Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, September 16, 2009

Bubur lambuk Pemuda



Bubur Lambuk atau kanji memang satu juadah yang tak pernah dilupakan orang masyarakat Islam sewaktu berbuka. Berbagai resepi untuk membuat bubur lambuk ini dengan berbagai rasa dan cara.Bagi masyarakat melayu, bubur lambuk lemak bersantan dan ada yang bertumis dan tidak bertumis tetap menjadi pilihan pembuka selera terutama bagi warna tua kerana ia memudahkan penghazaman dan tidak membebankan perut untuk menerima makanan diwaktu suasana lapar sebegini.

Petang semalam selepas pulang dari kerja, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang telah mengadakan program mengedarkan bubur lambuk di Pasar Ramadhan Pendang . Sebanyak satu periuk hadir diedarkan didalam tidak sampai 1 jam itu, jelas kelihatan keceriaan diwajah warga Pendang yang menerima pemberian ikhlas itu buat juadah berbuka diiftar nanti.
Program sebegini memang julung kali diadakan di Pasar ramadhan kerana pada tahun-tahun lepas pemberian bubur lambuk ini diadakan di Pejabat PAS , Gajah Mati sahaja.


Moga dengan sambutan yang diberikan dapatlah difikirkan oleh Jawatan Kuasa Kawasan untuk diadakan acara serupa pada tahun hadapan diPasar Ramadhan yang sama atau di Tanah Merah atau Kilang Kechil pula.


Selamat berbuka dan tahniah kepada pemuda serta tukang masak semua.

Tuesday, September 15, 2009

Sumbangan kepada yang kurang.

Petang semalam ana ada dua program disebelah petang.
Satu di Dewan orang ramai Jenunu untuk menyampaikan sumbangan kepada warga Jenun dan kawasan sekitarnya. Seramai 103 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan mereka yang daif yang dipilih oleh ketua kampong masing-masing.
Kelihatan keceriaan jelas tergambar diwajah masing-masing apabila hadir kedepan untuk mengambil sumbangan masing-masing. Walaupun sumbangan tak seberapa, tetapi kehadiran ramai ada diantara mereka yang belum pernah menerima apa-apa sumbangan baik sewaktu aidil fitri atau hari-hari lain sebelum ini walaupun tergolong dalam kategori yang layak menerimanya.

Harapan ana agar mereka dapat menyambut hari raya dengan penuh keinsafan dan ceria disamping menmbah amalan diakhir Ramadhan yang mulia ini serta dapat meneruskan ibadat puasa enam bagi yang mampu kerana ganjarannya cukup besar, sebagaimana hadis baginda Rasulullah menyatakan 'sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian disambung dengan 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun'.


Majlis kedua adalah majlis berbuka puasa yang diadakan di surau Kampong Padang Durian yang turut dihadiri oleh SU PAS Kawasan dan AJK Pussat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang.
Terima kasih kepada semua yang menjemput kami.

menyantuni anak yatim Zubaidiah

Menyantuni anak yatim merupakan satu amalan yang amat besar pahalanya, sebaliknya menzalimi anak yatim pula amat besar dosanya.
Baginda rasulullah didalam hadisnya ada meninggalkan pesan bahawa sesiapa yang menyantuni anak yatim bagaikan dua jari berkembar telunjuk dan tengah, bermakna amat dekat dengan rasulullah didalam syurga kelak.

Menyedari hakikat ini, maka pihak pengurusan muzium negeri Kedah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dari sek Agama Zubaidiah Merbok pada malam semalam, dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Muzium dan 40 orang anak yatim serta guru-guru mereka.

Majlis diadakan di Hotel Seri Malaysia Alor Sater dan dihadiri oleh EXCO Belia , Kesenian dan Sukan Kedah YB Dr Hamdan Khalib.
Sebelum majlis berbuka , dalam ucapan ana menyeru agar kita semua mengambil peluang yang Allah berikan didalam bulan yang penuh berkat dan ganjaran ini untuk menambah pahala dgn menambah amalan sebanyak mungkin didalam baki yang ada hanya seminggu ini dan gunakanlah kesempatan ini untuk mendapatkan ganjaran satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu lailatul qadar.

Majlis berbuka seterunya disudahi dengan solat terawikh.
Moga acara ini akan menjadi amalan tahunan, itulah harapan kami ahli lembaga pengarah muzium Kedah, disamping membuat amal kepada anak-anak yatim, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara seluruh warga kerga muzium Kedah, insyaAllah.

Sunday, September 13, 2009

Duit Raya

Tanpa mereka siapalah kami.
Itulah peranan yang dimainkan leh petugas parti dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah di Kompas Batu 9 petang tadi.
Atas prihatin kepada usaha berterusan mereka ini, maka diadakan satu majlis meyampaikan sumbangan duit raya dan jamuan berbuka puasa di Kompas Batu 9 dengan dihadhiri oleh ana selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Negeri Kedah dan YB Senator Yusof Husin selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Seramai 29 orang menerima sumbangan petang tadi.
Dalam ucapan tersebut, ana berharap mereka dapat meneruskan gerak kerja parti dengan penuh amanah dan dedikasi kerana hasrat kita adalah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar didalam pilihanraya umum akan datang. Usaha petugas parti dipejabat perhubungan sangat penting, kerana tanpa usaha gigih mereka, maka tidak akan ada wakil rakyat yang akan mewakili PAS , oleh itu segala tenaga yang dicurahkan oleh mereka amatlah wajar dihargai terutama menjelang Syawal yang mulia ini.

Sumbangan Ramadhan


Selamat berpuasa dan selamat beribadat diakhir Ramadhan ini. Semoga kita digoongkan oleh Allah didalam mereka yang mendapat ganjaran Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Usahlah kita mempertikai bilakah Malam Qadar itu akan datang , genap ke ganjil ke, tetapi sekiranya kita berada didalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah, maka insyaAllah kita berdoa moga kita termasuk didalam golongan yang berjaya mendapat ganjaran tersebut.
Apa yang menjadi satu pertikaian kadang-kadang sampai kepada pertengkaran adalah masing-masing hendak menegakkan hujah beliau dan akhirnya langsung terlepas dari mendapat peluang untuk mendapat ganjaran malam Qadar tadi. Sama-samalah kita berusaha di 10 malam akhir Ramadhan ini untuk membuka peluang untuk berada diantara mereka yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan malam Qadar tersebut.

Disebelah pagi tadi, sumbangan diadakan di Kampong Padang Durian dan Kampong Rambai terutama kepada warga emas dan ibu tunggal. Majlis sumbangan ini juga mendapat kerjasama daripada Syarikat Era Edar dimakan pegawai eksekutifnya Puan Asiah sendiri datang menyampaikan taklimat barangan produk keluaran syarikat tersebut yang mementingkan halalan toyyiban.

Dalam suasana kemeriahan menyambut Syawal ini, maka banyaklah program berbuka dan menyampaikan sumbangan diadakan dan ana tidak terlepas dari program ini yang diadakan semalam di Balai Islam Perupok dan Surau Kampong Bechah.


Sumbangan diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik dari kawasan sekitar. Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat memeriahkan hati mereka yang menerima dan meringankan bebanan mereka menyambut Syawal nanti.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.