Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 3, 2008

Bola tujuh sebelah di Paya Rawa







Bola memang menjadi kegemaran ramai, oleh itu setiap kali ada cuti, mesti ada pertandingan yang dianjurkan. 3 hari berturut-turut di tempat ana, punya la rajin , En Zainol dengan En Hashim serta Sobry SU Pemuda Paya Rawa anjurkan pertandingan bolasepak 7 sebelah. Maklumlah ambil semangat Juara Liga super baru-baru ni, Kedah dapat uara, ramai pak lebai yang pi tengok di Stadium Darulaman malam tu, ana pun tumpang sekaki, masuk free, hantam la broder. Ana sempat la pi bagi hadiah kepada pemenang di Paya Rawa tu dengan YB Taulan EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kedah, maklumlah balik kawasan hujung minggu setelah letih tengok YB Karpal S berkelahi dengan speaker pasal peraturan mensyuarat dalam parlimen hari Rabu lepas. Yang SU dewan awat la teruk sangat , bawa usul tak ikut peraturan mesyuarat, YB tu hot la, kan dia tu lawyer, anak dia pun hayun sama speaker, last-last tak tau nak pi tang mana, YB Kit Siang kata kita tangguh dulu sidang bagi speaker buat keputusan, nasib baik YB Dr Hatta tertengok nak bantu, dia kata tengok peraturan mesyuarat 99a, lalu speaker pun ikut, boleh la YB Kulai bekas menteri MCA yang tak mau jadi menteri lagi tu YB Ong Ka Ting berhujah dan berbahas.

Nanti minggu depan apa nak jadi ana pun tak tau lagi. Ada pertanyaan pasal harga barang, ana rasa nak bangun tanya kalau speaker bagi , nak tanya pasai apa gaduh tentang beras tak dak la ni, dah nak buat koridor sana koridor sini, habis bendang dijadikan kilang, yang pertanian hanya nak buat tanaman herba, PM kata , pas tu makan la pucuk kunyit ngan misai kucing serta pegaga, beras tok sah tanam.

Ust Azizan batal ZIPY yang nak ambik 4500 relong depa bising, bila dah beras tak dak, baru puji Ust Azizan pasal lihat masa depan. Dulu masa bahas pasal bajet, ana sentuh tentang pembanziran ZIPY terhadap tanah bendang petani di YAN, bangun YB Jerai masa tu Dato' Badruldin kata ana ni tak lihat masa depan, peluang kerja pada anakmuda beribu-ribu dengan adanya ZIPY, ana kata kerja apa dah kena halau dari kampong halaman, apa nak kerja, tapi bila dah beras tak ada la ni, baru dia tau. Dia pun dah kalah, apa nak kata lagi.

Buat kilang lagi baik, Dr M kata 1 relong kilang 100 boleh kerja, tapi 1 relong bendang berapa orang boleh kerja, la ni, pakat makan kilang, padan muka kita, ikut Dr M sangat dulu ni.

Tu la, pasal food security orang Amerika pun ambil berat, tapi kita pun pikiax pasal kilang, kerja, kalau kerja banyak nak makn tak dak, apa nak buat, oleh itu pertanian mesti jangan tinggal, nabi kata kalau esok nak kiamat pun, kalau kita ada benih, tanam, jangan tak tanam.

Tengok la gambar ana bagi hadiah kepada juara bola, pasukan Paya Rawa jihan, dan hadiah cabutan bertuah kepa En Hashim, dapat basikal, tapi dia tak boleh kayuh, OKU, kaki boh besi, boleh bagi anak bawa pi sekolah.

Tahniah Hashim, wa solute you, banyak dapat hadiah semalam.

Wednesday, April 30, 2008

Peresmian Sidang Parlimen 12.


29 April selamatlah sidang dewan Parlimen ke 12 di Resmikan oleh Baginda Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan dengan penuh adat istiadat dan bewarna warni. Ana juga pada hari itu berpakaian istiadat dan sempat bersua muka dengan ramai rakan ahli dewan rakyat dan negara dan juga tetamu asing yang kebetulan dijemput hadir sama pada majlis tersebut.

Ana rasa banyak perkara yang disentuh oleh baginda yang perlu diberi perhatian oleh rakyat dan akan ana bahaskan didalam ucapan perbahasan ana nanti insyaallah kalau ada masa.

Antara perkara yang menarik perhatian adalah berhubund dengan bebanan hidup rakyat kerana kos hidup yang tinggi kerana harga barang yang meningkat dan juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa . Kalau sebut salahguna kuasa ni mestilah daripada orang yang berkuasa, kalau tak berkuasa bagaimana pula dia nak salahgunakan, maknanya Baginda menasihatkan kerajaan la tu.

Juga ana tertarik bila baginda menyebut tentang TCM, traditional and complimentary medicine, ani satu perkara yang telah ana biasa bahaskan didalam sessi yang lepas, yakni alternatif medicine kepada yang ada sekarang ini. Tetapi kita ungin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada kerajaan apakah yang terdapat didalam komponen traditional itu. Sudah pastilah rasanya tidak termasuk menurun dan menggunakan hantu dan polong. Kalau sekadar patah, urut, terseliuh dan sebagainya ana rasa memang boleh diterima, tetapi bagaimana pula dengan kelayakan mereka, apakah semuanya mendapat pengiktifan dari masyarakat dan berkelulusan dari institut pengajian khusus. Ini tidak perlu dilakukan diskriminasi kerana seandainya sesuatu institusi itu ujud dinegara tertentu, sudah tentulah ianya mesti mendapat pengiktirafan dinegara lain juka kualitinya memang diakui baik, tetapi bagaimana kalau ada pengiktirafan yang dilakukan hanya kerana pengalaman tetapi tida kursus yang khusus.

Ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dalam kita mahu mengiktiraf kepakaran mereka. Pakar patah misalnya, pakar urut contohnya, apakah hanya dengan pengalaman mengurut 2-3 orang sudah boleh dibawa masuh hospital untuk di tauliah sebagai pakar. Juga dari segi bperundangan, apakah pakar patah berhak diterima MC yang mereka berikan untuk digunakan didalam pejabat kerajaan maupun swasta, terserah kepada semua untuk memikirkan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.