Sunday, November 7, 2010
Banjir makin surut, program bacaan Yaasin.
Dalam suasana menghadapi ujian musibah Allah ini, sepatutnya kita makin dekat dengan Allah dan memohon keampunan dan mohon Allah jauhkan bala daripada menimpa kita dimasa akan datang.
Alhamdulillah banjir di Kedah semakin pulih sekarang ini walaupun agak perlahan walaupun tiada dah berlaku hujan lebat kerana air laut yang masih tinggim jadi aliran air kelaut agak perlahan sekarang ini.
Apa yang amat dikesalkan adalah manipulasi media yang menyatakan tidak ada atau kelengahan kerajaan negeri didalam menghadapi musibah banjir ini dan bantuan hanya datang daripada pusat , negeri seolah-olah tak buat apa. Memang itulah kerja media , dalam keadaan rakyat ditimpa bencara ini pun, media pro Bn ini masih lagi hendak memainkan isu politik sehinggakan TPM menyatakan kalau tak boleh mengendalikannya serahkan kepada kerajaan pusat. Begitu lancang sekali mulut TPM , padahal tak tahukah beliau apa peranan JKM didalam hal ini, bukankah JKM adalah berada didalam senarai bersama negeri-pusat, bukankah pengarah JKM adalah dibawah kerajaan negeri dan bekerja bersama-sama didalam membantu rakyat.
Apa yang rakyat kesal adalah bila berlaku banjir, maka nampak peranan badan ini lebih kepada mengikut arahan UMNO disesetengah tempat daripada arahan yang sepatutnya daripada kerajaan, oleh itu berlakulah pendaftaran mereka yang tidak ada dipusat pemindahan malah tak kena banjirpun didaftar, dan kita tahu selepas ini mereka inilah yang diberi berbagai habuan semacam mereka yang terkena tsunami dulu, bukan nelayan pun dapat bot, yang tak didaftar kerana bukan melalui saluran puteri UMNO maka walaupun kena bencana, tetapi tak dapat habuan bantuan, itulah nasib dinegara yang amalkan konsep federalisma tempang ala Malaysia ini, tak percaya tunggulah nanti.
Apa yang kita rasa peliknya adalah bilamana TPM berkata JK ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, tetapi seorang pun wakil daripada kerajaan negeri tidak ada didalamnya, habis kalau macam ni, bagaimana mereka nak nafikan bahawa mereka inilah sebenarnya yang tidak mengamalkan konsep fedelisma mengikut perlembagaan.
Petang tadi bersama dengan rakan dalam AJK PAS Pendang, kami telah bergerak menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah ini tetapi tidak mahu berpinddah kepenempatan banjir , kerana agak kurang selesa dari segi privasi dan masalah logistik.
Disebalah malam pula diadakan majlis bacaan Yaasin untuk memohon Allah taal menjauhkan segala bala bencana yang lebih buruk dan diteruskan dengan tazkirah pendek oleh Ust Yusof Awang, penceramah Radio 3 Kedah.
Alahmdulillah, program ini dapat menimbulkan keinsafan kepada mangsa banjir agar mereka bersabar atas ujian ini moga apa yang menimpa mereka dapat menambah pahala kerana kesabaran mereka, insyaallah.
Program ini rasanya dapatlah mengimbangi dengan program sukaneka dan acara sukan yang dibuat oleh puteri UMNO dalam suasan musibah dan kesedihan bencara ini pada petang tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)