH akan diruntuhkan oleh kerana tak selamat lagi untuk digunakan sebagai tempat merawat pesakit .

Jadi hari tu ana bawa usul untuk membincangkan hal ini ditolak oleh speaker, jawapan yang diberikan adalah kerana tak perlu disegerakan. Kalau kita lihat pada hari ni , memang ianya akan segera diruntuhkan kerana tak selamat lagi nak digunakan.

Cuma satu perkara lagi yang ana nak ambil perhatian adalah bangunan lain yang tinggi yang mungkin akan terjerat juga dengan masalah keretakan dan seterusnya terpaksa diruntuhkan selepaas ini akibat beberapa kali gempa bumi yang berlaku disekitar Filipina dan Indonesia selama ini.

Jadi haraplah kerajaan beri perhatian segera kepada perkara ini ana takut nanti ada yang akan tertimbus dibawah keretakan bangunan tinggi di Sabah nanti.

Bukan saja turun 10 % tol waktu malam, tengok sama keselamatan pengguna.

GEORGE TOWN - Pada mulanya hanya timing belt yang dikatakan rosak tetapi selepas itu, satu persatu bahagian enjin kereta Perodua Kembara miliknya dikatakan rosak dan tanpa diperiksa, enjinnya dikeluarkan dari kereta.

Itulah nasib yang dihadapi seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jamilah apabila keretanya 'rosak' di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Kedah Sabtu lalu.

Jamilah berkata, ketika kejadian itu beliau bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan dari Pendang, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang sebelum berhenti rehat di R&R tersebut.

"Namun sewaktu ingin bertolak pulang kereta saya gagal dihidupkan dan ketika itulah kami didatangi tiga lelaki yang menawarkan perkhidmatan trak tunda sebelum kereta saya ditarik ke bengkel mereka di Sungai Petani.

"Apa yang mengejutkan ialah trak terbabit telah menarik sebuah kereta Perodua Kancil yang juga rosak sebelum mengikat kereta saya di belakang kereta tersebut," katanya ketika menghubungi Kosmo! di sini semalam.

Akibat kejadian tersebut, Jamilah dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah sepupunya di Jeniang dekat Alor Star selama dua hari.

Tambahnya, ketika di bengkel tersebut, tanpa diperiksa, enjin keretanya dikeluarkan dan mereka mengarahkan beliau supaya datang mengambil kereta tersebut pagi semalam dengan bayaran RM1,300.

"Saya hairan bagaimana mereka dapat tentukan harga sedangkan kereta saya langsung tak diperiksa dan tak patut harga timing belt semahal itu.

"Masa ambil kereta pagi tadi suami saya mendapati mereka hanya menukar pam air sahaja," ujarnya.

"Saya juga jadi geram apabila mereka seperti berdalih untuk menyediakan bil terperinci barangan yang diganti atau dibaiki malah meletakkan perkara lain seperti gelang omboh dan beberapa barang lain," katanya kesal.

Jamilah berkata, kejadian yang menimpanya mungkin sama dengan apa yang dilaporkan Kosmo! Isnin lalu mengenai taktik terbaru 'longkai' yang sanggup menanggalkan penutup bahagian bawah tangki air kereta ketika kereta pemilik berada di R&R Gurun baru-baru ini.

"Saya harap pengguna R&R Gurun dapat berhati-hati sekiranya didatangi mereka yang menawarkan khidmat trak tunda atau hanya menggunakan trak tunda PLUS.

Harap PLUS tolonglah lebih prihatin dalam hal ni, kerana ini sudah tentu akan menyusahkan rakyat dan pengguna lebuhraya PLUS ni dan kalau orang ramai tak mau berhenti lagi di R & R Gurun , maka peniaga disitu juga akan menghadapi kerugian.

Kalau perkara ini berterusan, maka ana menyeru supaya lepas ini tidak ada lagi pengguna yang akan berhenti di R & R Gurun ini kerana semua masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak dibela oleh PLUS.

Nasihat saya supaya lepas ini juga akan ada polis atau polis peronda yang akan stanby di R & R Gurun ni atau sekurang-kurangnya rondaan polis dengan lebh kerap kekawasan ini.

Tuesday, November 18, 2008

TU dia aih, ambil mana duit tu, ?.

18 Nov (Bernama) -- Sepuluh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan hampir RM1 juta bagi membiayai penganjuran pelbagai acara perayaan termasuk rumah terbuka di kawasan mereka sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Johari Baharum berkata mereka adalah antara 196 anggota Parlimen BN yang telah menggunakan peruntukan khas bagi membiayai penganjuran acara sambutan perayaan seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Pesta Keamatan, Krismas, Wesak, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

"Perbelanjaan itu meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada golongan fakir miskin, bantuan kepada anak yatim serta golongan kurang upaya dan pembekalan perkhidmatan yang berkaitan dengannya," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras)mengenai bilangan dan jumlah perbelanjaan program keraian yang dianjur anggota Parlimen BN yang disalur menerusi peruntukan khas bagi 2007 dan 10 kawasan Parlimen yang tertinggi berbelanja.

Mohd Johari berkata daripada 10 kawasan itu, tiga kawasan Parlimen di Terengganu paling banyak menganjurkan acara perayaan didahului Kuala Terengganu yang menganjurkan 304 acara dan membelanjakan sejumlah RM917,588.00.

Kawasan Parlimen Kuala Nerus pula menganjurkan 248 acara dengan kos RM946,115.30 manakala Marang menganjurkan 186 program dengan kos RM914,250.00, katanya.

Kawasan lain yang turut menggunakan peruntukan itu ialah Tenom (58 program, RM988,475), Dungun (87 program, RM977,000.00), Putatan (86 program, RM971,000), Tawau (66 program, RM948,575), Silam (40 program, RM946,420.00), Sepanggar (54 program, RM918,480.00) dan Parit (37 program, RM916,407.50).

-- BERNAMA
Patut la kita tengok setip kali hari raya dan apa juga perayaan yang mereka adakan, tengok berbaris panjang orang tunggu nak mengkedarah, rupanya bukan duit depa , bukan duit gaji dan elaun depa, makan sikit punya mewah dan bagi duit pula banyak, rupanya peruntukan dari kantung orang lain. Lepas ni kita tengok pula musim korban ni, berapa banyak yang akan bagi lembu buat korban, sorang sampai berpuluh ekor , beri sana, beri sini. Tetapi yang dituntut oleh Islam adalah ibadah korban itu, bukan beri lembu yang orang lain punya, katakan kita yang buat korban. Ini lah susahnya kalau faham bahawa ibadat itu yang orang boleh nampak. Kesian ana kat puak-puak ni. Harap JAKIM tolong tarbiah sikit la. Kalau setakat tolong sembelih tu, tak apalah!!

Lalu ana nak kekawan semua lihat apa yang terjadi dalam pengagihan untuk ahli parlimen. Kita nak tanya yang dibelanja tu duit dari kaunter kerajaan ke, kocek PM ke, atau dari derma kroni Umno /BN ke sampai hampir satu juta satu kawasan Parlimen, tetapi bagi kami yang mewakili rakyat bukan dari parti BN ni, satu sen pun tak dapat. Habis yang duit bagi kawasan yang diwakili pembangkang pusat saperti Marang yang habis sampai satu juta tu siapa yang tolong pe'ghabih'kan. Tak kan duit tu Pak Lah atau DS Najib bagi kepada Tok Guru Haji Hadi kot, tentu tidak dengan 186 program dan acara yang memakan belanja 914 ribu ringgit lebih tuh.

Kalau macam ni la punya cara, memang belanja mengurus untuk tahun depan memang melebihi belanja pada tahun-tahun yang lalu, ini tak termasuk lagi segala belanja yang terpaksa dibayar dengan duit rakyat kepada ketua bahagian yang bertanding baru-baru ni, kalau lah mereka kata duit tu bukan dari kantung negara. Kalau di kaji sekali lagi, sebenarnya siapakah yang dapat hasil dari ratusan juta duit tu kalau bukan ketua bahagia dikawasan yang PR menang 83 kerusi tuh, kalau BN menang tentu ahli Parlimen dia yang guna peruntukan tu.

Pasal tu lah kita lihat perebutan untuk ketua bahagian ni begitu sengit dan mngikut berita yang ana terima dari cikgu dan cikgi yang jadi perwakilan disalah satu kawasan baru-baru ni , mereka dibayar 100 ke 150 ringgit seorang untuk memberi undi kepada seseorang untuk menang ketua bahagian. Padahal dari segi pencalonan, lawan dia yang dapat lebih semasa mesyuarat cawangan, tapi bila undi, lawan yang dapat pencalonan sikit tu pula yang menang, tak hairan dan tak ajaib ke.!

Jadi tak hairanlah kalau tahun ni dikatakan oleh Pengerusi Disiplin Tengku Ahmad Rithauddin ada 900 laporan rasuah politik dalam pertandingan baru-baru ni. Berita yang kita terima tu bukan lagi khabar angin kerana yang mendedahkannya adalah Menteri dan bekas menteri serta menteri besar yang tak dapat pencalonan, tetapi kalau depa dapat pencalonan, sudah tentu mereka tu akan senyap sepi macam ais dalam peti sejuk.

Terima kasih PLUS, tabik Mat Zain.

Semasa DS Samy Vellu menjadi Menteri Kerjaraya ana telah bawa satu syor agar pada musim perayaan oleh kerana kenderaan banyak dan pemanduan jadi perlahan, maka wajar pemandu diberikan diskaun 50 % kerana perjalanan jadi lambat dan kos petrol terpaksa jadi lebih, tetapi waktu tu DS SV kata tak boleh.

Tetapi bila Mat Zin Menteri Kerjaraya baru ni , ana solute kat PLUS yang kata nak beri diskaun mulai tahun depan , diskaun kalau guna lebuhraya lepas 12 tgh malam sampi tujuh pagi , cuma takkan hanya 10 % saja, bagi la sampai 50 % pada musim perayaan . Bayangkan kalau nak balik ke Kedah terpaksa guna sampai 7- 8 melalui lebihraya dan nak balik Kelantan terpaksa ambil sampai 12 jam nak balik, berapa banyak petrol kena guna, boleh lah tambah lagi diskaun tu. Bayangkan kalau masa perayaan berapa kali setahun dan berapa banyak PLUS dan lain-lain konsesi tol dapat kaut duit dengan bertambahnya jumlah kenderaan yang lalu dilebuhraya mereka tuh.

Pemandu kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuh Raya Utara -Selatan dan Lebuh Raya Ekspres Lingkaran Tengah (Elite) berpeluang menikmati diskaun dan rebat bayaran tol sehingga 25 peratus, mulai tahun depan.

Diskaun itu ditawarkan Plus Expressways Berhad (Plus) menerusi tiga skim Program Insentif Perjalanan Plus, iaitu:

l Pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya berkenaan antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus mulai 1 Januari depan hingga 31 Disember 2010.



l Diskaun tambahan 10 peratus diberi kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya berkenaan antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali serta Krismas mulai 1 Januari depan hingga 31 Disember 2010.

l Pengguna kedua-dua lebuh raya yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimum RM200 setiap bulan, akan menerima rebat lima peratus mulai 1 Januari depan. Tawaran terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti Plus yang akan dilancarkan bulan depan.

Pengarah Urusan Plus Expressways, Noorizah Abdul Hamid, berkata program itu diperkenalkan bagi menyahut seruan kerajaan supaya sektor swasta membantu meringankan beban pengguna ketika keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

Beliau memberi contoh, melalui insentif pertama pengguna yang melalui Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 sekarang.

Pada musim perayaan pula, perjalanan antara kedua-dua plaza tol itu hanya dikenakan bayaran RM21.40 selepas diberi diskaun tambahan 10 peratus.

Noorizah menjelaskan pengguna yang memasuki dua lebuh raya berkenaan sebelum jam 12 malam masih dapat menikmati diskaun itu, asalkan mereka keluar selepas 12 malam hingga 7 pagi,

“Ketika ini, 800,000 kenderaan menggunakan kedua-dua lebuh raya itu setiap hari dengan 10 peratus menggunakannya pada jam 12 malam hingga 7 pagi,” katanya pada sidang media di Kementerian Kerja Raya di sini, semalam.

Monday, November 17, 2008

Jadi ke demo bogel ni!!!

Assalamualaikum wm. wb.

Tertarik ana bila MB Kelantan kata lembu pun pandai tutup kemaluan. Kalau kita pergi ke Mekah, ditengah perjalanan antara Mekah dan Madinah kita akan terjumpa ramai pengembala Badwi yang memelihara kibash , dan kalau diperhati ekor kibash memang besar berbanding dengan kambing biri-biri kita disini. Maknanya kalau haiwan pun pandai tutup kemaluan mereka sampai tak nampal tempat kencing mereka tu, maka amat aib dan malu bila dalam negara kita ada manusia yang nak demo bogel didepan orang ramai , puncanya hanya marah pasal kenaikan kadar sewa PPR di Selangor.

Memang menarik isu ini, semasa ana berada di Pokok Sena kerana melakukan pemeriksaan Kesihatan peserta KBS hujung minggu lalu, ana didatangi 2 petugas RTM menemuramah ana mengenai isu ini, ana hanya kata kalau mereka nak buat juga, memang macam orang utan di Sepiluk, Sabah la. Bahkan mereka ini Islam pula, lihat pada nama memang nama Melayu dan Islam , tetapi kalau di Indonesia atau Singapura ramai sebangsa kita tapi kristian, dan kalau di Pantai Rawai Puket, mereka itu tidak menganut agama Islam. Macam gambar yang ana letak ditepi blog ini, mereka cakap Melayu fasih macam orang Kedah, tetapi tidak berugama Islam. Mereka kata keturunan asal Melayu Perlis, dari keturunan Lebai Man.




Berbalik isu demo bogel ni, ana kata kat RTM, tak kan tak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah, nak demo pun, pakai la baju dan seluar ke, macam kita buat demo bersih tu, cuma polis je yang marah, tapi kalau demo bogel bukan setakat polis, Pejabat Mufti dan Pejabat Ugama pun marah, tapi satu yang tak akan marah sampai bila-bila adalah Syaitan dan Iblis. Jadi ana nasihatkan mereka adakan rundingan, hantar memorandun dan lain-lain cara yang lebih bersifat manusia dan bukan bersifat orang utan. Sebab setahu ana, TS Khalid ni, seorang MB yang lembut dan boleh dibawa berunding dan boleh menerima pandangan dan sanggup menyelesaikan masalah. Kalau demo bogel. bukan setakat masalah tak selesai, malu pula kepada orang lain bahkan seluruh dunia akan tahu dan ini akan meletakkan Malaysia dalam Guiness Book of World Record sebagai negara Asia pertama dalam wujudnya demo bogel ini. Tak tahulah ana temuramah tu keluar ke tidak dalam berita atau rencana RTM tuh .Biasanya kalau kita yang cakap, jauh keretapi dari rel lah nak keluar kat RTM.

Kalau dinegara barat pun, hanya tempat tertentu saja yang dilaporkan adanya tempat tempat macam ni, tetapi kalau si Ramlan Abu Bakar ni jadi buat demo, maka ana rasa inilah sejarah dalam negara Islam Hadhari yang bakal berkubur bersama pemergian Pak Lah nanti.

Nampaknya isu ini akan hampir selesai dengan pengumuman EXCO Perumahan Selangor YB Iskandar bahawa sewa tetap sama, cuma mereka yang berpendapatan dibawah RM 1500.00 akan diberi bantuan untuk meringankan sewa tersebut. Maknanya mereka tidak akan membayar jumlah 250 saperti orang lain kerana tidak mampu.

Kalau kita lihat dan tinjau PPR di Selangor, memang kita dapati banyak juga rumah tu yang tidak diduduki oleh penghuni sendiri, tetapi disewa kepada penyewa dan tuannya kadang-kadang ada rumah lain atau mencari kawasan setinggan lain untuk menempatkan diri mereka disana.

Walau bagaimanapun, syukur kalau isu ini selesai tanpa adanya demo bogel ini kerana kita tak mahu agama Islam sekali lagi akan dicemari oleh manusia yang setaraf otaknya dengan Orang utan ni. Moga kita terhindar dari dosa . Harapan ramai agar sesiapa yang kenal Sdr Ramlan Abu Bakar yang akan menjadi tekong demo ni tolong siasat latar belakang dia dan masukkan dalam berita diinternet ke dan hebahkan kepada umum siapa dia ni sebenarnya agar mudah kita kenal dan dilain kali kalau ada apa-apa masalah yang berhubung dengan demo kita boleh panggil dia sekali untuk join sama. Kalau boleh gambarnya sekali . wassalam.

Sunday, November 16, 2008

PPSMI akan diteruskan kerana,

Berkatalah Berita Harian, maka
Daripada 511,875 sampel calon, 159,234 pelajar atau 31.1 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris berbanding 1,324 pelajar (2007) dan 1,035 pelajar (2006), manakala 108,842 pelajar (21.3 peratus) menggunakan campuran bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.

Seramai 238,153 pelajar atau 46.6 peratus menjawab Matematik dalam bahasa Inggeris dan 39,570 pelajar atau 7.7 peratus menggunakan bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.

"Keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan semalam mengukir sejarah tersendiri apabila bilangan calon yang menjawab matapelajaran sains menggunakan bahasa inggeris meningkat sebanyak 11926% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan mendadak ini samada fakta sebenar atau tersilap lapor tidak dapat dipastikan.


Bilangan murid yang menjawab dalam bahasa inggeris (subjek:Sains)

2008:159,234
2007: 1,324
2206: 1,035

Keputusan cemerlang ini dijangka akan memberi dorongan kepada kerajaan mengekalkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI).

Daripada 518 616 murid yang mengambil UPSR tahun lalu, maka 9.2 % mendapat semua A. dan 30 049 mendapat D dan E dimana pada tahun lalu seramai 20856 mendapat D dan E, peningkatan 44 %.
Ditinjau dari jumlah pelajar, didapati 31 % murid adalah dari kalangan penuntut dari luar bandar.Ditinjau dari tahap ketidakupayaan murid berdasarkan kepada peratusan yang mendapat grade corot ini, maka ketidakupayaan murid pada tahun 2008 bertambah 4.5 % berbanding dengan tahun 2007 dan 2006.
Bermakna yang gagal meningkat 4.5 %.
Bagaimana pula mereka ini kalau naik ketingkatan satu pada tahun depan dan berdepan pula dengan subjek sains dan metametik dalam BI dan seterusnya pula pada tahap SPM dimana kalau dialiran sains dan teknikal lebih banyak yang akan diajar didalam bahasa Inggeris nanti, sudah barang tentu yang akan mendapat markah corot tentu lebih meningkat.
Kita merasa mereka yang belajar di sekolah Jenis Kebangsaan lebih bernasib baik kerana mereka diajar sains dan metametik dalam bahasa ibunda mereka, tetapi anak-anak disekolah kebangsaan terpaksa belajar sains dan metametik bukan dalam bahasa ibunda kita.
Kenapa dalam keghairahan menjawab soalan, hanya 31 % yang menjawab sains dalam Bahasa Inggeris dan 47 % menjawab metametik dalam bahasa inggeris, tak tahulah pecahan ini untuk bahasa ibunda mana, apakah mereka ini bertutur dalam bahasa inggeris dirumah atau apakah bahasa ibunda mereka dirumah.
Mengikut JW Wood, mempelajari sesuatu ilmu dengan bahasa kedua bukan bahasa ibunda lambat untuk faham, terpaksa terjemah dahulu dalam ibunda baru nak boleh faham, oleh itu otak mereka terpaksa bekerja dua kali baru boleh faham dan ini akan mengambil masa dua kali untuk faham kalau belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri.
Mengikut Prof Nor Hashimah Persatuan Linguistik Malaysia, jurang bahasa Inggeris antara bandar dan luar bandar amat besar bezanya dimana 70 % orang Melayu tinggal diluar bandar.
Jadi yang akan menerima akibat 'kecorotan' keputusan ini tentulah mereka yang berada diluar bandar.

Apakah alasan dan hujah yang lain lagi yang akan menjadikan KPM meneruskan pembelajaran sains dan metametik didalam bahasa Inggeris setelah ketua audit negara mengulas mengenai berbagai bentuk penyelewengan didalam urusan komputer dalam PPSMI ini.!!

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.