Beberapa hari ni ana tak sempat nak update dalam blog ni kerana berada di Manik Urai tujuan membantu abang Uji dalam PRK disana. Dari hari penamaan calon sampai hari Rabu dan sempat menghadiri perkampongan ahli parlimen PAS disana . Sempat la lihat suasana PRK selepas PRU yang memberikan phobia kepada BN untuk masuk bertanding. Ana ad abaca pantun ini dalam ceramah di Kpg Tamelir malam tu,
Pak Lah bawa Islam Hadhari,
Najib pula one Malaysia,
Di Penanti mereka cabut lari,
Di Manik Urai kenapa lawan pula?
Apa yang menarik di Manik Urai adalah Nampak geng UMNO sudah kehausan isu untuk dimainkan dalam kempen PRK ini. Ana dah ulas pasal DS Syahrizat yang kata Kelantan pimpinan PAS beri peruntukan yang kecil kepada wanita di Kelantan berbanding dengan kerajaan pusat yang beri lebih banyak , padahal kalau kita lihat pada peruntukan yang diberi oleh pusat hanya 1 % dari bajet tahunan berbanding dengan Kelantan yang beri hamper 10 % kepada wanita di Kelantan daripada bajet tahunan mereka.
Lepas tu timbul pula isu calon PAS hanya pemborong ikan oleh TPM TS Muhyiddin Yassin berbanding calon BN bekas pegurus pemasaran Kesedar, tetapi itu sendiri disanggah balik oleh semua pemborong ikan dari Kelantan yang menggambarkan bahawa mereka dihina oleh TPM dan berhasrat untuk mengadakan demo dengan lebih peraih dan pemborong ikan seluruh Kelantan sebagai membantah kenyataan penghinaan TPM tersebut, lantas cepat-cepat beliau memohon maaf atas ketelanjuran beliau tersebut.
Begitu juga bila PPSMI akan dihapuskan pada 2012 nanti, dikatakan tidak ada kaitan dengan politik dan PRK Manik Urai, ianya adalah ikhlas dari kerajaan yang prihatin dengan rakyat. Tetapi apabila Dato’ Mustapha Mohamad kata beliau berharap ramai guru-guru yang bertugas di Kelantan akan memberi sokongan kepada BN selepas cadangan tersebut maka jelas apa kenyataan awal tidak ada kaitan politik dinafikan sendiri oleh mereka, cadangan penghapusan itu adalah kerana tujuan politik di PRK Manik Urai sebenarnya. Saperti kata Dato’ Mahfuz itu adalah cadangan yang belum tentu terlaksana kerana 2012 masih jauh dan belum habis lagi duit PPSMI ini yang dikaut oleh kroni mereka, oleh sebab itulah maka mereka menangguh pemansuhan PPSMI itu sehingga 2012 nanti. Bayangkan setelah hamper 6 billion wang untuk diagihkan pasal PPSMI ini kini habuan itu akan berterusan sehingga 2012 baru ditamatkan kerana kroni masih belum cukup kenyang selama ini.
Kita pasti akan dapat mendengar pula akan adanya kroni yang akan dapt pula habuan untuk mengubah dari PPSMI kepada PPSMBM pula dari buku teks, buku tulis, computer dan kursus itu dan kursus ini semuanya akan memakan belanja dan memenuhi poket kroni pula. Iniilah sebenarnya dasar BN mengaut duit dengan menjadikan anak bangsa sebagai bahan ujian. Kita sudah lama menasihatkan mereka, tetapi demi fulus dan kroni, memang pemikiran mereka memang lambat dan lembam.
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)