Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, April 9, 2009

kenapa, kenapa dan kenapa.

Sekadar untuk direnung dan difikirkan oleh semua apa yang ana copy and paste dari Malaysia Insider.

Why did Altantuya have to die? — The Malaysian Insider
APRIL 9 — Why. That is the start of many questions that have yet to be answered in the Altantuya Shaariibuu murder trial.

The Shah Alam High Court today convicted two policemen for her October 2006 death. We now know the who, when, what, where and how of the entire murder. And now both Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar have a right to appeal the sentence which carries the mandatory death penalty.

The trial has ended but we still don't know the whys.

Why did the prosecution or defence not call the police aide to Datuk Seri Najib Razak who recommended the policemen to political analyst Abdul Razak Baginda?

That was the tenuous link the opposition have picked on to link the prime minister to the killing. There have been wild allegations that have even appeared in newspapers across the world, including statutory declarations and cautioned statements, that have haunted Najib since the beginning of the sensational case.

Why did Altantuya hound Abdul Razak? That she even risked coming to this country to meet him but to no avail.

Why didn't he just lodge a report for harassment? But went and asked a favour from a friend in the police force.

Why did the policemen commit the crime? She was an interpreter in a country far from home and surely no threat to anyone but she died a horrible death. Why?

Why did Abdul Razak's private investigator P. Balasubramaniam disappear after filing two statutory declarations that contradict each other? And why is he still missing?

All we know is that she is dead and two people have been convicted of her murder.

We also know the trial has broken records such as being the most number of days for hearing at 159 and the most number of witnesses at 84 during the prosecution case and just two during the defence stage.

And according to police records, Azilah has been detained in prison for 891 days and Sirul, for 895 days.

But in none of those days or from among the witnesses and the accused have any of these questions been asked and answered.

And that is really what it is about, why did Altantuya have to die?
Dari mula bicara hingga jatuh hukuman kelmarin ada siapa orang luar yang pernah tengok wajah dua 'kambing hitam 'ni ke?
Hitam betul ke, atau putih ke atau kelabu ke, tolong la beritahu. Takut nanti jumpa kat mana-mana lepas ni tak kenal pula.
Agak-agaknya bila nak saman Liberation tu macam KU Li pernah saman akhbar di Hong Kong pasal kes BMF dulu dan beliau menang, hal kes bunuh juga, Jalil Ibrahim Pegawai BMF yang di hantar sisat kes wang BMF. Ku Li saman pasal depa fitnah dan beliau menag , kerana beliau yakin beliau tak bersalah. Begitu juga kes TG DS haji Hadi saman akhbar di Britain , kata dia orang nombor dua alqaedah, beliau saman balik dan menang dalam saman itu serta akahbar tu minta maaf, dapat ratusan ribu, kerana belaiu yakin beliau tidak bersalah dan dibuktikan tidak bersalah. Kaedahnya senang, kalau tak bersalah dan yakin tak bersalah, maka kita saman la, tapi kalau tak yakin, tak taulah ana.
Mungkin lepas ni sahabat ana yang jaga KAGAT dulu tu boleh jawab dalam parlimen soalan yang mungkin akan dikemukakan oleh YB dari Kepala Batas.

Any way pasal kabinet baru tu ana nak ucapkan tahniah kepada sahabat ana dari kagat yang sama mengaji Maahad Mahmud Alor Setar dulu dan sama-sama dok melilau kat pondok belakang kedai kapoor tu harap jangan hanya jadi terompah kayu untuk dihandas oleh mereka sudahlah macam yang sudah-sudah tu.

Apa yang agak ajaib, dua-dua yang pegang agama di JPM tu adalah bekas anak murid Datuk Bakar Kassim di Maahad dan dua-dua ada persamaan, masuk ikut pintu belakang tanpa perlu ada pilihanraya, tu la untung jadi orang mengaji ugama, tak payah susah nak bertanding pilihanraya dan tak payah nak rebut jawatan dalam MT UMNO, buat habis duit juta-juta dan kena disiasat lembaga disiplin dan SPRM pulak tu, lepas tu menang ketua melepas pulak tak boleh jadi menteri, tapi kalau redha tak pe le, dah qada; dan Qadar Allah taala.

Wednesday, April 8, 2009

Kemenangan jangan melekakan kita.

Walaupun PKR menang di Bukit Selambau dan PAS menang di Bukit Gantang, suasana gembira ini tidak harus melekakan kita didalam menghadapi suasana politik negara seterusnya. Kita jangan hanya mengharapkan kelemahan lawan untuk kita menang, tetapi harus mempunyai kekuatan sendiri untuk mengharungi pertandingan tersebut.
Daripada perhatian awal yang dapat dilihat kepada trend pengundian yang telah berjalan didua kerusi yang dimenangi Pakatan tersebut, penelitian perlulah diberikan oleh semua pihak terutamanya kepimpinan pakatan bahawa trend pengundi masih lagi tidak banyak berubah terutama bagi pengundi Melayu diluar bandar, kampong tradisi Melayu dan kawasan grass root UMNO walaupun kerajaan sekarang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Memang kita tidak menafikan bahawa baru satu tahun pakatan menguasai kerajaan di Kedah dan Perak sebelum ini, tetapi perancangan teliti harus dilakukan untuk menghilangkan status quo UMO yang menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun sedikit demi sedikit. Oleh sebab itu, sokongan kaum bukan Melayu untuk memenangkan Pakatan harus diterjemahkan dalam bentuk contoh teladan yang baik dan berlainan berbanding contoh teladan buruk dan negatif oleh UMNO dan BN sepanjang mereka memimpin kita.Sejarah kemenangan PAS di Kelantan dan dapat mengekalkan kemenangan seterusnya hingga kini perlu diteladani.
Dasar-dasar diskriminasi politik, rasuah, penindasan minda dan media, penyalahgunaan dana rakyat untuk kepentingan politik peribadi, rasuah , penyalahgunaan kuasa oleh JKKP, ego yang tak keruan oleh pemimpin masyarakat ikut fahaman politik penguasa sahaja, dan berbagai penyelewengan lain yang sudah mendarah daging dalam masyarakat haruslah diketepikan oleh pemimpin Pakatan agar perubahan yang dibuat rakyat dan contoh yang ditunjukkan setakat ini dapat diteruskan sehingga perubahan total dapat dikecapi nikmat oleh seluruh rakyat jelata.
Memang sikap ego dan pilih kasih didalam pengagihan hak kerajaan kepada rakyat menjadi topik hangat pada PRU 12 lalu, dan rakyat sudah jelak dengan karenah itu lalu perubahan dilakukan , apakah kesempatan ini diambil oleh kita Pakatan untuk membuat pembetulan keatas sifat negatif kerajaan sebelum ini. Inilah yang perlu diberi perhatian sungguh-sungguh oleh kita semua agar perubahan ini tidak ditarik balik oleh rakyat.
Kewujudan MKK atau JKK negeri Pakatan perlu dimanfaatkan sepenuhkan agar sifat diskriminasi dan berat sebelah serta ketidakadilan JKKP yang dahulunya JKKK tidak diwarisi oleh MKK atau JKK Pakatan sehingga nanti rakyat akan menolak kita pula.
Harapan kita agar apa yang dilakukan sekadar kuasa yang ada pada kita adalah melaksanakan keadilan untuk semua agar semua rakyat dapat nikmat anugerah Ilahi ini dengan penuh keadilan dan saksama sehinggalah nanti semua akan memberikan senyuman puas kerana mereka membayar cukai dan mereka juga akan dapat hasil dari cukai yang dibayar mengikut kadar kemampuan kita tersebut, kalau kerajaan negeri maka sekadar hak negeri dan kalau pusat maka kadar di pihak pusat. Tidaklah nanti wujud TEKUN memerlukan borang keahlian UMNO, AIM perlu disokong ketua UMNO, PPRT kena no keahlian UMNO padahal semua itu adalah wang rakyat daripada hasil negara yang disatukan hasil cukai dan khazanah negara yang diluluskan didalam parlimen dan bukan hasil dari persidangan agong UMNO atau Persidangan BN atau persidangan parti-parti komponennya.
Begitu juga nanti kalau Pakatan yang memimpin, harap kaedah menghina dan menekan rakyat ini tidak dipraktikkan oleh pemimpin pakatan, kalau tidak samalah kita dengan BN yang dibenci rakyat tersebut, lalu kita juga akan menerima penolakan rakyat didalam PRU 13 nanti. Sama-samalah kita lakukan perubahan demi untuk kebaikan semua rakyat. Ingat bahawa kita akan mati dan kita akan hidup semula lepas mati untuk dipersoalkan apa yang kita telah lakukan semasa kita hidup ini.
Segala isu yang dimainkan oleh mana-mana parti didalam menghadapi pilihanraya, memang tidak dinafikan akan sedikit sebanyak memberi sumbangan kearah kemenanangan, tetapi ianya untuk sementara, tetapi khidmat atau service yang menusuki hati dan sanubari rakyat itulah yang lebih memberi kesan jangka panjang. Oleh itu ana harap selepas analisa dibuat, maka segala kerja yang menyebabkan punca rakyat menolak BN harus tidak lagi dipraktikkan oleh Pakatan supaya nanti PRU memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mendapat kepercayaan daripada rakyat.
-peyalahgunaan media untuk siran langsung kempen politik
-pengharaman media untuk parti politik menyebarkan pemikiran mereka
-penafian hak rakyat untuk mendapat hak mereka saperti termaktub dalam perlembagaan
-diskriminasi oleh pemimpin peringkat kampong /taman atas alasan politik
-ugutan dan tekanan yang bakal dikenakan jika tidak menyokong politik tertentu
-berita fitnah dan palsu melampaui batas susila Melayu dan ketimuran
-ketidak adilan dalam menyebarkan misi parti masing-masing , dalam pemberian permit dan tajuk-tajuk ceramah tertentu.
-penggunaan badan penguatkuasa yang tidak sama rata, saperti berlawan dengan tangan terikat.
-rasuah didalam mendapat undi, padahal kita berusaha hendak menghapuskan rasuah.
-badan penguatkuasa yang menjalankan tugas saperti mendapat arahan atau tegahan daripada pihak penguasa, apabila kena Pakatan, cepat-cepat ambil tindakan, bila kena pihak penguasa tunggu dan lihat baru nak bertindak.
-penggunaan agensi kerajaan secara berleluasa sehingga menyebabkan kakitangan menjadi serba salah, untuk laksana atau tidak. Kalau laksana salah peraturan, kalau tak laksana, kena tindakan pihak atasan.

Harapan agar Pakatan tidak membuat keilapan sapaerti yang pernah dibuat BN sehingga ditolak rakyat didalam PRU 12 dan PRK 4 kerusi yang lalu.

Berusahlah untuk memperbaiki suasana negara kita agar rakyat faham apa itu sokongan dan hak bukan sokongan kita akan membawa kepada penginayaan dan ketidakadilan sesama rakyat didalam negara ini.

Kesian dia, kena pemain dek orang bawah !!


Satu perkara yang ana rasa menjadi punca yang sangat dikesali oleh rakyat adalah apabila negarawan ulung Negara mencemar wibawa beliau menjadi balaci suruhan UBN . Apa tidaknya, atas kapasiti apa maka Menteri Penerangan telah menggunakan peruntukan kerajaan mensiar langsungkan ucapan ini melalui RTM 1 atas dasar kempen pilihanraya.

Beliau sebenarnya tidak ada apa-apa kapasiti untuk mendapat siaran langsung, tetapi saperti yang diratipkan oleh rakyat, rasuah punya pasal semua boleh jadi. Masa beliau menjadi PM dan mendapat keistimewaan ini sudah lama berlalu.
Bahkan orang yang menghina rasuah dan konon tak mahu bersekongkol dengan rasuah pun, sudah masuk bersama dalam tong najis rasuah ini. Itulah betapa hinanya seorang negarawan akhirnya menjadi balaci upahan. Tahniah sekali lagi kerana anda mempercepatkan terlupusnya UBN dari bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang sudah insaf dan sedar ini.

Ana rasa manusia yang paling gembira disaat ini adalah Pak Lah, dulu masa kalah 2008, beliau menjadi sasaran tohmahan, masa kalah Permatang Pauh, beliau menjadi penyebab orang meluat kat UBN, dan bila sekali lagi kalah di KT, beliau langsung didesak terus percepatkan turun takhta PM dan Presiden, tetapi kini setelah selesai semua turun demi turun tersebut, maka naik seorang lagi yang kononnya cukup hebat dengan sejarah derhaka kepada Raja ini, maka makin Nampak liabiti semakin terserlah pula.
Siapakah sebenarnya punca kepada kekalahan didua bukit ini, sudah pasti rakyat akan menuding jari kepada seorang ini. Mungkin kalau beliau tak hadir dan tak merapu kekalahan taklah seteruk dan sebesar yang dihadapi ini.
Soal pembangunan, soal jalan tar, soal air paip dan api letrik, nak bercakap zaman 2009 ni, rasanya kalau pi Batang Air bru lah boleh Tun ooi, tapi disini rakyat akan tanya pula berapa komisyen kapal selam, siapa bunuh Altantunya, berapa komisyen untuk balak itu dan ini, berapa harga rumah menteri itu dan ini, berapa pula harga uniform pelatih PLKN dan banyak lagi kalau nak senaraikan. Itulah Ust Fadhil Nor kata kalau dah pencen, pi dok pondok buka kitab, tak mau, dok campur balik dengan tong rasuah , politik rasuah ni buat apa, kan dah susah ni, nanti orang tudoh pasai Tun lah UBN kalah di Bukit Gantang dan Selambau tu.
Atau kalau RTM tak siar secara langsung, mungkin rakyat tak semeluat dan seteruk itu menghina UBN dalam kotak undi mereka, tetapi kerana RTM telah menyalahgunakan hak rakyat dalam kempen PRK, maka kemeluatan ini tergambar terus dalam kotak undi mereka.
Pengajaran buat mereka ini, janganlah isu yang tak masuk akal dibawa kepada rakyat, kerana ia akan member kesan negative balik kepada mereka nanti. Contoh isu ayat quran yang di baca YB Nga Kor Meng, AP Taiping, ana rasa hairan kenapa mereka sampai ke mufti sensitive sangat isu ni, kalau kita Tanya para sarjana kita yang membuat Phd dalam bidang Islam di England, Scotland dan lain-lain Negara barat, siapakah yang menjadi pensyarah mereka, ada diantara mereka bukan Islam dan sudah pasti mereka lebih hebat Ilmu daripada sarjana kita yang nak buat tesis Phd , saperti Dr Hamid Osman, bekas penasihat Agama PM. Mreka bukan Islam ini ada yang hafal al Qurqn, bukan setakat baca, apa nak diherankan, dan mereka boleh menafsirkan pulak , disebut sebagai orientalis barat, memang lah iman itu adalah anugerah Allah, tetapi kebolehan mereka itu untuk mempelajari itu amat kita alu-alukan, apa yang UBN sedih bila selama ini mereka berkawan dengan MCA dan MIC, tak ramai yang boleh buat begitu dan tak ramai yang faham saperti KM Pulau Pinang yang nak memimpin secara Umar Abd Aziz, kerana pemimpin UBN memimpin dengan berbagai perkara negative yang dibenci rakyat.

Tuesday, April 7, 2009

Macam mana rakyat nak percaya lagi!!

Jangan tanya pasal apa rakyat tak percaya kepada media kerajaan sekarang ini. lihat paparan disini dan anda boleh buat ulasan sendiri.
Bekas Timbalan Menteri Penerangan punya penangan , itulah sebenarnya yang menghakis kepercayaan rakyat kepada media kerajaan. Penipu, pembohong , putar belit, manipulasi, berat sebelah dan apa juga tuduhan yang boleh diberikan padahal itu semua adalah duit rakyat, walaupun ada yang kata swasta, tapi rakyat juga bayar sewa nak dapatkan khidmat mereka, bukannya mereka berjalan atas wang BN atau UMNO, atau duit gaji menteri BN atau UMNO.
Harap PM baru ni kalau nak dapat balik sokongan rakyat, berikan semua tu dan jauhkan diri dari segala bentuk penipuan, penyelewengan, rasuah, diskriminasi, pilih kasih, kezaliman kepada rakyat dalam apa juga bentuk dan jangan mengkedarah duit rakyat.
Ana dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada UMNO kerana menerima kembali Tun Dr M dan kalau boleh ambil balik yang sorang tengah bebas tu, supaya bertuan dan harap dengan adanya mereka dalam UMNO akan cepat lagilah terhapusnya UMNO dari bumi Allah ini. Penghapus kekebalan raja, penderhaka kepada raja, pengkhianat bahasa Melayu, pendiskriminasi nombor wahid ,pemfitnah yang terhebat hingga kemahkamah, dan berbagai gelaran yang boleh diberikan kalau nak diberikan kepada mereka.

Tahniah dua bukit.

Syukur dan tahniah diatas kemenangan YAB DS Nizar, MB Perak yang sah dan YB Manikumar

bagi kedua-dua PRK yang berlangsung hari ini. Rasanya segala letih dan lenguh bertiduran atas simen dan berbantalkan lengan dimarkas Bukit Selambau berbaloi pada malam ini. Dengan majority yang bertambah bagi kedua-dua kerusi tersebut, maka rasanya lepas ni tak adalah lagi hasrat PM baru ni nak merampas kuasa secara haram dimana-mana negeri dalam negara kita ini.
Kemenangan Pakatan Rakyat di dua kerusi ini juga memberikan gambaran yang buruk buat PM baru ini bahawa ini adalah satu daripada referendum rakyat terhadap beliau dan inilah sebenarnya yang merupakan mimpi nyeri TS Mahayuddin Yasin tempoh hari, tetapi bagi rakyat inilah sebenarnya caranya untuk menunjukkan bahawa kepada itulah sebenarnya yang tak disukai oleh rakyat.
Ana ingin mengcapkan tahniah yang amat tinggi kepada Sdr Manikumar kerana walaupun tak berpengalaman berbanding Dato' Ganesan, beliau memang diberi kepercayaan oleh rakyat Bkt Selambau untuk menjadi wakil mereka. Memang beliau tidak ada pengalaman menipu orang saperti yang berlaku pada orang lain dalam projek perumahan, tiada pengalaman rasuah, tiada pengalaman diskriminasi politik dan tidak pengalaman mengkayakan anak dan kroni dan diharap semoga beliau akan terus maju jaya didalam kerjaya politik beliau.

P059 BUKIT GANTANG (RASMI)
PAS : 21,860 (MB DS Ir. Muhammad Nizar)
BN : 19,071 (Ismail Sapian)
BEBAS : 62 - Hilang Deposit
ROSAK : 71
MAJORITI PAS : 2,789 (bertambah)
Pilihan Raya Umum 2008
Roslan Shaharum (PAS) – 20,015
Azim Zabidi (Umno) – 18,449
M Morgan (Bebas) - 872
Majoriti PAS: 1,566

N25 - BUKIT SELAMBAU
PKR : 13,327
BN : 10,936
BEBAS (longgok semua dalam sebakul) : 532
MAJORITI PKR : 2,391
Pilihan Raya Umum 2008
V Amurugan (Bebas*) - 13,225 (menyertai PKR)
S Krishnan (MIC) - 10,863
Majoriti Bebas: 2,362

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.