Ha mbik, baru tau, Malaysia dah nak jadi pak yek Amerika dah , walaupun pi sana atas medical team, tapi adakah dengan berpakat dengan Amerika tu tentera kita yang Muslim dan mukmin tu akan melanggar arahan Amerika kalau depa bagi arahan yang berlainan dari hasrat iman kita?. Walaupun sejarah Omar Mukhtar dengan Richard the lion heart begitu mengusik jiwa kita , betapa murninya hati beliau didalam memberi rawatan kepada musuh pada masa itu, tetapi didalam situasi sekarang, apakah pembunuhan berterusan tentera Amerika keatas umat Islam Afghanistan perlu dianalogikan saperti bantuan Omar Mukhtar tadi.
Kalau dulu Tun DrM memberi lampu hijau kepad Amerika menganyang Iraq, kini nampaknya mentee beliau memberi lampu hijau pula kepada tentera kita membantu tentera Amerika pula di Afghanistan . Apakah ini hasil nasihat APCO?.
(AFP) – Jul 14, 2010KUALA LUMPUR — Malaysia will make its first military deployment to Afghanistan Thursday, sending a unit of medical personnel as ties with the United States deepen.The Malaysian military will join New Zealand medics based in Bamiyan province, defence ministry spokesman Lieutenant Colonel Salawati Yahaya told AFP.The deployment comes at the request of the Afghan government, and follows a warming of previously frosty ties between the United States and mainly-Muslim Malaysia.Salawati said 12 personnel will leave Thursday and the remaining 28 in the 40-member contingent will depart in September for a nine-month tour of duty."They will provide medical and dental services to the locals," she said.New Zealand has been responsible for the Bamiyan region since 2003.In an April meeting between Malaysian Prime Minister Najib Razak and US President Barack Obama, the two leaders agreed to cooperate on key security issues to create a stronger relationship.Najib has said that Malaysia is also prepared to train Afghanistan's police, military personnel and civilian administrators.Malaysia is currently the 18th largest trading partner of the United States, with approximately 34 billion dollars in two-way trade in 2009.http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5h_1OpN5OVsVna11AcasrXkj9GVxgNews yg berkaitan :
1] http://www.onepakistan.com/news/world/53251-Malaysia-makes-first-deployment-Afghanistan.html2] http://www.thejakartapost.com/news/2010/07/15/malaysia-makes-1st-military-afghanistan-deployment.html3] http://www.paktribune.com/news/index.shtml?2296394] http://pakobserver.net/201007/16/detailnews.asp?id=417535] http://news.smh.com.au/breaking-news-world/malaysia-makes-first-afghan-deployment-20100715-10c58.html6] http://wfol.tv/stop-nato/4674-first-malaysian-troops-to-afghanistan.html7] http://www.bt.com.bn/news-asia/2010/07/16/malaysia-makes-first-military-deployment-afghanistan
Saturday, October 2, 2010
Friday, October 1, 2010
Sanggupkah depa nak pulangkan balik nih?
Seronok juga baca cerita yang diulas didalam Tranung kite ni, mengenai betapa tak cerdiknya warga emas yang menjadi penyokong tegar UMNO yang merasa bersalah menerima wang saguhati warga emas sebanyak RM 100 kononnya hasil derma daripada wang Kelab Lumba Kuda Penang. Apa yang bestnya daripada 40 orang yang terima tu, memasukkan duit kedalam kantung yang dibawa oleh Pemimpin UMNO Pulau Pinang dan lepas tu diberikan ganti RM 100 wang "halal" daripada pemimpin UMNO tersebut.
Pelik juga kita tengok, kalau dah kata duit tu tak halal, walaupun kerajaan negeri kata wang yang diberikan tu adalah hasil lebihan penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri, tetapi UMNO dan ahlinya tak percaya, makcik warga emas ni lebih percaya kepada penjelasan pemimpin UMNO daripada penjelasan kerajaan negeri lagi. Juga heran ana bila pula depa ni meragui duit hasil kelab lumba kuda ni yang dikatakan haram tu, sejak bila kelab ni ada lesen dan diberikan lesen, bagaimana pula lesen toto dan 4 digit yang wujud dan kemana hasil cukai syarikat ni semua kalau tak masuk kedalam wang yang disatukan dan lepas tu buat bayar gaji semua kakitangan kerajaan Malaysia ni, termasuklah ana yang pernah bekerja dengan kerajaan selam 12 tahun dulu ni. Kemushkilan ana bertambah bila terkeanang sejak bilakah pula spesies ni nampaknya begitu takut dengan judi dan duit hasil judi ini, padahal yang emluluskan segala lesen dan kemudahan nya serta yang memiliki sahamnya juga tergolong dari juak dan spesises mereka juga. Baguslah kalau begitu, nampaknya YAb LGE KM Penang telah menyedaran mereka akan dosa dan bahaya judi ini, tahniahlah aduhai sahabat ku sekelian.
Kalau tak salah ingatan ada jawapan Menteri Kewangan dalam parlimen kepada wakil YB Rasah lebih kurang RM 2.6 billion duit cukai hasil syarikat judi ni masuk kedalam kantung wang yang disatukan ini, wooi banyak juga tu .
Bagaimana pula mereka yang menaikkankan mereka yang meluluskan lesen judi atau toto dan 4 digit ni, tanya lah makcik dan pakcik warga emas ni.
Ana rasa lepas ni eloklah pulak dibuat satu majlis macam yang UMNO Penang buat tu, mana-mana kakitangan yang rasa wang yang diterima hasil dari campuran wang cukai judi yang disatukan ini diberi kerajaan kepada mereka, pulangkan balik kepada kerajaan agar ditukar dengan wang yang tak dicampur dengan hasil judi cukai toto dan 4 digit dan seumpamanyalah.
Mungkin lepas ni, akan adalah majlis yang akan dianjurkan ( kita harap UMNO boleh buat kot, kerana mereka cukup prihatin dengan wang halal haram mutakhir ini), untuk mendapatkan kembali segala wang yang rakyat dapat yang berlaku percampuran duit haram judi ni, dan diganti oleh meraka dengan duit halal pula.
Nampaknya isu sinis yang tranung kite bawa ini dapat juga membuka mata rakyat dan tulisan Dr Asri bekas mufti Perlis boleh sedikit sebanyak menjelaskan apa-apa juga kekeliruan yang menggannggu benak pemikiran kita selama ini, khusunya kakitangan kerajaan yang bekerja untuk pembangunan negara selama ini. Hanya UMNO saja yang nak jadikan isu ini isu politik mereka, tetapi ana yakin sekali lagi akan tersasar, dan akan terus masuk gaung.

Thursday, September 30, 2010
Tahniah la hasil didikan islam Hadhari.
Baguih sungguh orang kawasan bekas pelopor Islam Hadhari ni, Kepala Batas, dapat duit dari kerajaa negeri yang disyaki dari sumber haram, maka dipulangkan balik duit tersebut dan diganti dengan duit yang 'halal' oleh mereka yang mengumpulkan duit tersebut. Khabarnya duit itu akan diserahkan kembali kepada kerajaan negari. kerana mereka rasa mereka dipermainkan.
Pak Cik kalau tak mau duit tu, bawa mai sini, kami boleh guna buat jalan ke, jamban ke dikampong kawasan kami, tapi kami tak mau tukar dengan duit lain la.Kesian depa, dipolitikan oleh parti yang sudah nampak cukup tidak ada modal yang konkrit untuk dihujah la ni.
Ana bukan pa, nak tanya apa pula yang pak cik dan mak cik ni nak kata pasai gaji yang mereka terima masa kerja hari tu,bukankah dalam jawapan di Parlimen PM dah jawab, sejumlah RM2.6 billion hasil judi dimasukkan kedalam wang yang disatukan , maknanya duit tu lah yang dibelanjakan untuk pembangunan negara termasuklah bayar gaji pakcik dan makcik serta adik cik dan kak cik tu, saperti kata bekas Mufti Perlis, duit tu boleh terima pasal ia sumbangan dari kerajaan, tapi depa lebih percaya kepada pemimpin UMNO lebih daripada bekas Mufti, tak apa lah , cuma nak pesan lepas ni kalau anak depa nak kerja , tok sah ambik gaji dari wang kerajaan yang disatukan tu lah.
Sebab itu bagi kerajaan negeri Kelantan, depa awal-awal lagi asingkan wang yang bersumber hasil haram dengan yang halal nih, tak ragu dan syak serta subahat lagi.
Tengok pada siapa depa ni beri balik, kita boleh tau apakah sebenarnya matlamat mereka.

Hai SPRM bila lagi nak bertindak?
Dulu heboh 1 Malaysia pasal nak lompat, lepas tu senyap dan didedahkan dalam parlimen ada tawaran nak beli ADUN Kulim yang pernah didedahkan oleh Ketua Pembangkang didalam Parlimen , cabar SPRM suruh jalankan kes , tetapi sampai hari ni tak dengar pun. Cerita nak beli orang ni bukan hanya antara negara sahaja, tetapi antara parti pun berlaku dan ini lah susahnya kalau tidak ada ketelusan didalam menjalankan amanah yang diberikan.
Kita mengalu-ngalukan tindakan Ketua Pengarah SPRM nak letak jawatan kalau tak bertindak atas aduan yang dibuat, yang ni kita ucapkan ribuan terima kasih dan bravo KP dan nak lihat pulak apa tindakan AG atas siasatan yang telah dibuat . Siap dengan video dan audio dan janji RM 5 juta serta ada tambahan lagi, nasib baik lah juga YB Lim ni tetap pendirian dan sekarang masih bersama PR, kalau tidak goyang juga la Kedah masa tu.
Nak lihat hasil siasatan , boleh lihat disini.

Wednesday, September 29, 2010
Petang semalam dalam suasana redup dipetang hari, dalam suasana musim hujan yang sedang melanda kawasan utara sekarang ini, sebuah markas PAS yang dijadikan Markas MTD di Pokok Asam , Kubor Panjang telah terbakar dijilat api , nasib baik ia berlaku disiang hari, maka sempat juga orang kampong datang menolong dan memadamkan api yang marak terbakar menggunakan air kolam berhampiran dengan menggunakan pam jet yang kebetulan ada dirumah berhampiran.
Semalam semasa ada keluangan masa, saya dan beberapa teman serta isteri telah menziarahi rumah kepunyaan abang kepada Wan Ali , yang merupakan AJK cawangan Pokok Asam tersebut yang dihuni oleh abang beliau, yang kebetulan berada di Kuala Lumpur pada petang semalam.
Wan Ali pada ketika kebakaran berlaku sedang berada di Hospital Sultanah Bahiyah untuk melihat isteri beliau yang sedang berssalin dan ditahan diwad kerana darah tinggi.
Apa yang boleh dikatakan hanya agar beliau bersama diatas ujian Allah ini , moga ditenangkan hati dan insyallah akan ditambah rezeki untuk membaikpulih rumah ussang tersebut.
Mengikut cerita , rumah tersebut adalah rumah usang yang hanya dihuni oleh abang beliau, dibahagian depan dijadikan markas dan dibelakang bemgkel jahitan ddan ada juga stor untuk makanan ikan. Stok makanan ikan ada dalam anggaran RM 6000 telah musnah.
Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai kelebihan wang apalah kiranya sama-sama kita membantu memulihkan balik markas ini untuk persiapan AJK cawangan mempersiapkan tempat untuk mereka bergerak menghadapi PRU ke 13. Sumbangan bolehlah disalurkan melalui no akaun tabung kebajikan PAS Pendang saperti yang tertera didalam blog ana ini disebelah kanan, kemudian sms ke 0193363604.
Tuesday, September 28, 2010
Awat tak buat sama di Kota Seputeh?
GALAS SATU CABARAN, BAGAIMANA PULA DI KOTA SEPUTIH? - PAS
new Asset.css('http://www.harakahdaily.net/v2/plugins/content/ja_tabs/ja_tabs.css', {id: 'myTabs', title: 'myTabs'});
PAS anggap pertahan Galas suatu cabaran
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Usaha mempertahan kerusi Dun Galas yang dikosongkan ekoran kematian Chek Hashim Sulaima semalam dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.Salahuddin berkata demikian berdasarkan pemerhatian geo-politik, iaitu BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno, manakala Dun Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani juga dari Umno."Saya rasa itu suatu cabaran besar untuk PAS mempertahankan kerusi (Dun Galas)," ujarnya tengah hari tadi di Pejabat Agung PAS .Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian secara peribadi tidak memandang rendah pada kemampuan Umno/BN."Saya tidak memandang rendah dan meremehkan kekuatan di pihak lawan," ujarnya.Sebaliknya, beliau berkata, PAS mungkin menurunkan sebahagian jentera yang sebelum ini dipersiapkan sempena menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada pilihan raya kecil tersebut."Parti telah membuat persiapan awal, bukan sekadar buat persiapan untuk Galas (kerana) parti sedang siapkan untku hadapi pilihan raya umum."3 hari bulan (Oktober) ini akan diadakan mesyuarat PAS Pusat, saya yakin persiapan di Galas antara agenda penting yang akan diperbincangkan," ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan yang ada dikekalkan."Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini," katanya kepada Harakahdaily.Dalam kenyataan itu, beliau juga mengigatkan mahkamah untuk menyegerakan pilihan raya kecil Kota Seputih, Kedah yang telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat."Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan Kota Seputeh dibiar tanpa mempunyai wakil yang sah," katanya.Agak malang, katanya, bila mahkamah rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yang panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yang begini penting."Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau Dun tanpa mempunyai wakilnya," tambah beliau./Harakahdaily

Pandai depa bela kita, akhirnya buat ghumah ataih rakit.
Bekas PM yang paling lama kata kalau PR menang, melayu akan hilang kuasa.
Tajuk besar ini ada dipaparkan didalam sebuah akhbar yang semakin merosot jualannya kebelakangan ini .
Ramai kepimpinan yang mulai sedar dan insaf akan apa yang selama ini terjadi didalam pemerintahan baik bekas PM tersebut atau PM yang lain sehinggalah sebelum 2008 hari tu , apa yang berlaku di Pulau Pinang dan negeri lain akan betapa banyaknya tanah rezab hak kepunyaan orang Melayu telah tergadai dengan sewenang-wenang oleh puak-puak yang sering kata nak bela Melayu inilah.
Kalau kita buat kajian dan lihat statistik pasal tanah rezab Melayu ni, jatuh air mata kita terutama sekali apa yang telah mereka lakukan di Pulau Mutiara ni. Selama ni siapa yang perintah, dah 50 tahun lebih kita merdeka , PR baru saja 2 tahun lebih perintah, tetapi bukti yang digambarkan dibawah ini semuanya adalah kerja kerajaan yang lalu, bukan kerajaan PR tau.

Monday, September 27, 2010
Selama ni duit apa lah hampa dok pakai nana ooi.
Heran bin ajaib juga depa ni, dok lama dalam Kemneterian Kewangan, tapi kalau nampak orang lain buat, heboh seluruh dunia, depa buat dulu dan kini, pejam mata, tapi harap bukan untuk selama-lamanya lah, kerana lepaih ni orang lain pula akan dok dalam MOF tu no.
SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN
27 September 2010
En Reezal Merican,
Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.
Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut.
Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.
Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;
Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.
JAWAPAN:
1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.
2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial
3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.
Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.
Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!
Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!
Sekian dimaklumkan, terima kasih
“MALAYSIAN FIRST”
Berkhidmat untuk rakyat,
LOKE SIEW FOOK
Ahli Parlimen Rasah

Sunday, September 26, 2010
Sejak bila lumba kuda ni wujud ha!
Bagus juga artikel ini, so ana copy dan paste disini, pasal kita masih lagi terasa panasnya isu judi bola sepak piala dunia masa sidang parlimen sebelum bulan Puasa hari tu, entah siapa yang desak maka senyap la sat isu judi bola yang sat kata dah beri lesen dan sat kata tak beri, tapi yang sahih ada wakil UMNo yang ada perlu beri lesen judi bolasepak piala duni tu kerana takut ada judi haram yang yang rugi kerajaan tak dapat hasil cukai.
Mentaliti pemimpin UMNO ini perlulah diberi penjelasan oleh LGE KM Pulau Pinang yang bukan Islam, rasanya dah cukup pengajaran yang diberi tu , maka tak perlulah lagi YB Ngah Koh Meng dari Taiping nak baca ayat judi itu haram dari al Quran pula, kut-kut la sipemuda UMNO yang di Penang sorang tu tak erti apa itu ayat judi tu haram kut? Rasanya ramai pemuda PAS yang boleh beri kuliah kepada si pemuda UMNO yang tak arif pasal judi sorang ini. Pelik juda , dia heboh pasai Lumba Kuda , kita pun nak tanya yang boleh aDA LUMBA KUDA dari dulu ,kini dan insyallah tak selamanya kalau PR perintah, adakah depa tu sedar ke tidak, yang mentekedarah selama ini hasilumba kuda tu siapadia sebenarnya ha? tanya mai sat dan tolong jawab sat?.
Ana paste artikel tu dibawah yang ana ambil dari Kedah lanie, TQVM Kedah la nie,jangan marah na.
Menurut Guan Eng, 90 peratus orang miskin tegar di Pulau Pinang adalah Melayu. Mereka diberi bantuan tetapi bukan dengan duit judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Umno.
Guan Eng kata, dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kepada orang Islam. Maksudnya, kalau duit itu pernah diterima sekali pun, ia tidak disalurkan kepada orang Islam.
Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang wujud semenjak entah bila. Pada zaman BN kuasai Pulau Pinang pun kelab itu sudah wujud. Umno pun tahu perkara itu.
Di utara semenanjung, orang Islam tahu mengenai kelab itu semenjak mereka kenal ‘Kalendar Kuda’. Itulah kalendar yang tergantung di rumah, sekolah, pejabat bahkan kadang-kadang di masjid pun ada.
Sampai sekarang pun kalendar itu masih ada. Samada ada kalendar itu dikeluarkan oleh kelab itu atau bukan, yang mustahak kalendar itu tetap ada jadual judi lumba kudanya. Menariknya, aturan kalendar itu adalah tepat termasuk tarikh hariraya orang Islam.
Zaman BN perintah Pulau Pinang dulu pun ada orang miskin tegar juga. Ada Islam dan bukan Islam. BN juga memberi sumbangan kepada mereka. Persoalannya, BN ambi duit mana?
Semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, tidak pernahkah kerajaan BN menerima duit daripada kelab lumba kuda itu?
Mustahil tidak pernah. Kalau duit kelab itu diterima pada zaman ini, tentu juga diterima oleh kerajaan sebelum ini. Kalau sumbangan kelab itu pernah diterima kerajaan BN, kemana duit itu digunakan? Adakah duit itu ada akaun berasingan?
Adakah tidak mustahil, kerajaan terdahulu juga pernah memberi sumbangan duit judi kepada orang miskin tegar zaman itu? Mungkin pada masa itu Reezal belum sedar, atau belum warak lagi atau belum teringat nak kata apa-apa sebab Pulau Pinang diperintah BN.
Ketua Penerangan Pemuda Umno ini macam kucing. Dia warak di depan orang. Di depan Guan Eng dia bukan main warak lagi. Mengapa dia tidak sewarak itu di hadapan Najib atau Muhyiddin?
Pernah atau tidak Reezal mempersoalkan Najib yang ‘sebat’ duit saman ekor? Mengapa Reezal tidak mempersoalkan duit saman ekor yang dikutip oleh kerajaan Najib, halal atau haram? Atau, sekurang-kurangnya sybubhat. Orang warak tak ambil duit syubhat.
Orang yang kena saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah. Mereka adalah tertuduh. Tertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Beban pembuktian terletak kepada pendakwa bukan tertuduh. Semua orang asalnya adalah bersih dan bebas daripada kesalahan.
Dalam kes saman ekor, tertuduh didenda sebelum dibuktikan bersalah. Adakah Najib sedar bahawa mendenda orang yang belum terbukti bersalah adalah suatu kesalahan?
Kalau orang yang didenda itu tidak bersalah bagaimana? Najib patut tahu bahawa tersilap membebaskan orang bersalah adalah lebih baik daripada tersilap menghukum orang tidak bersalah.
Justeru, adakah duit saman ekor yang terkumpul berjuta ringgit itu adalah halal? Kalau duit itu digunakan untuk memberi gaji polis, adakah polis menerima duit halal? Reezal pernah persoalkan perkara ini?
Tentulah ia tidak akan dipersoalkan kerana perkara itu dibuat oleh Najib. Reezal tidak perlu warak di hadapan Najib kerana dia kenal siapa Najib. Bukan setakat Najib, Rosmah pun naik hairan kalau Reezal tunjuk warak di hadapan mereka.
Dia hanya perlu tunjuk warak di hadapan Guan Eng kerana kalau dia tidak tunjuk warak di hadapan Guan Eng, kepada siapa lagi dia nak tunjuk warak. Nak tunjuk warak depan si dia itu dan itu?

Subscribe to:
Posts (Atom)