Kedatangan tahun baru 2009 besok, merupakan satu iagauan ngeri bagi kebanyakan ibubapa dalam keadaan sekarang ini. Bayangkan dengan kos yang terus meningkat mutakhir ini yang tidak nampak kesudahan dan tidak ruang untuk turun, maka memahami dan menginsafi hakikat ini, maka kami wakil rakyat dari PAS Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri melalui pejabat Daerah Pendang, telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Jom Kembali Kesekolah pagi tadi didataran Pendang untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan dan daif/ miskin yang dipilih oleh Ahli MKK dan Penghulu.
Majlis tadi hanya permulaan untuk pemberian bantuan sebagai pelancaran iaitu sejumlah 40 buah basikal beserta beg sekolah dan kamus serta alat tulis telah diberikan, bakinya akan disampaikan kemudian di tempat tertentu dikawasan penerima agar tidak menyusahkan mereka untuk membawa pulang basikal tersebut.
Acara pagi tadi disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, EXCO Kerajaan Tempatan Kedah. Penyampaian basikal dan beg sekolah telah dilakukan oeh ana selaku Ahli Parlimen Pendang dan Tuan Harun Jasin, Pegawai Daerah Pendang.
Harapan kami agar mereka yang menerima basikal tersebut dapat menggunakannya untuk faedah anak-anak buat perjalanan kesekolah dalam keadaan yang susah sekarang ini dimana harga komoditi utama negara saperti getah dan sawit menjunam teruk hari ini. Keadaan bertambah parah lagi dengan berita daripada persatuan pemilik bas sekolah juga akan mengenakan surcaj kepada tambang bas sekolah sebanyak 30 %, ini sudah tentu akan meningkatkan lagi kos tambang bas sekolah diantara RM 9.00 hingga RM 30.00 sebulan.
Alasan yang diberikan mereka adalah keraja subsidi minyak untuk disel masih rendah dan memnta kerajaan mengurangkan harga daripada RM 1.43 seliter kepada RM 1.00 seliter disamping kos bahan ganti yang meningkat sejak akhir-akhir ini.
Ana pun merasa hairan kerana mereka ini dengan begitu mudah mendesak kerajaan untuk sesuatu kenaikan seolah-olah kerajaan sekarang ini tidak mampu untuk membendung apa-apa , tetapi bagi rakyat yang bergantung kepada harga sekerap dan sawit, maka seolah-olah tiada ada apa-apa pembelaan yang dapat diberikan.
Wednesday, December 31, 2008
Monday, December 29, 2008
Eidul Ilmi SRI Islah
Atas kesedaran dan kekuatan iman semua pendokong dan penyokong ilmu agama, maka berkekalan lagi SAR yang telah lama di wujudkan oleh Tuan Guru Hj Aziz Seberang Pendang sehingga hari ini bahkan bertambah lagi kepada peringkat yang lebih rendah sehingga ke PRA dan Sekolah Rendah Islam.
Ini merupakan tahun ketujuh ianya beroperasi dan pada tahun hadapan sebuah bangunan baru yang menelan harga 1.6 juta telah siap dibina untuk menerima kemasukan pelajar baru dengan 18 buah kelas semuanya adalah atas sumbangan orang ramai yang bertungkus lumus mengumpulkan dana untuk pembinaan sekolah tiga tingkat tersebut.
Dua anak ana merupakan pelajar sekolah tersebut dimana satu sudah pun habis belajar dan mendapat 5 A dalam UPSR pada tahun lepas dan satu lagi baru berada ditahun 6. Hari ini, 30 Disember 2008 , Puteri KDYMM Sultan Kedah, Tungku Suraya Ibn Sultan Abd Halim telah berkenan untuk hadhir menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang di Sekolah ini pagi tadi.
Nampaknya baginda begitu bersemangat untuk melihat kemajuan sekolah ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai penaung Tunas Bakti di Yayasan Sultanah Bahiyah telah diangkat sebagai penaung angkat kepada sekolah ini.
Baginda menunjukkan minat yang begitu mendalam didalam memajukan sekolah ini apabila melihat perkembangan yang begitu menggalakkan yang ditunjukkan oleh perkembangan sekolah rendah ini sejak ianya mula dibuka.
Walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan, atas inisiatif sekolah dan pentadbir, alhamdulillah ianya dapat juga membangunkan sekolah yang tersergam indah tiga tingkat hasil keprihatinan pihak masyarakat yang inginkan pendidikan agama terus berkembang .
Sunday, December 28, 2008
LA 21 dilancarkan di Pendang.
Semalam, 27 Disember 2008, pelancaran salah satu dari 5 teras dalam LA 21 ( local agenda 21) telah berlangsung di Dataran Pendang, Upacara peresmian dilakukan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, iaitu EXCO Kerajaan Tempatan Kedah mewakili YAB MB Kedah.
Dalam LA 21 ini yang direktifikasikan bersama oleh Malaysia hasil daripada sidang Rio De Jenario pada tahun 1992 adalah terdiri daripada 5 komponen utama
1. Gotong royong , yakni bersama-sama masyarakat melakukan usaha untuk melakukan pembersihan persekitaran secara bersama, yakni gotong royong sesama anggota masyarakat.
2. Kitar semula , dimana usaha ini nampaknya masih lagi belum berkesan walaupun Kerajaan pusat sudah memulakan sejak beberapa tahun yang lalu, saperti plastik, kertas dan kaca. Nampaknya usaha ini masih belum mendapat tempat dihati rakyat. Kalau kita lihat dinegara-negara maju, lebih kurang 70 % hasil sampar mereka adalah dikitar semula.
3. Hidup sihat, usaha untuk melakukan senaman atau aktiviti riadah ringan yang akan menjadikan badan sentiasa dalam keadaan cergas dan sihat, disamping menjaga pemakanan yang seimbang dan persekitaran untuk hidup yang sihat.
4.Penjagaan kejiranan samada dari segi keselamatan individu, rumahtangga serta persekitaran dan harta benda. Seandainya sesama jiran memberikan perhatian yang serius dalam hal keselamatan kejiranan ini, maka setiap sesuatu yang mencurigakan akan mendapat perhatian jiran dan ini akan dapat mengurangkan jenayah dalam masyarakat tersebut.
5. Jiwa murni, peranan yang dimainkan oleh tuan gura, imam dan alim ulama serta pemimpin masyarakat serta para motivator dalam mendidik jiwa setiap anggota masyarakat supaya mencintai sesama insan dan hairan serta persekitaran. Dalam suasana dunia yang penuh mencabar hari ini, dengan kemusnahan alam sekitar dan penyebab pencemaran serta kerosakan mukabumi oleh tangan manusia, maka kalau kita mempunyai jiwa yang murni, semua perkara ini dapat dihindarkan termasuklah menghapuskan gejala rasuah yang akan mengakibatkan ujudnya prijek ditanah tinggi yang swecara perturannya tidak dibenarkan, tetapi dengan duit suap bawah meja, maka ianya dapat dilaksanakan juga, akhirnya manusia sendiri yang menaggung derita kerana bencana datang menimpa.
Suatu majlis gotong royong perdana telah diadakan selepas pelancaran dimana dipekan lain saperti di Kubor Panjang dan Tokai juga diadakan majlis itu dengan diketuai oleh penghulu mukim masing-masing.
Apa yang membimbangkan kami di Pendang ini yang berkepadatan penduduk 112 ribu orang yang menghasilkan sejumlah 50 tan sampah sehari, maka ianya akan menambahkan lagi permasalahan ini memandangkan kelewatan pengambilan sistem pembuangan sisa pepejal oleh kerajaan pusat yang janjinya pada Julai 2008.kemudian ditangguhkan kepada September 2008 dan sekarang ditangguhkan lagi kepada bulan Januari 2009.
Memandangkan jadual penangguhan ini melihatkan sistem pengumpulan yang akan dilakukan oleh syarikat konsesi yang dilantik, maka segala aset didalam PBT sekarang ini sudah menysut memandangkan kelewatan kepada janji dan tarikh yang berubah ini.
Sekiranya ini berterusan, rasanya pihak PBT dan kerajaan tempatan terpaksa diberi peruntukan baru untuk maintainance dan servise kenderaan dan juga kos penyelenggaraan termasuklah gaji pekerja didalam bidang pengupulan sampah ini.
Harapan agar kerajaan pusat mempercepatkan akan mengikut jadual didalam melaksanakan segera proses pembuangan sisa pepjal ini yang telah pun diluluskan oleh parlimen pada sesi lepas lagi.
Tahniah Nisak Pendang
Ana sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada unit amal nisak Pendang kerana telah berjaya mengadakan kem remaja Islam di kawasan perkelahan Titi Hayun , Yan pada hujung minggu ini , iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu 26 dan 27 Disember 2008. Peserta terdiri dari anak-anak remaja yang menjadi anggota unit amal nisak Pendang . Jumlah peserta seramai 72 orang.
Apa yang menggembirakan kami adalah semua urusan dilakukan oleh JK Nisak Pendang sendiri dan urusetia juga dikendalikan oleh mereka , cuma kenderaan sahaja mereka minta Pas kawasan membantu untuk menghantar dan mengambil balik peserta.
Buat kesekian kalinya ana ingin mengucapkan syabas kepada mereka atas sambutan yang diberikan oleh remaja sekitar Pendang dan diharap kalau ada lagi program semacam ini, sambutan hendaknya lebih meriah lagi.
Remaja perempuan ini diajar tentang selok belok menjadi seorang wanita solehah , menjadi seorang yang taat ibu bapa, dari segi tata susila seorang wanita menjaga aurat, menjaga solat dan sebagainya , dan kepada perkara-perkara yang menjadi tegahan kepada seorang wanita muslimah yang perlu dipelihara.
Makan dan minum juga diuruskan sendiri oleh mereka dengan membawa tukang masak untuk membantu persiapan. Pengalaman tidur didalam khemah dan berada jauh dari ibu bapa serta pengalaman untuk tinggal dipinggir hutan merupakan sesuatu yang asing bagi remaja ini dan diharap pengalaman bermakna ini dapat memantapkan lagi jiwa mereka kelak untuk menghadapi mehnah dan tribulasi menghadapi alam dewasa dan dunia politik sebenar dimana yang hak sudah pasti akan bertembung dengan yang batil. Apa yang menjadi pengalaman berguna kepada remaja ini adalah diajar juga cara-cara survival didalam hutan dalam suasana yang serba kekurangan, memasak menggunakan api yang dibikin sendiri menggunakan bahan semulajadi didalam hutan serta cara memasak tidak menggunakan periuk saperti didapur biasa. Semua ini membrikan pengalaman baru kepada mereka yang sedang menuju kealam dewasa kelak.
Terima kasih diucapkan kepada unit amal Pendang yang menjadi tenaga pengajar dan menjaga keselamatan perkhemahan dimalam hari.
Didoakan moga usaha murni mereka ini akan mendapat perunjuk serta hidayah dari Allah serta mendapat kekuatan yang lebih untuk meneruskan lagi usaha dimasa akan datang.
Upacara penutup disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslihat PAS Pendang, Puan Dr Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)